Memaparkan catatan dengan label Cara Buat Search Shopee Ads. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cara Buat Search Shopee Ads. Papar semua catatan

[Tutorial] Cara Buat Shopee Ads - Search Ads 2022

Hi, Jom saya tunjukkan cara buat Shopee Ads bagi Search Ads tahun 2022. Walaupun agak lewat tutorial Keyword Shopee Ads ini, saya berharap anda semua tidak putus asa sebagaimana saya juga. Pengiklanan tetap harus dijalankan bagi tujuan marketing.

Marketing berbayar Shopee dengan bayaran klik minima 6 sen berbaloi untuk anda laburkan jika ianya mendatangkan sales dan pelanggan sekaligus dapat menaikkan kedai anda di mata pelanggan. Laburkan sedikit wang untuk dapatkan wang. Tak perlu banyak, hanya 6 sen bagi setiap keyword yang anda senaraikan. 

Baiklah tanpa buang masa. 


Mari kita belajar cara nak setup Search Ads atau Keyword Ads untuk Shopee Seller.



Pengiklanan berbayar Shopee dikenali sebagai SHOPEE ADS. 


Shopee Ads ada 2 kategori iaitu; Keyword Search Ads dan Discovery Ads. 

Mana satu nak pilih?

Adakah nak runkan kedua-dua sekali atau bagaimana?


Kita belajar basic sedikit apa bende Search Shopee Ads dan Discovery Shopee Ads


Shopee Search Ads - kita beriklan berdasarkan kata kunci atau keyword. Kita bayar setiap klik yang customer klik pada keyword kita listkan. Minima bid 6 sen, anda boleh pilih nak exact match atau broad match




Shopee Discovery Ads - nak tarik impression, supaya orang nampak produk kita ni. Minima 4 sen. Dekat sini tiada keyword yang anda akan bid. Shopee sendirikan akan iklankan produk anda mengikut algorithm mereka. Tugas anda, letak aje bid 4 sen. Settle



dan sebenarnya ada satu lagi iaitu Shop Shopee Ads

Shop Shopee Ads - Anda iklankan terus kedai anda sedang jual apa? Pengiklanan ni ada otai yang kata tak perlu, ada yang kata ok, depends pada anda. Tapi kita nak tegaskan kat sini, kita nak share dan tarik pelanggan dan maklumkan mereka kedai kita wujud dan jual produk ni. Shop shopee ads, ialah jenis keyword search ads ya, anda akan jumpa di tab search ads. Minima bid 8 sen, sedikit mahal ya.

Contoh saya buat shop shopee ads di kedai

anda boleh edit nak letak ayat apa dan gambar apa

cara bidding dan keyword sama seperti search ads, disebabkan tu, shop ads ni terletak kat tab Search Ads



Ok. Settle bab menerangkan paparan setiap Shopee Ads ni ya. Jelas?


Alhamdulillah. So entri ni kita nak belajar cara buat keyword search shopee ads. Di mana kita akan bid iklan menggunakan kata kunci. 

Jom ke paparan Search Ads

1. Create new ads
2. Pilih produk yang anda nak iklankan
3. Sila pilih satu produk 1 setup. Jangan pilih banyak2 sekaligus, bila tekan banyak2 produk, Shopee akan guna auto keyword.


TAK NAK AUTO KEYWORD 

Untuk mulakan iklan, tekan pada add more keywords


4. Kita hanya nak guna manual keyword/kata kunci sahaja. Nak pilih keyword sendiri kay. (ingat ni)
5. Lepas dah pilih produk, sila add keyword, search keyword yang berkaitan dengan produk anda sahaja.

Contoh: Baju Kurung Moden Corak Bunga

Apa keyword sesuai?
✔ baju kurung moden
✔ baju kurung flower
❌ jubah
❌ palazo

Ha, faham ye. Faham kadang nak impression la, nak dapatkan ramai customer la, tetapi kalau customer nak cari palazo kenapa dia nak beli baju kurung pulak? dan if dia klik, dia tak beli, korang dah rugi modal. nak rugi modal? 

