Berkongsi kisah kehidupan sebagai suri dan pada masa sama, berniaga untuk bantu keluarga. Suka sharing berkaitan online marketing dan menjual produk islamik seperti jam azan untuk rumah, jam tangan azan, al quran digital dan macam-macam lagi.

7/21/2022

Apa Itu Google Business Profile dan Bagaimana Nak Muncul di Carian Google Secara Percuma?

Apa Itu Google Profile atau Google Business? Rupanya masih ramai kurang tahu mengenai kelebihan menggunakan Google Profile atau Google Business dalam melonjakkan sales produk / kedai / bisnes masing-masing. Bukan tidak tahu, sebenarnya saya yakin ramai tahu, cuma term yang saya gunakan ini tidak begitu familiar oleh rakan-rakan kan? Bagaimana kalau saya sebut, Google Map? 


Semua orang tahu tentang Google Maps, malah kita gunakan sistem ni setiap kali kita nak tahu direction ke sesebuah tempat/lokasi. Pasti ada perasan, setiap bangunan, kedai akan muncul di sekitar lokasi. Jika tiada, bagaimana nak search lokasi sesebuah bangunan?


cara setup google business profile dan muncul pada carian google
Apa yang anda perasan selain bangunan? Ya, ada kedai yang mendaftarkan tapaknya di Google Maps. Inilah namanya Google Profile/Google Bisnes


Kali ini, bukan rumah atau ofis sahaja. Sesiapa yang menjalankan perniagaan boleh gunakan kelebihan ini untuk mempromosikan produk / bisnes anda secara percuma! Anda boleh dapatkan pelanggan lokal di sekitar kediaman anda, taman anda, daerah, zon malah seluruh negeri yang anda diami atau seluruh Malaysia pun boleh jadi pelanggan anda! Best ke tidak?


Kini, bila seseorang mencari carian di google, bukan sahaja akan muncul di sebuah website, facebook page tetapi mereka yang daftar di Google Profile akan muncul dalam carian google iaitu melalui Google Maps! baiklah saya berikan satu contoh mudah. 


Anak saya dah berusia 12 tahun sekarang, so saya nak cari pusat tuisyen berhampiran rumah. Apa saya nak buat? Of koz, selain duk skrol kat fb lebih baik saya search sahaja manalah tahu pusat tuisyen ini menggunakan kata kunci "pusat tuisyen kuantan" atau mereka dah daftar di Google Profile. Cara carian di google memudahkan saya melihat jarak dari rumah saya ke pusat tuisyen. Kedua, memudahkan saya untuk terus contact admin atau pemilik pusat tuisyen tersebut. Call ke whatsapp ke. Terpulang. Pentingnya ada nombor yang saya boleh capai dan hubungi. 


So jom saya tunjukkan cara search dibuat satu per satu. 

  1. Macam biasa kita ke google.com
  2. Search "pusat tuisyen" atau "pusat tuisyen kuantan"
  3. Lihat apa yang muncul, semestinya majoriti akan lihat page pertama sahaja, maksima yang serius akan search ke page ketiga-kelima (jarang)

cara setup google business profile dan muncul pada carian google
Mula-mula saya search sahaja "pusat tuisyen", paparan yang anda lihat ini ialah cadangan google mengenai top search orang di google mengenai kata kunci "pusat tuisyen", anda boleh lihat majoriti pencari pusat tuisyen adalah di Selangor. Dan lihat semula, google mencadangkan carian "pusat tuisyen near me". Betulkan? takkan orang kuantan nak pergi ke tuisyen jauh ke selangor pula?


cara setup google business profile dan muncul pada carian google
Ini adalah page pertama google ya. Apa yang muncul adalah Google Maps terlebih dahulu kemudian barulah website atau facebook page. Bergantung kepada carian kata kunci, tak semua keyword akan memaparkan Google maps sebenarnya. Nanti saya tunjukkan



cara setup google business profile dan muncul pada carian google
Masih lagi page pertama, di bawah Google Maps di atas tadi. Facebook page dengan kata kunci "pusat tuisyen" dan lokasi "kuantan" menjadi pilihan carian google kerana google dah save lokasi saya. Jadi sudah tentu jika saya search akan muncul dahulu lokasi area kediaman saya barulah lain-lain tempat yang menggunakan keyword "pusat tuisyen"

cara setup google business profile dan muncul pada carian google
Ini pula ialah carian "pusat tuisyen kuantan", terus direct lokasi kediaman. mudah untuk saya lihat di mana pusat tuisyen tersebut dan jarak untuk saya hantar anak saya nanti.



