Berkongsi kisah kehidupan sebagai suri dan pada masa sama, berniaga untuk bantu keluarga. Suka sharing berkaitan online marketing dan menjual produk islamik seperti jam azan untuk rumah, jam tangan azan, al quran digital dan macam-macam lagi.

Read More

Selamat Datang Ke Blog Emme Marina

Semoga Dilimpahi Rezeki dan Keberkatan Buat Semua Pembaca
Read More

Servis Facebook Page

Paling saya suka membantu sahabat semua, berjaya dalam bisnes insya Allah. Pasti berjaya
Read More

Al Quran Digital

Pembantu peribadi anda memperbetulkan bacaan, belajar tajwid dan lebih seronok mengaji. Insya Allah
Memaparkan catatan dengan label catatan bisnes dari rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label catatan bisnes dari rumah. Papar semua catatan

5/16/2020

Tutup Kedai di Shopee


Lagi beberapa hari kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Oleh sebab itu saya tutup dahulu pengambilan order dan pengeposan di Shopee. Jika tahun-tahun sebelum ni, jarang saya tutup kedai awal, tetapi kali ni lain macam auranya. 


PKP season + Raya, lambakan parcel yang delay shipping menyebabkan saya terpaksa tutup kedai awal. Hakikatnya saya hanya tutup kedai di Lazada dan Shopee sahaja. Untuk sebarang tempahan, jika nak saya poskan masih boleh diterima cuma bukanlah di Shopee. 


Masih ada banyak order yang customer belum terima lagi. Ada yang dah diposkan dan belum discan pun ada. Haru tahu. Haru kerana modal semuanya sudah dilepaskan dan belum dapat rolling modal sepenuhnya lagi. Pending. Sangkut modal. 


Berniaga mengikut kemampuan diri. Modal sudah hampir tipis nak teruskan ambil order di Shopee dan Lazada buat masa ni.


bisnes shopee
Masih ada banyak pending order dan shipping disebabkan kelewatan di pihak kurier. Oleh sebab itu saya buat keputusan untuk tutup kedai awal raya ni



Saya mulanya nak set Vacation Mode, tetapi kekurangan terbesar vacation mode ni takde siapa boleh order di kedai anda. Jadi pilihan kedua ialah setkan kedai kepada PRE ORDER MODE. Kemudian, anda setting Auto Chat anda kepada skrip "percutian" , maklumkan kepada pelanggan mengenai percutian anda dan bila anda mula bekerja dan bila order mereka mula diposkan.


Cara ini merupakan cara terbaik jika kedai anda bukan berstatus PREFERRED SELLER. Kenapa? Jika kedai anda preferred seller anda tak boleh setkan kedai kepada 100% pre order mode. Kaedah ini akan membuatkan anda terus hilang title preferred seller nanti. Haa, menangis tak berlagu!


Jadi kita anda seorang PS di Shopee, perlu waktu time off dari menerima order dan perlukan rehat. Sila setkan kedai anda kepada vacation mode kay!


Setting ni tak semua orang boleh ikut, kang tak pasal anda salahkan saya sebab saya suggest pre order mode huhu.


Anda dah dapatkan Ebook Percuma Belajar Bisnes di Shopee? Saya dah pun siapkan version 4. Boleh dapatkan di sini






Read More

7/03/2019

Bila Degree is Just A Paper And You Are Officially A Full Time Housewife

Membuat pilihan bekerja sendiri dengan Ijazah kita akan ada rasa rendah diri or low self esteem terutamanya bila bersama dengan rakan seuniversiti. Cita-cita dulu tinggi melangit dengan Degree Engineering yang dipikul.



2017 - selesai sudah Master in Science.


2016 - I belive being at home is much suitable for me. And then Allah gives us another child.



Seeing my kids growing up and not able to be independently like i was before when im at their age is very concerning. Not able to walk alone and cross the road is worrying.


Having the fourth child, and me going away?


My husband always need me around. Work is good. Not being able to be with them is not good at all.


Sebab itu, i do my best in business. I am no bisnes student. I am just normal person with zero knowledge of sales and marketing.


Staying with universiti groups with all the Doctor - IR level, really make me yeah wanna lay low a bit.. hehe . A bit is good.


But really, being myself is always never lay low. I always speak out my vision or opinions. Especially in groups that i am involved with.



No need to be above the rest. Just be yourself.



Jadi surirumah with Degree and Master in science and engineering is far better. At least, you can teach your children with level of higher difficulties. I guess (ayat sedapkan hati sebenarnya)... Masih ada orang yang pandang serong bila saya pilih to be WORKING AT HOME MOM.



Syukur my husband always supportive. I know deep down, he doesnt want me to go anywhere farther than him. To always have me 24 hours with him is a bless. To be able to help him with our financial is a bless.


Semoga Allah terus rahmati keluarga kami dan berikan saya kejayaan dalam bidang rezeki yang saya ceburi.



Moral of the story guys: Jangan pandang rendah rezeki yang kita miliki. Tidak kira apa jua status kita hari ini. Lakukan kerana insan tersayang, lakukan dengan mahukan keberkatan Ilahi. Insha Allah, bukan sahaja bahagia dan tenang di dunia tetapi bawa ke akhirat.





Salam kejayaan buat semua wanita,

Emme Marina
Working at Home Mom with 4 Daughter.


Read More

5/08/2019

Salam Ramadhan dan Selamat Menjemput Rezeki

Bismillah. Salam ramadhan buat semua pembaca blog. Hari ketiga barulah dapat meluangkan sedikit masa menulis. Alhamdulillah, 2 hari bercuti pada awal Ramadhan diisikan masa dengan aktiviti.

