Berkongsi kisah kehidupan sebagai suri dan pada masa sama, berniaga untuk bantu keluarga. Suka sharing berkaitan online marketing dan menjual produk islamik seperti jam azan untuk rumah, jam tangan azan, al quran digital dan macam-macam lagi.

Read More

Selamat Datang Ke Blog Emme Marina

Semoga Dilimpahi Rezeki dan Keberkatan Buat Semua Pembaca
Read More

Servis Facebook Page

Paling saya suka membantu sahabat semua, berjaya dalam bisnes insya Allah. Pasti berjaya
Read More

Al Quran Digital

Pembantu peribadi anda memperbetulkan bacaan, belajar tajwid dan lebih seronok mengaji. Insya Allah
Memaparkan catatan dengan label Faedah Keahlian RCC Stevia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Faedah Keahlian RCC Stevia. Papar semua catatan

9/22/2016

Terma dan Syarat Khairat Kematian Dan Kebajikan RCC


Pematuhan terhadap terma dan syarat Khairat Kematian Dan Kebajikan


Berkuatkuasa dari tarikh 1 OCT 2015 terma dan syarat bagi tuntutan Dana Khairat dan Kebajikan RCC GLOBAL (M) SDN BHD adalah seperti berikut :


Ahli atau pengedar mestilah genap 3 bulan dari tarikh pendaftaran
Penilaian akan dibuat berdasarkan pembelian peribadi paada 3 bulan berturut turut sebelum berlakunya kes kematian atau musibah.
Setiap pembelian peribadi mestilah didaftarkan (di keyin) menggunakan 'Pin No' yang diberikan terus ke ID atau Username ahli tersebut oleh stokis atau Ibupejabat RCC.Pembelian yang tidak didaftarkan atau di keyin adalah tidak sah.
Segala tuntutan dan dokumen yang telah lengkap mestilah diemailkan ke customerservicercc2u@gmail.com dalam tempoh 2 bulan dari tarikh kematian.


Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan dilayan. 

Sila sertakan dokumen seperti sijil kematian,surat beranak,permit penguburan,salinan IC simati dan pewaris,pesuruhjaya sumpah (jika perlu),sijil nikah (untuk kes kematian suami @ isteri) serta apa apa dokumen yang boleh menyokong permohonan tersebut.

Kelayakan juga adalah untuk penama individu sahaja manakala nama yang didaftarkan atas nama syarikat tidak layak memohon.

Hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak memohon.

Untuk penama berdaftar,jumlah belian peribadi pada bulan sebelum berlaku kematian akan di ambil kira.

Sumbangan Dana Khairat juga hanya akan disumbangkan jika berlaku kematian kepada ahli keluarga penama berdaftar seperti ibubapa kandung,pasangan (suami @ isteri) dan anak kandung SAHAJA
Jumlah sumbangan juga adalah tidak tetap dan diberikan jika terma dan syarat diatas telah dipatuhi.
Pihak syarikat juga berhak meminda terma dan syarat ini tanpa sebarang notis. Jumlah dana juga akan diambil kira dari masa ke semasa.

Sumbangan akan dicreditkan ke dalam akaun pemohon jika permohonan mereka telah diluluskan diantara 2 hingga 6 bulan (bergantung kepada permohonan dan baki dana semasa).

Setiap ahli hendaklah mematuhi terma dan syarat (rujuk didalam web) yang telah ditetapkan untuk menikmati faedah yang disediakan.Pihak syarikat juga berhak meminda terma dan syarat ini tanpa sebarang notis.




Admin Emme Marina 0189100852
Read More

9/09/2016

Penipuan Keahlian RCC Stevia

"Assalamualaikum Puan.
Sy nak order stevia dgn puan. Masalahnya sy tak tahu sama ada sy ini ahli ke tidak. Tahun lepas, sy ada beli secara online drp suatu website terkenal, pakej beli 3 botol dapat jd ahli. 3 botol dh dapat tapi sy tak dapat apa2 maklumat tentang keahlian itu. Sy cuba tanya kat website tu, tapi takde jawapan. Jd bagaimana nak cek? Ada beza ke sy beli dr puan sebagai ahli atau tidak ahli? TK."


