Showing posts with label bisnes secara online. Show all posts
Showing posts with label bisnes secara online. Show all posts

Friday, March 01, 2019

Software Viral 2.0 Kini Dengan Lite Version Produk Terbaik bagi Facebook Online Seller

March 01, 2019 0 Comments
Kalian yang mengikuti saya di blog ini tentu tahu, saya pengguna Software Viral 2.0 bagi Facebook Marketing. Saya paling kerap gunakan fungsi auto post iklan ke group, dan kedua auto like bagi menaikkan engagement FB profile.


facebook marketing auto post iklan ke fb group secara percuma

facebook marketing



Saya sendiri tidak ingat berapa lama dah saya pakai Software Viral 2.0 ni. Tetapi jarang sangat software ni mengecewakan saya. Iklan-iklan berjalan lancar, engagement bersama kawan-kawan FB sentiasa ada walaupun tak sehebat ramai public figure kan.... Ialah tetapi konsisten itu kena ada.


Marketing ialah konsisten memasarkan produk dan diri kita. Tanpa konsistensi orang lain takkan tahu apa kita buat. Jangan sekadar nak beriklan sahaja di Facebook Group tetapi kita ni di Facebook Profile harus hidup dan aktif.


Saya perasan, ada sesetengah orang suka beriklan di Facebook Group tapi bila kita nak check profile mereka. Krik krik. Tiada update di Facebook profile, malah tak boleh pun tengok profile mereka atas sebab security. Jadi jika anda nak berniaga, anda harus setkan diri anda kepada PUBLIC.


Barulah kepercayaan itu ada. 


APA KELEBIHAN SOFTWARE VIRAL 2.0 VERSI LITE?


Sudah tentu bayarannya lebih murah berbanding full version, jadi anda boleh mencuba dahulu software ini dan fikirkan sama ada anda nak jadikan software ini personal maids FB marketing anda!


Seriusly. 


Kita bukan orang femes kan? 


Jadi kita perlukan software yang boleh bantu diri kita dan bisnes kita. Tiada orang lain yang akan bantu urusniaga anda, tetapi diri anda sendiri. 



software viral 2.0 lite version lebih murah



ANTARA FUNGSI

AUTOPOST GROUP

– Jimatkan masa anda dengan fungsi auto post ke pelbagai group tanpa block apabila jarak masa setiap posting di set (multi image)

(lihat video dibawah)


AUTO SCHEDULE TASK

- Anda boleh scheadule semua aktiviti anda dengan sekali klik


AUTO POST TO WALL FRIEND

- Anda boleh menghantar sebarang post ke wall rakan anda (Anda akan di ajar teknik yang betul untuk hantar post ke wall rakan tanpa mengganggu privasi rakan anda)


AUTO BUMB KOMEN

- Dengan fungsi auto BUMB anda boleh up posting iklan jualan anda di group-group secara berjadual dan pastinya menjimatkan masa dan iklan anda sentiasa kelihatan di dalam group.


AUTO LIKE LATEST POST

- Sistem like latest post sangat berguna untuk bina enggagement walaupun anda sedang sibuk bekerja, sistem akan like status terbaru rakan anda.


AUTO KOMEN LATEST POST

- Sistem komen latest post sangat berguna untuk bina enggagement walaupun anda sedang sibuk bekerja, sistem akan komen status terbaru rakan anda.


KESEMUA FUNGSI INI

BERADA DALAM SATU

SOFTWARE


HARGA ASAL UNTUK MENDAPATKAN SOFTWARE INI ADALAH
RM328.00
RM169.00



NAMUN JANGAN RISAU !!


ANDA BOLEH MENDAPATKAN SOFTWARE INI DENGAN HARGA PROMOSI

HANYA

RM119/6 MONTH

- 1 AKAUN FACEBOOK
- 6 FUNTION AVAILABLE
- GROUP TUTORIAL BERVIDEO


PERCUMA YURAN
SERVER UNTUK 6 BULAN PERTAMA 
BERNILAI RM39.00



Tempahan sudah pun dibuka


Untuk dapatkan software viral 2.0 Lite


Whatsapp

018-9100 852
018-9100 852


Usah tunggu lama-lama untuk berjaya,
mulakan hari ni.


belajar dan gunakan dengan bijak :)

Monday, January 22, 2018

Peluang Berniaga di Beezmall.com . Ada Yang Pernah Membeli Belah di Sini?

