Berkongsi kisah kehidupan sebagai suri dan pada masa sama, berniaga untuk bantu keluarga. Suka sharing berkaitan online marketing dan menjual produk islamik seperti jam azan untuk rumah, jam tangan azan, al quran digital dan macam-macam lagi.

Read More

Selamat Datang Ke Blog Emme Marina

Semoga Dilimpahi Rezeki dan Keberkatan Buat Semua Pembaca
Read More

Servis Facebook Page

Paling saya suka membantu sahabat semua, berjaya dalam bisnes insya Allah. Pasti berjaya
Read More

Al Quran Digital

Pembantu peribadi anda memperbetulkan bacaan, belajar tajwid dan lebih seronok mengaji. Insya Allah
Memaparkan catatan dengan label #rccwonder. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #rccwonder. Papar semua catatan

1/06/2016

Pesanan Marketing Direktor RCC Stevia Buat Semua Pejuang Rakan Niaga Stevia

Assalamualaikum buat semua Pejuang2 RCC... kita Jihad Bisnes RCC dlm memperjuangkan Gula Sihat utk Sihat diri kita kluarga kita dan keturunan.kita utk akan dtg..sihat poket drpd kebocoran dan cancer poket... saya galakkan buatlah akaun keluarga dlm RCC supaya anak2 yg sudah 18thn ke atas ada pelapis dan ada incomes yg dpt membantu masa mereka menyambung pelajaran... Akaun kita jugak akan diwariskan nanti kepada waris yg kita tinggalkan utk diambik alih... Inilah real bisnes yg mempunyai halatuju dan masa depan..ada ketenangan dan baraqah dlm bisnes RCC kerana kita semua menyumbangkan sedikit infaq drpd pendapatan kita utk saham akhirat dgn membantu meringankan ahli2 lain dlm RCC melalui Tabung Kebajikan dan Tabung Khairat...

Dlm RCC Siapa buat dia dapat..tiada siapa terawal kaya duku dan tiada istilah duduk diam dapat duit kerana dlm RCC tidak menjanjikan bulan dan bintang semuanya hasil dr usaha sendiri dan bersama team rangkaian dlm membina ukhwah dlm perniagaan melalui akad jual beli mengikut muamalat Islam...

Sama2 lah kita menjaga hubungan silaturrahim dlm RCC jangan ada hasad dan dengki...perasaan tamak...riak dan takbur..dan yg paling penting jujur kpd semua ahli dlm RCC...Bersihkan Kolam Jiwa barulah hati tenang...Jangan ada Hati Hitam...kerana segelas air yg putih jernih jika termasuk setitis air hitam akan mengubah air yg jernih...

Saya mohon maaf jika selama ini ada terasa hati jika saya menegur kerana saya menegur ada sebabnya utk kebaikan semua... seorang ibu dan ayah yg sayangkan anak2nya akan sentiasa menegur jika ada yg tak.betul supaya tidak menyimpang jauh...belajarlah menghormati org lain jika kita mahu mjadi pemimpin yg ingin dihormati...sekadar nasihat utk diri saya dan semua utk memperbetulkan kesilapan yg ada..masih belum terlambat jika kita ingin bangkit utk mengubah kehidupan kpd 360darjah..

Lihatlah Kejayaan yg dimiliki oleh Jutawan PZO..Jutawan Tuan Shidi..Jutawan Master G dan bakal2 Jutawan dlm RCC...Mereka berjaya hari ni dlm tempoh tk smpi 2 tahun kerana mereka SERIUS DAN FOKUS BUAT BETUL2...memang ada yg berhenti di pertengahan sedangkan hanya selangkah lagi utk smpi di Mercu Kejayaan kerana sifat irihati dan cemburu melihat kejayaan org lain...kerana hati tersentap dan terguris menyebabkan mengubah haluan.. di mana letaknya kesetiaan dlm perjuangan?Apa yg kita laungkan sebelum ini? Adakah perjuangan terhenti?Di mana janji2 kita dulu kepada rangkaian yg kita bina selama ni?Fikirkanlah....

