Showing posts with label Shopee Seller Chat. Show all posts
Showing posts with label Shopee Seller Chat. Show all posts

Wednesday, September 30, 2020

Cara Menten Respon Rate 90% ke Atas Walaupun Ramai Seller Send Broadcast Dan Kawan Ajak Main GAME!

September 30, 2020 0 Comments

 Seronok sekarang apabila user boleh main game di Shopee dan kumpul coins. Kumpul coins Shopee anda boleh gunakan untuk jimat berbelanja. Tolak diskaun. Bertambahlah jimatnya jika kedai tu ada beri voucher dan anda tolak lagi dengan coins yang anda menang. Siapa tidak suka kan?


Seller Shopee pula bersuka ria dengan fungsi broadcast chat dan boleh dihantar kepada semua existing buyer dan prospect buyers. Alangkah seronoknya fungsi broadcast dan follow up sehingga ada seller yang tak henti-henti menghantar pelbagai jenis voucher dan iklan kedai meraka. 


Bukankah semua itu menggeramkan? Eh, ada pula seller-seller Shopee yang mengkomen bahasanya bila kedua-dua golongan ini dekat. Mereka mampu menurunkan response rate chat di Shopee!! Eh, tak mahulah macam ni. Kita wajib menten 90% ke atas bagi response rate di Shopee untuk membeli jiwa dan kepercayaan pelanggan sekaligus sebagai income.



shopee chat broadcast
Seller Chat Broadcast


Shoppe Watering Chat Game



Ramai seller yang komplen saya mengatakan bahawa kedua chat ini penyebab kepada chat rating jatuh. Hmmm. Benar atau tidak? Apakah sebenarnya berlaku?


Jom Study.


Apa Itu Chat Response Rate & Time? dan Bagaimana Ianya Diambil Kira?


Chat response rate is calculated based on the percentage of chats and the offers that you have responded to. Chat response time is calculated based on the average time it takes a seller to respond to a buyer's chat message.


Bahasa mudahnya,

Chat rate = dikira berdasarkan chat dan offer yang anda terima daripada customer anda.

Chat time = masa yang diambil untuk seller respon pula mesej dari customer


dan sebenarnya, calculation response rate ni secara keseluruhan 90 hari anda sebagai seller dan 25% diambil daripada chat time tertinggi.


NOTA PENTING:


  1. Chat response rate is updated on a daily basis.
  2. Response is only counted when you reply within 12 hours of the message being sent.
  3. Chat response rate is calculated when you have received at least 2 chat threads in the last 90 day.
  4. Chat messages received after you have enabled Vacation Mode are not calculated but you should reply to your buyer's enquiries at the soonest possible upon exiting Vacation Mode in order to deliver great customer service.
  5. Auto-replies will not be calculated into the chat response rate calculation but you are advised to setup auto-replies if you have enabled Vacation Mode so that your buyers are aware that you are temporarily offline during this period of time.
  6. You have to end the conversation with your buyers to ensure the chat response rate is calculated correctly.


Takla tak adil.. Adil je.


Okay. Persoalannya DUA JENIS CHAT broadcast dan game tu macam mana??


Adakah chat dari mereka ini menyebabkan CHAT rate anda jatuh menjunam?


Jawapannya: TIDAK dan YA.



Watering request notifications received from Shopee Game such as Shopee Garden will not affect your chat response rate - TIDAK AFFECT CHAT KEDAI ANDA (alhamdulillah) 


Chat broadcast will not directly affect your chat response rate. But, if a recipient sends a follow-up message after you send a broadcast, you should respond within 12 hours in order to maintain your chat response rate. - maksudnya jika seller hanya sekadar anta chat jenis bagi offer ke claim ke, takde masalah... tak efek, tapi kalau diaorg bagi broadcast follow up selepas pembelian anda.. or selain dari offer/diskaun/claim ini korang harus reply dalam masa 12 jam.



 Okay. Tetapi bila kita terima terlalu banyak mesej dari mereka-mereka ni, apa terjadi kepada kita as seller?


Saya sendiri jadi makin serabut sebab ingatkan customer rupanya seller atau invite game. Sehinggakan kita tak pasti yang mana satu customer, yang mana satu bukan customer.


Baiklah, Bagaimana Nak Atasi Masalah ni?


1. Setup Auto Chat Replies

2. Setup Chat di Luar Waktu Ofis

3. Setup Robot Chat


Dengan setup ketiga-tiga jenis chat di atas, anda mengurangkan risiko customer tunggu lama response dari anda. Kedua, mereka tidak perlu tunggu anda untuk jawab soalan anda kerana anda sudahpun menyiapkan skrip yang patut untuk mereka baca. 


Cara Setup Auto Chat Replies 


Anda boleh setup chat ni dari apps ataupun di seller center. Pergi ke chat setting, lihat pada chat replies.






Saya sharekan skrip auto-reply saya, anda boleh copy paste dan ubah mengikut kesesuaian kedai shopee anda.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam & Hai,

TQ for reaching us. This shop sells variety products with different suppliers. 1 category 1 supplier.

‼️ No combine shipping if different supplier‼️

MAAF TIADA COD - ONLINE SHJ


✔️✔️ All Product Available ✔️✔️



❤️ Borong & Dropship Is Available.

❤️ Follow our shop for more promotions and shocking sale


Need our fast respon?

