Berkongsi kisah kehidupan sebagai suri dan pada masa sama, berniaga untuk bantu keluarga. Suka sharing berkaitan online marketing dan menjual produk islamik seperti jam azan untuk rumah, jam tangan azan, al quran digital dan macam-macam lagi.

Read More

Selamat Datang Ke Blog Emme Marina

Semoga Dilimpahi Rezeki dan Keberkatan Buat Semua Pembaca
Read More

Servis Facebook Page

Paling saya suka membantu sahabat semua, berjaya dalam bisnes insya Allah. Pasti berjaya
Read More

Al Quran Digital

Pembantu peribadi anda memperbetulkan bacaan, belajar tajwid dan lebih seronok mengaji. Insya Allah
Memaparkan catatan dengan label Sedekah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sedekah. Papar semua catatan

1/30/2018

Infak Al Quran dan Anak Pokok Cili di Tahfiz Nur Kasih, Klang Selangor

Alhamdulillah..syukur segala puji bg Allah. akhirnya kami digerakkan Allah ke Tahfiz Nur Kasih Klang utk penyerahan 50 Naskah Al Quran dan Infaq Tajaan Anak Yatim Tahfiz bulan Januari serta tajaan infaq anak pokok cili dr jemaah Amal Till Jannah
syukur sgt2..jazakallah semua yg menyumbang melalui tabung2 ATJ yg digerakkan..tq jga buat admin2 kita yg sgt cemerlang membantu pergerakan setiap pgram yg dilancarkan.

Semoga setiap pemberian sedekah kita diterima Allah. Aamin.

Bagi rakan-rakan yang berminat menyertai aktiviti amal dari Amal till Jannah boleh hubungi saya juga insha Allah. Kita buat amal sama-sama.

Sesungguhnya sedekah tidak mengurangi harta.

Read More

8/20/2016

Geram Isteri Selalu Bersedekah

Geram Isteri Selalu Sedekah Jumlah Besar, Tetapi Rezeki Dia Tak Pernah Putus.

Salam, saya nak cerita tentang isteri saya. Isteri saya ini, orangnya biasa-biasa sahaja. Biasa yang bermaksud, biasalah. Haha!

Suatu hari kami pergi ke pasar, isteri aku memang selalulah saya nampak dia sedekah. Cuma pada hari itu, baru saya ternampak nilai yang dia sedekah itu. Dia beri RM50. Jadi, bila berada di dalam kereta, saya pun bertanyalah kenapa dia beri banyak sangat? Entah-entah pakcik itu menipu.

"Menipu atau tidak, itu urusan pakcik itu dengan Allah. Saya cuma mahu membantu sahaja. Kalau betul dia susah, ada anak dan isteri yang kelaparan di rumah, macam mana?" soalnya kembali.

"Tapi kenapa sampai RM50?" saya masih tak puas hati dengan jawapan pertamanya.

"Abang, saya pernah terbaca kalau kita nak menderma, latih diri ini beri duit yang paling besar dalam purse," jawabnya.

Saya masih tidak berpuas hati tetapi mendiamkan diri sebab tidak mahu bergaduh dengannya.

Tetapi sejak dari itu, saya akan perhatikan bila dia menderma. Kadang-kadang RM50, pernah juga RM100, RM5 pun pernah. Lepas itu, memang saya buka dompet dia senyap-senyap, memang tinggal seringgit saja pun.

Isteri saya ini cikgu, sekolah asrama. Budak-budak selalulah nak pinjam duit. Kadang-kadang ketuk pintu rumah sebab nak pinjam duit, dia pun bagi saja. Saya macam biasalah, bising.

"Kalau budak tak pulangkan macam mana?"

"Biarlah, kita tolong anak orang, nanti minta-minta anak kita pun orang tolong," jawabnya.

Yang saya sedar tentang isteri saya ini, rezeki dia sangat murah. Gaji dia tak adalah besar mana tetapi sentiasa cukup. Cukup nak bagi pada mak, ayah, adik-adik dan atok. Duit belanja rumah pun dia selalu tolong bayar walaupun saya kata tak payah.

Pernah sekali itu kami belanja agak banyak pada bulan itu. Tup-tup dia dapat bonus banyak. Alhamdulillah. Tetapi duit itu pun dia belanja untuk orang. Diri sendiri tak. Urusan dia juga Allah permudahkan.