Kebiasaannya, hari pertama dan kedua badan kita masih tidak biasa berpuasa. Apatah lagi anak-anak kecil, cuba bertahan dengan mimik muka yang monyok. Dari air muka mereka meminta sedikit air bagi menghilangkan dahaga. Alahai, sayu hati si ibu. Namun, tegas harus ada demi mendidik mereka. Sedikit nasihat dilontarkan agar semangat mereka untuk terus berpuasa sehingga azan Maghrib diteruskan. Allahu akbar

Malangnya hari kedua, kami semua tidak sempat bersahur. Gara-gara tidur lewat dengan kepenatan siang saya dibangunkan pada jam 6.30 pagi untuk menunaikan subuh. Allahu. Paling saya terasa apalah nanti anak-anak mampu atau tidak. Memang sejujurnya, melepek mereka di sofa, di bilik. Hehe. Sungguh hari kedua ujian terhebat anak-anak syurga ini. Saya pula membenteng anak bongsu supaya tidak menyusu badan. Syukur, Allah bantu fahamkan. Seharianlah si kecil menyusu dengan botolnya sabar dan baik. Malam tiba, terus hilang kefahaman dan melekap sahaja di badan.

Saat itu, saya bersyukur sangat-sangat kerana Allah bantu permudahkan urusan kami di hari puasa kedua. Bila anak kecil itu mampu faham dan sabar akan situasi mama supaya tidak menyusu badan. Allah maha mendengar lagi maha mengasihani.

Empat hari kami bercuti dari sabtu ke selasa, betul-betul sibuk. Sibuk sebagai seorang isteri, pengurus rumah dan ibu buat keempat-empat anak ini. Tidak duduk untuk berehat ada sahaja kerja dan permintaan untuk ditunaikan. Hendak melihat kerja atau beriklan sedikit cuma terlalu sukar. Fokus hilang. Mama cuma mahu rehat untuk badan dan minda.

Beginilah kehidupan saya bila bercuti dengan keluarga. Keluarga atau bisnes?

Sungguh ini adalah soalan bukan sahaja untuk saya tetapi semua wanita bergelar isteri. Ini juga soalan dan keputusan yang saya lakukan. Jika mahu berniaga dan menjadi suri maka pilih keluarga sebagai penyebab utama kerana inilah sebabnya kita ibu tidak bekerja diluar. Maka, keluarga adalah keutamaan, insha Allah, rezeki kita Allah akan beri sebaiknya.

Mahu disangkal lagi?

Apakah Allah tidak beri kita secukupnya?

Ada insan lain berbisik:
eh mahu bisnes tapi tidak online.
Eh, mahu bisnes tetapi lewat reply.

Banyak lagi, tetapi bagi kita yang memahami akan Allah dan aturannya. Insha Allah kita tahu, Allahlah yang memegang hati setiap pelanggan kita. Dia jaga rezeki kita. Dialah juga yang memberi setiap sen kepada kita.

Lalu, jika nak jadi suri dan berniaga. Maka niaga di depan? Keluarga di belakang?

Fikirkan. Hehe.

Inilah prinsip yang saya pegang. Ada yang berkata, jangan beritahu pelanggan akan situasi kita. Mereka tidak mahu tahu. Tetapi mereka manusia bukan? Mereka seperti kita. Kita juga manusia. Kita berbahasa dan mendengar. Dan ya, saya maklumkan sahaja pada customer akan kenapa saya lewat. Mereka akan faham, dan jika rezeki itu bukan milik saya maka ianya tidak akan jadi milik saya. Redhalah kita dan usah bersedih akan rezeki yang bukan empunya.

Insha Allah ada rezeki lain menjelma.

Teruskan usaha ya sahabat. Kita semua boleh.
Read More

4/18/2018

Konsisten Menulis Setiap Hari - Ibu Bekerja Sendiri

Bismillah

Menulis setiap hari di blog adakalanya memerlukan fokus dan keazaman yang tinggi walaupun sekadar menulis catatan harian. Untuk menulis dari hati, ia memerlukan mood bak kata rakan-rakan blogger dan habit. Jika anda sudah lama tidak menulis, anda akan rasa sukar meluahkan. Makin lama ditinggalkan makin sukar menulis dan akhirnya penulisan dan idea menjadi tumpul.

Saya kagum akan blogger yang menulis setiap hari tanpa jemu. Menulis dengan penuh kasih sayang. Semoga saya juga dapat konsisten menulis setiap hari buat pembaca semua.

Ini blog saya, hanya seorang suri rumah berniaga secara online melalui platform blog dan apa jua yang ada di alam maya. Berniaga sambil membesarkan 4 orang anak sangat mencabar. Namun, saya yakin jika kita teruskan usaha dan percaya bahawa Allah telah sediakan segalanya yang terbaik buat hambaNya, maka kenapa kita harus berfikiran negatif.

Kesibukan dan ujian membesarkan anak-anak, menguruskan rumah sambil berniaga adalah ibadah buat kita selagi kita masih hidup. Apa yang kita harus lakukan ialah teruskan bersemangat melakukan apa jua aktiviti dan percaya bahawa Allah telah pun menyediakan rezeki buat kita. Jika berniaga secara online ini ialah kerjaya dan rezeki buat keluarga saya. Saya sangat-sangat bersyukur. Walaupun penuh hiruk pikuk membesarkan anak-anak hingga adakalanya stress hingga tumpul segalanya tetapi hanya ini sahajalah masa saya dapat melihat mereka semua membesar dan menjadi rakan terbaik mereka. Bukan sekadar membesarkan tetapi mengajarkan mereka akan dunia dan Islam. Semoga saya mampu lakukannya.

