Showing posts with label Marketing. Show all posts
Showing posts with label Marketing. Show all posts

Tips Follow Up Customer

 TIPS FOLLOW UP


🤩Hari gaji adalah hari awareness dan hari follow up. 


Awareness  boleh gabung dengan follow UP :


🤩Follow up ada 2 iaitu :


1⃣Follow up tanpa sengaja

2⃣ Follow up dengan sengaja.


1⃣ FOLLOW UP TANPA SENGAJA


1.FU tidak buat secara direct contoh nya update status di fb,story fb dan ig dan whatsapp status. 


Kenapa tanpa sengaja ?


😱Kadang2 orang tidak ingat nak beli tapi terlupa nak tunggu hari gaji. 


😱Kita tak nak direct dengan orang,nanti kita fikir takut orang blok dan tidak suka .


😱Buat status post ke platform fb,fb group ,ig ,whatsapp status FU tanpa sengaja dan bila nampak waktu tu waktu gaji membuat cust terfikir dan teringat ohhhhhhhhh hari ni aku gaji lah boleh beli dan cust akan balas utk beli waktu gaji (fu tanpa sengaja).


2⃣ FOLLOW UP DENGAN SENGAJA 


🤩FU dengan sengaja adalah fu yang kita direct pm.


🤩Mungkin ada yang pm sebelum ni mengatakan yang waktu gaji akan  beli atau waktu gaji nanti ingatkan ye.


📌Kita direct pm atau broadcast dan maklumkan.

📌CONTOHNYA:


1.Puan hari ni kami nak buat pengeposan ,nak join sekali tak ?


2.Puan nak join sekali tak pengeposan untuk esok? hari ni punya pengeposan  sudah cut off dah.


🤩Jadi yang kita pm direct ni kita boleh  pm di wassep atau messenger kita panggil fu dengan sengaja.


🤩Memang sengaja untuk fu janji nak ingatkan cust yang hari sudah gaji untuk membuat pembelian Al Quran.



NOTA TAMBAHAN :


1.Hari ini dan kehadapan banyakkan membuat iklan tetapi sy tak galakkan membuat banyak iklan di wall sendiri atau fb sendiri .


2.Sebab orang akan nampak kita sebagai penjual sangat,kita nak orang nampak kita banyak berikan sharing berbanding banyak membuat iklan.


3.Ada masanya untuk kita menjual dan membuat iklan ,tak nak orang nampak kita banyak menjual sahaja.


🔥Banyak memberi value pada orang dan dalam masa yang sama kita boleh upsellkan tanpa sengaja.


**Moga bermanfaat dan membantu 💪🏻

Mula Berniaga di Shopee

Bismillah. Tahun 2017 kita mahu mendominasi pemasaran secara talian sepenuhnya. Online marketing.  Ianya tidak semudah atau sesukar yang disangkakan. Apa yang penting keinginan untuk mahu berjaya dan mengubah taraf kewangan keluarga ni kena kuat dan wajib kental.


Tidak mengapa jika kita tidak pandai dan laju berfikir. Tetapi kerajinan dan rajin belajar itu bakal membawa kita ke arah kejayaan.


Menggunakan shopee sebenarnya bukanlah di dalam senarai medium online yang saya gariskan. Mungkin kerana kita kurang pendedahan dan lebih teruja dengan Lazada. Sedangkan sebenarnya setelah join Shopee ni, bagi saya kaedahnya adalah lebih baik berbanding Lazada.


Sebagai pembeli online tegar, menariknya mengenai Lazada ialah terdapat pelbagai koleksi barangan daripada barangan rumah, pakaian, elektronik dan bermacam lagi. Kaedah pembayaran juga mudah serta kebanyakkan barang adalah percuma penghantaran. Saya sendiri antara shoppers Lazada ni sebenarnya.


Apa bezanya Lazada dengan Shopee Shop?




1. Apa yang Lazada tawarkan ada di Shopee shop termasuklah servis penghantaran percuma dan jimat.
2. Shopee shop memperkenalkan konsep mesra pembeli dan pelanggan di mana kita boleh berinteraksi secara terus.
3. Konsep followers yang menarik. Bermakna jika kita sukakan kedai tersebut dan mahukan update dari kedai,  kita boleh follow mereka.


Bagi saya konsep Shopee ini sangat bagus kerana gabungan konsep Lazada dan Instagram.


Ada hashtag produk, followers dan chat. Dan kita sebagai penjual juga mendapati konsep Shopee ini sangat membantu memasarkan produk jualan kita. Selain fungsi yang telah saya sebutkan, shopee menawarkan fungsi "boost" produk secara percuma setiap 4 jam, rebate postage, dan anda boleh berniaga di Shoppe secara percuma sahaja!



Jadi tak perlulah tunggu tawaran seperti Lazada baru boleh masuk sebagai penjual kan?





Sudah mendaftar di Shopee shop? Rugi tak daftar tahu.  Barangnya murah dan anda jika tidak yakin boleh terus hubungi penjual.  Hah. Bestkan?


Konsep belian secara terus, mudah dan selamat secara online.


 https://shopee.com.my/emmemarina


Nak lihat bagaimana kedai online saya di Shopee shop? Jomlah membeli belah di sini. Support saya tahu dengan klik follow :)


Dapatkan ebook percuma Panduan Bisnes di Shopee. Ebook ini merupakan perkongsian dari saya sendiri.



http://nak.la/ebooksshopeefree



Terima kasih!

Coaching Bisnes

Bismillah.

Sebenarnya saya masih belum ada momentum untuk berkongsi akan kejayaan saya berniaga sebagai seorang surirumah. Bagaimana saya menguruskan kehidupan seharian dan menjana pendapatan secara online sahaja dengan konsisten.

