Showing posts with label Tazkirah Islam. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah Islam. Show all posts

Penyakit Malas

 


Salah satu channel kegemaran saya di Telegram ialah Channel Dr. Zaharuddin Abd Rahman. Walaupun tak semua saya baca contohnya bab SAHAM atau PRODUK. Tetapi NASIHAT dan TEGURAN dari beliau adalah jenis tak berselindung, telus dan sentap.


Apa yang beliau kongsikan dan nukilkan buat pembaca ialah satu teguran yang membina. Membuka minda dan buat kita mahu lakukan perubahan dan mengelakkan yang buruk. Subhanallah, saya bersyukur dapat ikuti Dr. Zaharuddin setelah sekian lama. Dari website beliau di zaharuddin.net dan kini di channel telegram pula.


Hari ini saya tertarik dengan tajuk beliau. PENYAKIT MALAS


PENYAKIT MALAS


Kerapkan berdoa agar kita tidak malas. Malas adalah satu penyakIt yang tercela dalam Islam dan juga di alam dunia profesionalisma. Ia menjadi punca mundur, ketinggalan di dunia, malah juga boleh menjadi mundur pencapaian di akhirat AKIBAT malas beramal.


Ia juga boleh menjadi punca mudah ditipu.
1. Malas nak mengkaji tempat pelaburan terbaik, akhirnya serah duit pada orang lain untuk laburkan tanpa buat semakan teliti kelayakan, lesen etc kerana malas, akhirnya ditipu.  


2. Malas nak belajar, dan asyik harapkan orang lain tolong buatkan, akhirnya kena buang kerja kerana skill kurang & ketinggalan.


3. Yang terbaru, nak tukar ke simpanan Shariah KWSP pun malas, padahal itu untuk kebaikan dirinya di akhirat sendiri, lalu mendesak orang lain tolong tukarkan sama ada secara automatik etc.. semua itu tanda kemalasan yang tercela serta kurang rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri.


4. Malas nak buat kerja berat dan rumit, beri alasan pelbagai. Akhirnya ketinggalan dalam meningkatkan kualiti diri dan itu menjadikannya kurang penting dalam organisasi.
Mungkin juga mudah ingin meyalahkan orang lain jika apa-apa yang kurang baik berlaku. 


Doa ini juga ada diukir dalam Al-Ma’thurat yang boleh dibaca pada setiap pagi dan petang:




اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَرَمِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبُخْل


Maksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari rasa malas dan aku berlindung kepadaMu dari sikap pengecut, dan aku berlindung kepadamu dari sikap penakut dan kedekut dan lingkungan hutang.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 6371)



Ada yang nak membaca sampai habis pun malas, hanya baca tajuk dan terus membuat kesimpulan. 


Dr. Zaharuddin Abd Rahman


nombor 3, saya sudah pakai islamik untuk saving dan current tetapi teringat pula kwsp saya yang sudah lama tak berusik tu masih belum bertukar kepada islamik. Haruslah segera menyelesaikan urusan tertangguh ni. ikutkan ada 2 akaun dah kan saving, konven 1, islamik 1. kene tutup atau tidak ya conven tersebut? huhu. siapa nak jawabkan?


sahabat bagaimana?

3 Jenis Kaki Sembang Yang Dibenci Rasulullah SAW

 3 Jenis Kaki Sembang Yang Rasulullah SAW Paling Benci

.

1. "Thartharun", iaitu golongan yang sembang kencang atau cakap berjela-jela yang tidak berfaedah. Mereka ini biasanya suka mencelah percakapan orang lain dan gemar menguasai perbualan tanpa memberi ruang kepada orang lain bercakap.

.

2. "Mutasyaddiqun", iaitu golongan yang suka bercakap dengan gaya yang merendahkan atau meremehkan orang lain.

.

3. "Mutafayhiqun", iaitu golongan yang bila bercakap, suka cerita tentang dirinya sahaja untuk tonjolkan dirinya lebih dari orang lain.

.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

.

أَبغَضَكُمْ إِليَّ وَأبْعَدَكُمْ مِني مَجْلساً يَومَ القِيامةِ: الثَّرْثَارونَ، والـمُتَشَدِّقُونَ، وَالـمُتَفَيْهِقُون

.

“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya daripadaku pada hari Kiamat ialah orang yang paling lebat sembangnya, orang yang suka memperolok orang lain dan orang yang sombong bicaranya.” [riwayat al-Tirmidzi].