Buat kalian suri dan isteri bekerja, buatlah setiap perkara itu kerana Allah. Insha Allah yang keruh akan jadi jernih. Yang kusut akan jadi tenang. Yang murung akan bertukar menjadi bahagia.


p/s: saya nak kongsikan sebuah buku baru berkisahkan inspirasi ibu bekerja dari rumah. Edisi ini masih sedang disiapkan untuk final stage. Insha Allah akan keluar tidak lama lagi. Jika kalian mahu keluar dari kepompong kebiasaan ibu-ibu. Ikuti kisah ibu luarbiasa ini. Saya akan sharekan di entri akan datang ya. Nantikan :)




Read More

11/29/2017

Perancangan Mantapkan Sale 2018

Bismillah

Tidak lama lagi kita bakal bertemu dengan bulan terakhir 2017. Bila dilihat dalam masa setahun ini, ada turun naik dapat sale bulanan kita. Dan juga kekangan masa menguruskan database pelanggan. 

Bagi seorang peniaga, databased merupakan satu harta yang amat bernilai tetapi ramai di antara kita yang tidak sedar. Bayangkanlah jika anda sudah berniaga 3 tahun. Contohlah, 1 tahun. Jika sebulan ada 30-100 customer tetapi anda tidak bijak merekod anda sudah kerugian terlalu banyak!

Hilang 30 databased juga bagi saya sudah terlalu rugi inikan pula databased yang bertahun-tahun meniaga. Mungkin dalam bertahun berniaga kita sudah menukar banyak perniagaan. Biasalah tu, ada masa turun ada masa naik. Namun databased ini sangat penting untuk kita tukarkan pelanggan lama kepada pelanggan setia sama ada produk yang masih sama atau pun berlainan.

Kerana apa?

Kerana mereka masih berurusan dengan kita, iaitu orang yang sama. Kepercayaan itu ada bukan? Setuju? Jadi jika kita gunakan databased ini dan hubungi mereka mengenai kita sudah berubah hala dalam bisnes atau sekadar bernetworking. Tidak salah sama sekali!

Bagi saya yang dah meniaga dari 2011 hingga 2017. Ya Allah banyaknya kerugian. Belajar dari kesilapan. Usah ulangi lagi!

Jadi planning untuk menjadi seorang peniaga yang lebih bagus, sistematik dan boleh generate sale dari masa ke semasa. Kita sudah patutnya mula merangka planning bisnes kita pada tahun 2018.

Ini adalah list yang saya telah sediakan. Ada yang sudah diusahakan tahun ini, ada yang masih belum. Impian saya ialah berniaga secara online sepenuhnya. Saya berharap agar impian ini dapat terlaksana sepenuhnya dan akhirnya dapat menjana pendapatan berterusan secara pasif. 

Medium marketing
- blog/website (sudah ada dan dilaksanakan satu persatu mengikut niche dan produk)
- instagram (baru dilaksanakan sejak 3 bulan lepas - masih belajar)
- facebook (masih belum aktif sepenuhnya)

Bisnes Tools
- Database Dutanaga (sedang digunakan baru sahaja jumpa cara menyimpan databased terbaik bulan ni tunggu saya review selepas sebulan ye)
- FB Supertools (dalam perancangan)

Formula Rezeki dan Urusan Kewangan
- Magnetrezeki (sudah dapatkan dan baca - akan digunakan secepat mungkin)

Kelas dan Bengkel
- Kelas Blog Bisnes (sudah dan berjalan alhamdulillah pendapatan DMS 100% di sini dan sekarang sedang merangka untuk produk-produk jualan lain pula)
- Google Adwords (masih belum berjaya belajar.. Doakan saya berjaya masterkan skill google adwords ni ya)

Kita plan. Kita doa agar Allah bantu kita capai apa yang kita inginkan. Betulkan nawaitu berniaga. Jika kita terlalu sibuk mengejar dunia, kita takut kita dilupakan Allah untuk kejar akhirat. Maka, kita kene betulkan nawaitu kita berniaga.

Bila kita berniaga, yang beri kita gaji itu Allah. Dialah yang mengatur segalanya, sedang kita berusaha.
.
.
Mungkin bukan semua kita boleh belajar dan buat serentak hebat. Tapi dengan plan, kita sedang mendidik diri untuk lakukan peringkat2 ini dan secara automatik kita melakukannya.

Ada banyak cara untuk berjaya dalam perniagaan. Tapi soalan paling utama, adakah anda orangnya?


Kenapa saya kata gitu. Kerana anda tiada keiginan untuk berjaya. Orang yang berjaya ialah orang yang tak pernah putus asa untuk dapatkan apa yang dia inginkan? Betul?

Korang nak apa.. korang dapatkan sampai dapat. Tapi bila nak berjaya je dalam bisnes, ada rasa susah. lemau. takde semangat la semua sejuta alasan keluar tapi nak jugak berjayanya. TINDAKAN TIADA. PLANNING TIADA. USAHA NAK BELAJAR MARKETING TIADA. Anda lihat orang lain berjaya, anda kata itu rezeki dia. Memang betul tu. Betul la tu

Tapi dia yang berjaya tu duduk senang lenang ke? Cuba tengok FB dia punyalah aktif. Sosial pun dia, jual pun dia. Macam kisah dia ada. Instagram pun dia usaha. Kemudian kita lihat diri kita. Beza kita dengan dia. Adakah kita kuat dan positif sebagaimana rakan-rakan kita yang berjaya?


