Berkongsi kisah kehidupan sebagai suri dan pada masa sama, berniaga untuk bantu keluarga. Suka sharing berkaitan online marketing dan menjual produk islamik seperti jam azan untuk rumah, jam tangan azan, al quran digital dan macam-macam lagi.

Read More

Selamat Datang Ke Blog Emme Marina

Semoga Dilimpahi Rezeki dan Keberkatan Buat Semua Pembaca
Read More

Servis Facebook Page

Paling saya suka membantu sahabat semua, berjaya dalam bisnes insya Allah. Pasti berjaya
Read More

Al Quran Digital

Pembantu peribadi anda memperbetulkan bacaan, belajar tajwid dan lebih seronok mengaji. Insya Allah
Memaparkan catatan dengan label Stevia dan Kecantikan Kulit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Stevia dan Kecantikan Kulit. Papar semua catatan

5/31/2016

Faktor Kedudukan Jerawat dan Cara Merawatnya

KENAPA JERAWAT DISITU & BAGAIMANA NAK RAWAT?
=====================================

Mengikut kajian perubatan cina, pertumbuhan jerawat di tubuh anda adalah berkaitan dengan perubahan atau keadaan dalaman badan yang tidak seimbang.

Oh, rupanya ada kajian ye! Sekarang ambil cermin dan tengok, jerawat anda dimana? atau selalunya jerawat tumbuh dimana?

Saya akan berikan kemungkinan yang berkaitan dan cara mengatasi masalah itu.

1. Dahi bahagian atas - Toksin terkumpul, masalah penghadaman.
Anda mungkin mengalami masalah penghadaman dan membawa kepada pengumpulak toksin.
Anda perlu detox, ambil lebih banyak makanan kaya antioksidan seperti buah-buahan, sayuran serta green tea.
.
.
2. Dahi bahagian bawah - Masalah pundi kencing atau pengahdaman
Kemunginan disebabkan oleh kurang tidur, stress, pengaliran darah yang tidak elok atau kemurungan
Anda perlu dapatkan tidur yang berkualiti.
.
.
3. Di antara bulu kening - Kesihatan hati
Alahan pada pemakanan atau diet anda tinggi lemak!
Makan banyak buah dan sayur-sayuran. Kurangkan lemak dalam diet anda.
.
.

4. Bawah mata - Buah pinggang
Ia juga tanda debydaration. Banyakkan minum air kosong 8-12 gelas.
.
.
5. Hidung - Kesihatan Jantung
Anda mungkin mengalami stress dan tekanan darah tidak sihat.
Urus stess anda dan monitor tekanan darah anda.
.
.
6. Pipi - Masalah sistem pernafasan / Paru-paru
Jika anda merokok, berhentilah merokok. Atau ada kerap terdedah kepada asap rokok dan bersekitaran penuh pencemaran.
.
.
7.  Dagu bahagian tepi - Perubahah Hormon dan Stress
Ia mungkin berlaku ketika haid.
.
.
8. Dagu bahagian bawah - Masalah Penghadaman
Anda perlu detox dan juga banyakkan pengambilan fiber
Boleh amalkan Herblax (cuci usus) semingguu 3 kali.
.
.
9. Telinga - Buah Pinggang
Anda mungkin mengalami dehyration kemungkinan disebabkan kafien berlebihan atau juga kerap minum air soda atau alkohol.
Cara elakkan : Minum banyak air kosong, kurangkan pengambilan garam harian.
.
.

#infosihat


Dengan pengambilan makanan sihat dan kurang berminyak akan dapat mengurangkan kenaikkan jerawat. Juga keadaan usus yang kurang lawas boleh menyebabkan badan bertoksin.


Kurangkan makanan berasid seperti daging merah, gula biasa, manisan serta makanan berkarbohidrat tinggi.

