Cara Kira Harga Emas Usah Terpedaya Harga Rendah Tokei Kedai

 Assalamualaikum,


Perasan atau tidak, permainan harga emas khususnya barang kemas ni bukan main hebat di kalangan kedai-kedai. Ya,la mereka pegang stok kan?


Baik, tak mengapa. Fokus kita hari ini nak share pada anda semua cara mengira harga emas supaya korang jelas akhirnya yang dibayar itu berbaloi ke, murah ke mahal atau kene jerut!


Cara Kira Emas 916. 


Supaya kita tahu nilai sebenar emas tu, disebabkan terlalu banyak kedai bermain dengan cara meletak harga rendah per gram jadi mari kita lihat. Murah atau tidak. Apa yang dilakukan kebiasaannya, ialah menyembunyikan harga kos upah. Bila nak bayar harga jadi lebih tinggi dari harga yang di tawarkan. Alasan bila tanya nanti, harga tu belum termasuk upah. 


Contoh Produk Kiraan Kita Hari INI. Cantikkan?


Contoh: Harga se gram ialah RM232.00 Upah RM300



Sebagai contoh: 


Situasi Pertama

Barang kemas ni beratnya 10.70gram. Harga 1gram yang contohnya RM232 per gram. Upah RM300.


Jadi macam mana kira harga barang kemas ini.


Harga x berat + upah = harga sebenar.


RM232 x 10.70 + RM300 = RM2782.40.


Ok kita sama-sama kira harga pergram pula.




2782.40 ÷ 10.70gram = RM260.03 harga pergram


Situasi Kedua


Ok kalau harga kedai tanpa upah plk. Skrg byk kedai jual antara rm254 ke rm256/257/258 tanpa upah. Katalah kita ambil harga yangg paling tinggi, RM258. 


RM258 x berat 10.70gram = RM2760


Boleh nampak? Situasi pertama anda end up membayar harga lebih mahal!


Jadi lepas ini sahabat-sahabat semua, pergi je kedai emas. Jangan lupa kira bersama-sama! hehe.

Selamat bershopping emas ya


Nak tengok emas jualan saya?

Jom Singgah

>> https://view.orodesign.biz

>> https://www.facebook.com/kedaiemasorodesign

No comments