Sekadar sarapan pagi utk dihadam dalam2 sedalam2nya supaya kita berfikir... adakah kita lupa atau tdk menghargai segala pengorbanan mereka yg pernah membantu kita selama ni?Jgnlah kita hanya melihat keburukan saja tapi kita lupa kebaikan yg pernah diberi...

Semoga Allah melindungi kita dan bisnes RCC yg kita sayangi... Perjuangan belum berakhir...NO.SURRENDER...NO GIVEUP... Semoga 2016 ramai BEBAS HUTANG dan MAMPU MEMBUAT KEBAJIKAN...Aamiin...In Sha Allah...

Salam Jutawan dr saya...
Insan Biasa yang ingin Bangkit dan Terus berubah..
"JMW7710"


Read More

10/21/2015

Kelas Bisnes Stevia Sudah Bermula

Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: Peribadi

Alhamdulillah. Mula melangkah setapak demi setapak. Saya bukanlah leader yang hebat. Tapi saya cuba untuk membantu lebih ramai di luar sana yang menyedari bahawa gula pasir itu amat memudaratkan.
Anda masih guna gula pasir?
Anda sudah bertukar ke gula stevia?
Sihatkah gula anda?
Tahukah anda gula stevia ni boleh merawat penyakit?

Ini adalah peluang anda menjana pendapatan sebagai agen stevia. Nampak tak peluang besar di depan anda?

Siapa yang tak pakai gula pasir?

Jiran anda pakai?
ANDA pakai?
Saudara mara, kawan, atau orang ternama sekalipun mereka tetap akan pakai gula

Dan inilah sebabnya anda perlu rebut peluang untuk bersama kami sambil menjana pendapatan dengan hanya perkenalkan produk pengganti gula iaitu gula stevia.

Online?
Offline?
Kedua-duanya boleh
Tak peru risau market sebab semua orang adalah pelanggan anda.


Mahu sertai kelas online saya?
Mahu tahu bagaimana menjadi agen?
Mari kita sembang-sembang.


Read More

10/18/2015

Pendaftaran Ahli Baru Stevia dan Kiraan Komisyen

Teks: Emme Marina Mohamad

Alhamdulillah, walaupun bisnes belum kencang lagi dengan stevia ni. Sebenarnya bukan tidak kencang, tapi saya yakin ilmu overload sampai saya stuck. Nak iklan berfikir. Nak buat apa-apa pun fikir panjang, sudahnya saya tidak buat apa-apa. Nampak? Seperti mentor tak rasmi saya selalu kata, Bukhari Ramli, jika sudah overload mulakan balik pada yang asas. Kadang-kadang kita tamak nak semua ilmu, sampaikan tiada satu ilmu kita praktikan kerana sudah overload hingga tangan dan otak tak sehaluan (menurut kata saya).

Alhamdulillah, sekarang saya sedang mendaftarkan ahli baru stevia. Selamat datang ya ahli baru. Semoga kita dapat manfaatkan sebaiknya gula stevia ni dalam kehidupan seharian kita. Sudahlah kita gunakan gula pasir, sudah tiba masanya kita bertukar ke gula yang lebih baik dan lebih sihat, iaitu stevia.

Saya daftarkan ahli baru di bawah saya, ID Emmeinayah dan juga ahli baru di bawah ahli-ahli saya, level keempat rasanya ni. Memandangkan beliau tiada di Malaysia buat masa ni kerana kerja, isterinya uruskan bisnes stevia bagi pihaknya, dan isterinya pula mohon saya untuk daftarkan ahli baru dibawahnya. hehe. Faham tak? Rasa macam sudah berbelit ayat saya tu. Tidak mengapalah mari lihat cara saya daftarkan ahli baru dan saya terangkan apa komisyen atau untung yang anda dapat hasil dari pendaftaran ahli baru. Belajar-belajar sikit kan esok boleh lah mahir.

ahli rcc stevia

Gambar di atas ni menunjukkan borang bagi saya isikan keterangan bagi ahli baru. Yang paling penting semasa saya isi borang online ini ialah nama penaja iaitu nama anda, nama sebenar ahli baru, nombor kad pengenalan, nombor telepon dan alamat.