Pemanis atau gula biasa boleh digantikan dengan gula sihat stevia. Stevia merupakan pemanis semulajadi beralkali dan boleh meneutralkan asid di dalam badan. Selain itu, dengan mengamalkan stevia juga sistem penghadaman kita dapat dilawaskan sekaligus mencuci usus kita dari kerak najis dan lemak akibat toksin.

Hidup pasti lebih sihat dan bersih tanpa jerawat dengan hanya bertukar ke gula stevia.


Read More

3/27/2016

Jerawat Akibat Hormon

Teks: Emme Marina Mohamad

J.E.R.A.W.A.T - JERAWAT

Pernahkah anda diserang jerawat atau memang sudah menghadapi masalah jerawat?

Tersiksa bukan?

Rasa tidak selesa apabila memegang wajah sendiri. Tidak yakin pada diri sendiri apabila ditenung orang lain. Dan sentiasa merasa rendah diri.

Inilah yang terjadi pada diri saya minggu ini dan sejak bersalin anak ketiga. Setiap kali waktu abc datang, pasti akan timbul jerawat kecil yang amat mengganggu diri saya.

Saya sebenarnya sangat jarang timbul jerawat. Jadi walaupun sebutir dua yang timbul ianya dirasakan tidak selesa. Pegang pipi sendiri terasa ketulannya. Dan minggu ini, bukan 2 tau, tetapi lebih dari 5 biji jerawat saya kena.

Huh.

Stress saya dibuatnya.

Mujur ada stevia sebagai mengecut jerawat. Itupun saya baru sahaja sapukan yang stevia pekat di muka hari ini. Selama ini, saya gunakan campuran serum ekstrak mawar dan camporan air stevia. Tetapi muka masih terasa berminyak. Jadi, sebentar tadi terus titiskan stevia. Haraplah jerawat cepat hilang dan parut jerawat itu sekali.


Mesti rasa tidak percayakan macam mana pula stevia boleh kecutkan jerawat sekaligus bantu hapuskan parut jerawat. Mari saya kongsikan testimoni pengguna-pengguna stevia untuk kecantikan wajah mereka.


Jom dapatkan gula stevia
Menggantikan gula pasir

hubungi saya
Emme Marina
0189100852


Read More

3/10/2016

Stevia dan Kecantikan Kulit Wajah



Teks: Emme Marina Mohamad

Baik wanita mahupun lelaki, kita sentiasa menginginkan wajah yang bebas dari sebarang noda. Masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kusam serta kelihatan tua dari usia asal boleh menjatuhkan keyakinan diri seseorang. Kini, terdapat pelbagai produk kecantikan di luar sana yang mampu memberikan kecantikan wajah seperti yang kita idamkan namun tidak semua orang serasi dengan produk-produk ini. Maka, pencarian dan percubaan giat dilakukan untuk mencari produk kecantikan yang paling berkesan buat wajah kita.


Tahukah anda bahawa produk kecantikan luaran ini hanya bersifat sementara? Ini kerana majoriti produk hanyalah menekankan perihal luaran sahaja, walaupun begitu, saya tidak menolak bahawa produk kosmetik yang bagus dapat melindungi kulit wajah dari pelbagai kotoran dan sinaran UV yang kejam pada wajah. Oleh sebab itu, saya mengajak pembaca semua untuk menggunakan juga pendekatan penjagaan kesihatan yang lebih berkesan dan evergreen (sentiasa hidup dan tahan lama).



"Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna,

(Nuh 71:17) |




Berita baik bagi penggemar stevia adalah daun pemanis ini dilengkapi oleh Allah SWT dengan sifat antioksidan dan pelbagai khasiat yang sangat baik untuk kulit. Ekstrak daun stevia ini diperkaya dengan pelbagai bahan berfaedah seperti protein, serat, karbohidrat, fosforus, zat besi, kalsium, kalium, natrium, magnesium, rutin (flavonoid), besi, zink, vitamin C, vitamin A dan klorofil.
Kajian menunjukkan apabila serbuk stevia digaul dengan susu segar dan digunakan sebagai pek muka secara tetap (dua kali seminggu) dapat menegangkan kulit dengan ketara dan mengurangkan kedutan halus muka.

