Saturday, June 30, 2018

Bahana Sopak Garam Gegata Atau Ludah Jin!

Publish on : Saturday, June 30, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , , , ,

Pertama kali saya terkena sopak garam, gegata atau ludah jin ini adalah panggilan bagi nama alergi yang terkena pada tubuh badan saya. Hari ini 30 Jun 2018, saya mula terkena penyakit ni sejak 14 Jun lagi. Anda bayangkanlah berapa lama.. 

Gatal sangat tau.

Once kita ingat dah ok, kebah.. Tetiba esoknya naik semula. Disebabkan dalam tempoh itu raya kan.. Saya kurangkan juga makan, kurangkan ambil ayam/daging juga kacang. Ditambah lagi masalah angin yang teruk saya jadi agak takut nak makan makanan yang banyak dan berangin. 

On off masalah kulit saya dalam tempoh ini tetapi 3 hari lepas terlalu terganggu sehingga 3 malam berturut saya tidak dapat lena tidur malam. Garu di leher, kaki, peha badan.. Masya Allah. 

Hanya Allah sahajalah tempat kita mengadu.

Alhamdulillah, semalam amalkan mandi garam himalaya dan kemudian nekad ke klinik lagi untuk rawatan. Rawatan ini sudah 3x pada 3 klinik berbeza. Semalam injection pada urat pula. Alhamdulillah ada rasa kebah dan kurang gatal. Walaupun bintik-bintik masih ada. Hilang rasa gatal tu dah besar rahmat. Terima kasih Allah.

Derita rupanya sopak garam ni. Dan memang menggerutu kulit kita dibuatnya. Jika kalian sedang mengalami masalah ini, cubalah amalkan mandian garam dan silalah dapatkan rawatan secepat mungkin. Dan banyakkanlah bersabar, memang emosi pun terganggu kan? Hehe. Doakan saya cepat sembuh ya. 

No comments:

Post a Comment