Cara Setkan Kedai Shopee kepada Vacation Mode!

Assalamualaikum.. Raya semakin hampir malah hari terakhir pengeposan untuk item pelanggan anda dapat sebelum raya ialah pada 9 Jun 2018. Jadi pengeposan selepas 10hb tetap poslaju komited akan jalankan tetapi tidak jamin akan sampai sebelum raya dek jutaan permintaan penghantaran seluruh Malaysia.


Malah pada masa ini, di semenanjung sahaja masa penghantaran sudah lewat 3 ke 7 hari!


Masalah utama di Shopee ialah anda bakal dirate oleh pelanggan negatif atau terpaksa terima penalti jika anda gagal untuk melakukan pengeposan dalam jangkaan waktu yang telah ditetapkan.


Lebih teruk jika anda sudah dalam mode cuti. Bila cuti bila masa pula nak harung semua produk ke kampung dan poskan ye tak?


Mari saya tunjukkan cara anda setkan kedai shopee anda kepada Vacation Mode!


Apa itu vacation mode di shopee?



Vacation mode ialah dimana anda terpaksa menutup kedai anda kepada semua produk SOLD OUT. Ini adalah salah satu langkah yang boleh anda lakukan jika anda tidak mahu sebarang tempahan berlaku pada kedai anda dan anda terpaksa cancel gara-gara anda sedang bercuti.


Ikut caranya di bawah ya






Ok anda hanya perlu ON kan sahaja Vacation Mode tersebut. Saya tidak pasti jika anda boleh buka atau set Vacation mode ni di aplikasi handphone anda. Anda boleh cuba dahulu ya. Pergi ke shop setting.


Ada juga cara kedua, jika anda nak teruskan kedai anda dibuka dan tempahan terus masuk.


Caranya ialah setkan kesemua produk anda kepada PRE ORDER.


Bila anda setkan pre order, anda boleh setkan mengikut masa cuti anda. Cth, 7 hari atau 14 hari maksima 20 hari. Jadi pelanggan tahu mereka harus tunggu untuk mereka dptkan produk tersebut.


Okaylah itu sahaja!


semoga entri ini membantu kalian semua. Selamat bercuti dan selamat menyambut hari raya aidilfitri!


Catat Ulasan

0 Ulasan