Berkongsi kisah kehidupan sebagai suri dan pada masa sama, berniaga untuk bantu keluarga. Suka sharing berkaitan online marketing dan menjual produk islamik seperti jam azan untuk rumah, jam tangan azan, al quran digital dan macam-macam lagi.

Read More

Selamat Datang Ke Blog Emme Marina

Semoga Dilimpahi Rezeki dan Keberkatan Buat Semua Pembaca
Read More

Servis Facebook Page

Paling saya suka membantu sahabat semua, berjaya dalam bisnes insya Allah. Pasti berjaya
Read More

Al Quran Digital

Pembantu peribadi anda memperbetulkan bacaan, belajar tajwid dan lebih seronok mengaji. Insya Allah
Memaparkan catatan dengan label Tutorial Setting Jam Tangan Azan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tutorial Setting Jam Tangan Azan. Papar semua catatan

9/12/2022

Cara Set Jam Tangan Azan Kiblat dari Buruj Watches Al-Harameen

Bismillah. Mari kita belajar cara set jam tangan azan dan arah kiblat khususnya dari Brand Buruj Watches & Al-Harameen. Kepada semua pelanggan kak Emme, insya Allah saya cuba permudahkan urusan kalian semua dengan tutorial video dan penerangan sekali ya.


Tidak kiralah anda order dari Shopee, Lazada, Whatsapp atau di kedai Muslimstore. Saya ucapkan jutaan terima kasih dan tahniah di atas tempahan anda semua =)


Usahakanlah awali solat kita semua sebagai hamba-Nya dan didiklah anak-anak solat dan bimbinglah mereka juga seperti kita untuk segerakan bersolat apabila masuk waktunya. Insya Allah.. Segala urusan kita di dunia di jaga oleh Allah swt. Salah satu kewajipan kita terhadap Allah SWT adalah dengan menunaikan solat pada awal waktu.


Hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi mengenai amalan paling utama ialah solat diawal waktu. Nabi SAW pernah ditanya, “Amalan apakah yang paling utama?” Baginda menjawab: “Solat pada awal waktu.” (Hadis Riwayat Tirmidzi No: 155)

Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

==================
Fungsi Menu:-

  • Paparan Masa Waktu Solat Akan Datang – contohnya To Duhr : 2 hours 1 minute
  • 5 Waktu Solat dan Syuruk – Di sinilah anda akan settingkan berapa BEEP bila masuknya waktu solat, maksima 59-60 beep
  • Arah Kiblat
  • Set Masa & Tarikh
  • Set Second (Saat)
  • City Select (Pilihan Bandar)
  • Language (Bahasa : English/Arab atau Melayu – Buruj Sport sahaja)
  • Kalendar Display(Hijri/Gregorian)
  • Time Display (AM/PM atau 24 Hours) – Di sini anda boleh setting mahu display saat atau tidak.
  • Azan Display (Cara anda nak paparkan waktu solat ada 3 pilihan : Waktu Solat, Minit, Kedua2 sekali)
  • Taqweem (di Malaysia pilih Malaysia atau default)
  • Azan Safety (sekiranya ada waktu yang tidak sama biasanya 1-5 minit anda boleh betulkan di sini)
  • DST Select
  • Alarm (ON/OFF)
  • Stopwatch
  • Volume (2 pilihan : Slow (1) – Kuat (2))
  • My Name (Paparkan nama/ayat di skrin jam maksima 7 huruf)
  • Moon Age
  • Penanda Quran (Ayat dan Surah)
  • Bateri Indicator (lihat status bateri jam anda)




** Nota penting: Setiap jam yang anda tempah kami telahpun setkan basic setting untuk anda iaitu masa/waktu solat mengikut alamat dan taqweem.


Cara Set Bunyi Alarm (VOLUME ON)

Untuk mula gunakan alarm atau setkan alarm waktu solat, anda kene ON kan dahulu VOLUME jam.
  • Tekan butang MENU
  • Cari VOLUME
  • Nak ON kan, tekan button MENU.
  • Ada 2 pilihan; 1 atau 2
  • Sudah pilih? Tekan semula button SET. Akan keluar tanda RIGHT. Siap!

Cara Set Alarm Waktu Solat (Beep akan berbunyi setiap kali masuknya waktu)


  • Tekan butang MENU
  • Cari waktu solat yang anda nak buat ALARM. Contoh nak setkan SUBUH.
  • Subh -> tekan lama sedikit button SET, anda akan nampak blinking.
  • Tekan sekali lagi button SET, ada tulis BEEPS OFF.
  • Nak ONkan, tekan button MENU anda akan nampak nombor 1 dan icon Kaabah. Jika nak lebih dari satu beep, terus tekan button MENU untuk tambah, dan button LAMPU untuk tolak.
  • Dah tetapkan berapa beeps anda perlukan. Tekan semula button SET sehingga keluar icon TANDA RIGHT.