Saya suka membaca post-post status mentor saya iaitu Tuan Bukhari Ramli. Setiap kali beliau mengetuk kami, para-para peniaga ini ialah agar sentiasa kembali kepada asas.

Asas perniagaan itu apa?

Asas perniagaan itu ialah bukan menjual sesuatu produk, tetapi bagaimana kita mampu mengenal pasti masalah dan mampu menyelesaikan masalah tersebut menggunakan produk yang kita jual. Kenali pelanggan. Belajar tentang pelanggan. Jadi pelanggan.

Walau segempak mana pun produk kita. Dutanya orang popular, artis atau sultan sekalipun. Ia memerlukan viral yang amat hebat barulah "nama produk" itu terjual. Jika tidak, tiada siapa akan tahu akan kewujudan produk mahupun kehebatan produk tersebut.

Maka anda tetap perlu memahami bagaimana untuk menjual produk hebat tersebut? Betul?

Jadi, petang tadi di group telegram produk Foundation Miracle Flawless Mira Filzah, sedikit sebanyak saya cuba membantu ahli group walaupun itu bukanlah team di bawah saya. Kami semua bersama-sama dalam satu kumpulan bagi mendapatkan maklumat dan berkongsi testimoni Foundation Miracle Flawless Mira Filzah ni. Berniaga secara jemaah namanya. Di bawah syarikat yang mengeluarkan produk ini.

Pelbagai isu dikeluarkan, antaranya bagaimana menjual foundation MF ni. Bagaimana menguruskan pelanggan yang tidak mahu membayar postage. Bagaimana mahu menjual secara online?

Kebanyakkan soalan-soalan ini pada satu ketika dahulu, merupakan satu kepayahan dalam diri saya juga. Berdenyut-denyut dan tidak tidur memikirkan bagaimana saya dapat menjual sesuatu produk?

Bagaimana nak buat sale?

Kenapa orang lain boleh buat, tidak pada saya?

Lalu saya belajar dengan mentor A, mentor B, hadiri kelas-kelas online, membeli ebooks dan sebagainya demi memahirkan diri dalam memahami bisnes dan marketing itu sendiri.

Benarlah kata mentor Tuan Bukhari Ramli, apa yang saya pelajari dengan mentor Kawaras Yahaya juga.


Produk Power ialah produk yang berkesan dan terkesan pada pelanggan. 
Produk Power BUKANLAH produk yang mempunyai ciri hebat. 
Apa pun...
Produk hanyalah asbab untuk memenuhi syarat pelanggan. 
Jalan: produk. Destinasi: pelanggan. 
Product is nothing.



Jika anda mahu belajar lebih lanjut tentang marketing, silalah follow beliau.

Saya sehingga kini masih follow :)

https://www.facebook.com/bukhariramli?fref=ts

Semoga entri ini dapat membantu kalian semua. aamin

Ketahui Bagaimana Kelas Asas Blog Memaksimakan Perniagaan Online/Offline Anda

Assalamualaikum suri, semoga sihat-sihat sahaja pada hari jumaat yang dingin ni. Suasana di kawasan rumah saya sejak beberapa hari ni sejuk dan dingin. Walaupun kelihatan mendung, tapi bila matahari menyinar panasnya tetap memeritkan kulit. Bila masa saya merasa perit akan cahaya matahari, saya terfikir entah bagaimana lah kita di akhirat kelak. Tanpa pakaian dan bertelanjang, hanya rambut kita wanita menutupi bahagian atas. Sebab itulah kita digalakkan menyimpan rambut yang panjang.

Berbalik kepada topik entri, mungkin membuatkan anda tertanya apa yang yes di situ. Ini sebenarnya bukti pencapaian seorang pelajar di akademi, beliau merupakan stokis bagi makanan sunnah qaseh di kawasan bangi. Seperti yang kita semua selalu lakukan, apabila kita mahu membuat sebarang pencarian kita akan menggunakan google search bukan? Kalau di Malaysia pastinya www.google.com.my, kita akan taip apa yang kita mahukan. Bagi pelajar ini, beliau merupakan stokis barangan qaseh di bangi, jadi orang-orang bangi bolehlah terus mendapatkan produk ini dengan lebih pantas.

Bagaimana ya faktor kelas asas blog mempengaruhi blog kedai anda?

Ini adalah matlamat di dalam kelas asas blog kami.
1. Belajar asas blog (blogspot)
2. Belajar menulis berdasarkan apa FOKUS PENULISAN berdasarkan siapa PEMBACA SASARAN.
3. Tukar pembaca kepada PELANGGAN.
4. Belajar menulis secara konsisten.
5. Jadikan minat, kemahiran dan kepakaran sedia ada tukar dalam bentuk penulisan. Jadikan ia sebagai panduan.
6. Tukar blog yang tidak ada pembaca dengan membina 'kelompok' pembaca sasaran.
7. Apabila blog sudah mempunyai sasaran pembaca yang 'tepat', maka sudah boleh ditukar kepada pembeli.
8. Blog adalah salah satu medium pemasaran percuma. Namun penulisan yang bagus dapat membina pengaruh kepada pembaca.
9.Kelas asas blog dan penulisan perlu menguasai 44 entri dan 5 label.

Kemudian di dalam kelas anda bakal belajar menggunakan kata kunci yang betul bagi meletakkan blog anda di carian enjin search google.

Sebagai contoh di atas;
Kata kunci: qaseh gold bangi

Hasil carian google: terus membawa kepada blog kedai anda.

Pendaftaran di buka setiap hari. Kelas yuran serendah RM 150 dengan bonus percuma 1 ebook (belajar asas blog). Ebook ini wajib dimiliki oleh semua pelajar kami.

Hubungi saya bila-bila masa anda bersedia.