Dia pun sedar tentang perkara ini. Kadang-kadnag dia menangis, dia kata Allah sayangkan dia tetapi kenapa dia selalu dustakan nikmat yang Allah beri. Solat kadang-kadang lambat, mengaji sehari sekali saja. Tetapi Allah tetap permudahkan.

Saya fail sikit bila perempuan menangis. Cuma saya cakap,

"Tak apa, mari kita sama-sama cuba memperbaiki diri kita. Allah nampak usaha kita, Allah tahu kita berusaha dalam diri kita. Manusia hanya akan tengok hasil tetapi Allah tengok usaha kita,"

Kesimpulannya:

Jangan berkira dalam bersedekah, inshaAllah rezeki anda akan murah.Jangan pernah menghakimi orang, mungkin di mata manusia dia tidak alim tetapi ada amal baik dia yang kita tidak tahu.Sayangi isteri anda, insan yang sentiasa ada sewaktu anda terjatuh tergolek. Hargai pengorbanan mereka. Kalau rasa isteri anda tak cukup bagus, tengoklah cermin dulu. Kalau rasa diri itu memang sudah bagus, ubahlah isteri menjadi seperti diri anda.

🌹Semua yang kita miliki ini hanyalah pinjaman. Gunakanlah bagi membantu mereka yang amat memerlukan. Sebenarnya kita membantu diri kita sendiri untuk bekal amalan di akhirat nanti.

#dms360
#bloggingforbisnes
#amaltilljannah


Read More

6/19/2016

Sumbangan diperlukan bagi Majlis Iftar Anak Yatim, Asnaf dan Tahfiz Minggu Hadapan

Assalamualaikum semua,

Saya mohon jika kita tidak dapat menderma walaupun RM10 untuk majlis-majlis iftar ini. Kita panjangkanlah entri ini kepada blogger-blogger yang lain mahupun ke google plus agar mudah-mudahan majlis ini dapat dijalankan seperti yang dirancangkan.

Kami amat memerlukan dana bagi mencukupkan jumlah keseluruhan kit ini.

Saya lampirkan butiran dan status terkini pencapaian dana bagi majlis kami nanti ya.

*********************


Assalamualaikum semua jemaah dan sahabat FB yg dirahmati Allah..

Sy buka ruang sekiranya jika ada mereka yg berhajat untuk menyumbang bg program iftar kali ini..
------------------------------------------
#UPDATE TERKINI 18 JUN 16

🌺RM50 per KIT ANAK YATIM (GOODIES +RM20 DUIT RAYA)**untuk 27 orang

😊JUMLAH TERKUMPUL RM1020
     MASIH BERBAKI RM330
-------------------------------------------

🌺RM50 per KIT ANAK TAHFIZ (SEPASANG JUBAH)
**30 LELAKI dan 20 WANITA

😊JUMLAH TERKUMPUL RM550
     MASIH BERBAKI RM1950
------------------------------------------

🌺RM10 untuk KAIN SERBAN bg 30 ANAK TAHFIZ LELAKI

😊JUMLAH TERKUMPUL RM140
     MASIH BERBAKI RM160
-------------------------------------------

🌺RM 50 KIT KASIH ASNAF**100 ASNAF

😊JUMLAH TERKUMPUL RM3650
     MASIH BERBAKI RM1350
-------------------------------------------
InsyaAllah kita sama2 jadikan ruang ini satu peluang untuk kita infaq lebih2 lagi di bulan RAMADAN yg penuh ganjaran pahala ini..

"SEBAIK-BAIK SEDEKAH ADALAH DI BULAN RAMADAN"😊

Untuk info lanjut wasap sy PN ROSYA YUNUS 0192314480..jazakallahukhair..

#MOHONSHAREJIKASUDI


Read More

6/03/2016

SEDEKAHJUMAATKU Sebagai Program Utama Amal till Jannah (ATJ)


Assalamualaikum semua jemaah yg dirahmati Allah..