.

Kredit : Dr. Kamilin Jamilin


Semoga kita dijauhkan dari menjadi 3 jenis manusia yang dibenci oleh Rasulullah saw.


Lebih baik diam daripada bercakap, adakalanya menahan pertuturan itu adalah jauh lebih baik daripada merasakan bahawa bercakap lantang atau jujur itu terbaik.


Apakah definisi terbaik dalam pertuturan harian kita?


Jika tidak mampu menuturkan kata-kata yang baik terhadap insan lain, lebih baik diamkan diri sahaja. Bercakap jika perlu. Berfikir sebelum berkata-kata.



Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam Baginda bersabda, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik ataupun diam.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya dia mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan suatu perkataan yang tidak dia fikir, sehingga dengannya dia terjerumus ke dalam Neraka yang jaraknya lebih jauh daripada timur dan barat.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Wallahualam.


Selamat beramal sahabat. 

Nasihat Untuk Wanita Bergelar Isteri


PERINGATAN UNTUK WANITA BERGELAR ISTERI


👉 Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak). 


 👉Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya, maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun). 


👉Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. 


👉Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.” 


👉Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli). 


👉Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka. 


 👉Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya. 


🌹“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.” 


 🌹“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.” 

   

Wajib bagi wanita: 

a. Mengekalkan malu pada suaminya. 

b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan. 

c. Mengikut kata-kata dan suruhannya. 

d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata. 

e. Berdiri menyambut kedatangannya.

f. Berdiri menghantar pemergiannya. 

g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur. h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya. 

i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya. 

j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya. 

k. Tiada khianat ketika tiada suaminya. 

l. Memuliakan keluarga suaminya. 

m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga. 

n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

 

8 Jenis Rezeki yang Allah Janjikan buat Hamba Nya

Assalamualaikum semua,  sahaja saya berkongsi kerana Allah taala. 

Janji Allah adalah pasti.  Setiap manusia telah dikurniakan rezeki mengikut bahagian masing-masing tanpa kita sedari. Rezeki bukan sahaja matawang semata-mata atau harta benda yang mewah. Tetapi paling penting setiap kurniaan kebahagiaan,  kesenangan dan kemudahan setiap urusan dan hari kita itu memperoleh keberkatan.

"Nikmat manakah yang kamu dustakan? "

Ayat ini disebut berulang-ulang dalam surah Ar-Rahman.

Janganlah kita bersedih dan mengeluh kesah akan kesusahan yang menimpa diri kita. Lebih baik kita muhasabah diri dari menyalahkan diri sendiri atau orang lain,  ini kerana tidak pernah ada kebaikkan dalam perbuatan menyalahkan orang lain akan sesuatu yang menimpa diri kita.
Mari saya kongsikan 8 jenis rezeki yang Allah berikan kepada kita dari saat kita dilahirkan.

LAPAN JENIS REZEKI

1. Rezeki Yang Telah Dijamin.

_"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya"_
(Q.S.11:6)

2. Rezeki Kerana Usaha.

_"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya"_ (Q.S.53:39)

3. Rezeki Kerana Bersyukur.

_"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu"_ (Q.S.14:7)

4. Rezeki Tak Terduga.

_"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya"_
(QS. At Thalaq :2)

5. Rezeki Kerana Istighfar.

_"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta”_ (QS. 71 : 10-11)

6. Rezeki Kerana Menikah.

_"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kemapanan kepada mereka dengan karunia-Nya.”_(QS. an-Nur : 32)

7. Rezeki Kerana Anak.

_"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”_(QS. al-Isra 31)

8. Rezeki Kerana Sedekah.

_"Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak"_ (QS. Al Baqarah 245)


Sunnah-Sunnah Hari Jumaat

Dr Rozaimi Ramle's Channel:
Sunnah-sunnah Hari Jumaat.

1⃣ Berselawat kepada Nabi.

Rasulullâh SAW bersabda :
" Perbanyaklah selawat kepadaku di hari Jumaat dan malam Jumaat. Barangsiapa membaca selawat untukku satu kali, maka Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali."
📒Hassan, lihat : As-Sahihah Mukhtasarah (lll/397, Asy-Syamilah.

2⃣ Mandi Jumaat dengan tatacara mandi Jinabat.

