Friday, September 21, 2018

Apa Beza FB Profile Dan FB Fanpage - FB Berbayar Pula Bagaimana?

Bismillah

Terima kasih saya ucapkan pada pembaca yang whatsapp saya bertanya berkenaan FB page. Sepertimana yang kalian tahu, saya ada membuat upah atau servis bina FB Page / Servis Upah Buat Facebook Page pada kadar yang amat berbaloi.

Namun, bila ramai yang bertanya tu, ramai juga rupanya tidak sedar atau kurang faham lagi tentang kegunaan dan kepentingan FB Page dalam bisnes atau community. FB Page ini tidak semestinya digunakan bagi bisnes seller sahaja, berniaga sahaja boleh guna FB Page. Tidak. FB Page boleh diguna pakai lebih besar dari itu, selain berniaga anda boleh gunakan sebagai branding diri anda. Biasanya Branding ni kita pakai FB Profile kan, tapi tidak ya. Anda boleh gunakan FB Page sebagai brandingkan diri anda.

Apa Beza FB Profile dengan FB Page?


FB Profile ialah facebook personal kita di mana awal sahaja kita daftarkan diri kita ke akaun Facebook, maka itulah FB Profile anda semua.


FB Page dibina untuk kita bersosial bersama rakan-rakan alam maya tidak kira di mana rakan anda berada jauh atau dekat sekalipun. Ia merupakan medium yang sangat terkenal dan Malaysia adalah antara negara yang mempunyai ranking tertinggi menggunakan medium Facebook. Oleh sebab itu, tidak hairanlah hampir setiap rakyat Malaysia memiliki sebuah akaun Facebook mereka tersendiri.

Namun, bercakap tentang bisnes atau berniaga di FB Page, untuk melakukan hard selling adalah sangat tidak disarankan. Jika anda terlalu banyak lakukan posting berbentuk hard selling, iklan je 24 jam rakan-rakan FB anda mungkin akan mula jemu dan unfriend akaun FB anda. Ha, jika itulah kisahnya usah terkejut jika anda mendapati rakan-rakan facebook anda semakin berkurangan. Maksima anda boleh berkawan di FB Page ialah seramai 5,000 orang. 5, 000 orang inilah rakan FB anda tidak kiralah mereka aktif atau tidak aktif berhubung dengan anda, nilainya sebanyak 5,000 sahaja dan jika berlaku penambahan rakan, mereka akan secara automatik menjadi follower anda.

Baik. Ini adalah anda salah satu kelebihan lain iaitu rakan bertukar menjadi follower dan sangat menarik jika follower anda melebihi dari 5,000 rakan FB profile anda pula. Teruja bukan?

Mahu lakukan iklan di FB personal bermaksud setiap post anda memiliki content yang ada informasi, ada keseronokan, ada tips dan pelbagai informasi yang diguna pakai oleh rakan-rakan anda. Bak kata mentor saya, Tuan Guru UK, dalam setiap kisah kita, ada kisah orang lain. Oleh sebab itu, kita kenalah rajin untuk share apa jua pengalaman yang mungkin sebenarnya turut dialami oleh orang lain. Mungkin apa yang kita sharekan pada FB Page kita sebenarnya merupakan sesuatu yang diperlukan oleh orang lain. Butuhkan solusi, butuhkan jawapan bagi permasalahan mereka. Jadi FB personal ini jika anda dapat gunakan sebaiknya insha Allah, anda dapat meraih kepercayaan dan disukai oleh rakan dan follower anda.

Bagaimana pula dengan FB Page?

FB Page atau Facebook Fanpage merupakan laman rasmi untuk anda lakukan aktiviti perniagaan anda, branding atau informasi/tips buat pengikut anda. Berbeza dengan FB profile, anda boleh lakukan pelbagai perkara antaranya ialah melakukan iklan berbayar di FB Page. Menarik pengikut untuk LIKE page anda dan kemudian FOLLOW dan menerima NOTIS dari FB PAGE anda adalah kelebihan yang lebih besar berbanding FB Personal.


Ini adalah paparan FB Page. Anda lihat ada banyak fungsi dan setting yang boleh anda gunakan untuk memaksimakan jualan anda di Facebook.


Kelebihan Berniaga Melalui FB Page


  1. Anda dapat melakukan hard selling walaupun begitu tips bagi meningkatkan follower seeloknya anda harus lakukan kedua jenis selling iaitu hard dan soft selling. Sertakan juga tips dan panduan bagi niche berkaitan produk jualan anda.
  2. FB Page mempunyai banyak fungsi bagi meningkatkan jualan anda seperti contoh, fungsi iklan berbayar (FB ADS), Boost Post (Berbayar), Event, Offer, Shop dan About (anda boleh paparkan dan masukkan informasi berkaitan produk/kedai anda)
  3. Menerima review daripada pelanggan dari kedai anda atau pelanggan yang pernah menggunakan produk jualan anda.
  4. Mencapai ribuan ke jutaan followers hanya dari sebuah FB Page. 
  5. Bina engagement atau tribe dengan bina group FB dan dilinkkan ke akaun FB Page anda. 
  6. Linkkan FB page ke akaun Instagram dan dapat memantau juga aktiviti dari instagram melalui FB Page anda (Menarik sangat kan?)
  7. Bina quick chat atau robot chat sebagai pengganti diri anda dan memudahkan close sale berlaku dengan pantas tanpa kehadiran anda atau kelewatan anda menjawab soalan dari pelanggan FB Page anda
  8. Dapat menggunakan pelbagai tools berkaitan pemasaran di Facebook sebagai contoh Auto reply, Sedut Database pelanggan, Auto Komen dan banyak lagi tools atau plugin yang boleh anda cuba.
Oleh sebab itu, tersangat lah rugi jika anda masih belum mempunyai sebarang FB Page jika anda merupakan seorang peniaga. Tidak kiralah anda berniaga secara online atau offline. 

Oleh sebab itulah, tersangat rugi dan ketinggalan jika anda tidak memaksimakan sebaik mungkin akaun facebook anda sebagai seorang peniaga. Mulalah bina sebuah FB Page untuk diri anda dan produk jualan anda dan sharekan kepada seluruh rakan anda akan kewujudan akaun Facebook Page anda :)

FB Page Berkaitan Branding. Anda lihat sendiri bagaimana Usahawan dan Role Model Azizan Osman membina follower beliau sehingga 900 ribu LIKE

Contoh sebuah kedai FB Page berdasarkan jualan iaitu dalam niche Women Fashion atau Hijab. Dalam petak merah merupakan kelebihan yang anda tidak dapat lakukan dengan sebaiknya di FB Personal anda. 

Boleh letak MAP dan perkara berkaitan kedai online/offline anda. 

Boleh setting jualan terus di FB Page melalui option SHOP.


Jika anda perlukan bantuan servis bina FB Page bolehlah hubungi saya atau whatsapp di 0189100852. Insha allah jika tiada aral atau queu client yang panjang, sehari sahaja boleh siapkan kedai FB Page anda kay :)


Semoga entri ini dapat membantu kalian sedikit sebanyak informasi mengenai kelebihan dan perbezaan memiliki FB personal dan FB Page.




NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 

Delivered by FeedBurner