Showing posts with label #rccstevia. Show all posts
Showing posts with label #rccstevia. Show all posts

Tuesday, May 10, 2016

Pengumuman Penting: Terkini Penyelarasan Terbaru Keahlian RCC Stevia

May 10, 2016 0 Comments
Pemberitahuan: 14 April 2016

Assalamualaikum dan Salam satu Malaysia.

1.Selaras dengan kenaikan harga minyak petrol pada 1 Apr 2016 yang lepas:

R97 - RM2.05/lt
R95 - RM1.70/lt
B7 - RM1.55/lt

dan genap setahun pelaksanaan GST, maka dengan itu pihak syarikat juga berbesar hati dengan menambahbaik RP pada set belian peribadi seperti berikut :

RSS : Dari 10RP → 30RP
RCC : Dari 10RP → 30RP
RBL : Dari 10RP → 50RP


2. Malah dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini, pihak syarikat juga dengan berbesar hati ingin memaklumkan bahwa bermula pada bulan May 16 Royalty Belian Peribadi (Pencen) akan ditambah baik sedikit bagi membantu meningkatkan pendapatan ahli ahli syarikat yang masih setia.Royalty baru ini juga akan mula diterima pada awal Jun 16 nanti.Sila rujuk penambahbaikan seperti dibawah:

Agen 1 : RM2.00 = RM2.50
Agen 2 : RM2.00 = RM2.50
Agen 3 : RM2.00 = RM2.50
Agen 4 : RM2.00 = RM2.50
Agen 5 : RM2.00 = Kekal sama
Agen 6 : RM2.00 = Kekal sama.


3. Dana Khairat Kematian / Kebajikan.( Wang Ekhsan )

Bermula pada 1 May 2016 tuntutan dana khairat kematian & kebajikan juga akan dikemas kini bagi menstabilkan semula tabung @ dana yang sediada untuk pelan jangkamasa panjang agar semua ahli dapat menikmati faedah ini berterusan.

Jumlah sumbangan dana khairat yang baru adalah seperti berikut :
Penama meninggal : Sumbangan RM2000 (Belian 1 set), RM2,500 (Belian 2 set), RM3,000 (Belian 3 set)
Ahli keluarga : Sumbangan RM1,000 (Ibubapa kandung, suami @ isteri, anak kandung SAHAJA).

Jumlah sumbangan dana kebajikan yang baru adalah seperti berikut :
Min RM500 = Bencana alam (ribut @ banjir),kemalangan diri (Retak,patah kaki @ tangan)

Jumlah sumbangan ini adalah untuk kes yang terjadi pada tarikh dinyatakan manakala syarat syarat yang lain adalah masih kekal sama.


Terima Kasih,
Admin.




Admin 
Emme Marina 
0189100852

Thursday, March 24, 2016

Tips Kebahagian, Kekayaan dan Bisnes. Selamat Membaca

March 24, 2016 0 Comments
Teks: Emme Marina Mohamad

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum pembaca semua,


Bagaimana hari ini? Adakah anda mengisi hari anda dengan mengingati Allah?

Sudahkah laksanakan ibadah kesukaan Allah iaitu berpagian dan bersendirian dengan Nya. Ya, bertahajud,berzikir, bertahmid, melakukan solat fajar, solat awal waktu subuh, menunaikan solat dhuha dan akhirnya menunaikan segala pekerjaan tanpa sia-sia.


"Dua nikmat yang kebanyakkan manusia terlalai atau tertipu padanya adalah KESIHATAN dan MASA LAPANG" - Hadis Riwayat Bukhari.

Saya ABC minggu ini, cuba melakukan semuanya dengan setiap masa mengingati Allah, berselawat, menahan kemarahan, bersabar dengan melakukan segala pekerjaan di rumah sambil melayani karenah pelanggan dan juga beriklan.

Malam tadi sempat juga membaca beberapa helaian mukasurat buku, La Tahzan karya Dr. Aidh. Dan antara pengisian beliau yang amat berkesan di hati saya ialah, hidup lah kamu seperti kamu mati hari ini. Sebenarnya teramatlah benar apa yang beliau tuliskan, kita sebagai manusia tidak berkuasa terhadap hidup dan nyawa kita. Beranikah kamu untuk mengatakan aku akan hidup selepas saat ini? Selepas 30 minit kalian membaca entri saya ini?

Tidak bukan?

Jadi?

sebenarnya kalian mengakui bahawanya diri AKU tidak pernah BERKUASA menghidupkan dan mematikan dengan IZIN ALLAH SWT.

Saya menulis hari ini atas izin Allah. Idea yang mengalir ini, idea Allah. Saya hanya asbab dan sarung nyawa yang bertindak atas izin Nya.


Allahu..

Kata lagi Dr. Aidh, laksanakan hari ini sebaiknya tanpa sia-sia. Selalunya saya memang banyak melakukan perkara sia-sia. Apa dia? Tengok tv dan menangguh-nangguh. Masya Allah.

Tengok TV itu buang masa bukan? Tetapi jika kalian tengok tv sambil lipat baju rasanya terisi. alhamdulillah.
Tengok TV bersama keluarga tersayang kerana jarang melakukan aktiviti bersama-sama, apa salahnya.

Tetapi duduk sorang-sorang, tengok tv yang tidak berfaedah ceritanya tiada lakukan apa-apa dan menangguhkan perkara yang sepatutnya dilakukan saat itu, sudah tentu saya harus katakan ianya perkara yang teramatlah sia-sia.