Waktunya boleh dilakukan setelah Subuh hingga adzan Jumaat.

▶ Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda :
"Mandi hari Jumaat adalah wajib atas setiap muslim yang sudah baligh"
(Hadis riwayat Bukhari) (lafaz wajib menguatkan pendapat yg mewajibkan mandi Jumaat)

▶ Dari Samurah bin Jundab, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
"Barangsiapa hanya berwudhu' di hari Jumaat, maka soleh dan baik, dan barangsiapa mandi, maka mandi itu lebih utama."
📒Sahih: Lihat: Sahih wa Dhaif Sunaan Tirmizi (l/497,asy-Syamilah.)

3⃣ Memperbanyakkan Zikir dan Doa.

Kerana pada hari Jumaat, terdapat saat-saat mustajab doa sepertimana yang diisyaratkan Rasulullah bahawa pada saat itu, ia tidak ditolak.

▶ Asy-Syaukani berkata, "Nas-nas telah datang secara mutawatir bahawa pada hari Jumaat terdapat satu saat di mana tidaklah seorang hamba meminta sesuatu kepada Rabb-nya kecuali akan diberikan kepadanya".

▶ Terdapat lebih dari 40 pendapat, tetapi Asy-Syaukani telah menghitungnya, dan dinukil dari al-Muhibb At-Thabari, bahawa ia berkata.
"Paling Sahih di antara hadis-hadis yg menerangkan tentang hal ini adalah hadits Abu Musa bahawa ia mendengar Rasulullah bersabda :
"Saat itu terjadi antara duduknya Imam (ketika khutbah Jumaat) hingga solat (Jumaat) ditunaikan"
📒Hadits riwayat Muslim.

▶ Selepas waktu Asar sebelum Maghrib berdasarkan hadis Nabi :

يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر

Erti : Hari Jumaat ada 12 bahagian masa yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul), maka CARILAH IA di HUJUNG WAKTU SELEPAS ASAR"
📒Hadis riwayat Abu Daud- hadis Sahih.

❗❗Yakinlah akan dimaqbul doa sewaktu berdoa dan muhasabah diri akan hal yang boleh menggugat kemaqbulan doa seperti harta haram dan dosa-dosa yang belum bertaubat dan istighfar.

Wallahua'lam.

Page Ustaz Dr Rozaimi - Hadith


Semoga sharing ini bermanfaat. Jangan tidak diamalkan ya pembaca semua


Bacaan Sujud Sahwi Dan Tertib Melakukannya

Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan ketika kita meninggalkan atau lupa melaksanakan salah satu sunnah ab'adush-sholat, seperti lupa membaca doa qunut sholat subuh.

Dalam prakteknya, sujud sahwi dilakukan setelah tahiyyat akhir sebelum salam. Jadi, setelah membaca tahiyyat akhir dilanjutkan sujud (sujud sahwi) seraya membaca takbir ketika turun sujud. Adapun bacaan sujud sahwi adalah sebagai berikut :
سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَيَسْهُوْ

SUBHAANA MAL-LAA YANAAMU WALAA YASHUU

Dibaca 3 kali. Kemudian bangun dari sujud, dan duduk diantara dua sujud seperti sujud biasanya, kemudian sujud lagi dengan membaca bacaan yang sama seperti bacaan sujud sahwi diatas, kemudian bangun dari sujud, duduk dan salam.


3 Doa Wajib Diamalkan Semasa Sujud

Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz - semoga Allah merahmatinya - berkata : Merupakan 3 doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud.

1. Mintalah diwafatkan dalam keadaan khusnul khotimah

١. اللهم إني أسألك حسن الخاتمة
Allahumma inni as'aluka husnal khotimah
Artinya : " Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah "

2. Mintalah agar kita diberikan kesempatan Taubat sebelum wafat

٢. اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت
Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut
Artinya: " Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat "

3. Mintalah agar hati kita ditetapkan di atas Agamanya.


٣. اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi 'ala diinika
Artinya: " Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU "

Kemudian saya sampaikan,
jika kau sebarkan perkataan ini, dan kau berniat baik denganya, maka semoga menjadikan mudah urusan urusanmu di dunia dan akhirat.

Lakukanlah kebaikan walau sekecil apapun itu, karena tidaklah kau ketahui amal kebaikan apakah yang dapat menghantarkanmu ke Surga Allah.

republikasi by owner kumpulankonsultasi.com