Alhamdulillah..program #SEDEKAHJUMAATKU kian menyentuh hati para dermawan sahabat-sahabat di luar sana..
----------------------------------
SECARA RASMI BERMULA 1 JUN 2016..PROGRAM SEDEKAH JUMAAT DIANGKAT SEBAGAI PROGRAM UTAMA AMAL TILL JANNAH..KAMI GALAKAN JEMAAH BERSEDEKAH PADA HARI JUMAAT MENGAMBIL BERKAT PAHALA PENGHULU SEGALA HARI😊😊😊

Di ATJ; Program amal diadakan secara istiqomah SETIAP JUMAAT sebagai satu aktiviti amal yg boleh disertai oleh semua pihak yang konsisten dalam bersedekah..insyaAllah..
.
.
BERSAMA ISTIQOMAH MENCARI REDHA ALLAH..

********************************
PROGRAM MINGGUAN (SETIAP JUMAAT)

1.SEDEKAH JUMAATKU
-makanan dan minuman akan disedekahkan di masjid-masjid terpilih.
-makanan akan disedekahkan ke rumah2 anak yatim dan asnaf terpilih.
-makanan dan minuman disedekah untuk musafir di RNR terpilih.

Untuk kalian menyalurkan sedekah /infaq bolehlah menyumbang kepada AKAUN UTAMA ATJ👇
.
.
MAYBANK AMAL TILL JANNAH
5621 8831 9223

.
Bagi tujuan Rekod dan Audit dana SedekahJumaatku
Sila berikan butiran transaksi melalui

.
Whatsapp kepada +60189100852
Whatsapp kepada +60189100852
Whatsapp kepada +60189100852

Emme Marina Mohamad
Admin Program SedekahJumaatku

.
.
Nota penting: 

*Sekiranya tidak dimaklumkan transaksi tersebut, dana tersebut tidak akan diletakkan di bawah DANA SEDEKAHJUMAATKU.

**Kami juga menerima SEDEKAHJUMAATKU selain dari hari Jumaat. Hanya berikan kami bukti transaksi supaya kami dapat rekod dana tersebut😊😊😊

#amaltilljannah
#sedekahjumaatku
#jomkesyurga

Read More

3/18/2016

Kebesaran Sedekah Dalam Quran

وَاَنْفِقُوْا مِنْ مَّا رَزَقْنٰكُمْ مِّنْ قَبْلِ اَنْ  يَّأْتِيَ اَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُوْلَ رَبِّ لَوْلَاۤ اَخَّرْتَنِيْۤ اِلٰٓى اَجَلٍ  قَرِيْبٍ ۙ  فَاَصَّدَّقَ وَاَكُنْ مِّنَ الصّٰلِحِيْنَ
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".
[QS. Al-Munafiqun: Ayat 10]


Sedekah merupakan ganjaran yang amat besar nilainya. Namun kita selalu lupa bahawa dengan sedekah juga hati kita diberi iman dan tenang. Allah mencintai hambanya yang soleh dan bersedekah.

Seperti rakan-rakan lain, pembaca sekalian.

Saya juga sedang cuba supaya tidak mencintai harta, tidak kiralah berapa pon jua nilainya. Bersedekahlah terutama dalam kamu merasa kedekut dan bakhil ketika inilah waktu yang paling afdal kamu bersedekah.

Cuci kolam jiwa.

Dari Allah kepada Allah.


Marilah kita amalkan sedekah. Tidak kiralah RM1, RM5 atau berapa sekalipun.

Semua nilai ini hanya Allah sahaja yang mampu mengadili.


Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang beriman.

Aminn


Read More

1/22/2016

Sedekah Hari Jumaat

Teks: Emme Marina Mohamad

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

سلم قولا من رب رحيم
ﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ
----------------------
Semua yg dikasihi..
Salam Jumaat/
Selamat Pagi

Jumaat 22 Jan. 2016
12 Rabiulakhir 1437H

18 hari menjelang
Jamadilawal
----------------------
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيدنا مُحَمَّد
ﺑِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢٌٌُُِِِ
ِ
ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻟَﻚَ ﺳَﺠَﺪْﺕُ ﻭَﺑِﻚَ ﺁﻣَﻨْﺖُ ﻭَﻟَﻚَ ﺃَﺳْﻠَﻤْﺖُ
ﺳَﺠَﺪَ ﻭَﺟْﻬِﻰ ﻟِﻠَّﺬِﻯ ﺧَﻠَﻘَﻪُ ﻭَﺻَﻮَّﺭَﻩُ ﻭَﺷَﻖَّ ﺳَﻤْﻌَﻪُ
ﻭَﺑَﺼَﺮَﻩُ ﺗَﺒَﺎﺭَﻙَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺃَﺣْﺴَﻦُ ﺍﻟْﺨَﺎﻟِﻘِﻴﻦَ
Ya Allah, kepada-Mu lah aku bersujud, karena Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah diri. Wajahku bersujud kepada Penciptanya, yang Membentuknya, yang Membentuk
pendengaran dan penglihatannya. Maha Suci Allah Sebaik-baik Pencipta.
(HR. Muslim no.771)

