Showing posts with label New Feature Shopee Malaysia. Show all posts
Showing posts with label New Feature Shopee Malaysia. Show all posts

Apa Itu ShopeePay dan Cara Guna ShopeePay

Bismillah. Shopee Malaysia mula memperkenalkan penggunaan berbeza bagi wallet seller dan buyer. Kini kita ada Seller Wallet dan ShopeePay. Ramai juga yang konpius, tetapi takyah la konpius sangat nya.... Senang je, sebabnya ShopeePay ni berada di ruangan BUYER, dan Seller Wallet di ruangan SELLER (My Shop). Jika dulu, kita menggunakan satu sahaja wallet bagi kedua-dua buyer dan seller. Nampaknya mungkin Shopee nak mengasingkan akaun bagi memudahkan urusan transaksi atau akaun mereka (agaknyalah! think harder..)


Apa Itu ShopeePay?



Shopeepay secara ringkasnya ialah duit yang kita gunakan bagi tujuan membeli. Thats why we are the buyer. Shopeepay ini boleh kita topup terus duit ke dalamnya tahu. Memudahkan lagi urusan shopping kita dekat SHOPEE!


Tekan je pembayaran menggunakan Shopeepay, masukkan pin, terus duit dibayar ke akaun seller Shopee serta merta. Tidak perlu lagi nak tunggu TAC number jika pakai online banking, atau beratur ke ATM atau susah-susah je nak ke 7e semata-masa nak bank in duit shopping kita tu. 


Selain kita masukkan duit ke dalam ShopeePay akaun, pembelian yang kita cancel atau refund juga akan terus masuk ke ShopeePay. 


Jom Belajar Cara Nak Guna dan Aktifkan ShopeePay Anda


Langkah Pertama: Pergi ke icon Me. Anda akan terus nampak SHOPEEPAY. Klik je kat situ.


Apa Itu ShopeePay dan Cara Guna ShopeePay



Langkah Kedua: Akan keluar paparan macam di bawah ni, contoh sini dalam ShopeePay saya ada duit refund hari tu. Saya masih belum dapat keluarkan lagi sebab belum aktifkan ShopeePay. huhu.

So ikutkan, nak withdrawkan duit refund ke, cancel order ke. Terus je tekan withdrawal, tetapi kalau belum aktifkan. Kita kena aktifkan dahulu.


Apa Itu ShopeePay dan Cara Guna ShopeePay



Langkah Ketiga: Ok sebelum tu, cek dulu kalau anda dah setting ke belum no akaun bank anda dekat ShopeePay Bank Accounts. Kalau belum sila isikan dahulu.


Apa Itu ShopeePay dan Cara Guna ShopeePay


Langkah Kelima: Dah letakkan no bank akaun anda? Bolehlah aktifkan. Ikut sahaja panduan yang Shopee suruh buat. Apa Shopee nak? Gambar kad pengenalan anda dan anda berselfie dengan kad pengenalan! Hah, mudah sahaja.

Apa Itu ShopeePay dan Cara Guna ShopeePay


Apa Itu ShopeePay dan Cara Guna ShopeePay



Senang sahaja kan? Takde susah atau keliru pun. Dah confirm nanti terus boleh withdraw duit tersebut ke dalam akaun bank anda. Biasanya duit akan masuk dalam masa 1 - 3 hari. Paling cepat biasanya CIMB, sehari je dah masuk. Maybank kadang-kadang bermasalah jugak. Delay sahajalah. Itu je. 



Diharap entri ini dapat membantu kalian semua. 


Jika suka dengan entri ni, jangan lupa share kay.

(NEW) Chat Interface Baru di Shopee Seller Center

Untuk kesenangan peniaga, kini Shopee mempertingkatkan lagi kualiti dan persembahan interface ecommerce mereka. Jika dulu, chatting features di desktop Shopee Seller Center hanyalah sekadar chatting, kini dilengkapi dengan link kepada setiap pembelian dari pelanggan tersebut. 



Anda boleh semak sama ada pelanggan tersebut pernah membeli di kedai anda. Sedang membeli (To Ship) atau membeli tetapi masih belum membuat bayaran (Unpaid). 



Features ini sangat bagus kerana anda tidak perlu lagi tersalah semak status pelanggan. 



Kedua, Shopee memperkenalkan fungsi "Message Shortcut", jika sebelum ini features ini hanya boleh didapati di Shopee Apps sahaja. Bagi saya fungsi ini sangat bagus, sangat berguna kerana kebiasaannya apa yang ditanya oleh pelanggan adalah sama. Dan bagi saya sendiri, setiap kali pelanggan membuat tempahan saya akan chat mereka ayat Terima kasih atas pembelian mereka. Begitu juga ada beberapa produk yang perlukan panduan produk akan saya berikan mesej itu. 



Jika sebelum ini, saya terpaksa berulang antara desktop dan apps. Kini, cukup hanya di desktop view. Tidak perlu bersusah payah rebut handphone dengan anak, atau delay info/panduan kepada setiap pelanggan.

 

Mari kita lihat melalui gambar screenshot di bawah.



Kini button chat di desktop view Shopee Seller Center (icon hijau di bawah) berwarna hijau turqoise dan glowing gitu. Dulu kalernya hijau biasa dan malap. Mungkin menunjukkan perbezaan antara upgrade version of Shopee Chat features.


Bila ada new chatting di kedai anda, anda click pada chat icon dan anda akan dibawa ke ruang Shopee Seller Chat. Tidak seperti dulu, anda chat sahaja di window yang sama.



Ini ialah paparan Shopee Seller Chat. Tambahan baru iaitu Fungsi Pembelian Pelanggan dan Message Shorcut.

Ini adalah contoh jika pelanggan tersebut ada history pembelian dengan anda. Untuk customer ni, status beliau ialah SHIPPING. Bermakna pembelian beliau telah saya proses dan diposkan.

Fungsi Message Shortcut sangat bagus bagi saya. Huhu. Saya memang 100% menggunakan option ini bagi memudahkan interaksi bersama pelanggan. Walaupun robot, anda ubahlah ayat jangan skema sangat kay.



Bonus bagi Message Shortcut ini anda boleh transfer dari Shopee Apps ke Shopee Seller Chat. Begitu mudah dan menyenangkan seller. Gitu. 


Okay, mari kita tengok video yang telah saya siapkan. Saya ajarkan juga cara nak transfer message shortcut tersebut. Selamat menonton dan semoga entri ini bermanfaat buat anda semua.





Anda sudah dapatkan 2 Ebook yang telah saya siapkan buat kalian?

Ebook percuma versi lama, insha Allah saya cuba update secepat mungkin.



Ebook Shopee Free : http://nak.la/ebooksshopeefree