January 22, 2018 9 Comments


Beezmall.com mula mencari dan merekrut peniaga untuk berniaga di laman website ecommerce mereka. Ianya seperti Lazada, Lelong dan Shopee. Ecommerce mana-mana tempat adalah sama tetapi bagi peniaga kita cuba mencari pusat beli belah yang bukan sahaja menjadi tumpuan pelanggan namun memberikan kelebihan besar kepasa peniaga itu sendiri.

Paling menakutkan jika ada cas-cas tersembunyi yang perly divayar. Peraturan ketat hingga menyukarkan peniaga untuk beriklan juga diambil kira. 

Kisahnya, beberapa minggu lepas saya didatangi oleh wakil staff Beezmall.com untuk meletakkan produk jualan di sini. Ragu-ragu jugakan kerana kebiasaanya kita mencari tempat untuk beriklan. Tetapi beezmall, mereka mencari peniaga-peniaga pula untuk beriklan. Disebabkan hal ini kita was-was juga. Setelah di maklumkan tiada cas tersembunyi, prosesnya juga mudah. Oleh itu saya setuju sahaja untuk sertai pengiklanan di Beezmall. Lagi pula sebulan pertama, produk-produk jualan kita akan diiklankan di facebook page Beezmall secara percuma. Haa, bukankah bagus begitu?


Selamat sudah berdaftar. Sekarang haruslah saya meletakkan produk di Beezmall. Anda juga ada didatangi staff Beezmall? Nanti saya kongsikan ya apabila selesai meletakkan produk di sana. Beezmall buat masa ni tiada applikasi khas seperti Shopee atau Lazada. Anda harus menggunakam browser untuk melakukan aktiviti di Beezmall. Login dan uploadkan produk anda. Untuk kunjunhi website beezmall, sila ke www.beezmall.com . 

Tuesday, December 19, 2017

Keyboard Bluetooth Untuk Laptop, Tablet dan Handphone. Paling Bagus Untuk Anda Yang Bisnes Guna Handphone Sepenuhnya!

December 19, 2017 0 Comments
Bismillah


Sudah lama saya mahu kongsikan mengenai Keyboard Bluetooth ini. Alkisahnya satu hari netbook 2 in 1 saya keyboard telah dipatahkan oleh anakku yang sangat comel dan nakal. Netbook ini kita boleh detached daripada keyboardnya. Jadi netbook ini boleh berfungsi sebagai netbook dan juga tablet. 


Di keyboard asal sudah ada kelengkapan USB port sepertimana laptop biasa. Jadi sudah rosak ni, macam mana nak pakai USB port lagi? Nak cucuk USB untuk keyboard dan mouse kan sudah leceh. Nak menangis dibuatnya. 


Saya teruslah browse di Shopee, Lazada untuk cari keyboard yang sesuai. Dan applikasi bluetooth sangat bagus kerana tidak memerlukan sebarang penyambuan dari tablet ke accessories. Namun oleh kerana saya was-was untuk membeli dan kecewa. Saya hubungi customer servise netbook saya ni. Malangnya! Malangnya tiada keyboard pengganti. Keciwanyaaaaa


Jadi mereka jugalah yang rekomen kepada saya untuk pakai produk ni. Keyboard bluetooth. Harganya RM 199. Tetapi jalan punya jalan. Terjumpalah keyboard yang sama dengan harga lebih jimat iaitu RM150. Wah!

Masalah utama semasa nak beli produk ni dengan customer servise ialah kita tak dapat cuba dahulu size peletak tablet. Jika anda perasan, ada lubang di keyboard untuk kita letakkan tablet atau handphone anda. Netbook saya yang agak panjang ni merisaukan customer servise tersebut. Disebabkan produk tersebut di seal dan tidak dibenarkan untuk mencuba. 

Keistimewaan keyboard bluetooth ini selain sangat mudah digunakan ialah kita boleh setting 3 produk berlainan menggunakan keyboard ni. Hanya perlu sambungkan sahaja dan setiap satu produk satu setting. 

Kan sukar nak menaip bila mengarang. Buat skrip writing ke kan? Jadi dengan keyboard ni anda boleh mengarang dengan jari yang tidak sakit lagi. huhuhu. Best tauu. Meh la order. 