Bila kita down, usah biarkan diri kita lama sangat down. Yakinlah dengan rezeki yang Allah janji pada kita. Selagi mana kita berniaga yang halal, tiada riba, tiada unsur penipuan, tidak menyakitkan orang lain atau niat tidak baik. Insha Allah, usaha anda Allah sedang lihat dan nak beri. Bukan senang nak senang, jadi baik pun bukan senang. Banyak betul cabarannya. Tiada yang mudah di dunia ini. Tapi jika kita dapat lihat kasih sayang Allah pada kita, insha Allah semuanya akan baik dan jiwa kita juga tenang.

Usah tunggu hebat baru nak mula, kerana orang-orang yang berjaya mereka usahakan dari zero to hero. Untuk jadi orang berjaya, kita kena sentiasa di hadapan. Maka jadilah salah seorang daripada mereka. 

Insha Allah
Read More

11/01/2017

Berniaga dari Rumah sebagai Suri, Bagaimana Anda Menguruskan Anak-anak Kecil?

Bismillah,


Tenggelam timbul dalam menulis post yang konsisten di blog EmmeMarina sepertinya tidak berkesudahan. Tapi yakinlah saya sebenarnya menulis setiap hari di blog saya ini. Cuma bukan di sini. Saya mempunyai 3 blog bisnes yang saya uruskan, anda jika ada masa boleh berkunjung ke blog saya yang lain.


Untuk bisnes utama saya sebagai stokis sah DMS, anda boleh kunjungi Informasi DMS360 atau terus ke kedai blog DMS = www.dms360.my untuk tempahan.


Seperti anda lihat, ada produk baru yang saya mula fokus iaitu rangkaian produk dari Libo Spa. Founder spa ini merupakan rakan saya, alhamdulillah. Banyak kami belajar bersama. Saya juga meminati bidang ini dan ada bersangkut sedikit sebanyak dengan produk DMS, untuk produk-produk Libo Spa berkaitan dengan masalah wanita selepas bersalin dan wanita sudah berkahwin. Anda nak tahu lebih lanjut? Boleh kunjungi blog saya di sini www.terapiwanitamoden.blogspot.my


Alhamdulillah, satu lagi produk jualan saya lain terus dari niche kecantikan dan kesihatan wanita, iaitu Jam Tangan Islamik. Kunjungi blog utama untuk lihat koleksi kami ya... Klik jamtanganislamik.blogspot.my


Semasa sedang menulis entri ini, bayi saya yang bakal memasuki 9 bulan ini sudah terlalu lasak. Di mana saya berada di situlah dia. Jika hanya mahu berada berdekatan, okaylah. Ini mahu dipeluk, didukung, bila mana dia leka bermain (tidak ingat mama) atau tidur sahajalah waktu saya pantas membuat kerja-kerja. Mahu menulis, review produk adalah sangat sukar.


Ialah kita suri, ada pelbagai tugas. Kita tidaklah free sangat, dapur perlu dijenguk, rumah perlu dikemas. Sekarang jam 11.14 pagi, jam 12 perlu mengambil anak pula di taska, 12.30 hari ni kakak di sekolah. Jika boleh, setiap hari untuk menguruskan bisnes saya tidak mahu tidur. Haha. Dalam menulis ini terbayang kisah sehari-sehari yang dilalui dengan terikan, tangisan anak-anak dan kenakalan mereka. Tidak lama lagi cuti sekolah, harulah mama.


Namun, usahlah kita merasakan mereka ini beban. Jika anda merasakan anak ini beban untuk kalian berjaya dalam kerjaya anda. Bisnes anda. Tolonglah.. tolong berhenti berfikiran begitu. Masa mereka membesar sangat singkat. Tanpa kita sedari, kita kehilangan suara-suara yang memanggil nama kita. Esok lusa bila mereka semakin jauh ketika itu kita pula merayu untuk mereka kembali. Tidak kira apa kesukaran kita dalam berniaga dari rumah, hadapi dengan tenang uruskan dengan senyuman. Insha Allah dalam apa jua kepayahan, Allah ada untuk membantu kalian.


Doakan saya juga mampu untuk terus positif dan tersenyum ya :)


Saya doakan kalian berjaya dunia dan akhirat. Aamin






Rakan-rakan, Jika kalian suka dengan entri ini jom komen dan share pendapat kalian :)

Nak tahu lebih lanjut tentang produk DMS360? Boleh klik link www.dms360original.com atau www.dms360.my
Read More

10/03/2017

Momentum Bekerja dari Rumah

Bismillah..

Menjadi seorang suri dan berniaga dari rumah sepenuh masa bukanlah mudah. Jika di ofis, selama 8 jam bekerja tiada yang mengganggu urusan kerja kita. Jika ada, biasanya ia melibatkan kerja adhoc atau panggilan kecemasan dari pelanggan. Tiada rutin dalam kerja, kena asuh anak, melayan karenah mereka atau lain-lain kerja rumah. Anda hanya tumpukan sepenuh perhatian pada kerja dan mampu menyiapkan kerja pada waktu yang ditetapkan. Sebaliknya menjadi seorang ibu, mengasuh anak-anak, dari bayi berusia 7 bulan hingga anak berumur 7 tahun sangat mencabar. 

Saya berharap agar dapat menguruskan kerja dan urusan keluarga dengan lebih baik. Tujuan berniaga ialah untuk membantu kewangan keluarga. Dengan hanya suami berkerja ianya sukar buat kita semua. Tinggal di bandar, walau berbelanja di kedai taman sahaja menelan RM50 ke atas cumalah beberapa barang runcit. Saya amat-amat berdoa agar Allah terus merahmati perniagaan ini sehinggalah anak-anak dewasa. Pada masa sama, saya berhasrat untuk menggunakan keuntungan perniagaan ini bagi membantu NGO amal till jannah, sebuah organisasi medium bersedekah. Semoga setiap usaha kita semua bukan sahaja menguntungkan diri kita di dunia tetapi juga di akhirat.

