Berkongsi kisah kehidupan sebagai suri dan pada masa sama, berniaga untuk bantu keluarga. Suka sharing berkaitan online marketing dan menjual produk islamik seperti jam azan untuk rumah, jam tangan azan, al quran digital dan macam-macam lagi.

Read More

Selamat Datang Ke Blog Emme Marina

Semoga Dilimpahi Rezeki dan Keberkatan Buat Semua Pembaca
Read More

Servis Facebook Page

Paling saya suka membantu sahabat semua, berjaya dalam bisnes insya Allah. Pasti berjaya
Read More

Al Quran Digital

Pembantu peribadi anda memperbetulkan bacaan, belajar tajwid dan lebih seronok mengaji. Insya Allah
Memaparkan catatan dengan label buat duit dengan blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buat duit dengan blog. Papar semua catatan

3/03/2021

Akhirnya Bersama Google Adsense

Saya sudah hampir putus asa sebenarnya memikirkan bagaimana lagi cara untuk berjaya mendapatkan tempat di google adsense. Kali terakhir saya apply google adsense untuk blog emmemarina.com ianya gagal. Menurut google, blog saya tidak cukup informasi. Entahlah, pada masa tu dah beratus entri saya tulis. Niche blog lebih kepada perkongsian, pengalaman dan informasi berkaitan produk dan bisnes. 


Mungkin pada masa tu agaknyalah, google adsense terlalu ketat dalam meluluskan website blog. Bagi niche personal, pada tahap ketika itu masih tidak mencukupi. 


Alhamdulillah, saya tidak tahu nak kata apa sebenarnya. Tanggal Februari 2021, apabila saya sudah berjaya mendapat pengiktirafan dari Youtube bagi channel personal saya. Saya boleh apply google adsense bagi youtube produk. Bayangkan, perasaan tu Allahu akbar. Suka sangat. 


Mulanya saya buat akaun baru untuk google adsense, bukan apa saya terus teringat pengalaman pahit kan. Beberapa kali gagal untuk apply google adsense di blog. Inikan pula youtube. Risaulah kan. Tetapi Allah maha baik, google adsense tiada masalah. Saya tukar website yang telah ada di google adsense dengan website emmemarina.com, walla boleh pulak!


jana duit dengan blog google adsense

Anda lihat!


Sudah boleh click pada earning dan blog is connect to Adsense and is active! Alhamdulillah


Jadi, settle masalah akaun lama dan menakutkan dari google adsense. Sudah boleh mulakan perjalanan baru yang lebih bermakna dan bertambah semangat dengan menulis lagi banyak perkara insha Allah. Kita sharing business dan marketing, kita sharing produk, kita sharing ilmu-ilmu kehidupan dan agama sebagai pegangan hidup kita.



Ini pula youtube google adsense. 


Tak tahu lagila lulus atau tidak. Doakan saya ya. Dapat juga income pasif (kononnya) setelah kita bertungkus lumus memerah otak menulis setiap hari.


Anda bagaimana?

Dah ada google adsense di blog-blog anda? 


Read More

3/05/2019

Failed Bab Tukar Hosting Domain Blogspot ke Domain Sendiri

Saya harus akui dari awal saya mula berblog, kelemahan utama saya ialah berkenaan domain dan hosting. Walaupun hanya bertukar dari blogspot ke dot com. Tukar server je pun tetapi entah kenapa tidak masuk dek otak ni.


Agaknya minda ni memilih untuk tidak faham atau hakikatnya saya sendiri pening nak setting. Mungkinlah kan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Dah elok-elok emmemarina.com di sini saya sibuk tukar ke wordpress. Yang peliknya tahu pula saya install dan setup wordpress tu sampai habis. Tapi boleh pula gagal nak memahami setting pertukaran mudah blogspot ke third party domain!


Frust juga.