Lakukan hari ini sebaik-baiknya kerana anda mungkin HANYA HIDUP UNTUK HARI INI.


HARI INI HARI ANDA.

Beribadahlah seolah-olah esok adalah hari kematian anda, bekerjalah seolah-olah esok anda sudah tidak mampu bekerja, senyumlah dan berbahagialah pada hari ini supaya anda tidur dan mati dalam keadaan yang anda sudah lakukan hari ini sebaiknya. Tidurlah dan serahkan diri anda sepenuhnya kepada Allah swt.


Allahu.. siapalah kita, hanya hamba Allah yang sentiasa inginkan syurga Nya.


Menu hari ini, nasi lemak biasa. Maksudnya, nasi lemak dan telur rebus. Alhamdulillah, bersyukur. anak makan tambah sampai 3 kali. Sukakan? Cuci tandas, basuh baju, sidai baju. Ya allah, memang saya paling malas nak sidai baju dan melipat sebenarnya. Banyak lagi baju nak dilipat ni.

Semalam, leader dms saya kata, "Emme, buatla sales laju-laju nanti akak naikkan lagi komisyen" alhamdulillah. Allah, bantulah aku supaya aku dapat naik satu lagi level dalam perniagaan dms ni.

Semalam juga, kata-kata semangat dari ceo marketing, Puan Zalila Omar buatkan saya bersemangat untuk berjuang mengajak lebih ramai rakyat malaysia bertukar ke gula sihat dan mengubah kewangan hanya dengan berbisnes gula sihat sahaja. Senang tahu.. Nak tahu marilah wassap saya 0189100852.

Hari ini, Allah berikan saya banyak ilham bagaimana untuk majukan lagi bisnes online stevia saya ni, bagaimana mahu kembangkan rangkaian saya, dan pelbagai lagi ilham mencurah-curah Allah berikan. Simpan nota siap-siap, draf dan buat.

kalau tak buat nota, maka saya tidak akan buat.
kalau saya bertangguh, maka saya merugikan diri sendiri.

Ini juga satu perbuatan sia-sia.


Anak-anak sedang lasak di rumah. Hilang fokus juga saya dibuatnya. Tidak mengapalah, Allah sedang berikan saya ujian.. huhu. Dah memang Allah yang beri, takkan kamu mahu marah Allah pula kan?


Saya bersyukur hari ini diberikan kesihatan akal dan fizikal yang baik.

Semoga dengan aset perniagaan rcc stevia ini saya bukan sahaja dapat menjana lebih banyak duit untuk keluarga dan diri sendiri tetapi untuk keturunan akan datang. Dengan adanya duit, maka lebih banyak sedekah dapat kita berikan. Dengan adanya duit, maka lebih ramai orang dapat kita bantu dan dengan duit, kita dapat berikan apa yang mak dan ayah kita hajatkan.

Impian saya tahun ini mahu bebas hutang dan mengerjakan umrah. Semoga impian ini Allah makbulkan. Bebas hutang melalui pendapatan rcc stevia, dan percuma 2 trip umrah daripada rcc stevia jugak.

In shaa Allah, Allah pasti akan makbulkan. Tawakkal, doa dan usaha.


Dan dengan adanya platform pembelajaran belajar asas blog melalui akademi bekerja di rumah, kini saya betul-betul bersyukur kerana pilihan saya melabur dalam kelas ini berbaloi.

Bagi yang mengikuti blog saya, kalian lihat pelanggan saya sendiri datang dari blog, facebook saya sangat jarang beriklan. Hanya update dan menulis entri di blog. Kata kunci amat lah penting. Belajar buat blog, belajar penulisan berpengaruh amat berkesan dalam teknik pemasaran.


Banyak input saya kongsikan hari ini.
Mana yang baik, kalian catatlah buat manfaat dalam kehidupan kalian.
Mana yang tidak, kalian jadikan sebagai bahan bacaan sahaja.


Lihat, lepas dan doakan.


Sekian, catatan saya buat hari ini. Jangan stress sangat kay? Jom minum secawan kopi kapucino rcc, sedap oooo, lazat berlemak dan jangan lupa titis stevia tuk kemanisan berganda. Paling penting, ianya sedap, ianya sihat, ianya tanpa kalori.

Ingat manis, ingat rcc, ingat Emme Marina. Hehe.



Semoga bertemu lagi di entri yang lain,
Salam sayang dari saya, Emme Marina Mohamad,

Jika berniat menghubungi saya, hubungi saya di talian 0189100852.

Tuesday, March 22, 2016

Panduan Ahli Baru RCC Stevia

March 22, 2016 0 Comments

Teks: Emme Marina Mohamad

Assalamualaikum semua, terima kasih buat ceo marketing kita, Tuan Asmawee sebab sudi kongsi ringkasan nota tentang panduan keahlian rcc serta kebajikan ahli yang kita dapat setelah menyertai keahlian rcc global.

Mengapa disebut keahlian ya?
Bagaimana menjadi ahli?

Seperti yang kalian lihat di blog saya ini sebenarnya ialah blog penjagaan kesihatan menggunakan gula sihat stevia dari syarikat rcc global sdn. Bhd.

Harga sebotol stevia 10 ml berharga RM 50
2 botol stevia RM 100
3 botol stevia RM 150

Tetapi untuk lebih penjimatan, pada pembelian 3 botol stevia. Anda layak mendapat keahlian percuma dan jimat sebanyak RM 10.