Mari berkenalan dengan Amal till Jannah (ATJ) anda boleh lewati website mereka di www.amaltilljannah.com Alhamdulillah, website ATJ ini juga diselanggarakan oleh saya sendiri. Saya amat bersyukur belajar kelas blog di ABDR kerana dengan belajar blog, sekarang saya memiliki banyak kedai blog dan dapat membantu insan-insan lain yang memerlukan khidmat membuat blog. 

Kelas blog ABDR berjalan secara online sahaja. Jadi anda tidak perlu risau harus menghadiri kelas ini jauh dari rumah anda :)
Read More

8/15/2017

Ibu Si Penjual Online

Assalamualaikum rakan blogger sekalian, pembaca-pembaca yang dikasihi.

Cewah. Macam di zaman persekolahan sahaja ya. Teringat pada zaman persekolahan saya seorang yang amat pemalu dan sukar untuk bercakap di depan kelas. Walaupun saya seorang yang agak happy go lucky bersama rakan-rakan dan adakalanya jenis cakap lepas. Tetapi, bila cikgu panggil saya "Emme, ke depan" haa.. kaku seribu bahasa. Lawaknya apabila di universiti dan saya membuat keputusan untuk berubah dan menyertai pupuk kepimpinan dan aktiviti. Terus sahaja boleh dan mampu berbicara di hadapan ribuan teman dan siap ada pakai mikrofon lagi. Pertama kali saya berbicara, gugupnya Masya Allah. Allah sahaja lah yang tahu. 

Menjadi seorang peniaga online sepenuh masa bukanlah terdapat di dalam perancangan hidup saya sebenarnya. Namun, saya juga tiada cita-cita khusus tentang apa yang saya ingin jadi apabila sudah graduate. Berkelulusan dalam bidang kejuruteraan kimia. Secara logiknya saya bakal dan berada dalam bidang kejuruteraan yang mampu dipikul selaras dengan kemampuan dan kebolehan yang ada. Kerja pertama saya sebagai perantis ialah di Kilang membuat produk pengilangan itu sendiri. Plant design bagi oil and gas. Sangat best. Sebab materialnya, produksinya, pembuatannya dan pemeriksaannya mengujakan dan sangat selari dengan bidang pengajian saya. Namun, Allah itu lebih mengetahui. Walaupun saya boleh teruskan kerja di tempat praktikal, saya mengambil keputusan untuk menerima pelawaan dari Kilang semiconductor sebagai jurutera plating dan material. Tidak lari banyak dari pengajian namun bukanlah pengkhususan saya sebenarnya. Disebabkan basic kita adalah kimia sains dan elektrik, boleh lah kan? Dan di sinilah saya bertemu cinta hati saya iaitu suami saya sekarang :) cewah.

Percayalah sebagai seorang wanita yang suka bekerja, mahu menyahut impian sendiri untuk mempunyai kerjaya sendiri, gaji sendiri. Perkahwinan ini bukanlah untuk anda fikirkan diri anda 100% tanpa rujukan suami anda. Dan pada awal kahwinnya kami di Sarawak dan sukar pula untuk saya meneruskan kerja oleh kerana faktor mengandung, jauh dari tempat kerja, tiada kerja kosong akhirnya saya cuba untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Aduhai, giler nak dibuatnya, kerana ini bukanlah apa yang saya inginkan dan tidak tahu apa nak buat tu pun satu jugak. Bosan pun mungkin faktor terbesar kita tidak mahu menjadi surirumah. Dan tidak dinafikan cemburu akan kejayaan sang suami sedangkan kita sama-sama ada ijazah. betul? Biasalah manusia ya. ada sahaja sifat-sifatnya.

Allah itu Maha Mengetahui. Maha Pengasih. Sejurus melahirkan anak pertama, saya mendapat tawaran di Nilai, Negeri Sembilan sebagai jurutera pemeriksa (QC) pula di Kilang Plastik. HUHU. Lain macam bidang-bidang kerja sayakan? Kejap plant design, kejap seminconductor, kejap plastic injection. Syukur dengan kasih sayang Allah, antara salah satu kelebihan yang diberikan kepada saya sebagai hambaNya ialah keupayaan menyerap ilmu dan menerimanya dengan baik. Allah rindunya bekerja. Sewaktu ini kami tinggal berjauhan. Sukar tahu. 

Akhirnya setelah onak dan duri, haa saya pendekkan lah cerita ni. Kami dapat tinggal bersama itupun suami saya rahsiakan dia dapat tukar dari Sarawak ke Semenanjung. Pada waktu tu, saya sudah berhenti kerja di Nilai dan menyambung pengajian di Universiti dalam peringkat Sarjana pula. Manalah tahu rezeki lain pula kan? Sewaktu inilah saya mula berjinak-jinak berniaga secara online. 

Bukan senang tahu. Ingatkan up je status produk tu ada orang beli agaknya. TAKDE!
Berbulan-bulan la takde. Kemudian adalah rezeki atas usaha tanpa henti dan saya mula belajar mengenai perniagaan. Bagaimana nak buat iklan. Bagaimana buat facebook page. Bagaimana buat iklan dekat facebook. Masa tu 100% saya berniaga di facebook. Medium lain tak reti lagi. Tak jemu beriklan, tak jemu topup ilmu. Beli ebook A, ebook B sebanyak-banyaknya. Yang free ilmu pun follow. Masya Allah, apabila minat mula hadir dan saya merasakan ianya serasi dalam diri saya sendiri. Saya mula suka dan mula berimpian untuk meletakkan gaji itu pada diri saya, atas usaha yang dikerjakan. Bukan lagi makan gaji. Bukan lagi mengikut arahan dan masa kerja. 