Luahan seorang pengguna stevia yang telah ditipu. Ini bukan kali pertama ya.


Sedih untuk saya nyatakan tetapi mengapa kita semua gagal menjadi seorang peniaga yang jujur, amanah dan bertanggungjawab?

Khasnya bagi semua agen dan stokis bagi produk rcc stevia?

Kita semua sedar dunia bisnes kini terlalu mencabar. Permainan harga, penipuan barangan tiruan malah menipu duit pelanggan terlalu ramai.

Menipu pelanggan satu perkara, tetapi tidak amanah kepada pengeluar sebenar produk juga merupakan satu etika yang sangat serius.

Produk rcc stevia didatangkan dengan pakej keahlian kepada pelanggan. Dan keahlian ini membolehkan anda iaitu ahli berdaftar untuk layak membeli produk-produk keluaran syarikat rcc pada harga ahli.

Dengan pakej keahlian paling rendah iaitu RM140 sekotak (mengandungi 3 botol stevia) anda sudah layak menjadi ahli berdaftar.

Selepas pembelian pakej ahli rcc stevia, anda boleh membeli stevia pada harga ahli. Harga ahli rcc stevia ialah hanya RM60 satu set. Di mana satu set ini mempunyai 2 botol stevia.

Selain harga stevia yang amat murah. Antara kelebihan lain sebagai ahli rcc stevia ialah:-

1. Setiap pembelian ulangan produk keluaran rcc, anda mendapat mata ganjaran percuma. Contohnya;

- 1 set rcc stevia mendapat 30 mata ganjaran.
- 1 kotak kopi kapucino mendapat 30 mata ganjaran.
- 1 set kecantikan wajah rcc beautyline mendapat 50 mata ganjaran

Apabila dikumpulkan, mata ganjaran ini boleh ditebus sebanyak 2 kali dalam masa setahun iaitu pada bulan 6 dan bulan 12.

Terdapat banyak baucer, produk yang boleh ditebus malah ianya sangat berbaloi dan lumayan.

Paling menarik hati saya ialah jika kita berjaya mengumpul 22, 000 mata ganjaran kita boleh tebus dengan pakej umrah. Ini bermakna anda hanya gunakan mata ganjaran ini sebagai tiket percuma umrah kalian.

Bagus bukan?

2. Tabung kebajikan ahli
Tabung ini khas buat ahli sahaja iaitu apabila berlaku musibah pada diri anda seperti rumah anda terbakar, kemalangan mahupun anda dilanda musibah bencana alam seperti banjir, dan lain lain.

3. Khairat kematian ahli dan keluarga kandung ahli
Apabila berlaku kematian sama ada diri anda, isteri, anak kandung atau pun ibu bapa kandung. Anda layak memohon khairat kematian yang telah disediakan buat anda.

Namun untuk anda sebagai ahli layak mendapat tabung kebajikan dan khairat kematian, anda harus patuhi syarat yang telah syarikat tentukan iaitu,

1. Membeli produk rcc stevia sama ada stevia atau kopi atau set kecantikan beautyline pada setiap bulan. Kelayakkan tuntutan dikira backdated 3 bulan terakhir. Tidak cukup 3 bulan tak sah ya
2. Anda harus mengesahkan pembelian tersebut di laman akaun persendirian masing-masing setelah pembelian berlaku.
3. Telah jadi ahli berdaftar selepas 3 bulan. Maknanya kelayakan ini sah selepas 3 bulan anda jadi ahli. Dalam tempoh 3 bulan ini, anda tidak layak jadi untuk membuat sebarang tuntutan. Walau bagaimanapun, kiraan belian setiap bulan telah bermula dari bulan pertama anda mendaftar. 

Okay mungkin ramai tidak tahu atau tidak faham,

Apabila anda telah menjadi ahli berdaftar ini bermakna, syarikat akan mengenal pasti kad pengenalan anda.

Anda akan ada USERNAME dan PASWORD bagi mengakses akaun peribadi anda di laman website rcc2u.com.

