Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)



Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1.Melapangkan masa/belanja anak isteri.
    Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2.Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3.Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yg redha.
4.Menunjukkan jalan kpd.orang sesat.
    Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5.Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
    Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yg disapunya.
6.Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga      `  ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7.Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8.Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
    Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9.Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali.
      Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11.Solat sunat empat rakaat.
      Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
       Lafaz niat: "Sahaja aku solat sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca                           `       Qulhuwallah 11 kali.
12.Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
       Puasa. Niat - "Sahaja aku sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
       Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Selamat beramal


Catat Ulasan

0 Ulasan