Tak mengapalah, saya juga sebenarnya tiada masa untuk meneliti. Jadi akhirnya solusi saya, saya order sahaja servis dari hosting domain tersebut. Bagi domain emmemarina.com saya beli dari NETKL.com, mereka ni saya memang suka berurusan dan sejak tu saya sudah ada 4 domain yang saya beli dari mereka.

beli domain murah netkl


tukar blogspot ke domain sendiri


Yang membuatkan saya suka dengan NETKL.com ialah servis mereka sangat bagus. Memang saya selalu open ticket untuk pelbagai soalan! Dan semua soalan dijawab dengan baik dan mudah untuk saya fahami atau ikuti (jika berkaitan teknikal) dan biasanya saya akan setup sendiri, cuma kali ini saya rasa saya beli sahaja servis untuk tukar domain.


Servis tukar domain dari blogspot.com ke emmemarina.com hanya RM10 sahaja. Okaylah daripada kena cas mahal dari orang expert. Saya rasa saya boleh buat sendiri bila technical support Netkl ada tunjukkan tutorial bertulis melalui open ticket tu, cuma saya sudah sarat otak ni. Jadi saya order sahajalah, tak mahu peningkan kepala.



Kalau korang nak ada domain sendiri, saya cadangkan bolehlah membeli di NETKL.com. Pembayaran senang, dan hosting Malaysia kan. Macam Godaddy pun selalu offer domain murah-murah tetapi Godaddy ni dari oversea. Bagi saya agak kurang friendly interface mereka. Tetapi, terpulang pada kalian :)



Okaylah, jom tukar domain blog!
Read More

4/20/2018

Siapa Kata Berniaga Online Dan Dropship Tidak Boleh Berjaya?


Bismillah

Kalian semua apa kabar? Adakah masih kuat berusaha seperti saya setiap hari? Alhamdulillah jika begitu!


Kejayaan kita ditempa oleh diri kita sendiri sesekali bukan dari orang lain. Usah pedulikan apa kata orang lain kerana bukan mereka yang mengisi setiap lauk pauk di rumah kita. Bukan mereka harungi setiap kesukaran kita, bil kita, hutang kita, anak-anak kita. Oleh itu, bukanlah satu alasan jika kita tidak mahu berusaha kerana mulut dan malu dek orang lain!

Saya berniaga sepenuh masa secara online. Saya gunakan setiap platform yang ada. Jika facebook tidak sesuai lagi untuk saya, masih ada platform lain. Yang penting anda berfikir bagaimana dan laksanakan. Mengeluh tidak mengubah apa-apa. Ia tidak mendatangkan kejayaan atau pendapatan, sebaliknya ia hanya memberatkan emosi dan tindakan.

Nak berjaya?
Teruskan berusaha!

Insha Allah anda semua boleh!

Sale tertinggi saya ni datangnya dari produk jualan spa dan sauna. Saya gunakan platform Shopee, blog, Carousell buat masa ni. Insha Allah nak lebarkan sayap lain pula. Facebook page dah ada tetapi saya pula kekangan masa update ... Huhu. Ebay? Ecommerce? Mudah.my?

Ada banyak platform yang kita boleh gunakan. Insha Allah, rezeki tidak pernah salah alamat.

Boleh kunjungi tempat pengiklanan saya di

Shopee : www.shopee.com.my/emmemarina
Blog : www.terapiwanitamoden.blogspot.my
Carousell : emmemarina
Read More

3/16/2018

Ambil Kelas Belajar Blog Untuk Bisnes Tidak Pernah Mengecewakan

Mengupah saya buat blog atau sertai kami dalam kelas buat blog sendiri adalah dua perkara berbeza. Mengupah saya untuk bina sebuah blog kedai sesuai bagi mereka yang hanya inginkan kedai blog dan bukannya blog branding. Lihat sebagai contoh, blog saya sendiri, emmemarina.com merupakan blog branding aka kedai aka informasi.

Weblog ialah dimana kita boleh jadikan blog sebagai diari peribadi, diari pencetus aspirasi, info terkini dan ilmiah juga kedai blog semata-mata. Ianya bergantung kepada kita sambil mengambil tahu apa kekuatan blog dan fokus utama dalam pembinaan sesuatu blog branding. Jika kita tidak mengambil tahu dua faktor ini maka blog anda bakal menjadi blog caca merba dan hilang arah.

