Thursday, August 30, 2018

Kejayaan Datang Melalui Ilmu dan Usaha Berterusan

Setiap hari membaca kata-kata motivasi daripada otai bisnes seperti Bukhari Ramli, Najib Assadok dan ramai lagi mentor-mentor besar dalam dunia bisnes sangat mengujakan. Adakalanya terasa diri ini terlalu kerdil untuk mengekor kejayaan anak buah mereka. Kekurangan diri saya untuk mengikuti kelas mereka sebenarnya sangat mengecewakan. Saya teringin untuk bermentorkan salah seorang sifu marketer secara dekat namun halangan kewangan atau untuk bertemu secara face to face merupakan kekurangan terbesar bagi diri saya buat masa ini.

Syukur mereka menyediakan group facebook dan tetap emel saya (haha selagi kita sendiri masih berada dalam circle emel) jika tidak maka keseorangan lah mencari motivasi bisnes.

Berseorangan dalam bisnes (di rumah) dan hanya mempunyai kawan-kawan bisnes online memang penting kerana bisnes tanpa support umpama menelan diri sendiri. Anda perlukan moral support untuk kekal maju. Mentor untuk ketuk kepala anda bila anda tersalah langkah. Dalam setiap perkara anda amat memerlukan ilmu jika mahu pergi lebih jauh. Jika anda baru sahaja bermula, mulakan dengan meletakkan target jualan anda. Ini jika anda benar-benar serius untuk berjaya. Jika berniaga untuk sekadar hobi, maka berapa keuntungan sebulan bukanlah isu serius untuk anda. Maka, entri ini juga anda mungkin baca sekadar melepaskan kebosanan.

Tiba-tiba kepala agak pusing, tangan menggeletar ketika saya menulis entri ini. Sudah lama saya berniaga secara online, walaupun sudah ada peningkatan berbanding dulu namun saya masih belum mencapai satu tahap yang saya sendiri mampu banggakan. Mungkin target diletak terlalu tinggi, tetapi tanpa stress anda takkan berjaya mampu ke depan dan cipta masa depan luar biasa.

Saya mahu jadi insan luar biasa.
Saya mahu jadi surirumah dengan income luar biasa.

Namun saya masih mahu kekalkan cara low profile. Pernahkah kalian terfikir kenapa anda masih ditakuk yang lama? Kenapa sales tak naik-naik walaupun dah lama berniaga?

Kenapa dan kenapa?

Dalam bisnes juga kita harus selalu menilai kembali apakah rentak yang sedang kita lakukan ini sudah mencukupi? Dapat RM500 sebulan setelah berbulan-bulan atau bertahun berniaga produk sama itu bagus? Nak lebih maka usaha kena lebih.

Nak RM10,000 maka usahanya harus bernilai 2 atau 3x ganda.

Tidak cukuplah kalau anda kata anda sibuk sana sini. Takde masa beriklan. Tiada masa mentelaah ilmu bisnes. Tiada skill. Tiada kefahaman.. Alah.... alasan sahaja semua itu.

Jika anda nak berjaya, anda pasti menangis kerana gagal. Kenapa aku masih sama dan gagal?

Menangis. Stress. Sakit kepala.

Bukan kata wajib harus ada semua ini tetapi itu bermakna keinginan anda untuk mahu berjaya tidak cukup. Jauh dari cukup.

Saya bagi contoh mudah, anda nakkan sesuatu. Tidur malam sampai termimpi-mimpi, kalau boleh minta pada mak abah pasti dah nangis dan merajuk sebab kehendak tidak dipenuhi. Begitu juga dengan kejayaan dalam bisnes kalian.... Kalian NAK UNTUK BERJAYA. Maka kehendak dan kemahuan anda HARUS TINGGI UNTUK CAPAI SEGALA KEJAYAAN. Menangis pada Allah untuk izinkan kejayaan supaya setiap usaha anda itu berjaya.

Belajar ilmu. Berdoa. Berusaha secara konsisten. Insha Allah, Allah nampak segala kebaikkan dalam usaha anda.

Jangan pula menipu dalam bisnes. Hehe. Naya pula ye.

Sudah lama tidak menulis rindu pada pembaca. Rindu untuk sharing knowledge. Saya sebenarnya cumalah seorang surirumah biasa. Hasrat saya nak bantu suami, ada kewangan yang kukuh untuk keluarga dan diri sendiri. Saya nak bebas hutang. Saya nak sentiasa ada duit dalam bank untuk segala pertolongan ataupun hanya sekadar keperluan keluarga. Alangkah indahnya duit sentiasa ada jika nak sedekah pun ada tiada rasa terkilan. Dengan ada income, kita mampu lakukan banyak perkara kebaikkan dan membahagiakan orang lain. Fikirkan kebaikkan dalam memperbaiki kewangan anda, dan bukan menganggap kekayaan itu satu keburukan.

Selamat berjaya buat semua peniaga. Selamat berjaya dalam menjemput rezeki Allah yang Maha Luas. Carilah rezeki halal dan berbakti selagi mana Allah berikan kita nafas untuk bangun setiap hari. Aamin Ya Rabbil Alamin
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 

Delivered by FeedBurner