Jadinya, Harga stevia bagi pengguna VIP = RM 140 sahaja.

Setiap ahli akan memperolehi 1 akaun khas di mana anda perlukan akaun ini sama ada untuk tujuan semakan pembelian ulangan (bagi melayakkan diri anda mendapat kebajikan dan khairat kematian) dan juga sebagai bisnes tools.

SEBAGAI AHLI BARU RCC.

ANDA PERLU TAHU...

▶ WITHDRAWAL KOMISEN SETIAP HARI AHAD SEBELUM SISTEM CLOSED 10.30MLM

▶ Hanya 6 Bank yg digunakan utk Pembayaran Komisen :
✅Maybank
✅CIMB
✅RHB
✅Public Bank
✅Bank Islam
✅BSN

▶ Bagi yang Akaun Gold dan Platinum untuk keluarkan Komisen kene Login setiap akaun.

▶ No Akaun Bank mestilah sama dgn Penama Ahli berdaftar

▶ Redeemtion FREE drpd RP terkumpul boleh dbuat pd Bulan Jun dan Disember shj dan setiap Akauan tidak boleh dicampurkan RP dgn akaun lain.

▶ Redeemtion RP ke Privilage Card Petronas hanya dibuka pd setiap 10hb setiap bulan... (minyak percuma)

2000RP = RM 200
5500RP = RM 600

Bagaimana RP dikumpul?

2 cara nilai RP ini dikumpul;

- Pembelian ulangan (10 point)
- komisyen pasangan berkumpulan (10 point)

** stevia (2 botol) = RM 60 = 10 RP
** kopi kapucinno = RM 55 = 10 RP
** RCC beautyline = RM 155 = 10 RP

SEBAGAI AHLI RCC ANDA PERLU TAHU...

✅ No Akaun Syarikat :
Maybank ▶ 5511-0030-3495 ( RCC GLOBAL (M) SDN BHD

✅ Tabung Kebajikan ( Hanya Ahli RCC ) cover RM1K - RM 5K.

▶Syarat Kelayakan :
# Keahlian 3 bulan
# Belian 3 bulan bertrut2 Minimum 1 set B sbulan
Siapa yg layak?
- Kemalangan ( Patah )
- Kebakaran
- Banjir
- Ribut

✅ Tabung Khairat :
# Ahli :
Belian 1setB = Layak RM4K
Belian 2setB = Layak RM5K
Belian 3setB = Layak RM6K

#Keluarga :
Bila Kematian kepada :-
- Suami
- Isteri
- Anak2
- Ibu
- Bapa
# Tuntutan RM2K seorang

✅ Target UMRAH PERCUMA RCC kumpul 30,000RP(1 Tiket seorang)

✅ Komisen RCC boleh dikeluarkan hanya pada Hari Ahad setiap minggu sebelum Sistem Offline kul 10.30mlm dan tiada masalah kalau tak withdraw boleh juga withdraw setiap bulan selepas Komisen Pencen Royalty keluar

✅ Setiap Pengeluaran Komisen Fee RM5 setiap..Akaun tidak kira berapa amount withdraw

✅ Wisma dibuka dr jam 9pg-6ptg ( Isnin - Jumaat ) & 9pg-1ptg ( Sabtu ) dan AHAD DITUTUP.

✅No HQ HOTLINE 📞07-2445935

✅ STOKIS MOBILE Modal RM 3880 :
# 20 set A x RM 136 (RM 4)
# 20 set B x RM58 (RM 2)

✅ STOKIS UTAMA Modal RM 18,650
# 100 set A x RM132(RM 8)
# 100 set B x RM 54.50(RM 5.50)


Alhamdulillah. Menarik bukan jadi ahli rcc ni?
Selain anda menjadi pengguna anda boleh juga jadikan rcc sebagai platform perniagaan anda.

Bagi mereka yang meminati perniagaan atau marketing bersama rcc. Terdapat lagi 2 pakej pilihan iaitu

- Gold 9 botol = RM 420 (3 akaun pendapatan)
- Platinum 21 botol = RM 980 (7 akaun pendapatan)


Jika kalian sudah paham, dan berminat untuk sertai keluarga sihat rcc,

Hubungi saya di talian
0189100852

Sudi membantu kalian pada bila-bila masa sahaja
Jom jadi sihat.

Badan sihat, poket tebal :)


Friday, March 11, 2016

Perbezaan Antara Gula Cecair RCC Stevia dengan Produk Stevia Yang lain

March 11, 2016 0 Comments

Kenapa Gula RCC Stevia berbeza dengan produk-produk stevia yang lain??


Gula titis RCC adalah pengganti gula pasir nombor 1 di Malaysia yang diperlukan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis, obesiti dan jantung, atau mereka yang berisiko menghidapi penyakit-penyakit tersebut disebabkan faktor keturunan dan pemakanan. ATAU sesiapa saja yang tidak boleh meninggalkan manis dalam makanan dan minuman.

Gula titis RCC adalah pemanis SEMULAJADI berasaskan stevia. Ia tiada campuran bahan kimia dan telah terbukti selamat.

Kelebihan gula titis RCC Stevia ialah:


– 0 kalori.
– rasanya sangat manis dan sedap seperti gula.
– sesuai dicampurkan ke dalam semua jenis minuman dan makanan seperti lauk-pauk dan kuih muih.
– sesuai digunakan oleh semua peringkat umur dan semua tahap kesihatan.
– terbukti boleh merawat pelbagai jenis penyakit kronik.