Jom saya tunjukkan paparan iklannya

Produk saya : Buku Taklim Fadilat Amal

Kat sini ada search kata kunci/keyword yang anda nak. Anda boleh pilih terus pilihan yang shopee berikan atau taip sendiri keyword anda, jika dilistkan dan ada dalam carian tekan add

bila tekan add, keyword tu akan bergerak ke tepi.

Pilih exact match untuk elakkan pembaziran bidding, nak buat broad match pun boleh tapi saya suggest buat broad match jika keyword tu banyak... 5k ke atas ke kan. berbaloi juga dan setkan pada minima 7 sen

contoh paparan keyword search ads, semak kembali harga bidding anda kat sini, jenis match, anda boleh semak ranking, harga kene bayar. semuanya di sini


Bagaimana nak semak iklan Shopee Ads anda tu kat ranking mana? Ada ke takde?



Pergi ke website shopee www.shopee.com.my

Taip semula kata kunci yang anda dah bid sebentar tadi. Jika anda lihat pada gambar, ada seller gunakan Shop Shopee ads bagi keyword "fadilat amal" , kemudian di bawahnya, list produk fadilat amal pada ranking teratas. Ha, gitu. dalam kes ni, saya tak berada pada ranking no 1-5. kenapa?


Kenapa tak nampak iklan produk saya?
1. Produk saya baru
2. Produk saya tak dapat kalahkan seller lama yg dah banyak jualan
3. So macam mana? teruskan iklan, jom lihat kat mana produk saya

rupanya kat sini, page pertama tapi bawah sekali. Berbaloi ke tak? Tujuan saya nak dapatkan impression. jika saya lihat pada semua produk display fadilat amal, mungkin saya kene betulkan gambar, edit balik tajuk , dan berikan description produk yang lebih meleleh. Mana tahu dengan cara tu, ada customer berkenan nak support dan beli buku fadilat amal dari kedai saya =)


Alahai... taknak la bawah sekali. Apa boleh saya buat tuk naikkan ranking produk saya ni?

Ok. boleh.

Kita naikkan bid. Tu je caranya. Naikkan bid dan produk anda akan naik ke tangga teratas. Caranya?


Pergi kepada keyword fadilat amal tadi, naikkan nilai bid! yes, kene naikkan tapi naikkanlah slow2 sampai tercapai cita2 korang nak rank ke list paling atas iaitu 1-5. Bid dan semak kay? buat mcm tu




Baiklah. dah siap !!!

Senang kan?
Masya Allah senang aje tau. namun apa yang saya boleh katakan kat sini dan anda sendiri lihat


Mengenai Keyword Search Shopee Ads

  1. Bid keyword berkaitan produk sahaja (targetted prospek)
  2. Boleh bid broad match jika anda rasa berbaloi, mulakan dengan 7 sen
  3. Jika produk dah bid tetapi masih takde dalam senarai ads, naikkan nilai bidding anda secara perlahan, 6 sen, 7 sen... tambah skit2 sehingga anda nampak kedudukan produk anda dan berpuas hati
  4. Selain ads, gambar anda, nama tajuk, description memainkan peranan customer nak beli atau tidak. pastikan anda dah mahirkan dan kemaskan tentang chapter ni
  5. Boleh bid sehingga maksima keyword yang shopee benarkan tetapi in the end, keyword paling femes dan banyak juga yang terpilih. =)



Baiklah, saya nak share 2 entri yang anda wajib tekan dan amik ebook ni untuk mulakan perjalanan anda sebagai shopee seller.


2. Ebook Buat Duit di Shopee dalam 7 Hari  (kene beli tapi murah je RM10)


Insya Allah sangat-sangat berbaloi. Tak nak ebook buat duit, mulakan dengan asas dulu. Kuatkan asas u ols kay


Alhamdulillah. Semoga berjaya dan terus berjaya 😍