Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Tarik Customer Shopee Melalui Shop Decoration Marketing

Shop decoration yang disediakan oleh Shopee bagi semua seller adalah percuma. Ada 8 template yang boleh anda pilih dan paling penting ianya tidak sukar untuk anda gubah. Apa yang perlu anda buat ialah ikut sahaja template, dan masukkan gambar produk atau kekuatan marketing kedai anda.



Tanpa buang masa, mari kita lihat bagaimana anda boleh tukar kedai Shopee anda menggunakan Shop Decoration.



Paparan website apabila anda membuka Shop Decoration. Tekan Edit Decoration untuk memulakan transformasi kedai anda



Ini adalah paparan kedai Shopee saya sebelum ini. Jadi misi kita kali ini ialah untuk menukar layout dan template kedai di Shopee. Jika anda baru pertama kali menggunakan tak mengapa. Mari kita lihat satu per satu.



Terdapat 8 pilihan template untuk anda cuba. Anda boleh lihat satu per satu secara percuma dan tidak perlu save lagi. Lihat yang mana satu sesuai untuk anda gunakan di kedai Shopee anda ya. Pilihan template ada di sebelah kiri anda.



Anda boleh lihat di sebelah kiri atas ditulis COMPONENT. Component inilah yang akan membantu anda mendekorasi susunan/content kedai anda. Ada beberapa component yang perlu anda tahu iaitu:- Visuals (image/video), Product, Category, Promotions dan General (Description)




Ada beberapa component yang perlu anda tahu iaitu:- Visuals (image/video), Product, Category, Promotions dan General (Description)



Baiklah. Mari kita go through satu per satu component yang ada:-


Visuals ialah gambar atau video yang anda display di kedai anda bagi tujuan marketing. Info produk, best seller, latest promotion atau apa sahaja yang anda ingin tonjolkan kepada customer-customer anda.


Pilih mana satu visual component yang anda nak gunakan. Anda boleh guna dan letakkan semaksima yang telah ditetapkan. Contoh anda lihat Single Image 2/10 bermaksud dua image telah saya gunakan pada Shop Decoration, 10 bermakna ada 10 gambar yang boleh saya letak pada paparan Shop. Layoutnya anda boleh susun di mana sahaja yang anda suka




Product Component ialah display produk anda. Ada beberapa pilihan, iaitu Product highlight, Product by Category dan lain-lain lagi. Dalam contoh, saya memilih product category untuk memudahkan customer melihat pilihan product yang ada. Category bagi saya penting untuk kita mencari produk berdasarkan pengkelasan yang sama. Dan saya prefer memilih Manual Display Mode berbanding Smart. Jadi saya dapat display kategori yang saya dah setkan untuk customer.



Category :- Ada 2 pilihan sahaja, sama ada anda display kategori produk secara bertulis atau secara bergambar. Anda boleh pilih salah satu atau keduanya sekali



Apakah promosi yang sedang berlangsung pada kedai anda? Discount Promotion? Bundle deal atau Add On Deal? Ketiga-tiga pilihan promosi ini anda boleh display pada paparan Shop untuk memaklumkan customer apakah promosi hebat di kedai anda. Ha best kan?



Shop Description ialah informasi mengenai kedai anda yang anda sudah setup di SHOP PROFILE. Anda perlu setkan dahulu barulah anda dapat display di Shop anda menggunakan Shop Decoration. Click component General untuk display informasi ini.



Last but not least, letakkan bisnes kad anda selain shop profile. Saya guna gunakan image kerana adakalanya tak semua customer akan menekan more untuk membaca shop description. Anda boleh letakkan sebarang info berkaitan kedai anda di image tersebut.




SIAP! Mudah bukan? Bila dah siap mendeko kedai anda, tekan save dan PUBLISH. Anda juga boleh deko yang sama pada paparan jenis dekstop. Apa yang perlu anda buat ialah Apply Decoration to PC Shop Homepage. 


Klik pada Apply Decoration to PC Shop Homepage. 



Preview pada Shop Homepage versi dekstop



Siap publish!



Alhamdulillah. Siap sudah tutorial Shopee Shop Decoration! Bagaimana? Dah nak mula mendeko? Jika anda tiada idea boleh je jalan-jalan tengok kedai-kedai PS/PS+ atau Shopee Mall. Deko kedai mereka memang terbaik. 


Nak tengok deko kedai saya? baik.. jom click sini je, nak terus shopping pun boleh. 

3 Cara Anda Boleh Upload Produk di Lazada

Hai semua,


Video tutorial upload produk di Lazada dah pun siap beberapa hari lepas, saya sudahpun update di Youtube saya. Seperti biasa, youtube update dulu, entri blog kemudian huhu. 