Contoh blog kedua saya, iaitu blog DMS hanya fokus kepada produk DMS, syarikat DMS dan informasi menjurus kepada produk-produk iaitu tips kecantikan, info kecantikan dan masalah kegemukan yang semakin membimbangkan di kalangan rakyat Malaysia.

Bila anda belajar dalam Kelas Blog, anda lebih tahu bagaimana nak jadikan ranking blog anda di carian utama. Anda belajar bagaimana mencari money keyword berbanding hentam keromo menulis di blog. Pelaburan belajar dalam kelas mungkin sedikit mahal tetapi anda bakal menjana wang ringgit dari sumber blog. Bukannya jadikan blog anda pekasam.


Upah buat kedai blog = RM60
Belajar kelas blog bisnes = RM250


Untuk menempah, whatsapp 018-9100 852


Read More

3/01/2018

Customer Dari Blog. Jana Pendapatan melalui Carian Google. Anda Bagaimana?

Betul ke blog boleh menjana pendapatan?



Memang betul kalau tahu cara dan kena gaya. Kenalah selalu update blog, menulis dengan cara yang betul, perkenalkan produk melalui penulisan dan penceritaan di blog.

Sama juga kalau kita ada kedai, kedai selalu tutup. Barang pun tak dipamerkan. Macam mana orang nak tahu kan. Betul tak?

Ramai masih tidak mempunyai blog juga memandang enteng kepentingan blog kepada perniagaan mereka, maklumkan google ni tak selaju medium sosial seperti facebook atau instagram. tetapi tahukah anda? Rate closing pelanggan lebih tinggi melalui blog daripada kedua medium tersebut?


Kenapa?

1. Pelanggan mencari produk atau solusi dengan keinginan MEMBELI.
2. Pelanggan membaca setiap bait iklan/ penulisan/ pengalaman anda melalui produk tersebut. 

Jadi jika pelanggan dah baca, dah suka, dah menghayati agak-agak terus boleh convert kepada jualan?

KONFIRMLAH boleh!

Oleh sebab itu, iklan di blog kita perlu sentiasa lengkapkah setiap perincian produk, servis atau apa sahaja yang kalian promotkan termasuklah harga dan cara tempahan.

Jangan pula suruh PM dekat blog. Haru jadinya!







Ada 2 peluang kalian di sini

1. Menyertai program kelas blogshop melalui Akademi bekerja di rumah (KLIK SINI)
2. Mengambil tempahan buat kedai blog melalui saya sendiri (KLIK SINI)
Read More

4/20/2017

Jana Pendapatan 100% dari Blog

alhamdulillah. 100% pendapatan terjana dari medium blog.

bila saya mula berazam untuk fokus jualan online.
perkara pertama yang berada di minda ialah, bagaimana aku mahu kuasai pasaran online?

jadi perkara pertama saya fikir ialah google.
yup, kerana saya salah seorang yang amat suka menggoogle.

lalu bila saya google. google ini akan bawa saya ke sebuah laman yang penuh dengan informasi yang saya perlukan.

tidak kiralah website (dotcom) atau blog (blogspotdotcom) atau wordpress.

sejak itu saya belajar buat blog dan bagaimana menjana pendapatan melalui blog. bukan mudah rupanya. ada tekniknya. ada ilmunya.

terjumpa kelas asas blog secara online. yurannya pon berbaloi. alhamdulillah, sekarang saya di sini, betul-betullah namanya working at home mom.

hari-hari pelanggan masuk tanpa saya beriklan secara aktif. bila mana perlu, update blog semula, kemaskinikan informasi di entri, ubah tarikh kepada paling terkini.

adakalanya pelanggan kata, "saya nampak produk ni di facebook, saya pon google lalu jumpa blog sis"

alhamdulillah.


Read More

3/28/2017

Ilmu Blog buat Duit Tiada Percuma. Ini Buktinya

Dalam kami mempromosikan kelas online belajar blog sebagai sumber pendapatan, dengan bayaran yuran kelas yang amat berpatutan masih ramai yang komplen dan merasa susah untuk membayarnya. Mungkin kerana kelas online belajar blog ini tidak popular dan tidak dihadiri oleh artis.