Ringkasnya saya perlukan:
Nama penuh:
No telepon:
No kad pengenalan:
Alamat:

Bagi username, kita sendiri boleh cipta untuk ahli baru atau ahli baru boleh pilih untuk diri sendiri. Kebiasaan ahli atau pengguna saya yang pilihkan supaya tak memeningkan kepala ahli. Komisyen yang saya peroleh jika mendaftarkan ahli baru ialah RM35. Mungkin tidak banyak, tapi syukur alhamdulillah.

kemudian ahli kedua, ahli bagi downline saya pula. Yang ini saya tidak dapat komisyen tajaan kerana ianya bukanlah di bawah saya, jadi penaja yang menaja itulah yang akan dapat RM35. Kita hanya bantu sesama ahli =) Jika kita dapat bantu, ahli kita pun senang hati bukan? Ukhwah terjalin. Jika semasa pendaftaran ini berlaku pasangan dalam sistem rangkaian anda, in shaa Allah dapat pula RM15 daripada syarikat.

ahli rcc stevia

Daftarkan untuk saudara amri zahid, jika lihat dalam rangkaian amri sudah ada ahli, itu ialah ahli saya. disebabkan saya aktif jadi ahli-ahli di bawah saya mendapat sokongan 1 kaki di dalam rangkaian mereka. Lihat pada amri zahid, ada 2 kaki sudah dipasang, jadi untuk pendaftaran ahli pertama amri saya letakkan pada sebelah kiri Munzir Hamzah. Dengan cara itu, dapatlah saudara amri kita komisyen pasangan iaitu sebanyak RM15. Kesimpulannya untuk saudara amri, beliau mendapat komisyen sebanyak RM35 untuk tajaan dan RM15 pula bagi komisyen pasangan menjadikan jumlah komisyen pada hari ini sebanyak RM35 + RM15 iaitu RM50. Selesai sudah kerja saya buat hari ini. Bolehlah keluarkan duit di akaun sebab hari ahad ialah hari pengeluaran di akaun rcc. =) Alhamdulillah.

Berminat nak jadi ahli stevia?atau pun berminat untuk menjana pendapatan sekaligus. Bolehla hubungi saya di wassap 018-9100852. Jangan segan-segan. Kita sama-sama dalam bisnes ni. In shaa Allah saya akan bimbing anda sebaiknya. Amin
Read More

Jangan Guna Stevia Tanpa Jadi Ahli Rugi Tau!

Teks: Emme Marina Mohamad

Saya baru tahu sebenarnya ramai sungguh pengguna gula stevia ni di seluruh Malaysia. Stevia ni bukan ada satu brand sahaja iaitu RCC stevia tapi ada banyak. Namun setiap satu brand ini miliki kelebihan tersendiri. Begitu juga uniknya brand RCC stevia.

Rcc stevia bukan sahaja menawarkan gula stevia asli dan mempunyai pengesahan dari KKM, sokongan pengerusi Diabetes Johor, mempunyai ahli berdaftar paling ramai di Malaysia iaitu sebnyak 200k ahli. Tetapi salah seorang top management rcc stevia merupakan pengerusi SCAMA iaitu persatuan pengguna stevia di malaysia. Teruja bukan? Tambah lagi, rcc stevia menyediakan pakej keahlian yang boleh anda pilih dengan yuran yang sangat rendah iaitu RM 140 sahaja. Yup seumur hidup. Tiada yuran tahunan!

Kenapa keahlian ni diwujudkan dan apa kelebihan jadi ahli berdaftar?

Daftar ahli sbgai Pengguna tidak kira pakej mana-mana dan pembelian seterusnya rm60 (2 botol) sebotol mengandungi 10ml atau +-200 titik.. setitik mampu maniskan 200ml air..

Setiap belian ulangan anda rm60/2 botol akan dapat 10RP.. RP(reward point) konsep sama spt mesra card.. RP dikumpul tanpa had masa utk
redeem pelbagai hadiah spt.. voucher giant.. voucher petrol.. note 3.. laptop.. umrah... kereta mewah..

