Showing posts with label Libo Spa. Show all posts
Showing posts with label Libo Spa. Show all posts

Tuesday, July 17, 2018

[Libo Spa] Terapi Feminin Herba Tangas Kering dan Basah Untuk Wanita Sedang Berpantang Dan Mempunyai Masalah Wanita

July 17, 2018 0 Comments



#ideaterapifeminin

TERAPI FEMININ (HERBA TANGAS)

====================
Ramuan akar kayu yg digunakan sebagai herba tangas yg mampu :

🍂 Berkesan mereda dan mengurangkan ketidakselesaan dan kembung perut yang berkait dengan datangnya haid.
🍂 Menstabilkan kitaran haid menjadi normal 
🍂 Mempercepatkan pemulihan luka dan mengecutkan rahim selepas bersalin
🍂 Mencegah berlakunya tombong atau buasir 
🍂 Mengubati jangkitan yis/ fungi pada alat sulit yang menyebabkan bau kurang enak
🍂 Meredakan simptom menopause
🍂 Mengatasi masalah keputihan/ prolaps
🍂 Merawat buasir

Cara penggunaan
===============

Terapi Feminin ini boleh dijadikan sebagai tangas basah atau kering.


Step 1
Hanya perlu masukkan 1 sudu  kecil serbuk tangas ni dalam bekas berisi  500 ml air panas.

Step 2
Letakkan air campuran herba tangas tadi di bawah kerusi yang berlubang agar wap yang terhasil boleh dirasai. Sarungkan blanket tangas atau kain batik dari aras pinggang ke bawah menutupi kerusi dan duduk bertenang di atas kerusi tadi.

Step 3
Ketika duduk lakukan senaman kegel untuk menguatkan otot di bahagian perananakan. Bertangas lebih kurang 15 - 20 minit.

Air rebusan herba ini juga boleh digunakan sebagai basuhan vagina bagi ibu lepas bersalin agar luka jahitan bersalin cepat sembuh dan lakukan bertangas setelah nifas kering.


Untuk wanita yang sudah berkahwin dan remaja  digalakkan bertangas di penghujung waktu period. . Wanita yang sudah menopause juga boleh bertangas bagi mendapat manfaat dari bertangas kerana faktor kekeringan akibat penurunan mendadak estrogen, bertangas basah amat sesuai untuk memberi kelembapan dan memulihkan masalah keputihan.


Ramuan Herba Tangas: 

Nenas batu, sirih, manjakani, halba, cekur, genggam fatimah, inai, habatussauda, dan garam bukit

Berat 50 gm



Harga : RM 45.00
Postage : RM 8 SEM/ RM 12 SEM








Sunday, May 06, 2018

Petua Redakan Kulit Sunburn/ Bermasalah Dengan Aloe Vera

May 06, 2018 0 Comments



Bismillah. . 

#PetuaLiboSpa

Daun lidah buaya/ aloevera sangat baik utk penjagaan kulit terutama utk kulit yg berjemur di bawah panas terik matahari. . 

Ia dapat menyejukkan kulit terbakar, merawat kegelapan kulit selepas berjemur di bawah matahari, melegakan ruam-ruam dan kerengsaan kulit dan juga merawat kulit kering. . 

Caranya hanya ambil lendir daun lidah buaya atau aloevera gel dan sapukan pada kulit yg bermasalah. .

Selamat mencuba😍

#LiboSpa
#petua
#OneHomeOneSpa
#FAVFamily

Wednesday, April 18, 2018

Khasiat Serai Wangi Untuk Kesihatan Dan Kecergasan Wanita

April 18, 2018 0 Comments
#infoLiboSpa

Khasiat SERAI WANGI

🌱Bertindak sebagai antiseptik
🌱Membantu mengubati masalah sakit perut dan memecahkan gumpalan angin
🌱Membantu mengimbangi kestabilan hormon
🌱Air rebusan daun serai digunakan sebagai mandian ibu dalam pantang utk mengubati penyakit lemah otot dan sendi
🌱Menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan keracunan makanan
🌱Merawat kesihatan sistem dalaman badan
🌱Membantu melawas dan melancarkan pembuangan air kecil
🌱Daun serai dibalut dgn besi atau batu panas utk tuaman yg bertungku pada kawasan urat saraf yg lemah, penyakit bisa otot, sendi, mengecutkan rahim yg bengkak, memecahkan lendir, darah dan angin. 
🌱Membantu melancarkan peredaran darah
🌱Membantu mengurangkan angin di seluruh badan

***Serai Wangi terdapat di dalam mandian herba Terapi Spa dan Tungku Batu Herba kami***

Thursday, August 17, 2017

Khasiat Daun Capa

August 17, 2017 0 Comments

KHASIAT DAUN CAPA
======================

🍃Mengatasi flu (selsema)
🍃Mengubati batuk
🍃Mengatasi gatal pada kulit
🍃Menghilangkan bau badan
🍃Merawat luka dalaman
🍃Merawat sengal-sengal tulang, sendi dan otot
🍃Merawat masalah pencernaan
🍃Melawaskan kencing dan untuk merawat batu karang

Cara penggunaan ialah dengan rebusan daun sebagai mandian atau memakan bersama pinang.

