Showing posts with label Al-Quran Tagging Deboss. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran Tagging Deboss. Show all posts

Sunday, September 05, 2021

Al-Quran Tagging Beserta Engrave Hadiah Pasangan dan Bakal Pengantin Paling Terbaik Insya Allah

September 05, 2021 0 Comments
“Semoga perkahwinan yang dibina penuh mawaddah, rahmah & kasih sayang Nya”


Aamiin ya Mujib








MashaAllah. Tenang sangat hati bila ada nama dengan pasangan, kata-kata dan doa yang terukir pada cover Alquran ni. Makin bermakna bila sama-sama tadabbur Al-Quran bersama pasangan selepas nikah


Semoga Alquran menjadi pengerat untuk hubungan suami isteri hingga ke Syurga Alah Taala


Ukir nama anda dan pasangan di atas coverAl Quran, peneman sejati anda. Membaca Al Quran ialah cahaya kehidupan kita sebagai umat Islam. Dalam rukun iman yang ketiga iaitu Beriman Kepada Kitab yakni ayat suci Al Quran.


Rukun Iman iaitu:-

1. Beriman kepada Allah

2. Beriman kepada Rasul-Rasul

3. Beriman kepada kitab

4. Beriman kepada malaikat

5. Beriman kepada Hari Kiamat

6 Beriman kepada Qada dan Qadar



Kelebihan-kelebihan membaca Al-Quran Al-Karim:


Al-Quran sebagai syafaat di akhirat kelak.

Daripada Abu Umamah r.a melaporkan: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadith Abu Umamah ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, kitab Solat Al-Musafirin Wal Qasruha, Bab Fadhlu Qiraat Al-Quran Wa Surah Al-Baqarah, No hadith 252)


Al-Quran sebagai pembela.

Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah melaporkan: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al-Baqarah dan Surah Ali-Imran, kedua-dua surah ini menghujah (mempertahankan) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadith Nawwas bin Sam’an ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, Kitab Solat Al-Musafirin Wal Qasruha, Bab Fadhlu Qiraat Al-Quran Wa Surah Al-Baqarah, No hadith 253)


Orang yang belajar dan mengajar Al-Quran adalah sebaik-baik amalan.

Daripada Uthman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”. (Hadith Uthman bin Affan ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Fadhail Al-Quran, Bab Khairukum Min Ta’alum Al-Quran Wa A’lamahu, No hadith 5028)


Dua pahala bagi orang yang susah menyebut dan membaca Al-Quran.

Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Orang yang membaca Al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”. (Hadith Aisyah r.a ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Tafsir Al-Quran, Bab An-Naba:18, No hadith 4937)


Allah s.w.t. mengangkat martabat golongan pembaca Al-Quran.

Daripada Umar Bin Al-Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran”. (Hadith Umar bin Al-Khattab ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim)


Membaca Al-Quran mendapat ketenangan.

Daripada Barra’ bin ‘Azib r.a. telah melaporkan: “Seorang lelaki membaca Surah Al-Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda: Itulah (sakinah) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Quran”. (Hadith Barra’ r.a. bin ‘Azib r.a. ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Fadhail Al-Quran, Bab Fadhlu Surah Al-Kahfi, No hadith 5011)


Membaca dan memperelokkan bacaan mendapat kebaikan.

Daripada Abdullah Bin ‘Amru Bin Al-‘As r.a. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al-Quran: Bacalah, perbaikilah dan perelokkanlah bacaan Al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. (Hadith Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘As ini direkodkan oleh Abu Daud dalam Sunan Abi Daud, Kitab Tafri’ Abwab Al-Witr, Bab Istihbab At-Tartil Fil Qiraat, No hadith 1464, status hadith ini hasan sahih)


Fasih membaca Al-Quran lebih layak menjadi imam solat Jemaah.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca Al-Quran”. (Hadith Ibnu Mas’ud ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim)


Setiap satu huruf membaca Al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata: “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Hadith Ibnu Mas’ud ini direkodkan oleh Ad-Darimi Tirmizi dalam Sunan Tirmizi, Kitab Abwab Fadhail Al-Quran, No hadith 2910, status hadith ini hasan sahih)
Memperelokkan suara dengan Al-Quran.