Hanya guna sendiri anda layak kebajikan
1. Khairat kematian pengguna yg berdaftar (ahli) rm4000 hingga rm6000

2. Khairat kematian ahli keluarga terdekat (ibu/bapa,suami/isteri& anak2) walaupun ahli keluarga bukan ahli..max rm2000

3. Tabung kebajikan jika ahli tadi..
A) berlaku kemalangan melibatkan patah
B) jikq berlaku kebakaran
C) jika berlaku bencana alam spt banjir /ribut
SUMBANGAN RM1000 HINGGA RM5000

Ini secara ringkas yang saya boleh ceritakan bagi pengguna stevia rcc. Berita baik buat semua pengguna stevia. Anda guna, anda juga dapat kelebihan lain. Jangan lupa mengesahkan pembelian tau. Klik SINI untuk ikuti tutorial nak sahkan pembelian anda. Alaaa... mudah sahaja.

Read More

10/16/2015

Tutorial Keyin Pin Belian Sweetener Stevia Melalui Sistem Akaun

Langkah 1
Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: Emme Marina Mohamad

Sudah ramai menjadi ahli rcc dan mengetahui bahawa dengan menjadi ahli maka anda layak mendapat kelebihan sebagai pengguna yang ditawarkan oleh syarikat. Apabila anda ulang belian bulanan, anda sebenarnya layak untuk membuat tuntutan bagi khairat kematian dan tabung kebajikan apabila berlaku musibah. Malang itu tidak berbau bukan? Saya yakin bukan semua orang mempunyai insuran jadi sekurang-kurangnya dengan menjadi ahli dan membuat ulangan peribadi dapatlah mengurangkan kos perbelanjaan akibat musibah atau malapetaka.

Mari saya ajarkan langkah-langkah untuk anda keyinkan belian ulangan anda. Langkahnya mudah sahaja tahu. Jangan risau keyin dari telefon bimbit juga boleh.

Mula-mula anda login di website rcc. Setelah login, klik setuju pada syarat yang terpapar di website ya. Maaf yang ni saya lupa screen shot.

Seperti gambar 1: langkah satu, klik pada "serial". Ok. Kemudian pilih "pin sweetener". Akan keluar pin macam dalam gambar eh. Huruf dan nombor. Klik pada pin tersebut.

Pin ini anda hanya akan dapat selepas buat belian dan stokis transferkan ke dalam sistem akaun anda ya. Pastikan anda berikan username yang betul kepada stokis tersebut.

Langkah 2
Langkah 2: Selepas klik, akan keluar paparan seperti di atas. Klik "beli".

Langkah 3
Langkah 3: Terus sahaja klik pada "sahkan pembelian". Tidak perlu tulis alamat stokis. Abaikan kay.

Terakhir. Konfirm berjaya buat keyin ulangan belian
Langkah 4: Setelah sahkan pembelian, anda telahkan berjaya keyin ulangan belian anda untuk bulan tersebut! Alhamdulillah.

Mudah sahaja bukan? Hanya klik sahaja tak perlu taip apa-apa. Tiada kesilapan. In shaa Allah. Pastikan paparan terakhir keluar ayat seperti di atas ya.


Secara ringkasnya: pergi ke website rcc -> login -> serial -> pin sweetener -> beli -> sahkan pembelian -> berjaya!

Read More

8/06/2015

Tutorial Merekod Pin Ulangan Belian RCC

Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: Emme Marina Mohamad / Website Utama RCC

Apabila sudah sah berdaftar menjadi ahli Gula Stevia RCC Global, merekod pembelian ulangan anda adalah sangat penting. Saya yakin ramai di kalangan ahli-ahli baru mahupun yang lama adakalanya masih tidak tahu bagaimana untuk merekod ulangan belian anda. Hari ini, saya buatkan tutorial bagi semua warga RCC yang membaca. Semoga tutorial ini dapat membantu anda merekod sendiri pin ulangan belian tanpa bantuan rakan-rakan RCC/ stokis mahupun upline anda =)

Mudah sahaja caranya ye. Saya berikan tutorial dalam bentuk gambar satu per satu agar lebih mudah diikuti dan mengelakkan kesilapan merekod pin ulangan belian anda.