Cara lain adalah dengan melumurkan Stevia pekat sama rata ke atas muka dan biarkan ia kering selama kira-kira 20 minit. Stevia pekat juga terbukti amat berkesan dalam mengurangkan dan menyembuhkan jerawat dan jeragat.

Rosemary Gladster, Master in Herbs sangat menggalakkan penggunaan stevia pekat untuk digunakan sebagai penyembuhan dan menghapuskan jerawat dan bintik hitam pada muka. Menurutnya, kaum Paraguay purba telah menggunakan Stevia sebagai minuman dan amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit yang berkaitan.

Dengan ciri-ciri antimikrobial dan antibakteria, stevia (dalam apa jua bentuk) boleh digunakan untuk mengurangkan tindakbalas radang kulit dan ruam. Stevia pekat juga berkesan apabila digunakan pada seborrhea, dermatitis dan ekzema. Ia juga berkesan digunakan pada luka-luka kecil dan melecet untuk mengurangkan parut.

Justeru dengan pelbagai ciri yang bermanfaat itu, pengguna RCC Stevia pastinya bukan saja dari kalangan penggemar manis, tetapi juga untuk mereka yang sukakan kecantikan kulit.

Kebaikkan Stevia kepada Kulit:

  • Antibakteria
  • Anti oksidan dan melambatkan proses penuaan
  • Menyembuhkan jerawat dan jeragat
  • Membantu mengurangkan keradangan kulit
  • Melembapkan dan melembutkan kulit
  • Mengekalkan keremajaan kulit dan awet muda
  • Menghilangkan parut pada kulit
  • Merawat kulit berminyak dan berjerawat
  • Juga sebagai rawatan kepada semua jenis luka, kurap dan kudis termasuklah demam campak.

Cara Penggunaan Stevia:


  1. Menggantikan sepenuhnya gula pasir kepada stevia
  2. Titik stevia ke dalam semua jenis minuman, masakan dan kuih yang diinginkan
  3. Titik stevia ke atas permukaan kulit atau kawasan bermasalah (jadikan stevia sebagai masker atau serum)
Nota: Jika anda menggunakan produk kecantikan, titikkan stevia dahulu dan biarkan meresap ke dalam kulit sebelum anda oles krim ke muka anda. 


Jika kita menginginkan kecantikan yang lebih tahan lama, maka faktor penjagaan makanan amatlah penting. Ini terbukti apabila ramai wanita cantik di dunia ini memberitahu bahawa rahsia kecantikan mereka ialah mengamalkan pemakanan yang sihat dan organik. 

Mari baca: 

Keburukan Gula kepada Kulit
Kesan Makanan kepada Kulit

Saya berharap agar entri ini membuka mata pembaca semua betapa pentingnya menjaga pemakanan dan menghindari gula. Jika kita sukakan kemanisan, kita tetap boleh nikmatinya dengan stevia =)


Testimoni:










Berminat untuk mencuba dan mendapatkan produk stevia ini?



Harga Bukan Ahli

Sebotol: RM 50
2 botol: RM 100
3 botol: RM 145 SEM/ RM 150 SS 
( Percuma Keahlian)

Harga Ahli

1 set (2 botol): RM 60
**Harga tidak termasuk postage


Berminat untuk mencuba stevia rcc sebagai serum wajah dan supplement kecantikan kalian?


Hubungi saya untuk percuma konsultasi dan untuk tempahan produk stevia


018-9100852



Semoga bertemu lagi di entri yang lain, 
Salam sayang dari saya, Emme Marina Mohamad, 

Jika berminat, 
hubungi saya di talian 0189100852.
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Popular Posts

Blog Archive

Pageviews

BTemplates.com

Blogroll

About

About

Copyright © Diari Seorang Suri & Bisnesmom | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com