اَستَغفِرُ اللَّهَ العَظِيم، َ
Diiring ampun & maaf
ﺇِﻥ ﺷَﺎﺀ ﺍﻟﻠَّﻪُ   ﺍﻟﻔَﺎﺗِﺤَﺔِ
ُآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Alhamdulillah, hari ni sudah hari jumaat. Yakni hari yang penuh berkat, berbuat lah baik berlebih-lebihan, beramal jariahlah lebih dari biasa serta bersedekahlah kepada mereka yang memerlukan.

hari ni ialah hari tabung mingguan amal till jannah iaitu program sedekah jumaatku dan sesuap rezeki anak yatim. Sumbangan sebanyak rm5 atau rm10 amatlah memadai buat kami. Tetapi jika kalian mahu dermakan lebih lagi, masya Allah.. hanya Allah sahaja dapat membalas segala kebaikkan dan rezeki kalian.




Sejak malam tadi hujan turun dengan lebat, kilat dan guruh sabung menyabung. Tapi syukur ya Allah, kerana rahmatmu melimpahi bumi kami. Menyejukkan tanah dan udara. Sejak beberapa minggu ni memang panas di sini. Sehingga sampai saya mandi berkali-kali sehari. Entah kenapa sejak akhir saya bersalinkan anak ketiga, badan saya kuat berpeluh. Jadi bila panas tidak tahan dibuatnya.

Paling tidak enak apabila ketiak mula masham akibat peluh. Mujur juga ada stevia di rumah. Saya gunakan semasa mandi dan selepas mandi. Tujuannya dapat membunuh bakteria dan kuman yang mengakibatkan punca bau. Alhamdulillah, beberapa hari kemudian.. tiada lagi bau kurang enak. Amalkan secara konsisten, in shaa Allah.

Mari bersedekah yuk.

Bagi yang tidak yakin dengan kuasa sedekah dapat memberikan kita rezeki yang lebih. Atau selalu sempit rezekinya, saya syorkan untuk dapatkan bahan bacaan berkesan dalam merawat dan menjemput rezeki. Semuanya dari Allah.

Klik link sini ya ---> http://goo.gl/Jf3g63

Read More

1/18/2016

11 Fadhilat Sedekah

HEBATnya SEDEKAH/INFAQ

** 1 **
-PANJANG UMUR-
Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya”
[HR Tabrani]

** 2 **
-ELAK BALA-
Sabda Nabi saw : “Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah” [HR Al-Baihaqi]

** 3 **
-HAPUS DOSA-
Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah menghapus dosa seperti air memadamkan api.” [HR Ahmad, At-Tirmidzi]

** 4 **
-HARTA BERTAMBAH-
Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan berkurangan harta yang disedekahkan, bahkan akan bertambah, akan bertambah, akan bertambah." [HR Tirmizi]

** 5 **
-TAMBAH KASIH SAYANG-
Sabda Rasulullah SAW: "Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) itu adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldimu untuk diisikan ke mangkuk kawanmu." [HR Ahmad]

** 6 **
UBAT SAKIT
Rasulullah SAW bersabda: "Ubatlah penyakit dirimu itu dengan bersedekah." [HR Dailami]

** 7 **
BENTENG HARTA
Nabi SAW bersabda: Bentenglah harta bendamu itu dengan berzakat." [HR Abu Daud]

** 8 **
MENDAPAT SYAFAAT
Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya yang akan menaungi orang mukmin pada hari kiamat kelak adalah sedekah." [HR Thabrani dan Baihaqi]

** 9 **
HILANG MURKA ALLAH SWT
Dari Abu Umamah r.a menukilkan sabda Rasulullah SAW: "Bersedekah secara sembunyi memadamkan kemurkaan Allah SWT." [HR Thabrani]