Apabila anda masuk ke laman akaun peribadi anda, akan tertera butiran peribadi anda.

Okay.

Saya beritahu tadi, anda akan dapat mata ganjaran percuma bukan? Juga harus mengesahkan pembelian. Kenapa?

Ini kerana dengan mengesahkan pembelian anda, barulah syarikat mendapat maklumat mengenai pembelian anda dan dengan itu barulah anda akan mendapat MATA GANJARAN dan BUKTI BELIAN BULANAN bagi MELAYAKKAN diri anda tabung kebajikan dan khairat kematian.

Panjang lebar penerangan saya mengenai kes ini, diharap agar semua ahli yang membaca jangan ambil mudah perkara ini ya.

Ingat, pembelian haruslah di sahkan. Setelah pembelian dibuat, stokis akan memberikan anda pengesahan pin yang perlu anda sahkan kemudiaannya di laman akaun peribadi anda.

Gagal buat demikian, anda gagal mendapat semua faedah yang seharusnya anda wajib dapat.

Jadilah pengguna yang celik, jangan harapkan agar semua stokis dan agen faham anda. Kerana itulah anda mudah ditipu. Banyak sangat kes berlaku, tetapi tanpa bukti. Syarikat tidak dapat lakukan apa-apa.

Harap entri ini dapat membantu kalian semua. 


Read More

5/10/2016

Pengumuman Penting: Terkini Penyelarasan Terbaru Keahlian RCC Stevia

Pemberitahuan: 14 April 2016

Assalamualaikum dan Salam satu Malaysia.

1.Selaras dengan kenaikan harga minyak petrol pada 1 Apr 2016 yang lepas:

R97 - RM2.05/lt
R95 - RM1.70/lt
B7 - RM1.55/lt

dan genap setahun pelaksanaan GST, maka dengan itu pihak syarikat juga berbesar hati dengan menambahbaik RP pada set belian peribadi seperti berikut :

RSS : Dari 10RP → 30RP
RCC : Dari 10RP → 30RP
RBL : Dari 10RP → 50RP


2. Malah dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini, pihak syarikat juga dengan berbesar hati ingin memaklumkan bahwa bermula pada bulan May 16 Royalty Belian Peribadi (Pencen) akan ditambah baik sedikit bagi membantu meningkatkan pendapatan ahli ahli syarikat yang masih setia.Royalty baru ini juga akan mula diterima pada awal Jun 16 nanti.Sila rujuk penambahbaikan seperti dibawah:

Agen 1 : RM2.00 = RM2.50
Agen 2 : RM2.00 = RM2.50
Agen 3 : RM2.00 = RM2.50
Agen 4 : RM2.00 = RM2.50
Agen 5 : RM2.00 = Kekal sama
Agen 6 : RM2.00 = Kekal sama.


3. Dana Khairat Kematian / Kebajikan.( Wang Ekhsan )

Bermula pada 1 May 2016 tuntutan dana khairat kematian & kebajikan juga akan dikemas kini bagi menstabilkan semula tabung @ dana yang sediada untuk pelan jangkamasa panjang agar semua ahli dapat menikmati faedah ini berterusan.

Jumlah sumbangan dana khairat yang baru adalah seperti berikut :
Penama meninggal : Sumbangan RM2000 (Belian 1 set), RM2,500 (Belian 2 set), RM3,000 (Belian 3 set)
Ahli keluarga : Sumbangan RM1,000 (Ibubapa kandung, suami @ isteri, anak kandung SAHAJA).

Jumlah sumbangan dana kebajikan yang baru adalah seperti berikut :
Min RM500 = Bencana alam (ribut @ banjir),kemalangan diri (Retak,patah kaki @ tangan)

Jumlah sumbangan ini adalah untuk kes yang terjadi pada tarikh dinyatakan manakala syarat syarat yang lain adalah masih kekal sama.


Terima Kasih,
Admin.




Admin 
Emme Marina 
0189100852
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Popular Posts

Blog Archive

Pageviews

BTemplates.com

Blogroll

About

About

Copyright © Diari Seorang Suri & Bisnesmom | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com