Friday, March 05, 2021

Tiada Lagi Servis Bina FB Page

Saya memulakan servis upah membina FB page sekitar 3 tahun lalu, bersama rakan baik saya, Cik Rafidah. Kami berkawan jauh tau, saya di sini dia jauh di kelantan. Apa sahaja urusan kami, semuanya online dan melalui telegram dan emel. Hehe. Dan dalam kes projek amal kami iaitu servis bina FB page bagi client-client yang telah kami uruskan sepanjang 3 tahun ini penuh dengan drama dan adakalanya kecewa juga. 


Saya bertugas menyiapkan FB page client, penamaan penjenamaan kedai, membantu customer memahami penggunaan FB page. Menyiapkan katalog shop jika ada. Juga saya memikirkan cara apakah the best keyword untuk client supaya dapat disenaraikan di carian google. Manakala, rakan saya menyiapkan cover page dan profile mengikut kehendak-citarasa client. 


Walaupun yang menyiapkan FB page itu saya sendiri dari awal hingga akhir, tetapi nampaknya design cover page yang cantik menjadi salah satu tarikan utama bagi client. Hebat kan rakan saya? 


Kami cas murah sangat tahu untuk servis FB Page. RM30 - RM50 bagi bina FB page sahaja, atau nak tambah design, RM100 - RM 150. Siap percuma logo profile. 


Tetapi sejak tahun lepas, rakan saya sudah mula kurangkan design dan mula mencari Allah bagi melengkapkan diri beliau. Mendalami ilmu kalam Allah secara online dan offline. Maka masa untuk projek kami terhad. Tambah-tambah lagi beliau ada bisnes sendiri. Saya akur, kami sudah tidak lagi bersama dan untuk saya menguruskan semuanya seorang diri adalah agak sukar. 


Walaupun sekarang saya banyak juga design, tetapi design simple sahaja dari canva pro. Syukurlah ada canva. Semua urusan banner, simple design bolehlah saya create untuk kedai sendiri dan produk jualan. Jika tidak, banyak urusan poster, banner, diuruskan oleh rakan saya. 


Dan sebenarnya selain daripada, punca utama rakan saya berhenti mendesign bagi projek kami,majoriti client yang datang kepada kami ialah client yang tidak aktif berfacebook, Mereka mahukan Facebook Page tetapi tiada komitmen dan masa menguruskannya. Akhirnya, kebanyakkan page walaupun sudah siap sepi tanpa belaian tuan tercinta.


Dan apakah sebabnya kalian ingin membina sebuah kedai dan membiarkannya musnah?


Saya tertanya-tanya juga soalan ini. 



4 page yang bakal hilang secara kekal. Tidak boleh diambil kembali. Kesemua ini telah saya hubungi pemiliknya. Insha Allah minggu depan, Facebook akan delete akaun ini buat selama-lamanya. No return.


Yang sebelah kiri ialah page yang saya sendiri manage. Saya seorang ada 11 page. Ada yang aktif terkini, ada yang diuruskan oleh badan yang lain. Dan ada yang saya biarkan. Disebabkan sudah terlalu banyak untuk diuruskan. Saya mengambil keputusan untuk membuang yang tidak lagi aktif terutamanya tanpa pemilik. 


Nasihat saya?


Jika anda mahukan kejayaan, anda perlu berani memulakan langkah dan tidak mengharapkan keajaiban. Jika ada wang yang banyak, upah pekerja untuk menguruskan Facebook page kalian. Saya sebenarnya tidak sanggup melihat page itu terbiar begitu sahaja. 


Apakan daya saya cuma pembina FB page. 


Insha Allah, saya akan share bagaimana nak bina FB page yang baik. Stay tuned dan selamat belajar!

No comments:

Post a comment