Saya sharekan sekali cara mudah anda nak upload produk anda di lazada. 


Nak kata susah tu takla susah sangat nak upload produk, tetapi yang paling mudah ialah menggunakan desktop view di Lazada Seller Center. 


Ada 2 Cara Anda Boleh Gunakan:-

1. Lorikeet
2. Manual Description


Jika anda nakkan posting yang lebih menarik dan professional, Lazada mencadangkan penggunakan template Lorikeet. Saya sendiri gunakan Lorikeet sepenuhnya. Jangan risau senang aje pakai Lorikeet ni. 


Perkara kedua anda perlu tahu ialah, tidak semua produk di Lazada mempunyai option VARIASI. Apa itu variasi? 


Variasi = Pilihan


Tak seperti di Shopee anda boleh cipta apa jua pilihan/variasi untuk customer anda. Variasi kaler, saiz, apa2 jualah.. boleh aje di Shopee kan? Tetapi tidak di Lazada. Di lazada, jika tiada pilihan variasi anda harus create satu persatu order anda mengikut pilhan yang anda inginkan.


Di dalam video tutorial ni, saya tunjukkan produk yang tidak mempunyai pilihan. Tak boleh nak create pun. Jadi kalau saya ada 6 kaler. Maka saya harus upload 6 produk di Lazada. Produk yang sama namun berbeza warna. Faham eh? Tapi jangan risau, once anda dah create 1 upload utama, anda boleh copy sahaja template dan listing tu. Jimat masa nak upload dan isi satu per satu info. 



Ready?


Boleh lah tengok video tutorial bagaimana nak upload produk anda di Lazada.



Tak faham boleh drop komen di sini atau di youtube ya.




Cara Mudah Buka Banyak Link Sekaligus Tanpa Klik Satu per Satu

Sejak sertai aktiviti swaping, terlalu banyak link yang perlu saya buka. Jika sekadar 10-20 link sehari, masih gigih lagi kita nak tekan satu demi satu. Tetapi bagaimana jika saya perlu buka link sebanyak 50 hingga 200 link sehari?



Banyakkan tu?



Jadi ada satu website ni anda boleh buka sebanyak mana pun link yang anda mahukan. Awas! Maklumkan dah buka tab banyak-banyak sudah tentu lah hang encik Chrome dan laptop anda. HUHU



Oleh itu pakailah secara berhemah.



Bila saya join aktiviti swaping, biasanya admin akan buat list by part, jika ada 100 link sekalipun tidaklah kita kena buka kesemua 100 link tu sekaligus. 



100 link mungkin diasingkan kepada 5 part.



5 part ada 20 link. Cukuplah 5 kali anda copy dan pastekan ke website URL tersebut. Kerja pun jadi lebih senang dan cepat. Tak menyebabkan laptop hang atau freeze.



Link website ini: https://www.10bestseo.com/url-opener/



cara bukak link website banyak-banyak sekaligus
Paparan website URL OPENER. Nampakkan kotak kosong tu, anda paste kan link-link yang anda nak buka



cara bukak link website banyak-banyak sekaligus
Contohlah, ini saya sedang buat aktiviti swap Shopee. Aktiviti ni sama je macam di Facebook/ Instagram even Carousel pun main swap Like ni. Copy sahaja kesemua text tersebut.


cara bukak link website banyak-banyak sekaligus
Kemudian, anda paste info link ke dalam kotak URL OPENER ni.





cara bukak link website banyak-banyak sekaligus
Akan keluar list url yang anda boleh terus tekan. Tekan OPEN ALL untuk buka kesemua link tersebut.

cara bukak link website banyak-banyak sekaligus
Loading lama aiih, nak sentuh pun tak dapat. Bergerak aje

cara bukak link website banyak-banyak sekaligus
Tada, dah siap loading maka tiada lah masalah hang lagi. Dah siap je loading anda boleh mula bermain laptop semula. Yang penting produk tu available for YOU



Senang sahaja bukan?



Dah tiada lagi alasan untuk bermalasan. Jom follow blog untuk dapat lebih banyak faedah



Tutorial Langkah Demi Langkah Bina Facebook Fanpage

Bismillah..

Atas permintaan rakan niaga rcc stevia, inshaa Allah saya cuba sehabis baik menerangkan bagaimana kalian boleh buat sendiri facebook fanpage kalian ya.


Okay, sebelum kita bermula. Mungkin ada beberapa persoalan mengenai facebook fanpage dan apakah kepentingan facebook fanpage ini kepada peniaga khususnya.