Tidak seperti produk lain, gula titis RCC Stevia:


– memaniskan segelas air dengan hanya setitis tanpa rasa pahit.
– dipacking cantik dan mudah dibawa ke mana-mana.
– terbukti halal dan selamat dengan Sijil Halal Jakim dan memenuhi piawaian Hazard Analysis And Critical Control Point (HACCP).

Syarikat RCC Global Sdn. Bhd. merupakan:


Peneraju dalam industri gula titis stevia di Malaysia melalui pemasaran berbilang tingkat yang diinovasi.
– Ia menyediakan pelan kebajikan untuk setiap pengguna berdaftarnya melalui Tabung Kebajikan dan Khairat Kematian serta peluang menunaikan umrah percuma melalui Ganjaran Mata.
– Ia juga menyediakan peluang menambahkan pendapatan dari rumah dengan modal hanya RM140 yang mampu menjana pendapatan RM1800 sehari!

Thursday, March 10, 2016

Stevia dan Kecantikan Kulit Wajah

March 10, 2016 0 Comments


Teks: Emme Marina Mohamad

Baik wanita mahupun lelaki, kita sentiasa menginginkan wajah yang bebas dari sebarang noda. Masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kusam serta kelihatan tua dari usia asal boleh menjatuhkan keyakinan diri seseorang. Kini, terdapat pelbagai produk kecantikan di luar sana yang mampu memberikan kecantikan wajah seperti yang kita idamkan namun tidak semua orang serasi dengan produk-produk ini. Maka, pencarian dan percubaan giat dilakukan untuk mencari produk kecantikan yang paling berkesan buat wajah kita.


Tahukah anda bahawa produk kecantikan luaran ini hanya bersifat sementara? Ini kerana majoriti produk hanyalah menekankan perihal luaran sahaja, walaupun begitu, saya tidak menolak bahawa produk kosmetik yang bagus dapat melindungi kulit wajah dari pelbagai kotoran dan sinaran UV yang kejam pada wajah. Oleh sebab itu, saya mengajak pembaca semua untuk menggunakan juga pendekatan penjagaan kesihatan yang lebih berkesan dan evergreen (sentiasa hidup dan tahan lama).



"Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna,

(Nuh 71:17) |




Berita baik bagi penggemar stevia adalah daun pemanis ini dilengkapi oleh Allah SWT dengan sifat antioksidan dan pelbagai khasiat yang sangat baik untuk kulit. Ekstrak daun stevia ini diperkaya dengan pelbagai bahan berfaedah seperti protein, serat, karbohidrat, fosforus, zat besi, kalsium, kalium, natrium, magnesium, rutin (flavonoid), besi, zink, vitamin C, vitamin A dan klorofil.
Kajian menunjukkan apabila serbuk stevia digaul dengan susu segar dan digunakan sebagai pek muka secara tetap (dua kali seminggu) dapat menegangkan kulit dengan ketara dan mengurangkan kedutan halus muka.

Cara lain adalah dengan melumurkan Stevia pekat sama rata ke atas muka dan biarkan ia kering selama kira-kira 20 minit. Stevia pekat juga terbukti amat berkesan dalam mengurangkan dan menyembuhkan jerawat dan jeragat.

Rosemary Gladster, Master in Herbs sangat menggalakkan penggunaan stevia pekat untuk digunakan sebagai penyembuhan dan menghapuskan jerawat dan bintik hitam pada muka. Menurutnya, kaum Paraguay purba telah menggunakan Stevia sebagai minuman dan amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit yang berkaitan.

Dengan ciri-ciri antimikrobial dan antibakteria, stevia (dalam apa jua bentuk) boleh digunakan untuk mengurangkan tindakbalas radang kulit dan ruam. Stevia pekat juga berkesan apabila digunakan pada seborrhea, dermatitis dan ekzema. Ia juga berkesan digunakan pada luka-luka kecil dan melecet untuk mengurangkan parut.

Justeru dengan pelbagai ciri yang bermanfaat itu, pengguna RCC Stevia pastinya bukan saja dari kalangan penggemar manis, tetapi juga untuk mereka yang sukakan kecantikan kulit.

Kebaikkan Stevia kepada Kulit:

  • Antibakteria
  • Anti oksidan dan melambatkan proses penuaan
  • Menyembuhkan jerawat dan jeragat
  • Membantu mengurangkan keradangan kulit
  • Melembapkan dan melembutkan kulit
  • Mengekalkan keremajaan kulit dan awet muda
  • Menghilangkan parut pada kulit
  • Merawat kulit berminyak dan berjerawat
  • Juga sebagai rawatan kepada semua jenis luka, kurap dan kudis termasuklah demam campak.

Cara Penggunaan Stevia:


  1. Menggantikan sepenuhnya gula pasir kepada stevia
  2. Titik stevia ke dalam semua jenis minuman, masakan dan kuih yang diinginkan
  3. Titik stevia ke atas permukaan kulit atau kawasan bermasalah (jadikan stevia sebagai masker atau serum)
Nota: Jika anda menggunakan produk kecantikan, titikkan stevia dahulu dan biarkan meresap ke dalam kulit sebelum anda oles krim ke muka anda. 


