Showing posts with label Wanita Dalam Islam. Show all posts
Showing posts with label Wanita Dalam Islam. Show all posts

Tuesday, December 15, 2020

Nasihat Untuk Wanita Bergelar Isteri

December 15, 2020 0 Comments


PERINGATAN UNTUK WANITA BERGELAR ISTERI


👉 Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak). 


 👉Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya, maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun). 


👉Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. 


👉Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.” 


👉Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli). 


👉Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka. 


 👉Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya. 


🌹“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.” 


 🌹“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.” 

   

Wajib bagi wanita: 

a. Mengekalkan malu pada suaminya. 

b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan. 

c. Mengikut kata-kata dan suruhannya. 

d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata. 

e. Berdiri menyambut kedatangannya.

f. Berdiri menghantar pemergiannya. 

g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur. h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya. 

i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya. 

j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya. 

k. Tiada khianat ketika tiada suaminya. 

l. Memuliakan keluarga suaminya. 

m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga. 

n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

 

Monday, November 09, 2015

Kepentingan Solat Awal Waktu bagi Wanita Muslimah

November 09, 2015 0 Comments

Perempuan digalakkan solat awal waktu.

Tapi.. berapa ramai wanita yang disengajakan solat lambat waktu.

Contoh ditempat kerja/office .

Waktu solat zohor dikerjakan 15minit sebelum waktu asar. Kenapa disengajakan lambat-lambatkan waktu solat?? Sedangkan surau dan office tak jauh. *melainkan kongsi surau dengan lelaki. Itu lain*.

Isteri/anak/ibu yang solehah harus jaga waktu solatnya. Digalakkan solat awal waktu. Alah.. ulang alik g surau takpe kowt. Selangkah je dah pahala. Allah swt takpernah berkira dengan kita. Takkan kira nak bekira dengan Allah swt.

Perbaiki waktu solat kita. Melainkan kita betul betul ada hal kecemasan. Kowt nak tecirit sangat ke.. Yang disengajakan ni bahaya. Nak-nak yang duduk office ni. Ingat amalan kita kena ikhlas.

Orang lelaki pun busy jugak. Tapi tak ramai lah yang 15minit nak dekat asar baru solat. Dorang berjemaah. Sekali je dah  25pahala dorang dapat. Kita yang perempuan ni??

Perempuan ni nak masuk syurga senang je

Jaga waktu solat. Jaga puasa jaga maruah diri. Jaga kemaluan kehormatan diri. Jaga maruah suami/keluarga. JAga harta benda suami/keluarga. Hormat mak ayah. Jaga mulut. Jaga mata jaga hati. jaga lidah jaga jari. Jaga aurat. Semua pekara tu kita jaga kita titik beratkan. In shaa Allah. Allah swt izinkan kita pilih mana-mana pintu di syurga.

Pesanan saya kan. Dah masuk surau. Mulut kunci kejap je. Takyah bebual bab duniawi didalam surau. Hormat orang yang tengah solat.. kesian akak tu. Jap g 3-4 kali ulang sampai lupa rakaat berapa. Khusyuk tu hilang bab ada orang cakap pakai mic dalam surau. Cakap slow slow. Hormat jemaah yang lain. Itu je.. sekian..

Peringatan untuk diri sendiri. Dan sahabat muslimat yang lain.

#copypaste #sumberdariusratiwassap


Saturday, November 07, 2015

Warkah Buat Wanita Seislam

November 07, 2015 0 Comments

.. Buatmu Wanita ..

Asalkan dia wanita..
Tercoret warkah ini buat akhwat tercinta :') yang seagama dan seaqidah denganku

..Ya akhwat sayang :')
Dulu ada seorang srikandi islam bernama Sumayyah. Dipaksa memilih antara keluarga dan agama. Dipilihnya yang SATU. Kerna dia tahu didunia keluarga takkan bersatu, diteguhnya hati dikuatnya iman. Dia dan keluarga bersatu di jannah. Adakah sekuat ini imanmu bila keluarga ditindas?

