Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts

Tuesday, August 22, 2017

Tips Segarkan Badan

August 22, 2017 2 Comments

==========
TIPS SEGARKAN BADAN
==========

Bangun pagi setiqp untuk memulakan kembali rutin harian yang sibuk bukan mudah pada anda jika anda;

✔️Mengalami lenguh-lenguh badan selepas bangun pagi
✔️Rasa penat dan lesu kerana tidur tidak berkualiti
✔️Rasa tidak bersemangat

Cara paling mudah dan cepat untuk mengembalikan rasa segar dan bersemangat untuk meneruskan hari amda adalah dengan mandian herba. .

Tahukah anda apa itu manfaat mandian herba?

Dah tahu ni, pasti hari-hari seronok nak amalkan tahu.

Apa itu mandian herba?

Salah satu komponen amalan berpantang tradisional Melayu ialah mandian herba, iaitu mandian air rebusan herba, akar-akar kayu dan rempah.

"RAHSIA KECERGASAN WANITA DAHULU TELAH TERBONGKAR"

Kini tidak lagi menjadi rahsia apabila kami membawanya ke pintu rumah anda

Secara tradisinya, mandian herba dipercayai dapat membantu wanita-wanita:

🌿Mengembalikan tenaga
🌿Membuang angin dalam badan
🌿Menghapuskan bau
   daripada lokia (darah  
   nifas) dan rembesan lain;
🌿Merawat urat-urat yang 
   sengal
🌿 Mengatasi masalah MEROYAN ( tekanan perasaan) semasa dalam pantang
🌿 Mengeluarkan ketulan-ketulan darah nifas
🌿Tidur yg lebih lena
🌿Menghilangkan stress
🌿Menyegarkan dan mewangikan badan

Kandungan herba-herba tempatan seperti daun capa, meringan, serai wangi, sirih, balik angin, lemuni dan garam bukit. .

Kalau nak cari sendiri daun-daun ni balik rebus memang tak lah kan. . Ada Terapi Spa ni senang, rebus dan terus mandi. .

Macam tak percaya! Hanya terapi dengan ramuan herba badan rasa segar sangat. . Melegakan lenguh-lenguh urat saraf. . Memberi aura tenaga yang berpanjangan. . Tidur pun nyenyak. .


Mandian Terapi Spa hanyalah RM 19 sebunjut. Murah bukan? Anda boleh pakai sehingga 4 ke 6 kali penggunaan.

Kos pos pula RM 8 bagi Semenanjung dan RM 12 bagi Sabah dan Sarawak.

Wanita berpantang, sudah lama bersalin mahupun bujang amat disarankan mencuba mandian herba ini.

Mahu mencuba?
Whatsapp 0189100852


Tuesday, August 15, 2017

Punca dan Rawatan Haid Tidak Teratur

August 15, 2017 0 Comments

HAID TIDAK TERATUR

Kitaran haid wanita tidak selalunya berjalan dengan lancar. Sesetengahnya mempunyai tempoh yang tepat mengikut jadual setiap 28 hari, sesetengah wanita lagi haid mereka agak sukar diramal.

Sekurang-kurangnya 30 peratus wanita mengalami haid yang tidak teratur semasa usia reproduktif. Walaupun kebanyakan kitaran yang tidak teratur biasanya tidak mendatangkan masalah, tetapi ia kadang-kadang memberikan isyarat yang anda mungkin menghadapi masalah kesihatan.

Apakah yang dimaksudkan dengan haid tidak teratur ?

Satu kitaran haid yang normal berkitar di antara 21- 35 hari. Aliran haid dianggap tidak teratur jika ia berlaku lebih cepat dari 21 hari atau lebih lama dari 35 hari. Sekiranya terlewat berbulan bulan atau haid berlaku 2 kali sebulan ia dianggap tidak teratur.

Untuk menentukan sama ada haid anda teratur atau tidak, kira dari hari pertama haid anda sehingga hari pertama haid yang seterusnya. Ulang pengiraan ini untuk tiga bulan. Jika tarikh haid anda sangat berbeza dan tidak jatuh dalam lingkungan 21-35 hari, anda mengalami haid tidak teratur.

Punca Haid tidak teratur

Dalam banyak kes, haid yang tidak teratur adalah berkaitan dengan keadaan yang dipanggil anovulation atau tidak bertelur dan ia selalunya berkait dengan ketidakseimbangan hormon.

Haid tidak teratur di kalangan gadis belasan tahun sangat kerap terjadi. Selalunya disebabkan tahap hormon yang tidak stabil. Biasanya ia akan beransur pulih secara semulajadi walaupun mungkin memakan masa bertahun-tahun.

Haid juga boleh menjadi sangat tidak teratur di lewat usia reproduktif anda. Ramai wanita sedar bahawa mereka menghampiri menopos apabila haid mereka menjadi tidak seimbang. Apabila haid tidak datang selama 12 bulan berturut, anda dikatakan sudah menopos.