Jika kita menginginkan kecantikan yang lebih tahan lama, maka faktor penjagaan makanan amatlah penting. Ini terbukti apabila ramai wanita cantik di dunia ini memberitahu bahawa rahsia kecantikan mereka ialah mengamalkan pemakanan yang sihat dan organik. 

Mari baca: 

Keburukan Gula kepada Kulit
Kesan Makanan kepada Kulit

Saya berharap agar entri ini membuka mata pembaca semua betapa pentingnya menjaga pemakanan dan menghindari gula. Jika kita sukakan kemanisan, kita tetap boleh nikmatinya dengan stevia =)


Testimoni:










Berminat untuk mencuba dan mendapatkan produk stevia ini?



Harga Bukan Ahli

Sebotol: RM 50
2 botol: RM 100
3 botol: RM 145 SEM/ RM 150 SS 
( Percuma Keahlian)

Harga Ahli

1 set (2 botol): RM 60
**Harga tidak termasuk postage


Berminat untuk mencuba stevia rcc sebagai serum wajah dan supplement kecantikan kalian?


Hubungi saya untuk percuma konsultasi dan untuk tempahan produk stevia


018-9100852



Semoga bertemu lagi di entri yang lain, 
Salam sayang dari saya, Emme Marina Mohamad, 

Jika berminat, 
hubungi saya di talian 0189100852.

8 Ciri Istimewa & Khusus GULA TITIS RCC STEVIA SWEETENER

March 10, 2016 0 Comments
Teks: Emme Marina Mohamad


8 Ciri Istimewa & Khusus GULA TITIS RCC STEVIA SWEETENER
  • Merupakan ekstrak yang terbaik dan sangat berkualiti, diimport terus dari ladang.
  • Kandungannya disahkan selamat oleh KKM & Halal.
  • Didatangkan dalam bentuk titisan untuk memudahkan penggunaan. Hanya perlu titis dalam minuman dan makanan. Tiada masalah susah nak larut.
  • Rasanya sangat enak bila dititis ke dalam minuman/makanan.
  • Tidak ada rasa pahit atau payau apabila dicampur dalam minuman/makanan.
  • Dibotolkan dalam botol kaca yang comel serta mudah dibawa ke mana sahaja.
  • Sebotol mengandungi 200 titis.
  • Setitis sudah mampu memaniskan secawan air. Sangat menjimatkan!
  • GULA TITIS RCC STEVIA SWEETENER adalah liquid 100% asli!





Untuk mendapatkan gula stevia,
Hubungi saya
Puan Emme marina mohamad
Pakar kesihatan gula anda

0189100852

Wednesday, January 06, 2016

Pesanan Marketing Direktor RCC Stevia Buat Semua Pejuang Rakan Niaga Stevia

January 06, 2016 0 Comments

Assalamualaikum buat semua Pejuang2 RCC... kita Jihad Bisnes RCC dlm memperjuangkan Gula Sihat utk Sihat diri kita kluarga kita dan keturunan.kita utk akan dtg..sihat poket drpd kebocoran dan cancer poket... saya galakkan buatlah akaun keluarga dlm RCC supaya anak2 yg sudah 18thn ke atas ada pelapis dan ada incomes yg dpt membantu masa mereka menyambung pelajaran... Akaun kita jugak akan diwariskan nanti kepada waris yg kita tinggalkan utk diambik alih... Inilah real bisnes yg mempunyai halatuju dan masa depan..ada ketenangan dan baraqah dlm bisnes RCC kerana kita semua menyumbangkan sedikit infaq drpd pendapatan kita utk saham akhirat dgn membantu meringankan ahli2 lain dlm RCC melalui Tabung Kebajikan dan Tabung Khairat...

Dlm RCC Siapa buat dia dapat..tiada siapa terawal kaya duku dan tiada istilah duduk diam dapat duit kerana dlm RCC tidak menjanjikan bulan dan bintang semuanya hasil dr usaha sendiri dan bersama team rangkaian dlm membina ukhwah dlm perniagaan melalui akad jual beli mengikut muamalat Islam...

Sama2 lah kita menjaga hubungan silaturrahim dlm RCC jangan ada hasad dan dengki...perasaan tamak...riak dan takbur..dan yg paling penting jujur kpd semua ahli dlm RCC...Bersihkan Kolam Jiwa barulah hati tenang...Jangan ada Hati Hitam...kerana segelas air yg putih jernih jika termasuk setitis air hitam akan mengubah air yg jernih...

Saya mohon maaf jika selama ini ada terasa hati jika saya menegur kerana saya menegur ada sebabnya utk kebaikan semua... seorang ibu dan ayah yg sayangkan anak2nya akan sentiasa menegur jika ada yg tak.betul supaya tidak menyimpang jauh...belajarlah menghormati org lain jika kita mahu mjadi pemimpin yg ingin dihormati...sekadar nasihat utk diri saya dan semua utk memperbetulkan kesilapan yg ada..masih belum terlambat jika kita ingin bangkit utk mengubah kehidupan kpd 360darjah..

