About Author

Bismillah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Salam Malaysia buat pembaca. 

Terima kasih sudi mengunjungi tapak kecil di blog saya ini. Sedikit sebanyak ilmu dan sharing di blog Emmemarina.com selain berkongsi pengalaman dan produk jualan saya di sini. 

Nama saya Puteri Emme Marina Mohamad, alhamdulillah, berniaga sepenuh masa sambil membesarkan 4 orang puteri bersama suami tercinta. Mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan Sarjana dalam Sains Kimia. Suami merupakan seorang Pegawai Latihan Vokasional dan memiliki Ijazah Sarjana dan Sarjana Muda keduanya dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. 

Keputusan menjadi surirumah dan berniaga bukanlah satu keputusan yang mudah. Mendapat gaji tetap setiap bulan kelihatannya sangat stabil, anda tidak perlu risau akan kehilangan income atau tiada pelanggan. Namun, kekurangan besar ialah jika kiranya saya bekerja maka anak-anak ini mungkin tidak akan dapat bersama saya sepenuhnya. Yang kecil akan dibesarkan oleh pihak Taska mengikut acuan mereka, anak-anak yang bersekolah mungkin mengikut rutin yang membosankan tanpa perlu pulang menjenguk mama atau adik kecil yang selalu menggeletek hati mereka. Walaupun mama ibarat singa yang tak berapa garang, sekejap menjadi kawan, sekejap menjadi diktator. Itulah maknanya satu hubungan antara ibu dan anak. 

Berniaga, Surirumah, dan IBU bukanlah satu tugas yang mudah. 4 orang client kecil dengan setiapnya memiliki demand dan peel yang berbeza. Tugasan harian dirumah yang harus dilaksanakan sebagai seorang surirumah. Dan tuntutan berniaga itu sepanjang masa bersama pelanggan, meningkatkan prestasi sale dari masa ke semasa adalah satu tugasan berpanjangan dan penuh dengan struggle. Ianya tetap menyeronokkan :)

Saya bersyukur bahawa keputusan ini adalah yang terbaik. Walaupun saya jauh dari sempurna sebagai seorang suri dan ibu apatah lagi sebagai bisneswoman. Apa yang saya pegang dalam prinsip saya ialah tidak pernah mengalah, sentiasa topup ilmu di dada dan jangan jadikan apa jua alasan sebagai kegagalan tindakan anda. Anda tidak mahu lakukan, anda malas. Akuinya. 

Inilah kehidupan saya sekarang. Jika esok Allah berikan nikmat rezeki yang berlainan, Insha Allah. 

Apa yang saya inginkan dalam hidup ini sementara masih diberikan nyawa ialah sentiasa memberikan manfaat buat orang-orang di sekeliling. Hidup ini hanya sementara, esok yang tinggal hanya amal dan ilmu yang berguna. Doakan saya agar saya dapat terus konsisten dalam setiap usaha yang dilakukan. Aamin



Sekian dari saya,

Puan Emme Marina Marina Mohamad
Whatsapp: 018-9100 852
Email: [email protected]


- Stokis Leader DMS360
- Agen Jam Tangan Azan Kiblat/ Jam Azan
- Shopee Seller (ID: emmemarina)
- Agen Al Quran Tagging
- Servis Bina FB Page
- Agen Automasikan Bisnes
- Servis Bina Blog/Website
- WAHM Motivator
 

Delivered by FeedBurner