Hamil dan keguguran pula kerap menjadi penyebab kepada haid yang tidak teratur terutama sekiranya anda dalam lingkungan usia 20-40an. Pastikan dahulu anda tidak hamil dengan menjalani ujian kehamilan sebelum bergegas ke klinik doktor anda.

Faktor-Faktor lain

SENAMAN ATAU BERDIET KETERLALUAN

Terlalu banyak bersenam boleh menyebabkan haid menjadi tidak teratur atau ia berhenti terus. Ini kerap berlaku pada ahli sukan yang berbadan kurus dan tidak berlemak. Kehilangan berat badan yang keterlaluan dari diet yang melampau boleh memberi kesan yang sama.

TEKANAN

Tekanan perasaan yang kronik atau kebimbangan luar biasa tentang masalah tertentu boleh menyebabkan hormon anda tidak stabil seterusnya kitaran haid yang tidak teratur.

TEKANAN FIZIKAL

Sekiranya anda baru pulih dari penyakit yang berat atau mengalami pembedahan, kitaran haid anda mungkin terjejas tetapi ia tidak memakan masa yang lama.

KAEDAH MERANCANG KELUARGA BERHORMON

Seperti Pil Perancang, Implanon atau Depo-provera boleh membuat tempoh haid anda menjadi singkat, berlaku sekali sekala atau tiada langsung untuk berbulan-bulan lamanya. Intrauterine Contraceptive Device (IUD) atau alat dalam rahim juga boleh menyebabkan haid tidak teratur.

POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME (PCOS)

Sindrom ovari Polisistik iaitu satu masalah perubatan yang menyebabkan sista kecil pada ovari dan mengganggu ovulasi anda. Wanita dengan PCOS biasanya mempunyai sejarah haid yang tidak teratur selama bertahun-tahun. Selain dari sukar hamil disebabkan tidak bertelur, PCOS boleh meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan jantung.

MASALAH KETUMBUHAN DALAM RAHIM

Fibroid rahim, polip dan endometriosis kerap dikaitkan dengan haid tidak teratur.

MASALAH PERUBATAN

Gangguan tiroid boleh menyebabkan haid yang tidak teratur jika tahap darah hormon tiroid terlalu rendah atau terlalu tinggi. Keadaan kesihatan lain yang boleh menyebabkan kitaran yang tidak teratur termasuk penyakit buah pinggang, penyakit kencing manis dan masalah prolaktinemia.

MENYUSU BADAN

Mereka yang menyusukan badan kerap mengalami haid yang tidak teratur tetapi haid anda akan pulih dengan sendiri sekiranya anda berhenti menyusu.

Jumpa Doktor Anda

Haid tidak teratur boleh menjadi petunjuk pertama bahawa anda mungkin mengalami masalah perubatan. Sekiranya anda mempunyai berat berlebihan dan haid yang tidak teratur bertahun-tahun lamanya anda mungkin mengalami PCOS. Kajian mendapati 10 peratus daripada wanita dalam usia reproduktif mengalami PCOS.

Anda juga perlu disaring untuk mengesan gangguan tiroid, prolaktin dan penyakit lain yang boleh dikaitkan dengan haid yang tidak teratur.

Kitaran haid yang tidak teratur juga boleh menyebabkan anda sukar hamil kerana anda tidak bertelur (ovulasi)  secara semula jadi. Ujian ultrasound dan darah boleh memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah ini.

Rawatan Haid tidak teratur

Rawatan bergantung kepada punca kenapa haid anda tidak teratur. Jadi amat penting untuk anda berjumpa dengan doktor agar rawatan yang tepat dapat diberikan.

Sumber Rujukan :
Dr Raja Juhaidah R Abdullah
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi dari Hospital Columbia Asia Puchong


Bagi pelanggan yang menghadapi masalah haid tidak teratur antara cadangan kami ialah mencuba Miss E dari DMS360 dan mengamalkan mandian herba sama ada bersama air rebusan ataupun bersauna.

Disarankan pengambilan Miss E 2 biji


Sunday, January 17, 2016

Tips Sarapan Pagi Yang Sihat Untuk Anda

January 17, 2016 0 Comments

Assalamualaikum..

kalian sarapan apa ya setiap hari?

Sarapan atau tidak? Tahukah kalian jika mahu kuruskan badan kena ambil sarapan tahu. Bukannya diet hingga tidak makan.

Saya mahu kongsikan tips sarapan mengikut Dr. Zubaidi kita.

Katanya, air minuman bagi sarapan yang baik ialah dengan menggunakan pengganti gula stevia.

Suka bila baca. Kerana untuk sihat, pengambilan gula pasir adalah patut dielakkan. Ini kerana, gula pasir langsung tiada zat, menggemukkan dan mendatangkan pelbagai jenis penyakit.

Saya pasti kalian tidak mahu sakit bukan?

Marilah kita sama-sama nikmati kesihatan dan kemanisan tanpa memudaratkan kesihatan.


Hubungi saya untuk menempah gula stevia anda hari ini.




Home Ads