** 10 **
TINGGI DERAJAT
Allah SWT berfirman: “Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan." [Taubah:20]

** 11 **
PAHALA BESAR
Firman Allah SWT bermaksud: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih menumbuhkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas(rahmat) kurniaNya lagi meliputi Il mu PengetahuanNya." [Baqarah:261]


Read More

12/30/2015

Mari Buka Tahun Baru 2016 dengan Projek Amal

Pembukaan Tahun 2016 AMAL TILL JANNAH

  PROJEK ASNAF GELANDANGAN

.
RM30 KIT ASNAF GELANDANGAN

Kit blanket

Kit pakaian solat

Kit tikar kalis air

.
Bantuan lain² seperti :

Makanan dan minuman

Pakaian solat . yang nak wakaf kain telekung atau kain pelikat sangat dialu-alukan .

Pakaian terpakai seperti blanket , kain tudung , baju panjang dan seluar panjang .

Tarikh : 2 januari 2016

Lokasi : sekitar kota raya / puduraya .

" Dalam BEKERJA jangan lupa untuk BERAMAL , Dalam BERAMAL seolah-olah kita sedang BEKERJA"

.
Untuk sumbangan terus ke akaun tertera di poster, dan whatsapp Admin Gelandangan ATJ (Pn Anies 017-7912993) TAG : KIT AG untuk tujuan rekod

.
Mohon sahabat dermawan VIRAL, LIKE, SHARE semoga lebih ramai akan dapat menyumbang dan menanam pahala akhirat

Terima kasih. Semoga Allah jua yang membalasnya


Setiap sukarelawan bakal menerima badges sukarelawan ATJ juga tahu!

Mari mulakan tahun baru dengan permulaan yang lebih baik dan bermakna.


Read More

12/17/2015

Sedekah Tidak Mengurangkan Harta

Alangkah baik jika pendekatan mencari rezeki sambil menyumbang diterapkan dalam diri kita .

Jangan tunggu kaya baru nak sedekah , bersedekah lah dari sekarang secara istiqomah .

Sabda Rasulullah:

“Tidaklah harta itu berkurang disebabkan oleh sedekah.” (Riwayat Muslim).

Beri setakat mana termampu dulu kerana sumbangan sekecil itu menjadi pembersih harta kita .
Sedekah orang yang kurang hartanya lebih besar ganjarannya.

Rasulullah bersabda:

“Sedekah yang paling utama adalah menggembirakan fakir dan dikeluarkan dalam keadaan sedikit harta. (Riwayat Ahmad) .


Ingin bersedekah melalui channel yang betul?

Kunjungi laman blog amal till jannah - http://amaltilljannah.blogspot.my

Read More

10/21/2015

Intipati catatan kuliah Dhuha Oleh ustaz Ahmad Dusuki

Intipati catatan kuliah Dhuha Oleh ustaz Ahmad Dusuki . Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

1. Kehidupan manusia bermula dari
- alam rahim
- alam fana
- alam barzakh
- alam mahsyar
- alam syurga @ neraka

2.Ketika air mani dipancarkan ke dlm rahim, 40 juta sperma berenang msk & hanya satu shj yg diizinkan Allah bercantun dgn ovum utk membtk nuftah & hdp di alam rahim sehingga 9 bln.

3.Ketika di dlm kandungan(4 bln) akan ditiupkan roh dan ditetapkan 4 perkara iaitu:
- rezeki
- ajal (bila, di mana, bgm)    
- amalan & khdpn ( kahwin dgn siapa, brp org anak, adik beradik)
- ahli syurga@ neraka.

4.Walaupun tlh ditentukan 4 perkara tersebut qada dan qadar manusia boleh berubah.

5.Qada dan qadar ada 2 iaitu :
- qada mubram  iaitu qada yg boleh berubah melalui doa
- qada muallaq  iaitu qada yg tidak boleh berubah. Cth : 40 hari sblm kematian

6. Kita hidup di  alam ini adalah dlm keterpaksaan..dipaksa  & terpaksa.

7. Kita dipaksa keluar dari alam rahim ke alam fana ( dunia).. alam kanak2..alam remaja (12 - 21 thn)..alam dewasa (22- 40 thn)..alam tua ( lbh 40 thn). Lebih 70 thn disebut tua bangka..

