Surirumah Juga Boleh Bina Kerjaya di Rumah

Bismillah

Assalamualaikum,

Surirumah dahulu vs surirumah kini sudah jauh berbeda khususnya dari segi kelangsungan menjana ekonomi keluarga bersama suami tercinta. Surirumah pada tahun 70an 80an dulu malah saya juga yakin pada 90an masih lagi tiada keperluan seorang surirumah itu perlu menambah pendapatan keluarga. Faktor ekonomi juga antara sumbangan utama perkara ini terjadi. 

Kini kita melihat hampir 80% para suri mula mencari sumber pendapatan bagi membantu para suami. Walaupun para suami ini bekerja tetap namun dek kerana harga barangan semakin tinggi dan keperluan anak-anak perlu disegerakan maka para suri harus mula membantu para suami. Kedua-dua pasangan ini perlu bersama-sama berganding bahu bagi mencukupkan keperluan keluarga mereka. 

Namun, masih ada segelintir para ibu berpendapat bolehkah surirumah masa kini memiliki kerjaya sendiri? Bolehkah surirumah bina kerjaya mereka sambil menguruskan anak-anak dan suami?

Masakan tidak?

Persepsi negatif ini sangat tidak bagus dan membantutkan motivasi ramai surirumah yang baru berjinak mencari sumber pendapatan khususnya melalui perniagaan dari rumah. Mereka seharusnya diberikan sokongan atas usaha mereka merancakkan sumber ekonomi keluarga dan negara. 


Apa Yang Boleh Para Surirumah Lakukan Untuk Bina Pendapatan dari Rumah?

Ada pelbagai cara untuk kalian mula menjana pendapatan walaupun sebagai seorang surirumah:

1- Berniaga atas talian 
Mulakan perniagaan secara online atau offline. Jika anda ada modal anda boleh mula dengan menjual produk yang anda suka dengan modal yang rendah. Mulakan dengan risiko paling rendah supaya anda tidak rugi dan patah semangat kemudian hari.  Jadi dropshipper. Dropship ialah program berniaga paling selamat kerana anda tidak perlukan modal awal untuk memiliki produk jualan. Anda hanya daftar dengan supplier/stokis yang memiliki barangan tersebut dan mula mempromosikan produk itu kepada rakan dan prospek anda. 

2- Skill/kelebihan anda
Anda mungkin seorang yang mahir dengan hasil tangan anda. Anda mungkin boleh membuat servis/mengolah/memasak yang kemudian dijadikan sumber pendapatan. Mula merangka berapa bajet yang diperlukan untuk memulakan perniagaan anda ini. Anda lebih tahu menguruskannya kerana anda sendiri tukang membuatnya bukan? 

3- Cari kerja yang boleh dibuat dari rumah
Ada juga syarikat yang menawarkan kerja yang anda boleh lakukan dari rumah. Sebagai contoh, typist, data entry, copy paste dan banyak lagi. Anda akan diberikan upah berdasarkan hasil kerja anda, boleh google untuk survey.

4- Join survey dari syarikat
Menyertai pasukan survey juga bagus. Untuk setiap survey anda akan dibayar oleh syarikat tersebut. Saya pernah juga menyertai program ini tetapi oleh kerana kekangan masa dan fokus pada perniagaan yang lain, jadi saya kurang menyertai survey. Usah bimbang, ada survey dalam Bahasa Melayu dan dilaksanakan oleh syarikat-syarikat di Malaysia. 

5- Menjana Wang Melalui Penulisan Blog
Ramai yang di luar sana suka menulis blog malah ada diantara mereka yang sangat aktif menghantar entri sekurang-kurangnya seminggu sekali. Minat yang mendalam dalam penulisan dan perkongsian ilmu dilaman blog bukan lagi sesuatu yang baru. Tetapi ramai juga yang tidak tahu bahawa menulis blog boleh menjana wang.

Ramai usahawan-usahawan atau peniaga kecil-kecilan yang sedang mencari advertorial untuk menulis review perniagaan mereka. Yang pastinya mereka belum mampu membayar advertorial yang sudah terkenal dan dengan itu mereka akan mencari penulis blog untuk membantu mereka.




Semoga entri ini dapat membantu anda para suri di rumah :)

Mohon share jika entri ini bermanfaat. Mana tahu anda dapat membantu surirumah yang lain juga!

Catat Ulasan

0 Ulasan