Korang leh cari keyboard bluetooth dari Logitech kay :)

Abaikan mejaku itu


Tuesday, August 15, 2017

Ibu Si Penjual Online

August 15, 2017 0 Comments
Assalamualaikum rakan blogger sekalian, pembaca-pembaca yang dikasihi.

Cewah. Macam di zaman persekolahan sahaja ya. Teringat pada zaman persekolahan saya seorang yang amat pemalu dan sukar untuk bercakap di depan kelas. Walaupun saya seorang yang agak happy go lucky bersama rakan-rakan dan adakalanya jenis cakap lepas. Tetapi, bila cikgu panggil saya "Emme, ke depan" haa.. kaku seribu bahasa. Lawaknya apabila di universiti dan saya membuat keputusan untuk berubah dan menyertai pupuk kepimpinan dan aktiviti. Terus sahaja boleh dan mampu berbicara di hadapan ribuan teman dan siap ada pakai mikrofon lagi. Pertama kali saya berbicara, gugupnya Masya Allah. Allah sahaja lah yang tahu. 

Menjadi seorang peniaga online sepenuh masa bukanlah terdapat di dalam perancangan hidup saya sebenarnya. Namun, saya juga tiada cita-cita khusus tentang apa yang saya ingin jadi apabila sudah graduate. Berkelulusan dalam bidang kejuruteraan kimia. Secara logiknya saya bakal dan berada dalam bidang kejuruteraan yang mampu dipikul selaras dengan kemampuan dan kebolehan yang ada. Kerja pertama saya sebagai perantis ialah di Kilang membuat produk pengilangan itu sendiri. Plant design bagi oil and gas. Sangat best. Sebab materialnya, produksinya, pembuatannya dan pemeriksaannya mengujakan dan sangat selari dengan bidang pengajian saya. Namun, Allah itu lebih mengetahui. Walaupun saya boleh teruskan kerja di tempat praktikal, saya mengambil keputusan untuk menerima pelawaan dari Kilang semiconductor sebagai jurutera plating dan material. Tidak lari banyak dari pengajian namun bukanlah pengkhususan saya sebenarnya. Disebabkan basic kita adalah kimia sains dan elektrik, boleh lah kan? Dan di sinilah saya bertemu cinta hati saya iaitu suami saya sekarang :) cewah.

Percayalah sebagai seorang wanita yang suka bekerja, mahu menyahut impian sendiri untuk mempunyai kerjaya sendiri, gaji sendiri. Perkahwinan ini bukanlah untuk anda fikirkan diri anda 100% tanpa rujukan suami anda. Dan pada awal kahwinnya kami di Sarawak dan sukar pula untuk saya meneruskan kerja oleh kerana faktor mengandung, jauh dari tempat kerja, tiada kerja kosong akhirnya saya cuba untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Aduhai, giler nak dibuatnya, kerana ini bukanlah apa yang saya inginkan dan tidak tahu apa nak buat tu pun satu jugak. Bosan pun mungkin faktor terbesar kita tidak mahu menjadi surirumah. Dan tidak dinafikan cemburu akan kejayaan sang suami sedangkan kita sama-sama ada ijazah. betul? Biasalah manusia ya. ada sahaja sifat-sifatnya.

Allah itu Maha Mengetahui. Maha Pengasih. Sejurus melahirkan anak pertama, saya mendapat tawaran di Nilai, Negeri Sembilan sebagai jurutera pemeriksa (QC) pula di Kilang Plastik. HUHU. Lain macam bidang-bidang kerja sayakan? Kejap plant design, kejap seminconductor, kejap plastic injection. Syukur dengan kasih sayang Allah, antara salah satu kelebihan yang diberikan kepada saya sebagai hambaNya ialah keupayaan menyerap ilmu dan menerimanya dengan baik. Allah rindunya bekerja. Sewaktu ini kami tinggal berjauhan. Sukar tahu. 

Akhirnya setelah onak dan duri, haa saya pendekkan lah cerita ni. Kami dapat tinggal bersama itupun suami saya rahsiakan dia dapat tukar dari Sarawak ke Semenanjung. Pada waktu tu, saya sudah berhenti kerja di Nilai dan menyambung pengajian di Universiti dalam peringkat Sarjana pula. Manalah tahu rezeki lain pula kan? Sewaktu inilah saya mula berjinak-jinak berniaga secara online. 