Lihatlah Kejayaan yg dimiliki oleh Jutawan PZO..Jutawan Tuan Shidi..Jutawan Master G dan bakal2 Jutawan dlm RCC...Mereka berjaya hari ni dlm tempoh tk smpi 2 tahun kerana mereka SERIUS DAN FOKUS BUAT BETUL2...memang ada yg berhenti di pertengahan sedangkan hanya selangkah lagi utk smpi di Mercu Kejayaan kerana sifat irihati dan cemburu melihat kejayaan org lain...kerana hati tersentap dan terguris menyebabkan mengubah haluan.. di mana letaknya kesetiaan dlm perjuangan?Apa yg kita laungkan sebelum ini? Adakah perjuangan terhenti?Di mana janji2 kita dulu kepada rangkaian yg kita bina selama ni?Fikirkanlah....

Sekadar sarapan pagi utk dihadam dalam2 sedalam2nya supaya kita berfikir... adakah kita lupa atau tdk menghargai segala pengorbanan mereka yg pernah membantu kita selama ni?Jgnlah kita hanya melihat keburukan saja tapi kita lupa kebaikan yg pernah diberi...

Semoga Allah melindungi kita dan bisnes RCC yg kita sayangi... Perjuangan belum berakhir...NO.SURRENDER...NO GIVEUP... Semoga 2016 ramai BEBAS HUTANG dan MAMPU MEMBUAT KEBAJIKAN...Aamiin...In Sha Allah...

Salam Jutawan dr saya...
Insan Biasa yang ingin Bangkit dan Terus berubah..
"JMW7710"


Monday, November 02, 2015

3 Langkah Mudah Ketahui Stevia Anda Asli atau Tidak

November 02, 2015 1 Comments
Teks: Emme Marina Mohamad

Sebenarnya di luar sana, ada pelbagai jenis stevia dari segi jenama, kualiti dan rasa. Semestinya saya harus nasihatkan anda untuk memilih gula stevia yang original dan bukannya mempunyai campuran gula pasir yang tidak sepatutnya berada di dalam kandungan gula stevia ni.

Kita tidak mahu la pula niat ingin dapatkan stevia yang baik untuk kesihatan, tetapi last sekali end up terbeli pula stevia yang bukan original dan diletakkan gula pasir sebagai perasa manis gula tersebut. Padahnya? Jika anda seorang pesakit kencing manis, hajat ingin mencari alternatif gula dengan kosong kalori, kosong lemak dan kosong kolestrol dan gula stevia seharusnya membantu anda merawat masalah tersebut tetapi akibat tersalah beli, paras gula semakin naik dan kesihatan merosot. In shaa Allah, produk stevia yang saya jual ini bukanlah stevia palsu atau tidak original ya.

Bagaimana nak tahu jika stevia yang anda telah beli itu original atau tidak?

mudah sahaja. Ikuti 2 langkah ini untuk mengenal pasti gula stevia anda.

3 Langkah Mudah Ketahui Stevia Anda Ori atau Tidak


1. semut tak hurung bila di titis 

Stevia yang asli tidak akan dihurung atau dikerumuni oleh semut dan rakan-rakan sejenis yang lain. Malah mereka akan melarikan diri. Lihat gambar bagi bukti eksperimen kami ya





 Eksperimen ini anda boleh lakukan sendiri di rumah ya =)


2. letak bawah lidah rasa pahit

Ianya mungkin pelik tetapi benar. Caranya, titiskan pati stevia ini dibawah lidah, anda akan rasa pahit walaupun tekak dan atas lidah berasa manis.

3. Apabila dibakar tidak menghasilkan karamel

gula stevia ini tidak mempunyai karbohidrat atau kanji. Berbanding gula pasir apabila dibakar ianya akan dikaramel berwarna kuning perang tetapi berlainan dengan gula stevia, apabila dibakar ianya terus hilang. 

bagaimana?

teruja bukan?

inilah keistimewaan gula stevia, walaupun mempunyai rasa manis yang berlipat ganda, tetapi ianya sangat sihat dan tidak memudaratkan.

Sunday, October 18, 2015

Pendaftaran Ahli Baru Stevia dan Kiraan Komisyen

October 18, 2015 0 Comments
Teks: Emme Marina Mohamad

Alhamdulillah, walaupun bisnes belum kencang lagi dengan stevia ni. Sebenarnya bukan tidak kencang, tapi saya yakin ilmu overload sampai saya stuck. Nak iklan berfikir. Nak buat apa-apa pun fikir panjang, sudahnya saya tidak buat apa-apa. Nampak? Seperti mentor tak rasmi saya selalu kata, Bukhari Ramli, jika sudah overload mulakan balik pada yang asas. Kadang-kadang kita tamak nak semua ilmu, sampaikan tiada satu ilmu kita praktikan kerana sudah overload hingga tangan dan otak tak sehaluan (menurut kata saya).

Alhamdulillah, sekarang saya sedang mendaftarkan ahli baru stevia. Selamat datang ya ahli baru. Semoga kita dapat manfaatkan sebaiknya gula stevia ni dalam kehidupan seharian kita. Sudahlah kita gunakan gula pasir, sudah tiba masanya kita bertukar ke gula yang lebih baik dan lebih sihat, iaitu stevia.

Saya daftarkan ahli baru di bawah saya, ID Emmeinayah dan juga ahli baru di bawah ahli-ahli saya, level keempat rasanya ni. Memandangkan beliau tiada di Malaysia buat masa ni kerana kerja, isterinya uruskan bisnes stevia bagi pihaknya, dan isterinya pula mohon saya untuk daftarkan ahli baru dibawahnya. hehe. Faham tak? Rasa macam sudah berbelit ayat saya tu. Tidak mengapalah mari lihat cara saya daftarkan ahli baru dan saya terangkan apa komisyen atau untung yang anda dapat hasil dari pendaftaran ahli baru. Belajar-belajar sikit kan esok boleh lah mahir.

ahli rcc stevia

Gambar di atas ni menunjukkan borang bagi saya isikan keterangan bagi ahli baru. Yang paling penting semasa saya isi borang online ini ialah nama penaja iaitu nama anda, nama sebenar ahli baru, nombor kad pengenalan, nombor telepon dan alamat.