Tetapi tahukah kalian dikalangan kami terdapat ramai para ilmuwan dan pelbagai jenis bidang pekerjaan yang sama-sama belajar di dalam kelas asas blog ini. Baik editor, penulis buku, jurutera dan ramai lagi.

Kelas online asas blog kami mengajar dan membimbing dari asas anda menyiapkan blog, iaitu dari penjenamaan, pembinaan blog profesional, penulisan malah bagaimana mencipta ruang fokus bagi blog anda. Ini baru asas. Selain itu, matlamat utama kami ialah menjadikan blog sebagai sumber pendapatan aktif mahupun pasif.

Paling penting anda!

Kejayaan tidak bermula dalam sekelip mata. Ianya dibina. Apabila kejayaan dibina dengan usaha kita sendiri, maka kita akan lebih menghargai.

Bina kedai online bersama kami. Mahirkan diri dan kemudian anda bila-bila masa boleh bina empayar lain tanpa perlu mengupah orang lain.


Di sini kelas dijalankan secara online sahaja. Tidak perlu berkejar ke sana ke mari. Tidak perlu luangkan masa khusus untuk ke bengkel dan tinggalkan anak di rumah pengasuh. Semuanya dibimbing secara kumpulan dan persendirian di whatsapp dan facebook.

Saya kongsikan asas bina kedai online yang bakal anda pelajari di dalam kelas kami:

1. Email
2. Google + akaun
3. Blogspot
4. Masukkan label
5. Masukkan "gadget-gadget" penting di blog bisnes.
6. Page
7. Borang tempahan
8. Link kan FB ke blog
9. Link kan Fanpages ke blog
10. Cara masuk gambar

Pendaftaran dibuka untuk Kelas Bulan April (10-30 April). Kelas secara online di Whatspp group. Saya hanya perlukan 10 pendaftaran sahaja. Siapa cepat dia ada dapat belajar dulu.

Setiap bulan kuota kami dibuka seramai 10 orang pelajar sahaja.

#janapendapatanmelaluiblog

Buat duit dari blog. Sama ada aktif atau pasif.


Read More

3/21/2017

Tips Blog sebagai Pasif Income



Tips blog :

Apabila traffic blog sudah tinggi, boleh jadikan blog sebagai medium pengiklanan. 

Untuk permulaan boleh ambil bayaran pengiklanan i blog serendah RM5 sebulan, kalau ada 10 barang untuk diiklankan bukankah sudah ada RM50 sebulan. 

Bukankah itu sudah mnjadi income pasif kita?..

Macam mana untuk dapatkan tip traffic blog tinggi? 


Tip dan cara ini boleh dipelajari dalam kelas asas blog penulisan dan kelas asas blog fanpage. Mahu belajar cara menjana pendapatan pasif melalui blog, hadir mana-mana kelas asas blog. Pendaftaran masih dibuka untuk 7 tempat lagi .

Sebulan hanya 10 tempat kosong sahaja.

Mahu turut serta, boleh whatsapp saya di link ini www.wasap.my/60189100852
Read More

Apa Beza Kelas Bina Kedai Online dan Kelas Asas Blog Penulisan ABDR?

Soalan:
Apa beza kelas asas blog penulisan dengan kelas bina kedai online?

Jawapan:

Berikut butiran kelas asas blog dan penulisan.

Kelas asas blog dan penulisan:

1. Belajar asas blog (blogspot)

2. Belajar menulis berdasarkan apa FOKUS PENULISAN berdasarkan siapa PEMBACA SASARAN.

3. Tukar pembaca kepada PELANGGAN.

4. Belajar menulis secara konsisten.

5. Jadikan minat, kemahiran dan kepakaran sedia ada ke bentuk penulisan. Jadikan ia sebagai panduan.

6. Tukar blog yang tidak ada pembaca dengan membina 'kelompok' pembaca sasaran.

7. Apabila blog sudah mempunyai sasaran pembaca yang 'tepat', maka sudah boleh ditukar kepada pembeli.

8. Blog adalah salah satu medium pemasaran percuma. Namun penulisan yang baik dapat membina pengaruh kepada pembaca.

9.Kelas asas blog dan penulisan perlu menguasai 44 entri dan 5 label. Ia akan diberikan selepas daftar dan analisa.