Bukan senang tahu. Ingatkan up je status produk tu ada orang beli agaknya. TAKDE!
Berbulan-bulan la takde. Kemudian adalah rezeki atas usaha tanpa henti dan saya mula belajar mengenai perniagaan. Bagaimana nak buat iklan. Bagaimana buat facebook page. Bagaimana buat iklan dekat facebook. Masa tu 100% saya berniaga di facebook. Medium lain tak reti lagi. Tak jemu beriklan, tak jemu topup ilmu. Beli ebook A, ebook B sebanyak-banyaknya. Yang free ilmu pun follow. Masya Allah, apabila minat mula hadir dan saya merasakan ianya serasi dalam diri saya sendiri. Saya mula suka dan mula berimpian untuk meletakkan gaji itu pada diri saya, atas usaha yang dikerjakan. Bukan lagi makan gaji. Bukan lagi mengikut arahan dan masa kerja. 

Duduk serumah dengan suami pada tahun ketiga perkahwinan kami, saya mula mengenali sifat suami saya. Dia mahu melihat isteri dan anak-anaknya ketika pulang, cuti tanpa risaukan waktu saya, dan saya boleh berada di apa jua waktu ketika suami dan anak-anak memerlukan saya tanpa perlu risaukan gaji dipotong, bos marah, menyusahkan rakan sekerja. Ianya amat sesuai dengan kehidupan yang saya miliki. Maka, kenapa tidak saya jadikan kerjaya berniaga ini sebagai kerjaya saya?

Sejak itu, saya mula serius belajar ilmu marketing, dan ilmu-ilmu selain berniaga ini untuk menaikkan taraf diri ke peringkat lebih atas. Impian saya bukan lagi gaji sebulan RM2,000 ke RM3,000 tetapi lebih lagi. Kini saya miliki empat orang anak di mana saya mengasuh mereka semuanya sendiri. Walaupun saya masih tidak sempurna namun melihat mereka setiap hari, membesar dengan sangat pantas sangat membahagiakan. Of course, anda boleh bayangkan kegilaan mengadap budak-budak pelbagai ragam ni setiap hari. haha. Nak cuba? haa, duduk la u ols dengan anak-anak selama 2 hari pon jadilah. Tengok tahan ke idok. Part ni saya citer kat entri lain la yek.

Siapa saya ya?

Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Dengan berniaga saya bertemu rakan-rakan yang sangat positif. sentiasa mengingatkan saya tentang Pemberi Rezeki. Sentiasa ingatkan saya tentang keinsafan dan muhasabah diri. Bukan sahaja menyedarkan saya tentang bagaimana untuk maju dalam bisnes tetapi meningkatkan diri kita sebagai hambaNya. Allah itu maha baik sentiasa mengasihi dan mengampuni dosa kita semua.

Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Ujian itu adalah rahmat dan kasih sayang Nya pada kita. 

Jika kalian nak tahu, saya merupakan agen sah DMS360 antara salah seorang leader DMS, menjual jam tangan azan, stevia rcc, barangan patchwork, tudung labuh instant, juga insha Allah saya bakal membuka sauna di rumah saya sendiri dengan kerjasama Libo Spa. Alhamdulillah.

Anda suka berniaga?
nasihat saya, jangan putus asa. Teruskan usaha bersama tawakkal dan doa kepada Allah. Kerana semua ini, rezeki, harta adalah milik Dia. Berbuat baik dengan Allah dan yakin Dia akan berikan kepada Anda. Ikut jalan yang benar, bukan ikut jalan suka hati korang. haha. Ingatlah kita ni seoarang yang beragama Islam. Maka ikutlah jalan yang diredhai Allah.

Insha Allah, kalian semua pasti berjaya.

Tuesday, January 24, 2017

Surirumah Jana Pendapatan dari Medium Blog

January 24, 2017 0 Comments


Pendapatan melalui blog semata-mata. Databased pelanggan juga adalah lebih tepat kerana mereka merupakan pelanggan yang sememangnya mahukan produk dan khidmat bagi menyelesaikan masalah mereka. Dari google pelanggan menjumpai blog anda dan seterusnya menjadi prospek pelanggan dengan kadar belian yang lebih tinggi berbanding prospek di medium facebook.

Assalamulaikum semua,

Kita sudah menghampiri penghujung bulan Januari bagi tahun baru 2017. Saya pasti kita semua mempunyai azam dan matlamat yang ingin dicapai pada tahun ini. Begitu juga saya walaupun cuma seorang surirumah.