Duduk serumah dengan suami pada tahun ketiga perkahwinan kami, saya mula mengenali sifat suami saya. Dia mahu melihat isteri dan anak-anaknya ketika pulang, cuti tanpa risaukan waktu saya, dan saya boleh berada di apa jua waktu ketika suami dan anak-anak memerlukan saya tanpa perlu risaukan gaji dipotong, bos marah, menyusahkan rakan sekerja. Ianya amat sesuai dengan kehidupan yang saya miliki. Maka, kenapa tidak saya jadikan kerjaya berniaga ini sebagai kerjaya saya?

Sejak itu, saya mula serius belajar ilmu marketing, dan ilmu-ilmu selain berniaga ini untuk menaikkan taraf diri ke peringkat lebih atas. Impian saya bukan lagi gaji sebulan RM2,000 ke RM3,000 tetapi lebih lagi. Kini saya miliki empat orang anak di mana saya mengasuh mereka semuanya sendiri. Walaupun saya masih tidak sempurna namun melihat mereka setiap hari, membesar dengan sangat pantas sangat membahagiakan. Of course, anda boleh bayangkan kegilaan mengadap budak-budak pelbagai ragam ni setiap hari. haha. Nak cuba? haa, duduk la u ols dengan anak-anak selama 2 hari pon jadilah. Tengok tahan ke idok. Part ni saya citer kat entri lain la yek.

Siapa saya ya?

Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Dengan berniaga saya bertemu rakan-rakan yang sangat positif. sentiasa mengingatkan saya tentang Pemberi Rezeki. Sentiasa ingatkan saya tentang keinsafan dan muhasabah diri. Bukan sahaja menyedarkan saya tentang bagaimana untuk maju dalam bisnes tetapi meningkatkan diri kita sebagai hambaNya. Allah itu maha baik sentiasa mengasihi dan mengampuni dosa kita semua.

Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Ujian itu adalah rahmat dan kasih sayang Nya pada kita. 

Jika kalian nak tahu, saya merupakan agen sah DMS360 antara salah seorang leader DMS, menjual jam tangan azan, stevia rcc, barangan patchwork, tudung labuh instant, juga insha Allah saya bakal membuka sauna di rumah saya sendiri dengan kerjasama Libo Spa. Alhamdulillah.

Anda suka berniaga?
nasihat saya, jangan putus asa. Teruskan usaha bersama tawakkal dan doa kepada Allah. Kerana semua ini, rezeki, harta adalah milik Dia. Berbuat baik dengan Allah dan yakin Dia akan berikan kepada Anda. Ikut jalan yang benar, bukan ikut jalan suka hati korang. haha. Ingatlah kita ni seoarang yang beragama Islam. Maka ikutlah jalan yang diredhai Allah.

Insha Allah, kalian semua pasti berjaya.
Read More

7/05/2017

2 Tahun Jana Pendapatan Melalui Blog. Alhamdulillah

Sedar atau tidak rupanya sudah masuk tahun kedua saya menjana pendapatan seratus peratus melalui blog. Gilerlah! Jujurlah ye, saya sebenarnya berblog untuk jana pendapatan ni dari tahun 2011 lagi. Dan setiap kali bertukar-tukar nama blog. Saya sendiri pada masa tu tak pasti kenapa harus blog?

Kenapa nak buat blog? Namun, saya tetap berniaga melalui facebook. Ha, bukan tiada. Pada zaman tu, boleh tahan jugalah berfacebook. Aktif terlebih. Tapi mesti nak jugak buat kedai blog. Salah satu sebabnya saya fikir, blog ibarat sebuah website jika kita google carian itu akan bawa kita ke blog kedai kita. Kedua, saya juga salah seorang yang aktif melakukan carian di google. Maka saya meletakkan diri saya sebagai pengguna. Namun, silap saya ialah saya tidak tahu bagaimana caranya meletakkan blog saya di carian utama google. Nak semak balik dan cuba dapatkan keyword blog juga tidak pandai. Menulis aje caca merba.

Patutlah takde hasil!!

Selepas masuk je kelas online blog bisnes. Masya Allah, clear jalan. Idea mencurah-curah. Dalam masa 1 bulan, berjaya dapat balik modal kelas blog dengan blog itu sendiri! Ingatkan saya je, rupanya pelajar-pelajar lain pun mula rancak berbisnes dengan blog. Alhamdulillah. Tak rugi malah berbaloi-baloi kerana hasilnya.

Dengan blog, setiap manusia di Malaysia malah muka bumi ni dapat order dengan kita. Dengan blog, takde kes terpadamnya iklan kita. Itulah kuasa blog. Dan google ialah sepakatan dengan blog! Bagus atau tidak?

Bagus kan?

Alhamdulillah. Sekarang bulanan pendapatan saya berniaga melalui blog sahaja 5 angka. Syukur alhamdulillah.

Kelas blog bisnes online. Dibimbing dari ilmu kosong kepada pandai berblog. Anda pasti boleh. Untuk berjaya berhenti berikan alasan.


Read More

4/05/2017

Belajarlah Berniaga melalui Blog

Sudah hampir 2 tahun saya fokus jualan produk di blog sahaja. Sehingga adakalanya media sosial saya seperti facebook dan instagram sepi. Menulis di blog bagi saya ibarat menulis diari. Meluahkan rasa hati dan pandangan. Menulis tanpa rasa resah akan mata yang melihat.

