Tuesday, May 22, 2018

Ringkasan Berniaga di Shopee (Penutup)

Bismillah

Assalamualaikum,

Mungkin ini merupakan penutup entri bagi tutorial percuma atau nota percuma bagi entri CARA BERNIAGA DI SHOPEE. Saya ucapkan terima kasih pada kalian kerana sudi menghubungi saya sampai whatsapp bertanyakan mengenai shopee. Hakikatnya, saya belajar mengenai shopee ini sendiri dan kemudian saya ada sertai juga kelas shopee yang dianjurkan oleh salah seorang top seller di Shopee. Ada juga rakan kongsi Shopee iaitu geng otai Shopee yang rating kedai mereka mencecah 8,000 (huh banyaknya lah!) dan rakan-rakan shopee yang ramai sebenarnya share pelbagai tips bagaimana mereka berjaya menjadi Preferred Seller atau Seller of the Month. Sesungguhnya saya hanya salah seorang ikan bilis yang masih merangkak di medium pengiklanan Shopee Malaysia.

Terima kasih kerana sudi singgah sini dan semangat juga bersama-sama saya join berniaga di Shopee. Haa, u ols memang best! Semoga kita semua berjaya jadi Preferred Seller di Shopee.My dan dapat sale yang tinggi cukup untuk diri kita, keluarga dan berbakti kepada masyarakat juga berzakat. Itu penting ya. Dah buat sale, jangan tak buat zakat :) Insha Allah makin berkat rezeki kita nanti dan diperbanyakkan lagi. aamin


Saya dah buat siapkan 2 tutorial yang boleh anda baca dan aplikasikan.


Basic Tutorial Part 1 : http://www.emmemarina.com/2018/03/mula-berniaga-di-shopee-part-1.html
Intermediate Tutorial Part 2 : http://www.emmemarina.com/2018/05/berniaga-di-shopee-kepentingan-dan.html

Shopee Rebate Limit: http://www.emmemarina.com/2018/04/shopee-free-shipping-rebate-limit.html


Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu bila berniaga di Shopee.

1. 1 No tel 1 akaun
2. Pastikan anda ada emel
3. Tidak boleh buat banyak akaun dengan idea lagi banyak kedai lagi banyak sale (jika shopee detect, kedai korang kene delete terus!)
4. Ada 2 jenis program shipping di Shopee iaitu kontrak Shopee (Option 1) dan kedua, manual shipping (Option 2). Secara automatik, bila anda baru join Shopee anda ialah shipping option 2. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ramai konpius tentang program shipping shopee jadi saya ringkaskan ye

No 4 saya jelaskan ada 2 jenis shipping iaitu Option 1 dan Option 2.

Option 1 ialah program Free Shipping 5kg semenanjung/ 1kg Sabah Sarawak. Maksudnya setiap order kalian yang bawah 5kilo anda poskan ke seluruh semenanjung adalah ditanggung oleh Shopee sepenuhnya.. PERCUMA. Tetapi! Ada limit untuk setiap pengguna Shopee menggunakan faedah percuma shipping ni. Boleh baca dekat entri Shopee Rebate Limit. Huhu, Maknanya apa tau, takdelah seumur hari dapat free ship tu, ada limitnya. Dan sebab tu ada banyak peraturan ketat dekat shopee bagi yang guna Option 1 ni. Untuk option 1, anda perlu anda printer untuk print AWB poslaju shopee dan dapatkan borang pink (APL) untuk menguruskan pengeposan anda di mana-mana poslaju berdekatan anda.

Option 2 pula ialah cara manual kita pos barang. Bukan kontrak. Ni tak kisahlah anda pakai easy parcel ke, poslaju biasa ke atau prabayar. Jadi anda hanya perlu tekan enter ship sahaja dan masukkan tracking number.

Ok. Selain poslaju boleh pakai pos lain tak? Jawapan: Boleh. Semua jenis pos yang boleh digunakan boleh. Ada setting others dekat shopee nanti ada activatekan kemudian isikan cas pos. Untuk option others ni, shopee tak tanggung kos pos ya. Jadi 100% customer akan bayar kosnya nanti.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Habis bab shipping ya.

5. Bila anda dah join shopee anda boleh buat kempen sendiri (diskaun ke) nak buat vaucher tuk kedai ke/produk pun boleh. Refer entri tutorial part 2 ye.

Pembayaran dan Pengeluaran Duit di Shopee

Untuk berniaga anda perlukan produk dan semua urusan di Shopee ialah menggunakan khidmat pengeposan. Anda tidak boleh jual servis/ rumah/ kereta di sini.

Jika anda seorang dropship, pastikan anda ada modal untuk dibayar dahulu kepada suplier anda. Duit dari pelanggan shopee tidak akan masuk terus ke akaun anda. Tetapi akan masuk ke akaun shopee dan hanya akan masuk ke akaun anda (ewallet) setelah urus niaga selesai (complete) maksudnya customer dah terima barang, tekan "receive/terima" barulah duit anda tadi akan dimasukkan ke akaun shopee anda.

Dari ewallet pula barulah duit itu anda keluarkan/withdraw dan akan masuk ke bank akaun ada. Urus niaga ini boleh berlaku seawal 1 hari atau mungkin selama 1 minggu atau lebih. Bergantung pada cuti/kelajuan pos dan halangan-halangan lain. Lagi cepat urusniaga berlaku, maka cepatlah anda dapat duit anda.

Ada cas tersembunyi ke berniaga di Shopee?

Tiada.


Apakah peluang lain yang boleh dibuat di Shopee?

Anda boleh masuk Shocking Sale, Shopee Campaign dan juga Iklan berbayar di Shopee. Ini antara cara anda boleh naikkan ranking kedai anda dan glamorkan produk anda.


Baiklah rasanya itu sahaja buat masa ini.

Untuk tips dan trick saya tak dapat nak share. Ini mungkin anda boleh jumpa dengan sifu-sifu berbayar atau pengalaman nanti.


Jika nak tahu tips, saya kenakan cas RM10 sahaja kepada kalian. Tips ni pun dapat dari pelbagai sumber. Jadi kita give and take. :)


Untuk bantuan dari zero ke hero untuk setup dan sebagainya. Perlukan coaching, saya minta maaf saya tak dapat nak buat secara percuma juga. Saya cas RM15 jika kalian perlukan bantuan 0-0 dari saya ya. Masa saya agak terhad. dan nak tengok dan ajar sorang-sorang harap kalian boleh faham.


Semoga entri ini sedikit sebanyak dapat membantu kalian semua.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca di blog saya. Semoga kalian sukses. Doakan saya juga ya.

No comments:

Post a Comment