Dahulu, saya agak khuatir dengan masa depan saya sebagai seorang peniaga online. Kekangan masa untuk beriklan, masa yang amat penuh dengan menguruskan rumah tangga, anak-anak yang masih kecil serta pada masa sama bertungkus lumus menghabiskan pengajian di peringkat sarjana amatlah mengambil banyak dari masa saya untuk beriklan dan mempromosikan produk-produk jualan yang saya ceburi.

Namun, saya amat bersyukur akan peluang bertemu rakan-rakan serta guru di Akademi Bekerja di Rumah (ABDR). Saya mula belajar di kelas asas blog ini pada bulan Julai 2015. Medium blog ini amat sesuai bagi saya kerana saya dapat menggunakan masa sebaiknya untuk beriklan dengan tips dan pembelajaran dari guru bertauliah menyebabkan saya terpaksa mendapat pelanggan dari blog. Pelanggan dari blog datang dari hasil carian google, interaktif sesama blogger dan beberapa cara yang boleh dilakukan. Tetapi blog yang fokus adalah lebih efektif bagi mendapatkan pelanggan yang khusus. Semua ini diajar di dalam kelas asas blog kelolaan ABDR.

Sejujurnya, saya membayar yuran kelas ini sebanyak 3 kali secara ansuran. Saya nampak kelas dan pembelajaran belajar blog sebagai peluang bisnes bagi surirumah seperti saya yang sukar untuk keluar dari rumah. Hanya perlu fokus semasa pembelajaran dan memahami bagaimana blog dan google beroperasi untuk mendapatkan pelanggan. Ianya amat berbaloi kerana pembelajaran kelas blog ini dijalankan secara online sahaja malah yurannya amat murah berbanding yuran-yuran kelas blogger yang lain. Malah satu-satunya kelas blog secara online buat masa ini yang ada di Malaysia.

Bagus bukan?

Tahun 2016 saya mula beroperasi sepenuhnya dari blog. Blog emmemarina.com ini saya jadikan sebagai blog bisnes personal di mana saya kongsikan pelbagai kisah catatan harian, bisnes serta beberapa produk jualan lain. Manakala produk jualan utama saya iaitu produk DMS360 saya asingkan sepenuhnya, anda boleh klik link ni untuk lihat blog yang telah bertukar ke website iaitu www.dms360original.com. Blog DMS ini diasingkan dan digunakan hanya sebagai kedai blog bisnes sahaja iaitu saya fokus kepada pengenalan produk dan masalah berkaitan produk tersebut.

Kini, dengan medium blog sahaja. Saya sudah memiliki 12 stokis dibawah pengurusan saya sendiri yang hanya beroperasi secara online. Juga saya terpaksa memulakan lejar dengan lebih teliti supaya dapat fokus dan mempunyai matlamat lebih besar bagi perniagaan secara online ini. Walaupun cuma seorang surirumah. Saya amat bersyukur dengan kewujudan platform kelas blog ini. Ianya amat membantu bagi surirumah seperti saya. Belajar berniaga, belajar mengenal produk malah bagaimana mengenali pelanggan juga turut diajar.

Bukan sahaja kami pelajar-pelajar ini belajar kelas blog semata-mata tetapi diberikan ebooks-ebooks berguna buat peniaga online dan surirumah yang boleh kami adaptasi mengikut kemahiran masing-masing. Malahan, jika anda tidak ada idea juga boleh mendapatkan pelbagai jenis bisnes idea dari ebooks keluaran Akademi Bekerja dari Rumah (ABDR) ini.

Terlalu berbaloi. Terlalu rugi untuk tidak belajar dan mengambil peluang belajar mempromosikan produk jualan anda dan berniaga melalui medium internet yang lebih luar iaitu google dan blog.

Jika kalian ingin tahu lebih lanjut, dan berminat untuk belajar di kelas blog ini boleh terus hubungi saya juga sebagai pengurus kelas ini,

0189100852

Thursday, September 08, 2016

Bisnes Modal Paling Rendah dan Murah

September 08, 2016 0 Comments

🌹🌹 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA🌹🌹

😍😍KENAPA ANDA PERLU PILIH STEVIA RCC..😍😍
PRODUK PENGGANTI GULA SANGAT LARIS ABAD INI !!

