Bisnes Shopee Berjemaah

Antara rahsia berniaga di shopee ialah kita sama-sama support kedai shopee masing-masing. Saling bantu bagaimana kita dapat sale. Ada rakan yang pandai gunakan kelebihan keyword, ada yang pandai beriklan (ads shopee), ada yang pandai mereka poster menarik. 

Saling support merupakan salah satu faktor bagaimana dulu bisnes saya sendiri di shopee krik krik dari satu sale ke puluh sale. Walaupun sale di shopee masih belum berjaya mencecah 50 sale sebulan untuk layak jadi preferred seller. Namun keuntungan dari sale shopee mencecah ribu juga. Cukup alhamdulillah bagi saya dan keluarga kerana bayangkanlah saya hanyalah surirumah. Kita jimat kehendak dan berbelanja secara berhemah. Yang berjaya dapat sale puluh ribu sebulan alhamdulillah namun bagi kebanyakkan orang dan surirumah seperti saya dengan masa terhad dan sangat limited modal. Saya bersyukur dengan sale yang saya ada sekarang. 

Anda nak berapa gaji sebulan?

RM2000?
RM5000?

RM10,000 atau RM100,000?

Semuanya anda yang tentukan.

Insha Allah.

Bila saya down ketika bisnes seperti suram, saya banyakkan membaca juga. Baca kisah surirumah berjaya.. Kisah kita sebenarnya hampir sama. Cuma cara kita tangani sahaja berbeza. Dan dalam kisah kita pasti solusinya agak sama dan boleh dipraktikkan. Anda cubalah. Sampai bila nak duduk seperti katak di bawah tempurung? Jadi surirumah dah memang sukar nak keluar timba ilmu dan bersosial tetapi tak bermaksud anda duduk sorang-sorang tanpa usaha sedikit pun!





Buat surirumahtangga aka ceo bisnes masing-masing. Luangkan masa membaca dan timba ilmu. Ebook ini insha Allah sangat membantu.

Catat Ulasan

1 Ulasan