Daftar mana-mana kelas online blog abdr
1. Kelas online asas blog penulisan
2. Kelas online blog mula bisnes


atau

3. kelas blog bisnes dan penulisan serentak (pilihan popular di kalangan pelajar ABDR)

Read More

3/19/2017

Belajar Asas Kedai Online Blog Pengambilan April Sudah Dibuka

Khas untuk kalian yang mahu bagaimana membina sebuah blog bisnes. Belajar langkah demi langkah membina :

1. Email
2. Google + akaun
3. Blogspot
4. Masukkan label
5. Masukkan "gadget-gadget" penting di blog bisnes.
6. Page
7. Borang tempahan
8. Link kan FB ke blog
9. Link kan Fanpages ke blog
10. Cara masuk gambar

Pendaftaran dibuka untuk Kelas Bulan April (10-30 Mac). Kelas secara online di Whatspp group. Saya hanya perlukan 10 pendaftaran sahaja. Siapa cepat dia ada dapat belajar dulu.

Kalian boleh lihat contoh blog pelajar bulan ini.

 http://irdarina.blogspot.my/?m=0 

Ini baru chapter pertama.

Kami ialah pioneer dalam mengajar pemasaran melalui blog.

Kelas dilakukan secara online sahaja. Anda tidak perlu risau hadir ke kelas jauh dari rumah. Tidak perlu bersesak dalam kesesakan lalu lintas. Tidak perlu meninggalkan anak di rumah.

Semua bimbingan adalah melalui online semata-mata.

Seperti saya yang mampu menjana pendapatan sehingga 5 angka sebulan hanya dari blog. Anda pasti boleh.

Hargai setiap ilmu yang dicurahkan dan applikasinya.

Itulah tujuan kelas asas blog ini dibuka.


Bimbingan kelas asas blog bagaimana menggunakan kata kunci sebagai tarikan traffik kedai blog anda

Terdapat dua jenis kelas berlangsung setiap bulan.

Sebulan kami buka kepada 10 orang sahaja.

Kelas asas blog bisnes dengan 6 ebooks percuma : RM250

Kelas asas blog bisnes dan penulisan berpengaruh dengan 10 ebooks percuma : RM300

Bagi yuran RM300 anda juga dinaik taraf seperti saya iaitu pengurus online ABDR.

Mahu sertai kelas april?

8 kekosongan lagi.
Wassap saya ya

0189100852: www.emmemarina.wasap.my


Read More

3/11/2017

Berbaloi Belajar Kelas Blog Bisnes ABDR

Hari ini saya kongsikan bagaimana kelas blog berlangsung ya. Ramai takut nak daftar kerana tak pasti boleh komit atau tidak sebenarnya.
1. Daftar kelas blog. (Saya akan masukkan ke group kelas di WA)
2. Baca ebook asas blog (ebook wajib baca)
3. Jawab analisa soalan
4. Saya akan berikan tugasan mengikut hari. Sehari 2 atau 3 tugasan. Kalian hanya peruntukkan masa 1jam sahaja sehari untuk siapkan tugasan.
5. Cuba konsisten tulis 1 entri sehari. Lebih kurang 15-30 minit masanya.
6. Selesaikan setiap tugasan yang diberikan mengikut tempoh.
7. Selepas tamat kelas, ada 1 minggu waktu kecederaan untuk siapkan mana-mana yang belum selesai.
8. Selesai, saya akan serap ke kelas rasmi di group FB.
Mudahkan, hanya perlu ada laptop atau gadget berinternet. Masa masih fleksibel. Lontarkan soalan bila-bila masa ketika kalian siapkan tugasan.

5 lagi kosong untuk kelas BLOG BISNES Bulan Mac. WA 0189100852

#kelasblogbisnes #buatduitdariblog


Read More

2/07/2017

Fokus Kata Kunci Buat Duit di Blog - ABDR

Jadi kalau dah hilang arah punca nak menulis macam mana ye? selain dari menjual melalui penulisan kita apakah ada cara lain untuk buat duit melalui blog?