🍀🌸UTK PENGUUNA VVIP  @ UNTUK SANTAI2 1 AKAUN🍀🌸
📌 modal mampu milik rm 140
📌dpt 3 botol swetener stevia rcc
📌 Hanya guna sendiri sahaja tak perlu berbisness dan dapat 5 faedah ..Jika nak berbisness boleh tak ?
Jawapannya boleh juga potensi sehari utk 1 akaun rm1800

💥🌷💥UTK MENJADI USAHAWAN @ AGEN KAMI 3 AKAUN💥🌷💥
📌 modal rm 420
📌 dpt 3 kotak (9 botol)
📌 potensi sehari untuk 1 akaun rm1800 darab 3 akaun = rm5400

💃🏼💃🏼JIKA YAKIN DGN BIZ INI 7 AKAUN💃🏼💃🏼
📌 modal rm 980
📌 dpt 7 kotak (21 botol)
📌 potensi 1 akaun rm1800 darab 7 akaun = rm12600
📌 ini dipanggil pakej jutawan ,modal tak sampai rn1000 pon !!!

🎗TIDAK PERLU BUAT APA2 HANYA KONGSI KEBAIKAN STEVIA INI KEPADA KENALAN DN SAUDARA MARA.               
🎗BUAT KE TIDAK BUAT KE TETAP DAPAT 5 FAEDAH !!
🎗PAKEJ GOLD & PLATINIUM BOLEH UPGRED KE STOKIS MOBILE BILA2 MASA SAHAJA....TIADA LIMIT

💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞

UNTUK PERTANYAAN BOLEH WASAP 0189100852



Sunday, June 19, 2016

Belajar Blog Untuk Bisnes

June 19, 2016 0 Comments

Teks: Emme Marina Mohamad

Assalamualaikum semua,

Akan ada masa di mana konsistensi seseorang penulis itu terhenti oleh kerana pelbagai asbab. Tetapi konsitensi yang berlandaskan minat dan semangat untuk berkongsi adalah perkara yang terpuji. Masya Allah adakah kalian begitu?

Alhamdulillah, tahniah saya ucapkan.

Blog saya ini merupakan blog utama. Tetapi adakalanya saya juga menghadapi kegagalan cetusan idea hingga adakala terasa malas ingin menulis. Berat?

Naya sungguh kes ni kan?

Tetapi alhamdulillah, walaupun sudah kurang menulis. Tetapi traffik blog sentiasa naik dan tetap menerima pengunjung.
.

Besar sebenarnya harapan saya dengan blog ini. Ianya bukan sekadar sebagai blog bagi saya menjana pendapatan tetapi untuk saya kongsikan pelbagai ilmu pengetahuan yang saya ada. Ini termasuklah catatan harian yang mungkin dapat membantu kalian walaupun sedikit cuma.

Mudah-mudahan Allah merahmati impian kecil saya ini.

Berbalik kepada entri saya iaitu "blog untuk bisnes". Apa yang kalian faham tentang blog? Dan persoalan paling menarik ialah bagaimana blog boleh buat duit?

Soalan ni memang paling meletop, semua orang nak. Tetapi boleh ke?

Semestinyalah boleh.

Sesiapa yang kata tidak boleh, maka anda sedang salah faham atau ada dimana kefahaman yang mungkin tersangkut di mana-mana ni. Jangan marah ya. Teruskan pembacaan...

Anda tahu laman web? Bahasa melayunya, laman sesawang.

Mesti tahu bukan?

Paling senanglah, website google. Taip sahaja, www.google.com atau untuk malaysia, www.google.com.my. Apa gunanya laman web google ini?

Ya, untuk mencari.

✅ Nak cari produk
✅ Nak beli barang
✅ Nak cari maklumat
✅ Nak cari solusi bagi sesuatu masalah yang sedang dihadapi

Ini merupakan 4 sebab utama kenapa kita gunakan laman web google.

Dan harus saya salute pada rakan shaklee kerana kalau bab penyelesaian masalah dan perkaitan produk jualan mereka sangat hebat. Google sahaja masalah dan rawatan contohnya, selalunya saya akan dsambungkan ke blog mereka.
Maka apa? Tak semena saya membaca, mendapat penyelesaian dan mungkin terus tertarik untuk membeli produk mereka!

Anda nampak?