Ringkasnya saya perlukan:
Nama penuh:
No telepon:
No kad pengenalan:
Alamat:

Bagi username, kita sendiri boleh cipta untuk ahli baru atau ahli baru boleh pilih untuk diri sendiri. Kebiasaan ahli atau pengguna saya yang pilihkan supaya tak memeningkan kepala ahli. Komisyen yang saya peroleh jika mendaftarkan ahli baru ialah RM35. Mungkin tidak banyak, tapi syukur alhamdulillah.

kemudian ahli kedua, ahli bagi downline saya pula. Yang ini saya tidak dapat komisyen tajaan kerana ianya bukanlah di bawah saya, jadi penaja yang menaja itulah yang akan dapat RM35. Kita hanya bantu sesama ahli =) Jika kita dapat bantu, ahli kita pun senang hati bukan? Ukhwah terjalin. Jika semasa pendaftaran ini berlaku pasangan dalam sistem rangkaian anda, in shaa Allah dapat pula RM15 daripada syarikat.

ahli rcc stevia

Daftarkan untuk saudara amri zahid, jika lihat dalam rangkaian amri sudah ada ahli, itu ialah ahli saya. disebabkan saya aktif jadi ahli-ahli di bawah saya mendapat sokongan 1 kaki di dalam rangkaian mereka. Lihat pada amri zahid, ada 2 kaki sudah dipasang, jadi untuk pendaftaran ahli pertama amri saya letakkan pada sebelah kiri Munzir Hamzah. Dengan cara itu, dapatlah saudara amri kita komisyen pasangan iaitu sebanyak RM15. Kesimpulannya untuk saudara amri, beliau mendapat komisyen sebanyak RM35 untuk tajaan dan RM15 pula bagi komisyen pasangan menjadikan jumlah komisyen pada hari ini sebanyak RM35 + RM15 iaitu RM50. Selesai sudah kerja saya buat hari ini. Bolehlah keluarkan duit di akaun sebab hari ahad ialah hari pengeluaran di akaun rcc. =) Alhamdulillah.

Berminat nak jadi ahli stevia?atau pun berminat untuk menjana pendapatan sekaligus. Bolehla hubungi saya di wassap 018-9100852. Jangan segan-segan. Kita sama-sama dalam bisnes ni. In shaa Allah saya akan bimbing anda sebaiknya. Amin

Jangan Guna Stevia Tanpa Jadi Ahli Rugi Tau!

October 18, 2015 0 Comments
Teks: Emme Marina Mohamad

Saya baru tahu sebenarnya ramai sungguh pengguna gula stevia ni di seluruh Malaysia. Stevia ni bukan ada satu brand sahaja iaitu RCC stevia tapi ada banyak. Namun setiap satu brand ini miliki kelebihan tersendiri. Begitu juga uniknya brand RCC stevia.

Rcc stevia bukan sahaja menawarkan gula stevia asli dan mempunyai pengesahan dari KKM, sokongan pengerusi Diabetes Johor, mempunyai ahli berdaftar paling ramai di Malaysia iaitu sebnyak 200k ahli. Tetapi salah seorang top management rcc stevia merupakan pengerusi SCAMA iaitu persatuan pengguna stevia di malaysia. Teruja bukan? Tambah lagi, rcc stevia menyediakan pakej keahlian yang boleh anda pilih dengan yuran yang sangat rendah iaitu RM 140 sahaja. Yup seumur hidup. Tiada yuran tahunan!

Kenapa keahlian ni diwujudkan dan apa kelebihan jadi ahli berdaftar?

Daftar ahli sbgai Pengguna tidak kira pakej mana-mana dan pembelian seterusnya rm60 (2 botol) sebotol mengandungi 10ml atau +-200 titik.. setitik mampu maniskan 200ml air..

Setiap belian ulangan anda rm60/2 botol akan dapat 10RP.. RP(reward point) konsep sama spt mesra card.. RP dikumpul tanpa had masa utk
redeem pelbagai hadiah spt.. voucher giant.. voucher petrol.. note 3.. laptop.. umrah... kereta mewah..

Hanya guna sendiri anda layak kebajikan
1. Khairat kematian pengguna yg berdaftar (ahli) rm4000 hingga rm6000

2. Khairat kematian ahli keluarga terdekat (ibu/bapa,suami/isteri& anak2) walaupun ahli keluarga bukan ahli..max rm2000

3. Tabung kebajikan jika ahli tadi..
A) berlaku kemalangan melibatkan patah
B) jikq berlaku kebakaran
C) jika berlaku bencana alam spt banjir /ribut
SUMBANGAN RM1000 HINGGA RM5000

Ini secara ringkas yang saya boleh ceritakan bagi pengguna stevia rcc. Berita baik buat semua pengguna stevia. Anda guna, anda juga dapat kelebihan lain. Jangan lupa mengesahkan pembelian tau. Klik SINI untuk ikuti tutorial nak sahkan pembelian anda. Alaaa... mudah sahaja.