Anys Idayu Zakaria itulah pentingnya kena terus konsisten menulis. tulis catatan harian dan catatant pengalaman, dua ini label penting membantu supaya lebih konsisten menulis setiap hari. Fokus pada label dan tajuk blog



Dhuha Rashidi Ia bukan masa yang singkat kan cikgu

Anys Idayu Zakaria betul dhuha, dan bukan juga automatik, tulis sekali orang terus mahu beli



Dhuha Rashidi Betul. Saya sekarang cuba menulis tajuk yang saya tengok ramai orang google. So sekarang tajuk yang orang cari di blog saya berkaitan kelas ,bengkel, kursus, khat untuk pelajar sekolah. Saya fokus itu dulu .nak tengok traffic macamana dalam beberapa tempoh. Kemudian. Ada satu sekolah swasta ni call saya untuk bincang hal kelas khat daerah selangor. Dia google.



Dhuha Rashidi Oh begitu ya. Patutlah cikgu kata buat saja. Hehehe. Paham sudah.





Buat sahaja, jalan terus. Jangan baru tulis sekali dua sudah tanya bagaimana mahu jana pendapatan dari blog, tulis tulis tulis. Jangan putus asa dari menulis dan berkongsi. Boleh ;)


Read More

11/18/2016

Sampai Bila Mahu Bisnes Acah-Acah di Facebook?

Alhamdulillah...
Sejak awal tahun 2016
Fokus modus operandi hanya di blog sahaja
Berbekalkan modal bagi yuran kelas
Balik modal semula dalam 1 bulan sahaja
Yang paling penting bagi saya sendiri seorang surirumah aka pelajar
Bukanlah soal duit tetapi ilmu dan pembelajaran yg amat berguna
Hingga kini, apa jua bisnes@produk yang saya iklankan hanya menggunakan blog sahaja sebagai tapak iklan saya

Menurut Bill Gates

" in today's World, if  they can't find your website, your company doesn't exist " - Bill Gates

Fakta

644 Million Active Website in The internet - Netcraft's March 2012

7 Billion Worwide Internet User

28 Million Malaysian

17 Million Internet Users in Malaysia ( 60% )

Jika anda hari ini masih terkial-kial posting, scheduling dan adding rakan facebook yang mana hanya maksima 5,000 kawan sahaja di mana hanya beberapa peratus yang boleh lihat newsfeed anda.

Fikirkan semula😉

Mahu berniaga?
Berfikirlah lebih jauh, facebook, instagram hanyalah satu ruangan sosial ianya bukan tapak kedai anda.

Baik online ataupun offline.

Jika post ini menyedarkan anda tentang sesuatu, pm atau wassap saya 0189100852

Insha Allah

#workingathomemom
#bisnesonline


Read More

10/06/2016

Blog = Long term dan short term Bisnes

Blog atau website menggunakan platform Google sememangnya bukanlah satu pelaburan yang rugi. Malah anda yang menjadi rugi kerana tidak menggunakan kemudahan platform percuma ini dengan baik khasnya jika anda seorang peniaga.

Untuk memiliki sebuah website mungkin agak sukar kerana ianya memerlukan modal yang tinggi, kecekapan menguruskan html, css dan segala coding yang sukar untuk kita fahami. Hal ini boleh menyebabkan anda kecewa dan berputus asa sebelum bermula.

Tetapi, terdapat satu lagi platform bagi membina kedai online anda secara percuma dan tidak kurang juga sangat digemari oleh Google. Ianya Blogger.

Membina blog adalah sangat mudah. Applikasinya ringkas dan sangat senang dioperasikan. Tidak melibatkan coding atau kepakaran IT yang tinggi. 

Namun, jika anda bertujuan untuk membina sebuah kedai online dengan fokus jualan yang tinggi. Tidak kira sama ada, anda mahukan blog bisnes sahaja atau blog bisnes dengan campuran berunsurkan peribadi, anda perlukan guru untuk membimbing anda.

Dan ilmu inilah yang menjadikan ianya mahal serta memerlukan komitmen anda bagi melengkapkan blog bisnes anda.


Anda tiada masa untuk menghadiri bengkel kelas blog bisnes?

- Kami lakukannya secara online sahaja dengan masa yang amat fleksibel.