Apa itu facebook fanpage?


Fanpage ialah salah satu applikasi facebook yang diciptakan khas untuk perniagaan, branding diri, kemasyarakatan atau apa sahaja yang membolehkan orang lain mempunyai akses untuk mendapatkan info bagi sesuatu produk atau perkara atau mengikuti sebarang aktiviti syarikat, idol dan termasuklah diri anda.

Ya, anda boleh bina satu facebook fanpage tentang diri anda selain memiliki akaun peribadi atas nama anda. Maka lebih ramai dapat lihat perkembangan aktiviti anda dan mengikutinya.

Manakala, bagi peniaga pula ianya merupakan satu medium kedai facebook yang wajib anda miliki sekiranya anda ingin memaksimakan peluang perniagaan anda di facebook. Di sini anda boleh membuat iklan berbayar, serta shopping cart di mana pelanggan boleh terus membeli produk anda di akaun facebook fanpage.

Mudah bukan?


Apa yang diperlukan untuk membuat facebook fanpage?

Jadi, kalian sudah memiliki akaun facebook? Jika sudah, maka kalian sudah tidak perlu untuk mendaftar akaun baru untuk memiliki akaun facebook fanpage, namun jika belum maka anda perlu mendaftarkan diri ya.


Jelas?

Saya mulakan sesi tutorial membuat akaun fanpage khas buat kalian semua, semoga entri ini dapat membantu kalian ya. Inshaa Allah. Tidak faham boleh komen.. :)


Anda boleh cipta fanpage ini melalui desktop dan handphone tetapi untuk lebih fungsi saya cadangkan penggunaan melalui desktop iaitu komputer/ laptop. Kenapa? Lihat gambar ya. Jom.


Tutorial Langkah demi Langkah Bina Facebook Fanpage

Melalui desktop


Buka ke akaun facebook peribadi anda

Klik pada "Create page"

Pilih "Local business", pilihan ini terpulang pada kalian untuk tujuan apa ya. Untuk peniaga, anda pilih "Local business"


Isikan maklumat seperti di atas 

Info di atas kalian boleh isikan semasa proses pembinaan fanpage atau kemudian tetapi saya cadangkan terus isikan mengikut kriteria bisnes jualan kalian

Contoh maklumat yang saya buatkan

Letakkan gambar produk jualan

Contoh

Maksud laman ini ialah pilihan untuk anda letakkan fanpage anda di tepi facebook profile jadi anda boleh terus akses fanpage tersebut dengan mudah. Klik sahaja ya.



Okay. Ini adalah antara sebabnya mengapa untuk bina fanpage saya lebih gemar gunakan medium dekstop. Anda diberikan lebih pilihan untuk menyiapkan fanpage anda dengan lebih spesifik. 


Di laman ini anda boleh spesifikkan siapa pelanggan anda setelah anda mengenal pasti potensi pelanggan anda.


Jika anda melakukan servis cash on delivery (COD) maka anda boleh memilih potensi pelanggan di dalam daerah atau kawasan berhampiran.


Pilihan umur pula patut dikecilkan lagi, sebagai contoh mudah jika anda menjual produk barangan bayi maka pilihan 18 tahun adalah kurang sesuai. Hanya mereka yang sudah berkahwin sahaja yang lebih cenderung menjadi pelanggan kalian. Setuju?  

 Siap!

Melalui handphone/ applikasi facebook apps (android)


Pergi kepada ruang profile facebook anda. Cari "Create Page"


Langkah ini sama seperti langkah di atas. Anda isikan sahaja maklumat yang diperlukan bagi kedai jualan anda




Siap!

Hehe. Pembinaan facebook fanpage menggunakan facebook apps adalah lebih ringkas namun anda kehilangan beberapa isi penting yang anda boleh pilih contohnya pemilihan audiense atau potensi pelanggan kalian. Walapun sebenarnya apabila anda buka fanpage anda di dekstop anda boleh juga isikan kemudian, tetapi persoalannya bagaimana jika anda sendiri kurang tahu tentang kewujudan perkara tersebut?

jadinya sampai bila-bila pon mungkin tak terisikan?

Alhamdulillah.. selesai satu bab dalam chapter "Tips Mula Berniaga Online"
.

in shaa Allah akan menyusul lagi selepas ini lebih banyak tutorial yang menarik dan applikasi bisnes yang boleh anda miliki. 

Teruskan bersama saya ya.


Semoga tutorial ini dapat membantu kalian semua.

Sampai ketemu lagi.







Admin
Emme Marina
0189100852