Cara Tentukan Arah Kiblat



  • Tekan button MENU
  • Cari Qibla/Kiblat
  • Tekan button SET dan anda akan nampak anak panah dan icon Kaabah.
  • Cara terbaik tengok arah kiblat, pastikan jam tersebut tegak. Bila anak panah berhenti, maka itulah arah kiblat anda.



Soalan: bagaimana nak tahu betul atau tidak arah kiblat tersebut?

Tidak kira ke mana anda palingkan jam anda, arah kedudukan tetap menghala arah kiblat yang sama 

Soalan: Bagaimana jika arah kiblat berubah-rubah kedudukan?

Ini bermakna anda harus calibrate jam tangan anda.


Cara Calibrate Arah Kiblat


Nota: Jika jam anda sudah lama tidak menggunakan fungsi arah kiblat, kemungkinan bila anda gunakan akan terus keluar notis untuk calibrate. Namun, jika tidak keluar secara automatik maka anda harus calibrate sendiri jam tangan anda.

  • Tekan button MENU
  • Cari Qibla/Kiblat
  • Tekan button SET. Kemudian tekan button LAMPU, akan keluar CALIBRATE
  • Tekan button SET semula, dan ikut arahan tersebut.
  • Arahan ialah ROTATE. Bagaimana?
  • Pusingkan jam anda sehingga ayat ROTATE berhenti dan akan keluar anak panah bersama icon Kaabah.

Cara Setkan Nama/Huruf Di Paparan Skrin Jam



Nota: Maksima 7 huruf anda boleh tulis di sini. Tulislah apa saja, nama, ingatan yang membuatkan hati anda gembira/alert setiap kali melihat jam tangan anda.

  • Tekan button MENU
  • Cari MY NAME
  • Tekan button SET sehingga keluar SHOW NAME ON.
  • Tekan MENU -> Show Name / Hide / NEW NAME
  • Pilih NEW NAME, tekan button SET dan anda akan lihat huruf A (blinking)
  • Bagi setting huruf, MENU untuk pilihan huruf/symbol, SET untuk seterusnya, dan LAMPU untuk kebelakang semula.
  • Pilih huruf anda nak, sudah tekan semula SET sehingga habis ayat/nama anda. Untuk matikan ayat/nama anda tekan button SET sehingga keluar icon TANDA RIGHT. Siap!

Huruf yang ada ialah dari A – Z, ‘, -, kosong ( ).

Cara Set Azan Safety


Azan safety digunakan jika waktu solat di jam jauh berbeza dari waktu solat di JAKIM. Kebiasaannya lari 1-4 minit. Jam ini menggunakan enjin/software maka ada +/- perbezaan tersebut berbanding sistem yang menggunakan detection internet/gps.

  • Tekan button MENU
  • Cari AZAN SAFETY
  • Tekan button SET sehingga keluar paparan FAJR (00) MASA. Fungsi button: MENU = Tambah, LAMPU = Tolak, SET = konfirm dan ke waktu seterusnya.
  • Susunan waktu solat, FAJR -> SHUROQ -> DHUHR -> ASR -> MAGRIB -> ISHA.

Cara Gunakan Penanda Quran




Anda gunakan penanda quran ini sebagai rujukan anda berhenti mengaji, bookmark.
  • Tekan button MENU
  • Cari tulisan jawi, surah AL Fatihah, Ayat 1, Juzuk 1
  • Susunan : Baris atas nama SURAH, tengah nombor AYAT, bawah nombor JUZUK



Panduan Video Tutorial Cara Set Jam Tangan Azan dan Arah Kiblat


Cara Set Nama Pada Jam

Cara Set Waktu Solat

Cara Guna Penanda Quran

Cara Set Beep Waktu Solat

Cara Shortcut Cek Area/Zon Waktu Solat

Cara Cek Arah Kiblat & Calibrate Kiblat Supaya Lebih Tepat

Cara Tukar Language/Bahasa

Cara Set Kalendar Hijri (Islam)

Cara Set Time & Date


Nota PENTING:

1. Waranti Setahun dari tarikh pembelian anda. Sila simpan kad waranti
2. Jika tali putus, boleh hubungi kami tuk pembelian ya
3. Enjin waranti 365 hari
4. Bateri waranti 180 hari
5. Tali jam, button waranti 30 hari


Diskaun istimewa untuk semua pelanggan kak Emme. 

Diskaun ahli apabila anda order di website, www.muslimstore.com.my


Cara Order di Website dan Nikmati Harga VIP:-


1. Login ke website
2. Daftar sebagai customer (register)
3. Buat pembelian produk2 yang anda suka
4. Masukkan kupon "THANKYOU" dan automatik harga akan berubah
5. Check out dan buat pembayaran
6. Notis akan sampai kepada kami, dan tracking number di update sejurus kami poskan item anda.

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Popular Posts

Blog Archive

Pageviews

BTemplates.com

Blogroll

About

About

Copyright © Diari Seorang Suri & Bisnesmom | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com