Anda tidak yakin dengan penggunaan blog kerana tiada kepakaran IT?

- Kami membimbing anda dari kosong ilmu kepada mahir blog hanya di dalam kelas online sahaja. Dengan modul yang amat mudah difahami serta kesabaran guru blog yang tinggi mengajar anda sehingga dapat. Nota toturial bergambar lengkap disediakan.

Apakah modul bagi kelas asas blog bisnes ini?

1. Bina kedai online asas berdasarkan apa produk atau servis. Contoh produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan, kecantikan.
2. Kelas ini khusus untuk mereka yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
3. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
4. Mahu mula tetapi tidak ada produk. ABDR menyediakan beberapa produk piihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. (Pilihan jika anda mahu berniaga tetapi tiada produk jualan)
5. Belajar jana pendapatan melalui blog.
6. Asas kedai online, borang tempahan, lima label utama.
7. Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.
8. Mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh. (Apabila anda berniaga atau mempunyai kedai secara online, maka semua orang boleh memiliki kedai online ini walaupun anda seorang dropshipper).

Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.
Bila kelas ini dibuka untuk pendaftaran?

- Dahulu kami buka pendaftaran setiap hari tanpa had. Namun, kerana pelajar bagi kelas online blog bisnes ini semakin ramai. Kami menghadkan setiap bulan hanya 10 orang sahaja. Siapa yang mendaftar dahulu berpeluang mengikuti kelas online ini pada bulan tersebut.

Berapakah yuran yang diperlukan bagi kelas online blog bisnes ini?

Terdapat 3 jenis pakej pilihan anda:-

1. Pakej Blog Bisnes (Fokus kepada pembinaan kedai online)

- RM200
- Bonus 4 ebook (ebook blog, super wahm super mom, mula bisnes butik, 101 idea home based bisnes)

2. Pakej Blog Penulisan Rakan Niaga ABDR (Fokus kepada mereka yang tiada produk jualan tetapi mahu berniaga dan menjana pendapatan)

- RM250
- Anda menjadi rakan niaga bagi ABDR sebagai pengurus online ABDR yang sah.
- Bonus 6 ebook (ebook blog, super wahm supermom, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea bisnes, ebook yeay mama sudah resign, ebook 10langkah mudah bina kedai online)

3. Pakej Blog Bisnes dan Penulisan Serentak Rakan Niaga ABDR (Anda fokus pembinaan kedai online juga pada masa sama bertindak sebagai Rakan Niaga)

- RM300
- Anda menjadi rakan niaga bagi ABDR sebagai pengurus online ABDR yang sah.
- BONUS 10 EBOOK - ebook blog, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea bisnes, ebook panduan berpantang, ebook resipi berpantang, ebook super wahm supermom, ebook rahsia khidmt pelanggan, ebook yeay mama sudah resign, ebook 10langkah bina kedai online, ebook panduan rakn niaga blum terbit)


Berminat untuk mendaftar di dalam kelas online blog bisnes kami?

Hubungi saya segera untuk pendaftaran,
Jadilah antara 10 peserta pertama pada bulan ini. (Oktober 2016)

Kelas masih memiliki 9 tempat kosong ketika saya menulis entri ini.


Pengurus Online ABDR
Emme Marina
0189100852
Read More

6/19/2016

Belajar Blog Untuk Bisnes

Teks: Emme Marina Mohamad

Assalamualaikum semua,

Akan ada masa di mana konsistensi seseorang penulis itu terhenti oleh kerana pelbagai asbab. Tetapi konsitensi yang berlandaskan minat dan semangat untuk berkongsi adalah perkara yang terpuji. Masya Allah adakah kalian begitu?

Alhamdulillah, tahniah saya ucapkan.

Blog saya ini merupakan blog utama. Tetapi adakalanya saya juga menghadapi kegagalan cetusan idea hingga adakala terasa malas ingin menulis. Berat?

Naya sungguh kes ni kan?

Tetapi alhamdulillah, walaupun sudah kurang menulis. Tetapi traffik blog sentiasa naik dan tetap menerima pengunjung.
.