Daun capa ialah salah satu bahan yang terdapat di dalam mandian herba Terapi Spa.


Mandian Terapi Spa kami mudah sahaja digunakan,  anda hanya perlu rebus dan mandi bersama air rebusan Terapi Spa. 

Insha Allah, anda bakal menikmati kelegaan yang mampu merawat lenguh, ketidakselesaan dan menyegarkan😊

Terapi Spa
1 paket hanya RM 19 sahaja
Kos postage RM 8 bagi semenanjung dan RM 12 bagi Sabah dan Sarawak.

Hubungi saya untuk tempahan
018-9100 852



Tuesday, August 15, 2017

Kelebihan Bersauna

August 15, 2017 0 Comments
Masih ramai yang tidak tahu bahawa bersauna merupakan satu amalan yang bagus untuk kesihatan badan. Selain dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan, jika diamalkan selalu, sauna juga membawa banyak manfaat terhadap tahap kesihatan fizikal termasuk kurangkan berat badan dan buang air berlebihan.

Masih ramai yang tidak tahu bahawa bersauna merupakan satu amalan yang bagus untuk kesihatan badan. Selain dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan, jika diamalkan selalu, sauna juga membawa banyak manfaat terhadap tahap kesihatan fizikal.

Ritual atau rutin yang dilakukan semasa bersauna berbeza mengikut kesesuaian diri masing-masing. Namun konsep asas bagi terapi bersauna adalah untuk meningkatkan suhu badan dengan duduk dalam sebuah bilik panas yang lazimnya berada pada suhu 180 darjah Fahrenheit. Selepas 10 hingga 20 minit, iaitu apabila haba bilik itu mulai menjadi terlalu panas, seseorang itu akan menyejukkan badan samada dengan masuk ke dalam kolam renang atau mandi. Selepas berehat seketika, seseorang itu akan kembali ke bilik sauna dan rutin ini boleh diulang sekerap mungkin.

Prinsip utama dalam terapi sauna adalah untuk membuatkan badan berpeluh dengan banyak kerana ini akan dapat membantu mendetoksifikasi badan dan menenangkan minda. Antara manfaat amalan bersauna kepada kesihatan diri adalah seperti berikut:

Mengurangkan stres – stres boleh menyebabkan kesihatan fizikal merosot. Malah ada banyak penyakit yang bersangkut-paut dengan stres. Haba dari sauna mengurangkan ketegangan otot dan merangsang penghasilan endorfin, satu kimia semulajadi yang dihasilkan dalam otak yang bertindak sebagai penahan sakit. Endorfin ini akan menjadikan seseorang itu merasa lega dan tenang.

Melegakan otot – Penghasilan endorfin semasa sauna dapat melegakan kesakitan yang dialami oleh pengidap artritis serta mereka yang mengalami ketegangan otot selepas bersenam. Kenaikan suhu badan dalam sauna menyebabkan saluran darah mengembang. Hasilnya, peredaran darah akan meningkat dan ini akan membantu proses penyembuhan semulajadi badan.

Kulit yang sihat dan berseri – sewaktu melakukan sauna, aliran darah ke kulit akan meningkat dan ini akan menyediakan lebih banyak nutrien di bawah kulit dan permukaan tisu. Hasilnya, kualiti kulit akan bertambah baik secara beransur-ansur.

Detoksifikasi – haba yang dijana oleh badan sewaktu bersauna dapat menyingkirkan toksik yang berada di bawah kulit melalui peluh. Setiap hari kita terdedah kepada toksin samada dalam makanan atau persekitaran kita. Sauna dapat membantu badan kita mengdetoksifikasikan toksin tersebut.

Hipertermia – apabila badan terdedah kepada haba yang tinggi, badan akan berada dalam keadaan seakan-akan sedang demam. Keadaan “demam” ini akan merangsang proses penyembuhan semulajadi badan. Hasilnya, sistem imunisasi badan akan menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit dan antibodi untuk menghapuskan virus dan patogen-patogen lain.

Membakar kalori – Proses berpeluh mengunakan banyak tenaga. Tenaga ini diperolehi daripada penukaran lemak dan karbohidrat sewaktu proses pembakaran kalori. Penyelidikan perubatan mendapati seseorang itu boleh dengan mudahnya berpeluh sebanyak 500 gram dalam dalam satu sesi sauna, membakar hampir 300-400 kalori.

Beberapa langkah-langkah keselamatan:

* Jangan duduk dalam bilik sauna lebih daripada 45 minit.
* Selepas meninggalkan sauna, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya.
* Minum air yang mencukupi untuk menggantikan cecair dan mineral yang hilang semasa bersauna.
* Tanggalkan kanta lekap (contact lense) sebelum memasuki sauna.
* Wanita hamil tidak boleh sama sekali bersauna.

Sauna ni apa ye?

Ni sauna yang berkapasiti besarlah. mungkin di spa atau hotel-hotel.

Ini portable sauna juga spa ada menggunakan sauna jenis ini kerana ianya lebih mudah dan murah kosnya.
Insha Allah bagi sauna di rumah saya menggunakan jenis portable sauna. Dan insha Allah juga kualitinya tidak memeritkan kulit anda. Wanitakan kulitnya lembut :) kenalah amik barangan berkualiti setuju?

Home Ads