Wednesday, October 07, 2015

3 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Gula Stevia

October 07, 2015 0 Comments
gula stevia royal sweetener stevia

Sepertimana kita menggemari rasa sesetengah kopi, begitu juga dengan gula. Ianya tidak terhasil secara sama. Di pasaran terdapat pelbagai jenis gula sama ada gula asli, gula perang dan juga gula tiruan. Rasa manis yang dihasilkan oleh setiap satu pemanis ini juga berlainan kelikatannya, ada yang sangat manis walaupun digunakan pada kadar yang sedikit, ada yang perlukan sukatan yang banyak barulah kemanisannya dapat dirasai.

Di Malaysia, hampir 50% rakyatnya mengalami masalah obesiti dan kencing manis, majoritinya disebabkan oleh kegemaran meminum air manis dan air bikarbonat. 

Disebabkan itu, kita seharusnya bersama-sama dalam mencari alternatif gula yang lebih sihat dan tidak memudaratkan badan kita sendiri.


Stevia, diluluskan oleh KKM sebagai pemanis gula asli merupakan jawapan kepada masalah kronik ini. Pengeluar air bikarbonat, Coca-Cola telah pun melancarkan produknya yang dihasilkan bersama gula stevia pada tahun 2014. Ia merupakan satu jalan bagi menyelesaikan masalah kerugian yang makin ditanggung kerana kesedaran manusia mengenai bahaya gula pasir dan tingginya kandungan gula yang diletakkan di dalam Coca-cola itu sendiri.

coca cola

coca cola stevia


1. Stevia is actually a plant.

pokok stevia

Stevia rebaudiana merupakan sejenis tumbuhan herba yang mempunyai rasa manis semulajadi. Ianya telah dijumpai lebih 1,500 tahun dahulu oleh masyarakat Guarani di Amerika Syarikat. 


Rasa manis stevia sangat tinggi malah lebih tinggi dari rasa manis gula pasir. Apabila disuling, rasa manis stevia boleh menjadi 30x hingga 400x ganda berbanding gula pasir. Menariknya mengenai gula stevia, ianya tidak mempunyai kanji, bebas kolestrol, kosong kalori dan karbohidrat.


2. Stevia boleh gantikan gula dalam baking...


Kita boleh menggunakan stevia bagi menyediakan pelbagai jenis juadah, kuih muih, kek, biskut, tidak kira semua jenis pastries. Disebabkan gula stevia ini lebih manis dari gula biasa, ia memerlukan sukatan yang kurang dari kebiasaan resepi. Anda boleh dapatkan resepi-resepi mengenai gula stevia ini di google. 

Bagi gula stevia RCC, 1 titik bersamaan 3 sudu teh gula pasir.

.... tetapi gula stevia ini tidak boleh dikaramelkan.



 Ini kerana stevia tidak mempunyai kanji, jadi pilihan untuk membuat karamel dalam resepi anda adalah mustahil.

3. Stevia boleh didapati dalam pelbagai bentuk, cecair, kristal atau serbuk


Pemanis stevia ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk, untuk baking biasanya stevia ekstrak digunakan berbanding dalam bentuk serbuk atau daun kering. Di pasaran terdapat berpuluh jenis stevia, tetapi yang terbaik ialah dari Royal sweetener stevia, kerana ianya boleh didapati dalam bentuk pati ekstrak stevia dan mengandungi kelikata sehingga 200x ke 300x manis dari gula biasa. Malahan penyulingan dan penjagaan kualiti "packaging" menjaga kandungan di ekstrak itu sendiri. 

Stevia mempunyai kosong kalori, kosong lemak dan kosong kolestrol. Dengan mengamalkannya kita juga dapat menurukan berat badan. Ini kerana stevia dapat mengganggu otak supaya kita lebih kenyang dan menstabilkan paras gula supaya gula lebihan dapat dicernakan menjadi tenaga daripada bertukar menjadi lemak!





Friday, October 02, 2015

Group Support VIP Pengguna #gulastevia

October 02, 2015 0 Comments
Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: Koleksi peribadi

Group support bagi pengguna VIP #gulastevia ataupun #rccstevia ni saya telah lama tubuhkan sejak awal penglibatan sebagai agen sah produk #gulastevia.

Tujuan group ini ditubuhkan ialah bagi berkongsi cara pengamalan #gulastevia dengan betul. Cara perawatan bagi ahli-ahli yang mempunyai masalah kesihatan kronik sperti kencing manis, berat badan berlebihan, darah tinggi dan banyak lagi.

Kami juga senantiasa update perkembangan serta testimoni terbaru sama ada dari kalangan ahli di bawah seliaan saya atau dari kumpulan yang lain. Walaupun agak pelik kerana gula pun ada group support kan? Luar biasa tahu #gulastevia ini, ianya bukan sahaja pemanis gula bagi menggantikan gula pasir malahan mampu merawat penyakit, ketidakselesaan badan dalam dan juga luaran.
Kami pengguna stevia #gulastevia. Anda bila lagi?

Nota: Produk #gulastevia keluaran rcc merupakan produk terbaik dengan hasil sulingan 12x ganda berbanding produk lain. In shaa Allah. Dengan menjadi ahli, anda bukan sahaja mendapat harga ahli namun support dan kelebihan keahlian seperti khairat kematian dan tabung kebajikan. Tiada lagi seumpama #rccstevia di dalam pasaran.




Home Ads