cara setup google business profile dan muncul pada carian google
Baiklah. Untuk carian "pusat tuisyen kuantan" jika anda lihat, selepas maps barulah muncul website dan facebook page tuisyen-tuisyen yang lain menggunakan keyword "pusat tuisyen kuantan"



cara setup google business profile dan muncul pada carian google
Anda boleh lihat bertaburan pin-pin pusat tuisyen di kuantan. ha pilih dan nilaikan sendiri mengikut kehendak anda. Pemilik Google Business atau Google Profile yang bagus akan melengkapkan segala butiran mereka dan sentiasa up to date perkembangan bisnes mereka. Jangan buat sahaja tapi sepi. Memang larila pelanggan kan?


Alhamdulillah. Jelas tak bagaimana mendaftarkan bisnes anda di Google Profile ni banyak kelebihannya? 


Kelebihan utama daftar Google Profle atau Google Business :- 

ini adalah marketing percuma. Anda daftar secara percuma, dan munculkan diri anda di carian maps dan google search berdasarkan kata kunci dan lokasi anda secara percuma juga. 



Soalan: Boleh tak saya iklankan bisnes saya setelah daftar di Google Profile?
Jawapan: BOLEH!. Sign up for Google Ads dan anda boleh iklankan bisnes anda. Oh ya, ini adalah iklan berbayar. 


Contoh? Ada. tengok gambar di bawah.

cara setup google business profile dan muncul pada carian google
Nampak tak kotak putih dalam maps ni? Ini bermaksud pemilik Google Profile tersebut menggunakan Google Ads untuk mempromosikan bisnes mereka


cara setup google business profile dan muncul pada carian google
Anda lihat atas sekali, pada carian "sewa kereta shah alam" ada 2 syarikat yang menggunakan iklan berbayar google. Lihat ada icon Ad menunjukkan bukti pengiklanan mereka! anda pun boleh buat perkara yang sama


Jadi bagaimana?

Nak buat atau tidak Google Profile ni untuk kedai / bisnes anda?

Nak tak dapatkan marketing percuma ini dan tarik pelanggan berdekatan kediaman anda atau ofis anda?

Nak tak muncul di carian google bila customer cari kata kunci yang mereka perlukan? 


Sudah tentulah NAK! Maka jangan berlengah lagi, terus lah daftarkan kedai / bisnes anda di Google Business hari ini. 


Bagaimana cara nak daftar Google Business Profile dan Muncul Pada Carian Google?

1. Wajib ada email google (gmail.com)

2. Klik sini https://www.google.com/business

3. Sign in atau manage now

4. Daftarkan kedai anda, dan follow sahaja step by step yang google tunjukkan

5. Verify

6. Setelah google verify bisnes anda barulah kedai anda akan muncul pada tapak google maps! alhamdulilah selesai =)


cara setup google business profile dan muncul pada carian google
Sign in atau manage google business profile anda


cara setup google business profile dan muncul pada carian google
Bagi yang baru nak daftar pilih Add your business to Google




Semoga entri ini membantu anda semua memaksimakan sebanyak mungkin marketing percuma secara online. Gunakan semua medium yang anda insya Allah dan penting rajin update tentang bisnes anda supaya pelanggan tahu anda masih aktif =)


Masih blurr cara setup google business profile dan muncul pada carian google?

Boleh hubungi saya pada bila-bila masa insya Allah


bisnes online consultant facebook google website


0 Comments:

Catat Ulasan

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Popular Posts

Blog Archive

Pageviews

BTemplates.com

Blogroll

About

About

Copyright © Diari Seorang Suri & Bisnesmom | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com