📲📲WhatsApp to 018-9100 852



Terima Kasih

Stay Safe

Emme Marina

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Cara Setup Chat di Luar Waktu Ofis (Off-Work)


Nak onkan chat ni, anda harus ada waktu ofis terlebih dahulu. Settingkan waktu ofis anda. Buat masa ni, nak settingkan off work replies anda harus buat di dekstop.




On kan Off Work Auto Reply dan isikan reply content mengikut ayat kesesuaian anda.


Setup Robot Chat (FAQs Assistant)


Robot chat atau chat assistant kita gunakan untuk menjawab soalan-soalan lazim yang selalunya customer akan tanya. 


Pos bila? pos pakai apa.. anything related dengan produk dan paling best semasa urusan reply antara bot dan chat assistant ni. Ianya berlaku tanpa masuk ke chat kita.




Anda harus onkan dahulu FAQ Assistant, dan kemudian isikan maklumat yang diperlukan. Boleh je guna bahasa melayu atau bahasa pasar. Yang penting customer faham dan dapat jawapan yang diperlukan.



Okay siap dah. Inilah kesemuanya chat yang saya setup di kedai saya sendiri.





WAJIB ANDA INGAT jika nak menten chat rate 90% ke atas. Bila menten ni, persen nak dapat preferred seller pun ada. Jika anda tak jaga performance, usahlah bermimpi nak jadi preferred seller kay? So usahakan agar anda dapat jawab chat dari customer secepat yang mungkin.


Penting untuk anda :


1. Chat rate dikira dalam tempoh 12 jam, jika lewat dikira terlepas la. LATE REPLY ler tu.

2. FAQ assistant hanya akan muncul sekali je sehari bagi setiap customer. Kalau customer sorang tu dok tanya lagi, tanya lagi... haa, tak muncul dahla. Kenelah anda jawab.

3. Auto replies bagi setiap customer hanya akan muncul setiap 24 jam (berulang-ulang even bagi same customer)

4. Auto chat (off work) muncul setiap hari sekali sahaja for one user.


Jadi tidaklah harus anda biarkan chat tu terkubur 2-3 hari haaa. lagi-lagi weekdays. 


Baiklah selamat mencuba dan selamat memajukan response rate chat kedai shopee anda.



Performance chat rate kedai saya sendiri =)



Sunday, July 07, 2019

(NEW) Chat Interface Baru di Shopee Seller Center

July 07, 2019 0 Comments
Untuk kesenangan peniaga, kini Shopee mempertingkatkan lagi kualiti dan persembahan interface ecommerce mereka. Jika dulu, chatting features di desktop Shopee Seller Center hanyalah sekadar chatting, kini dilengkapi dengan link kepada setiap pembelian dari pelanggan tersebut. 



Anda boleh semak sama ada pelanggan tersebut pernah membeli di kedai anda. Sedang membeli (To Ship) atau membeli tetapi masih belum membuat bayaran (Unpaid). 



Features ini sangat bagus kerana anda tidak perlu lagi tersalah semak status pelanggan. 



Kedua, Shopee memperkenalkan fungsi "Message Shortcut", jika sebelum ini features ini hanya boleh didapati di Shopee Apps sahaja. Bagi saya fungsi ini sangat bagus, sangat berguna kerana kebiasaannya apa yang ditanya oleh pelanggan adalah sama. Dan bagi saya sendiri, setiap kali pelanggan membuat tempahan saya akan chat mereka ayat Terima kasih atas pembelian mereka. Begitu juga ada beberapa produk yang perlukan panduan produk akan saya berikan mesej itu. 



Jika sebelum ini, saya terpaksa berulang antara desktop dan apps. Kini, cukup hanya di desktop view. Tidak perlu bersusah payah rebut handphone dengan anak, atau delay info/panduan kepada setiap pelanggan.

 

Mari kita lihat melalui gambar screenshot di bawah.



Kini button chat di desktop view Shopee Seller Center (icon hijau di bawah) berwarna hijau turqoise dan glowing gitu. Dulu kalernya hijau biasa dan malap. Mungkin menunjukkan perbezaan antara upgrade version of Shopee Chat features.


Bila ada new chatting di kedai anda, anda click pada chat icon dan anda akan dibawa ke ruang Shopee Seller Chat. Tidak seperti dulu, anda chat sahaja di window yang sama.



Ini ialah paparan Shopee Seller Chat. Tambahan baru iaitu Fungsi Pembelian Pelanggan dan Message Shorcut.

Ini adalah contoh jika pelanggan tersebut ada history pembelian dengan anda. Untuk customer ni, status beliau ialah SHIPPING. Bermakna pembelian beliau telah saya proses dan diposkan.

Fungsi Message Shortcut sangat bagus bagi saya. Huhu. Saya memang 100% menggunakan option ini bagi memudahkan interaksi bersama pelanggan. Walaupun robot, anda ubahlah ayat jangan skema sangat kay.



Bonus bagi Message Shortcut ini anda boleh transfer dari Shopee Apps ke Shopee Seller Chat. Begitu mudah dan menyenangkan seller. Gitu. 


Okay, mari kita tengok video yang telah saya siapkan. Saya ajarkan juga cara nak transfer message shortcut tersebut. Selamat menonton dan semoga entri ini bermanfaat buat anda semua.





Anda sudah dapatkan 2 Ebook yang telah saya siapkan buat kalian?

Ebook percuma versi lama, insha Allah saya cuba update secepat mungkin.



Ebook Shopee Free : http://nak.la/ebooksshopeefree




Home Ads