..Ya Haura al-Maqsurah...
Kenalkah engkau kepada Khadijah? Aisyah? Wanita ini kebanggaan agama. Saat dunia menentangnya, dia pertahankan agamanya! Menjadi sayap kiri suami tercinta. Adakah madu sekarang bersikap seperti mereka? Tidakkah dirimu ingin menjadi seperti mereka?

..Ya Wardhatul Syauqah..
Zulaikha? Perdengarkanlah agungnya cinta dia pada Yusuf. Sehingga buta tak kenal dunia. Pada saat dia memilih Islam, Allah satukan Yusuf dengannya, tapi cintanya pada Yusuf tidak sekuat Cintanya pada Allah. Harinya berlalu dengan ibadah. Sehingga Yusuf yang kuat jadi Lemah mendambakan kasih isterinya Zulaikha. Beginikah cintamu pd Ikhwah?

..Ya Mujahidah Islam...
Mengaku berjihad. Pernah dengar hebatnya Khaulah al-Azwar? Srikandi perang islam. Lagaknya seperti pemuda menghunus pedang dimedan perang, bagai rasaksa tangkasnya berkuda dan sekelip mata menumpahkan darah musuh durjana. Tidak dia angkuh malah malu untuk mengaku dia wanita yang berjihad bersama tentera khalid al-walid. Beginikah jihadmu? Adakah dirimu sedia menegakkan agamaNya?

..Wahai wanita solehah...
Ratu Balqis? Fatimah? Dan ramai lagi srikandi islam. Pernahkah kau kaji soal mereka, perjuangan mereka? kehidupan mereka? adakah sedikit menyerupai mereka? Jika tidak masih ada masa tuk membaiki.

..Wahai wanita akhirul zaman...
Hadiah apa yang akan kau persembahkn dihadapan Allah? Adakah jihad yang kau gaulkan dengan masalah hati? Mungkin kita tidak mampu untuk menandingi ketabahan kekuatan serta keimanan srikandi islam terdahulu, kerana kita ternoda oleh satu zaman yang penuh dengan penipuan teknologi! Penyakit hati! Sahabat yang mengaku setia padahal hati berdusta! Harta yang tak bernilai! Semua berebut untuknya.

..Ya muslimah...
Ramai sekarang orang alim pada zahir, padahal hatinya tak tetlibat sama. Kata jihad, solat pun terkapar kapar. Kata sayang sahabat, tapi bila kalian ada masalah lari tinggalkan mereka, konon sahabat mereka. Talam Dua Muka. Kata cintakan saudara, tapi bila bergerak dalam kumpulan pun ada sahabat yang ditinggalkannya apatah lagi diluar kumpulan.

Inikah nilai syurga padamu yang ingin kau beli?

..Wahai bakal bidadari syurga...
Fikirlah sejenak, layakkah syurga buatku? Tidak bimbangkah, bila org bergantung harap pada kita untuk agama sedang kita sibuk fikirkan masalah hati. Wanita itu fitnah dunia, tapi yang solehah adalah bidadari dunia.

Ketahuilah, orang yang benar alim tidak akan mengaku dirinya alim. Malah dia ingin berada dalam satu tempat dimana dia berjalan bercakap atau apa sahaja tiada yang melihat wajahnya.

..Ya ukhti tercinta..
Jangan gadaikan akhirat untuk dunia. Engkau perlukan teman menasihati, bacalah kalam agung Illahi al-Quran Nur Karim pengubat hati. Bila engkau ingin berbicara dengan Allah maka solatlah, jika ingin Allah berbicara denganmu maka bacalah Quran :') Kau akan jumpa nikmat disebalik ayat. Sehingga rindumu berlabuh hanya pada yang Esa.

-->Cukuplah dgn pkara yang jauh lebih penting. Tinggalkn perkara yang tak pasti dan sia2. Kita terlalu sibuk fikirkan perkara kecil sehingga lupa perkara besar. Jangan ganggu singgahsana Allah (Hatimu)<-- Semua akan indah bila tiba waktunya..


Home Ads