8.Masa remaja adalah salah satu juzuk dari kegilaan..lihatlah dunia remaja..percakapan, cara berpakaian kadang2 celaru dan gila. Saat remaja adalah saat kebingungan..satu alam yg terpaksa dilalui..dari remaja dipaksa menjadi dewasa.

9. Hadis nabi ada menyebut  setiap manusia Allah berikan ujian sbyk 99 ujian kematian bermula  dr bayi hinggalah sebelum mati..sehinggalah ujian yg ke 100 maka kamu akan mati..

10. Siapa2 yg berusia pd umur 40 thn tetapi dia tdk berubah sikap ke arah yg baik maknanya mereka tidak akan berubah lagi  sehingga menunggu talkin dibacakan..

11.Setiap yg hidup akan merasai mati..roh org beriman adalah spt minyak yg berkumpul di dalam air. Roh akan berkumpul di kaki utk ditarik keluar. Dari kaki ke pinggang..ke perut bilamana smpai ke perut akan berdengar beberapa urat putus n bg lelaki terasa zakar naik ke atas lalu bg org beriman akan mengatakan laailahailallah..tp bg org yg tdk beriman akan mengatakan ia cuma kebetulan shj..tidak ada apa2 yg berlaku..

12. Semua makhluk Allah termasuk haiwan tahu yg roh si mati itu akan masuk syurga @ neraka kecuali jin dan manusia..

13. Tanda2 jenazah itu ahli neraka:
-mulut berbuih
-wajah masam
-najis keluar terlalu byk ketika sakarul maut.

14.Tanda2 jenazah itu ahli syurga:
-dahinya berpeluh
-hidung kembang kempis dan air matanya mengalir
- wajahnya lebih cerah ketika sakaratul maut
-najis keluar sedikit shj

15. Sakitnya perempuan yg bersalin   itu adalah 1 juzuk drpd 99 juzuk kesakitan kematian..

16. Kalau boleh yg memandikan jenazah kita adalah anak2 kita..yg mengkafankan kita adalah anak2 kita...anak kita jd imam solat jenazah kita..maka beruntungnya kita..

17. Ustaz berkongsi doa yg dibacakan oleh anak2 kpd ayahnya yg telah meninggal dunia.( sewaktu menziarahi jenazah seorg lelaki)
"Ya Allah ..waktu mana kami kecil2..ayah kami mandikan kami dgn penuh kasih sayang dgn penuh kelembutan...jadi kami mandikan jenazah ayah kami ini maka Kau ampunkan dosanya ya Allah..waktu mana kami kecil ya Allah..kami dipakaikan baju oleh ayah kami ya Allah..tp kami lempar ke mukanya ya Allah..jadi hari ini kami kafankan ayah kami dgn penuh kelembutan..Kau ampunkan dosanya..di waktu mana ayah kami menjadi imam solat kami dul u..kami lari tak nak  solat..jadi hari ini kami imamkan solat jenazah ayah kami ........."

18. Quran yg dibaca sebelum subuh akan menjadi peguambela sewaktu kita di alam barzakh nanti..
19. Nabi kata  aku tidak pernah tgk keadaan yg sgt huru hara spt pdg mahsyar ini..siapa yg selamat di alam barzakh maka selamatlah dia di pdg mahsyar nanti..

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedrkah....." -(surah al mu'minun:10)

Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.

Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah.

"Kalaulah org yg bersedekah itu mengetahui dgn sbnrnya dan dpt menggambarkan bhw sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar drp kelazatan si penerima.- Ibnu Qayyim.

Adakah anda pernah membaca tntang faedah bersedekah?

1) amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2) sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3) pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4) sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5) sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6) sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7) sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8) sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9) sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10) sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya

11) orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

12) pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

13) org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

14) sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

15) Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

16) bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

17) sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

18) sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

19) sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

20) pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan msj ini dengan niat bersedekah. Kerana setiap org yg "copy paste" msj ini, pahalanya adalah utkmu juga, in sha Allah..

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Popular Posts

Blog Archive

Pageviews

BTemplates.com

Blogroll

About

About

Copyright © Diari Seorang Suri & Bisnesmom | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com