Berjaya Top 3 Sale Agen Jam Tangan Azan dan Automatik Kompas Kiblat


Bismillah

Terharu dengan pencapaian sendiri. Tidak sangka berjaya juga naik sebagai TOP 3 AGEN BULAN APRIL bagi produk Jam Solat. 

Menjual jam tangan merupakan perkara terbaru bagi saya. Kebiasaannya saya menjual barangan muslimah berbentuk baju dan tudung. Kemudian menceburi bidang kecantikan dan pelangsingan badan sejak tahun 2012 lagi. Apabila sudah biasa menjual produk kecantikan dan kesihatan ni, mulanya saya rasa sukar untuk menjual selain daripada itu. Lebih-lebih lagi nak jual jam tangan, jam tangan dengan harga yang agak mahal dan bukanlah satu keperluan bulanan. 

Apabila kita membeli sebuah jam tangan, biasanya bagi wanita sama ada ianya hanya sekali belian atau jenis yang suka bertukar-tukar jam ni mereka akan membeli jam berharga RM30-RM60 ke bawah dan kemungkinan RM10 juga ada. Memakai jam untuk fashion. 

Namun mereka yang memilih jam itu menepati masa dan kualiti masa itu tidak kisah membelanjakan wang lebih kepada jam branded dan berkualiti. 

Saya juga khususnya hanya memakai satu jenis jam sahaja pada suatu masa sehinggalah jam itu rosak. Dari dulu lagi begini, abah sudah biasa belikan kami jam branded kerana kualitinya, tahan lasak dan fungsi. Saya lebih menggemari jam tangan digital berbanding analog kerana fungsinya dan tidak mahu buang masa memikirkan sudah jam berapa minit dan saat. Jam digital paparannya jelas dan anda memiliki lebih sekadar melihat waktu. 

Apa kelebihan Jam yang saya jual ini?

Ini adalah sebuah jam tangan berkonsepkan ciri islam yang kita harus ada. Yang kita harus fikirkan. 


Sebuah jam tangan melambangkan pelbagai ciri kepada pemiliknya. Tetapi kita sebagai seorang islam, selain menepati masa apakah lagi ciri terbaik yang memungkinkan anda upgrade diri untuk jadi muslim yang lebih baik?


YA!

Dengan memiliki sebuah jam tangan islamik!


Ciri dan Fungsi Jam Tangan Islam

⇒WAKTU SOLAT
⇒TULIS NAMA MAKSIMA 7 HURUF (BURUJ EXCLUSIVE/RAMADHAN) - 6 NAMA (HARAMEEN)
⇒PENANDA AL QURAN 
⇒KALENDAR HIJRAH DAN MASIHI
⇒DWI-BAHASA (Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris)
⇒ALARM
⇒STOPWATCH
⇒MOON AGE (Untuk Kaki Pancing)
⇒AUTOMATIK KOMPASS KIBLAT
⇒DAYLIGHT SAVING TIME ( DST ) Untuk negara 4 musim sahaja! 
⇒TAQWEEM MALAYSIA

Jam tangan ini ada waranti 12 bulan dari tarikh pengeposan akan kami copkan pada kad waranti ada. Jadi sila simpan tauu

Juga WATER RESISTANT. Jika anda seperti saya, saya yakin anda akan pakai jam ni tanpa ditanggalkan lagi. huhu. Mandi sekali, tidur sekali. Dan bila masuknya waktu solat jam ini akan berbunyi mengingatkan kalian untuk mengerjakan solat awal waktu. Insha Allah


Mulakan diri kita untuk berubah, kita mula dulu juga hidayah dari Nya. 

Semoga dengan perubahan awali solat, Allah permudahkan segala urusan kita di Dunia dan Akhirat.





RM 290  RM220



Nak menempah Jam Islamik kami?


Whatsapp 018-9100852 atau layari shopee www.shopee.com.my/emmemarina atau blog kami www.jamtangansolat.blogspot.my

Catat Ulasan

0 Ulasan