Daripada Al-Bara’ bin ‘Aazib, Rasulullah s.a.w. bersabda: Hiasilah Al-Quran dengan suara kalian. (Hadith Al-Bara’ bin ‘Aazib ini direkodkan oleh Ibnu Majah dalam Sunan Ibnu Majah, Kitab Iqamat As-Solat Wa Sunnah Fiha, Bab Fi Hasan As-Saut Bil Quran, No hadith 1342, status hadith ini sahih)

Hadith-hadith di atas menerangkan kelebihan membaca Al-Quran. Jadi, jelaslah Al-Quran bukan sahaja mukjizat tetapi memberi kelebihan kepada pembaca-pembaca. Membaca Al-Quran dengan memahami makna tersurat dan tersirat mampu menyentuh hati dan jiwa manusia bahkan jin juga terkesan dengan keindahan bait-bait ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Rasulullah s.a.w. ketika solat.

Rujukan : islamika.com.my


Apa itu Al-quran Tagging Deboss?


Assalamualaikum shbt, harini kami nak share mengenai deboss bg sesiapa yg tak tahu deboss tu apa, deboss tu ialah *engrave/ukiran kekal* pada kulit Al Quran.


❤️Boleh buat engrave atas quran apa?

✅A6, B6, A5, Eks Khadeeja, Fayyadh, Amin Dan Special Edition. (Cover Leather)



❤️ Engrave ada warna tak?

✅ Engrave tidak berwarna sebab ia adalah proses pembakaran/laser pada kulit Quran



❤️Ada sediakan template deboss?

✅Ada. Total 23 design template. Boleh ubah nama dan ayat.



❤️Berapa caj deboss?

✅Buat masa ni selaras semua jenis RM99. Setiap pembelian Al-Quran Deboss akan dapat PERCUMA Kotak Premium dan Mask Ekslusif eNuur bernilai sehingga RM60 



❤️Harga termasuk dengan harga quran?

✅Tidak. RM99 harga engrave sahaja. Harga quran bergantung pada jenis quran yg dipilih.



❤️Proses deboss?

✅14-21 hari waktu bekerja sahaja 



Kenapa ramai sangat orang suka DEBOSS ENUUR? 


✔️Pelbagai lebih 23 pilihan templates design

✔️Pelbagai saiz alquran

✔️Pelbagai warna alquran

✔️Sangat cantik dibuat hantaran untuk insan tersayang

✔️Sangat sesuai untuk hadiah kepada kesayangan

✔️Hadiah special untuk diri sendiri pun boleh



Boleh buat deboss depan dan belakang cover quran tau

Best ke Best?


Nah! kami share semua alquran dah siap deboss buat customer-customer tersayang❤️

Nak satu??

..

Deboss pun shantikkk. Freegifts pun berlimpahh.. Setiap pembelian Al-Quran Deboss akan dapat PERCUMA Kotak Premium dan Mask Ekslusif eNuur bernilai sehingga RM60 😍



& paling BEST untuk yang ada bisnes sendiri,

✔️Boleh deboss logo bisnes jugakk tauu! 😍

.
Cara Tempahan :

.

1. Whatsapp 0189100852 @ KLIK LINK BIO laju-laju

Atau

2.Tempah di website https://khadija.com.my 😊

.

#SahabateNuur

#BringMoreHappiness

#TEAMSahabateNuur

#eNuur

#AlQuranTajwidTerjemahan

#AlquranHumaira

#AlQuranEksklusifWanita

#AlquranPelangi

#AlQuran

#AlQuranRaihan

#AlQuranRabbani

#AlQuranTajwidBerwarna

#AlQuranTaggingByeNuur

#AlQuranTagging

#AlQuranTag

#tagsafeeya #tag383

#tagenuur

#A5Humaira

#eNuurTaggingMethod

#ETM

#contest













Home Ads