Besar sebenarnya harapan saya dengan blog ini. Ianya bukan sekadar sebagai blog bagi saya menjana pendapatan tetapi untuk saya kongsikan pelbagai ilmu pengetahuan yang saya ada. Ini termasuklah catatan harian yang mungkin dapat membantu kalian walaupun sedikit cuma.

Mudah-mudahan Allah merahmati impian kecil saya ini.

Berbalik kepada entri saya iaitu "blog untuk bisnes". Apa yang kalian faham tentang blog? Dan persoalan paling menarik ialah bagaimana blog boleh buat duit?

Soalan ni memang paling meletop, semua orang nak. Tetapi boleh ke?

Semestinyalah boleh.

Sesiapa yang kata tidak boleh, maka anda sedang salah faham atau ada dimana kefahaman yang mungkin tersangkut di mana-mana ni. Jangan marah ya. Teruskan pembacaan...

Anda tahu laman web? Bahasa melayunya, laman sesawang.

Mesti tahu bukan?

Paling senanglah, website google. Taip sahaja, www.google.com atau untuk malaysia, www.google.com.my. Apa gunanya laman web google ini?

Ya, untuk mencari.

✅ Nak cari produk
✅ Nak beli barang
✅ Nak cari maklumat
✅ Nak cari solusi bagi sesuatu masalah yang sedang dihadapi

Ini merupakan 4 sebab utama kenapa kita gunakan laman web google.

Dan harus saya salute pada rakan shaklee kerana kalau bab penyelesaian masalah dan perkaitan produk jualan mereka sangat hebat. Google sahaja masalah dan rawatan contohnya, selalunya saya akan dsambungkan ke blog mereka.
Maka apa? Tak semena saya membaca, mendapat penyelesaian dan mungkin terus tertarik untuk membeli produk mereka!

Anda nampak?

Begitu juga jika anda menjual sesuatu produk itu, anda nak blog anda jadi antara blog yang menjadi senarai teratas di carian google. Anda harus tahu, bagaimana memanfaatkan kata kunci supaya blog anda mampu tersenarai.

Inilah fungsi kelas asas blog bisnes yang kami buka. Bukan sekadar anda belajar buat blog, tetapi bagaimana memanfaatkan blog sepenuhnya bagi bisnes kalian. Belajar dengan kami di sini dimana kelas dijalankan secara online sahaja.

Tidak perlu hadir ke kelas offline. Masa juga adalah fleksibel. Mudah sahaja kan? Anak tetap dapat dijaga, kos pengangkutan dan penginapan dapat dijimatkan!

Saya tunjuk sedikit testimoni jualan dari blog saya sendiri ya. Juga bukti bahawa blog saya itu berjaya mendapat ranking utama carian google hasil saya belajar dalam kelas asas blog bisnes ini.

Untuk pengetahuan semua, saya mengambil pakej paling besar iaitu kelas asas blog bisnes dan penulisan serentak serta sebagai rakan niaga akademi bekerja di rumah. 3 dalam 1 ya.

Boleh dikatakan sejak saya menyertai kelas asas blog bisnes ini. Sememangnya pendapatan saya datang dari blog. Ini kerana saya sendiri sudah lama tidak beriklan di facebook.

Gara-gara kekangan masa yang sangat terbatas. Malah adakalanya ketandusan idea beriklan di facebook dan pelbagai lagi faktor dari algorith facebook sendiri. Membuatkan saya rasa sedikit lelah untuk mengejar dengan keadaan diri yang terlalu sibuk.

Apabila kita bekerja dari rumah sambil menjaga anak dan menguruskan rumah tangga, saya percaya inilah medium terbaik dengan mentor dan bimbingan yang pastinya menjanjikan anda pengurusan masa yang lebih effisien sambil bekerja dari rumah.

Mari jadikan blog sebagai sumber pendapatan aktif anda, tidak kira di mana anda berada.

Belajar cara memaksimakan produk jualan di laman internet sebaiknya.

Jika kalian sudah bersedia,
Hubungi saya untuk terus berdaftar

018 9100 852

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Popular Posts

Blog Archive

Pageviews

BTemplates.com

Blogroll

About

About

Copyright © Diari Seorang Suri & Bisnesmom | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com