Begitu juga jika anda menjual sesuatu produk itu, anda nak blog anda jadi antara blog yang menjadi senarai teratas di carian google. Anda harus tahu, bagaimana memanfaatkan kata kunci supaya blog anda mampu tersenarai.

Inilah fungsi kelas asas blog bisnes yang kami buka. Bukan sekadar anda belajar buat blog, tetapi bagaimana memanfaatkan blog sepenuhnya bagi bisnes kalian. Belajar dengan kami di sini dimana kelas dijalankan secara online sahaja.

Tidak perlu hadir ke kelas offline. Masa juga adalah fleksibel. Mudah sahaja kan? Anak tetap dapat dijaga, kos pengangkutan dan penginapan dapat dijimatkan!

Saya tunjuk sedikit testimoni jualan dari blog saya sendiri ya. Juga bukti bahawa blog saya itu berjaya mendapat ranking utama carian google hasil saya belajar dalam kelas asas blog bisnes ini.

Untuk pengetahuan semua, saya mengambil pakej paling besar iaitu kelas asas blog bisnes dan penulisan serentak serta sebagai rakan niaga akademi bekerja di rumah. 3 dalam 1 ya.

Boleh dikatakan sejak saya menyertai kelas asas blog bisnes ini. Sememangnya pendapatan saya datang dari blog. Ini kerana saya sendiri sudah lama tidak beriklan di facebook.

Gara-gara kekangan masa yang sangat terbatas. Malah adakalanya ketandusan idea beriklan di facebook dan pelbagai lagi faktor dari algorith facebook sendiri. Membuatkan saya rasa sedikit lelah untuk mengejar dengan keadaan diri yang terlalu sibuk.

Apabila kita bekerja dari rumah sambil menjaga anak dan menguruskan rumah tangga, saya percaya inilah medium terbaik dengan mentor dan bimbingan yang pastinya menjanjikan anda pengurusan masa yang lebih effisien sambil bekerja dari rumah.

Mari jadikan blog sebagai sumber pendapatan aktif anda, tidak kira di mana anda berada.

Belajar cara memaksimakan produk jualan di laman internet sebaiknya.

Jika kalian sudah bersedia,
Hubungi saya untuk terus berdaftar

018 9100 852

Tuesday, May 03, 2016

Kedai Online Mudah Dijejak Di Google

May 03, 2016 0 Comments

Kedai Online Mudah Dijejak Di Google

Kedai online sangat penting dan membantu memudahkan bisnes kalian.
.
Kelas kami direka supaya boleh belajar tanpa keluar rumah.
.
Hanya perlu keluar modal sekali sahaja.
.
Hadirkan diri dalam kelas online untuk belajar bina blog sendiri A-Z.
+ kelas beroperasi secara online
+ nota tutorial bergambar disediakan
+ waktu belajar yang fleksibel
+ ada facebook group dan whatsap group khas untuk para pelajar
+ masih boleh ikut tutorial walaupun selesai tugasan
.
Kemudian sudah tamat, jadi Pengurus Online dan mula berkongsi dengan orang lain produk Abdr. Fokus berkongsi dan kenalkan produk. Kutip komisyen bersih RM10, RM20, RM50, RM100 sehari.
.
#anysidayuzakaria
#guruonlinekelasblogabdr
#kelasonlineblogAbdr


Kami mara 2000 blogger tahun ini. Kalian in shaa Allah boleh menjadi salah seorang dari kami.

Jadikan blog sebagai kedai online kalian.

Tidak kira sama ada sudah mempunyai produk ataupun belum. In shaa Allah bakal dibimbing oleh barisan pengurus dan guru di akademi bekerja di rumah.


.
Hubungi saya untuk pendaftaran bersama kumpulan akademi bekerja di rumah.


Thursday, March 24, 2016

Kelas Coaching Teknik Closing RCC Stevia

March 24, 2016 0 Comments

Teks: Emme Marina Mohamad

Setiap perniagaan haruslah ada mentor, guru dan anak murid. Siapa anak murid?

Kitalah.

Sebuah syarikat yang bagus ialah mereka yang menyampaikan ilmu pemasaran, membimbing ajen jualan mereka, memberikan ilmu-ilmu mengenai produk dan akhirnya ajen boleh terus berdikari mengembangkan perniagaan mereka sendiri.