Jika keyword carian anda menemukan anda dengan blog saya, maka alhamdulillah. Kalian merupakan insan terpilih dan saya amat bersyukur apabila kalian dapat meluangkan masa membaca entri-entri saya di blog ini.

Sejak tahun 2014, apabila saya membuat keputusan berblog sebagai sumber pendapatan. Alhamdulillah, jadual harian dan tugasan sebagai surirumah dan ibu lebih tenang berbanding berniaga di media sosial. Tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan semasa kelas asas blog amat membantu malah tidak mustahil untuk menjana pendapatan dari blog! Nah, saya merupakan antara pelajar Akademi bekerja di rumah yang berjaya menggunakan blog sebagai sumber pendapatan utama!

Dahulunya sewaktu berniaga di facebook, saya menggunakan pengiklanan FB Ads untuk menjana pendapatan. Anda tahu menggunakan FB Ads? Selain itu, saya sendiri sangat aktif berniaga di facebook profile. Namun ia merupakan satu aktiviti yang amat penat bagi saya, belajar, menjadi surirumah sepenuh masa, menguruskan anak. Terkejar-kejar saya dibuatnya menguruskan pelanggan di facebook. Jika "pm" itu memang benar mahu membeli produk, baguslah. Ini kita meluangkan masa yang terhad untuk pelanggan yang tidak tahu hujung pangkal. Mahu "pm" hanya kerana sifat ingin tahu. Bukannya prospek sebenar. Walaupun sudah membuat jadual waktu beriklan, malangnya masa untuk diluangkan di waktu tersebut pula menjadi masalah.

Masa merupakan suatu perkara yang amat berharga. Jika tertinggal, kita tidak akan mampu berpatah balik!

Apa yang saya pelajari di kelas asas blog?

1. Menyiapkan sebuah blog kedai secara profesional.
2. Belajar akan keutamaan label di blog.
3. Belajar memahami kata carian di blog supaya blog dapat raih tempat pertama di carian utama iaitu google.
4. Belajar menulis secara konsisten dan berpengaruh.
5. Belajar niche atau fokus kedai blog supaya pembaca bakal bertukar menjadi pelanggan dan terus membuat jualan.

Bukan itu sahaja, semasa pendaftaran kelas, semua pelajar bakal mendapat BONUS EBOOKS dari Akademi bekerja di rumah.


Isi di dalam ebook amatlah bernilai. Ia membantu saya dalam pelbagai hal sama ada sebagai surirumah yang bekerja di rumah mahupun seorang usahawan.


Belajar sesuatu?

Jomlah sertai kami di akademi. Belajar blog secara online sahaja tau.

Sebulan 10-15 peserta sahaja diterima.


Mahu tahu lebih lanjut?

Hubungi saya
Emme Marina

018-910 0852


Read More

3/25/2017

Saya Pengedar Sah Produk DMS360 DMSONE

Bismillah.

Sudah lama sebenarnya saya berkecimpung dalam bisnes produk DMS360 ni. Dari blog lama saya lagi

 Check out this blog "Dermax Superskin 360 Terbaik" http://emmemarina.blogspot.com/2015/04/dms-dermax-superskin-360-janji-pasti.html 

Ini blog lama saya sebelum saya sertai kelas asas blog akademi bekerja di rumah lagi. Walaupun blog ni lebih lama dari blog dari bimbingan akademi tetapi ternyata blog akademi dapat membantu bisnes dms360 saya jauh lebih berjaya. Buktinya seratus peratus pelanggan dms saya datang dari blog. Saya berikan link blog untuk kalian lihat.

 www.dms360original.com 

Blog DMS360 ni asal namanya stokiscerminseri,  masa tu saya guna set asas cermin seri ni dan disebabkan nama DMS360 memang dah popular jadi saya cubalah guna nama lain pula. Di blog ni, saya hanya fokus tentang produk-produk DMS dan hanya berkongsi tentang kecantikan dan pelangsingan. Selain itu, saya kongsikan sekali solusi dan konsultasi mengenai produk DMS360 kepada pelanggan-pelanggan sedia ada.

Insha Allah, mulai hari ni saya akan cuba berkongsikan tips dan soal jawab pelanggan DMS di blog ini pula. Supaya kalian dapat jawapan terhadap persoalan kalian semua. Insha Allah.


Jom beli produk DMS360 dengan agen sah sahaja, jangan tersalah beli ya.

Fake vs Original
Murah vs Berpatutan vs kualiti terjamin

Anda pilih yang mana untuk muka anda?

Rosak vs selamat?

Selamat malam semua

Bertemu lagi ya


Read More

3/16/2017

Surirumah dan Kerjaya

Bismillah.

Salam sayang semua. Yang sedang membaca entri ni surirumah atau bekerja hakiki ya? Apa yang anda sedang fikirkan saat ini?

Pada suatu ketika, saya merasakan saya wajib mempunyai kerja sendiri atau lebih tepat, bekerja di luar bagi membantu suami. Di dalam tempoh pengajian sarjana selama 4 tahun ni, alhamdulillah, dengan jayanya kami berjaya mengharungi pelbagai detik kesusahan khususnya masalah kewangan dengan saya yang tidak bekerja malah seorang pelajar lagi.

Dan dalam tempoh pengajian ini juga saya telah melahirkan 3 orang lagi cahaya mata. Masya Allah. Bayangkanlah berapa banyak pula tanggungannya.

Dengan penggunaan wang harian di universiti, yuran bulanan taska anak-anak, pinjaman kereta persendirian, yuran semester. Tidak dapat nak dibayangkan. Suami tidak perlu disebutlah dengan pinjaman-pinjaman dahulu lagi sudah membebankan beliau sehingga gaji bulanan sahaja.  Hmmm. Usahlah disebut. Begitulah kami. Sekadar sahaja. Guna apa yang ada. Nikmati apa yang ada.