  1. Masuk ke laman utama RCC iaitu www.rcc2u.com
  2. Klik "login" dan taipkan USERNAME dan PASSWORD anda
  3. Ada 2 cara pemberian pin diberikan kepada anda, Pertama melalui direct sms/whatsapp, Keduanya melalui pemindahan pin dari stokis kepada akaun laman web peribadi anda.
Sekiranya pin diberikan melalui sms/ Whatsapp:
  • Klik pada "Royalti"
  • Klik pada "Belian produk" , sila klik pada produk yang anda telah tempah. Sekiranya Royal Stevia. Klik pada "Belian produk (Royal Sweetener"
  • Akan keluar kotak seperti di langkah NO 2
  • Taip secara manual, sahkan Pembelian  --> langkah NO 4
  • Kemudian, SIAP!


Sekiranya pin diberikan melalui pemindahan pin ke akaun peribadi:

Boleh ikuti satu per satu langkah seperti di gambar TUTORIAL

  • Klik pada "SERIAL NO"
  • Klik terus pada "SERIAL NO" seperti langkah NO 3
  • Sahkan Pembelian  --> langkah NO 4
  • Kemudian, SIAP!



Kepentingan Membuat Pembelian Ulangan Gula Stevia RCC


Apabila anda membuat pembelian maintenance (belian ulangan) Plan B pek berkembar berharga RM60, anda akan mendapat faedah2 seperti berikut;

1. KHAIRAT KEMATIAN
Dengan pembelian 1 set (RM60) anda telah melayakkan diri untuk mendapat manfaat khairat kematian berjumlah RM 4,000 bagi diri sendiri dan RM 3,000 bagi ahli keluarga (suami/isteri, anak2, ibu dan bapa serta adik beradik kandung). Pembelian 2 set (RM120) melayakkan RM5,000 bagi diri sendiri & RM4,000 utk ahli keluarga seterusnya dgn pembelian 3 set (RM180) melayakkan RM6,000 utk diri sendiri & RM5,000 bagi ahli keluarga. Ajal tidak dijemput, sekurang-kurang nya ada bantuan yang diterima andainya berlaku kematian.

2. TABUNG KEBAJIKAN
Dengan pembelian minimum 1 set maintenance RM60 juga semua ahli berhak untuk mendapatkan manfaat (diri ahli sahaja) Tabung Kebajikan yang melindungi risiko KEBAKARAN, BENCANA ALAM & KEMALANGAN. Kadarnya antara RM1,000 sehingga ke RM5,000 bergantung tahap kerugian dan keseriusan masalah yang dihadapi. Sesungguhnya malang itu tidak berbau.

3. ROYALTI
Dengan pembelian 1 set (RM60) seseorang ahli yang mempunyai downline yang membuat pembelian maintenance layak mendapat royalti dari syarikat sebanyak RM2 dari setiap pembelian RM60 dibuat oleh ahli dibawah rangkaiannya sehingga ke Level 5. Manakala andai beliau membeli 2 set (RM120) maka beliau layak menerima royalti sehingga ke Level 6.

Akan tetapi jika seseorang ahli tidak membuat pembelian maintenance minimum RM60, maka royalti terkumpul dari pembelian maintenance rangkaiannya akan dibayar kepada upline yang menaja beliau. AMATLAH RUGI.

Anda mungkin tidak hebat menaja ahli rangkaian dan anda berjalan sebelah kaki. Tentunya anda tidak akan dapat bonus tajaan dan pasangan sebagaimana orang lain. Tetapi jika ditakdirkan Allah, seorang downline yg anda taja sangat aktif dan menjadi leader hebat maka anda juga mampu mendapatkan bonus royalti dari rangkaian yang beliau bina. SIAPA TAHU?

OLEH YANG DEMIKIAN SAYA MENYERU KEPADA SEMUA RAKAN PEJUANG STEVIA AGAR SAMA2 MENGAMBIL MANFAAT DARI KEMUDAHAN & KELEBIHAN YANG DISEDIAKAN OLEH RCC GLOBAL YANG TIDAK TERDAPAT DALAM SYARIKAT LAIN.

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Popular Posts

Blog Archive

Pageviews

BTemplates.com

Blogroll

About

About

Copyright © Diari Seorang Suri & Bisnesmom | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com