Inilah yang syarikat rcc global lakukan kepada semua ahli yang berminat untuk menjadikan rcc stevia sebagai aset bisnes mereka tidak terkecuali saya sendiri tahu.

Memang jika mahu berjaya, anda perlukan bimbingan dari pihak atasan yang telah pasti berjaya.

Tidak kira siapa penaja anda.
Ia tidak mempengaruhi pendapatan kalian dan tidak mengkayakan orang atasan.

Anda usaha, anda dapat.

Teknik closing stevia ini dibimbing khas oleh ceo marketing kita iaitu Puan Zalila Omar. Masya Allah orangnya sangat sporting, walaupun tegas tetapi amat menyayangi anak-anak buah tidak kisah lah baru jadi ahli atau sudah lama.

Bagaimana ingin berjaya di rcc?

Mudah sahaja caranya

1. Jadi ahli - ada 3 pakej keahlian yang boleh kalian pilih. Lagi besar pakej, lagi lumayan.
2. Hadirkan diri ke kelas atau preview yang dijalankan.
3. Pastikan ada cukup ilmu dan info mengenai produk stevia dan plan marketing. Ada buku dan flyers.
4. Rajin-rajinlah membaca mengenai stevia dan kelebihan menjadi ahli rcc stevia.

Sudah bersedia mahu berrukar ke gula sihat dan mula menjana pendapatan?

Hubungi saya.
Pakar Kesihatan Gula anda
Puan Emme 0189100852

Tuesday, September 08, 2015

Kuasa Beli Melalui Online

September 08, 2015 0 Comments
Kewujudan  peranti  seperti  telefon  pintar,  tablet  serta promosi  agresif syarikat telekomunikasi  tentang  pakej  internet  menyebabkan  penggunaan  media social seperti  facebok,  YouTube  dan  Twitter semakin  meluas  dan  agresif. 

Laporan  United  Nations,  International  Telecommunication  Union  (ITU) Malaysia mencatatkan  kadar  keempat  tertinggi  mempunyai  digital  natives  di dunia.   

Digital  natives  ditakrifkan  dalam  laporan  tersebut  sebagai  belia berumur 15 hingga  24  tahun  yang  menggunakan  internet  secara aktif  sekurang-kurangnya selama lima tahun. 

Kajian  yang  dijalankan  secara  usahasama dengan  Institut  Teknologi  Georgia  itu menunjukkan  13.4  peratus  atau  lebih  3.9 juta rakyat  Malaysia  sebagai  digital natives,  menyumbang  hampir suku  daripada belia negara.  

Jumlah  rakyat Malaysia  kini  telah  mencecah  30  juta  orang  (februari  2014). 

Menurut  laporan  statistik  penggunaan  internet  di  Malaysia pada  2012:
-Sejumlah  13  juta  pengguna facebook  di  Malaysia
-Pengguna internet  di  Malaysia melayari  laman  rangkaian  social  14  bilion  kali setiap  bulan
-Pengguna internet  di  Malaysia menghabiskan  hampri  20  jam  setiap  minggu dalam  talian  
-80  peratus  pengguna  Malaysia  suka memuat  turun  video,  diikuti  dengan  51 peratus  aktif  dalam  aktiviti  You  Tube
-32.1  peratus  memeang  bahagian  terbesar minit  dalam  talian  adalah  dalam kalangan  orang  di  Malaysia diikuti  11.5  peratus  untuk  hiburan
-87.9  peratus  daripada pengguna  Malaysia mengakses  facebook.
-67  peratus  video  You  Tube ditonton  oleh  pengguna Malaysia
-Singapura ialah  negara di  rantau  Asia Tertinggi  bagi  penggunaan  dalam  talian Iaitu  menghabiskan  25  jam  dalam  talian  setiap  minggu  diikuti  Filipina  21.5  jam dan  rakyat  Malaysia selama 19.8 jam. 

Sumber:  www.fomca.org.my atau  layari  consumer.net.my 

Laporan  di  atas  menunjukkan  petanda agresif  pasaran  online yang memberansangkan.  Jadi  peluang  kepada  usahawan-usahawan  untuk menggunakan  peluang  ini  sebaik  mungkin  dalam  memasarkan produk/perkhidmatan. 

Entri bagi laporan di atas boleh didapati secara penuh di dalam ebooks RAHSIA KHIDMAT PELANGGAN, USAHAWAN ONLINE. 

Home Ads