Sebab itulah, saya mula berniaga. Saya pilih menjadi seorang peniaga online dengan menjual barangan orang lain bahasa lainnya, dropshipper. Mudah sahaja. Anda rajin beriklan kepada rakan-rakan dan semua jenis medium internet, dapat tempahan dari pelanggan, anda bayarkan kepada pembekal dan pembekallah yang akan menguruskan pengeposan barang kepada pelanggan tadi. Pelbagai jenis produk saya jual tahu, baju, tudung, jubah, produk kecantikan, produk kuruskan badan. Macam-macam.

Syukurnya dalam sepanjang proses ini saya merasakan inilah tempat saya yakni berniaga secara online sebagai dropshipper. Mulalah saya belajar ilmu-ilmu marketing secara serius dan saya anggap bisnes ini produk saya sendiri. Anda milikinya. Dengan cara itu, anda dapat berusaha sebagaimana gigihnya peniaga-peniaga lain yang pegang stok mereka sendiri. Benar?

Ini juga antara rahsia kejayaan saya. Anda buat anda pasti berjaya.

Menjadi surirumah pula sambil berniaga bukanlah mudah. Masya Allah susahnya. Adakalanya hingga ke hari ni, emosi khususnya masih tidak stabil. Apabila bekerja kita perlukan fokus. Nak beriklan, mencipta idea, hatta penulisan saya pagi ni. Ianya memerlukan sedikit ketenangan cuma dari kebingitan dan hingar bingar tangisan dan jeritan anak-anak. Penting ya, kita mahu melakukan kerja dan menguruskan pelanggan setiap hari. Aura positif kena ada. Dan ini melibatkan emosi kita semua. Jadi apa patut kita lakukan dengan situasi ni? Apa yang biasa saya lakukan, beristigfar,  bertenang dan bermain dengan anak-anak kemudian barulah menyambung kembali kerja.

Emosi dan keperluan anak harus didahulukan jika tidak anda bekerja dalam suasana yang amat tertekan. Tidak salah untuk tutup kerja anda dan bersama anak-anak. Bukankah itu tujuan asal kita semua bekerja di rumah? Jadi bila sudah bekerja di rumah kenapa pula anak dipinggirkan?

Sebagai surirumah berpendapatan sendiri, berniaga dari rumah ni. Kita tetap surirumah. Tugsan di rumah wajib dilakukan. Mengemas, memasak, mengasuh ini semua tugasan kita. Lakukan dan jadualkan supaya anda mampu menguruskan tugasan harian dengan baik sekali. Utamakan perkara yang penting dan mulakan pekerjaan anda dengan tenang.

Allah itu maha baik. Kita surirumah nak berniaga bukan sebab nak kaya raya. Tetapi nak bantu suami kan? Mintalah pada Allah agar segala urusan kita pada setiap hari berjalan lancar dan rezeki mencurah-curah buat keluarga kita. Pasti Allah bantu kita semua.

Masih tidak yakin? Hehe. Teruskan mengikuti kisah perjalanan saya di blog ya. Mana tahu terinspirasi pula. :)


4 orang puteriku yang amat comel tetapi nakal
Tugasan kerja mama semalam. Menyiapkan entri di blog jualan dms360, shopping store dms360 dan menulis entri di blog ini juga.
Menyantuni pelanggan dms360. Mereka semua ni dari blog, bagaimana saya tahu? Sebabnya saya memang tak pernah menjual produk dms di facebook. Instagram pula sepi. Saya mula beriklan produk dms ni di blog.

Cukuplah dahulu entri pagi ni. Semoga bertemu di lain entri ya.


Read More

Pelanggan dari Shoppe

Pelanggan pertama saya dari Shoppe. Allahu, teruja sangat-sangat. Walaupun baru sahaja masukkan produk dalam Shoppe terus ada pelanggan.

Asbab berniaga di medium Shoppe pula.

Anda cuba dah?

Bagi pendapat peribadi saya tidak salah untuk mencuba. Hanya letakkan sahaja produk-produk kalian, rajinkan diri berinteraktif di sana. Gunakan keyword hashtag dan ramaikan followers.

Asbab yang terbaik juga ialah ini merupakan usaha kita dalam memajukan perniagaan kita sendiri. Tawakal kepada pemberi rezeki. Berdoa agar setiap usaha kita lakukan memperoleh rezeki dari Nya.

Saya berharap entri ni dapat naikkan semangat kalian yang sedang berkira-kira untuk memulakan perniagaan di Shoppe pula kay?

Read More

3/03/2017

Shopping Cart

Shopping cart merupakan medium membeli belah yang amat mudah. Kita hanya perlu tekan dan tambah produk yang diingini dan siap untuk pembayaran.

Tidak perlu berurusan dengan penjual.
Tidak perlu masa yang lama untuk berurus niaga

Adakalanya untuk kepastian produk sahaja sudah mengambil masa yang lama untuk menunggu pihak penjual menjawabnya.

Lebih baik lihat di shopping cart. Lihat status produk dan terus lakukan pembelian.

Keperluan shopping cart ini merupakan salah satu agenda dalam plan perniagaan saya tahun 2017 ni.

Puas juga mencarinya, masa juga agak terhad untuk cuba memahami dan belajar sistem yang disediakan. Tetapi ianya amat berbaloi. Lebih baik susah sekarang tetapi senang di kemudian hari.

Untuk kita bina sesuatu ianya tidak akan siap dalam satu hari. Ia mengambil masa tetapi insha Allah pulangannya amat berbaloi.

Buat masa ni saya mengambil plan shopping cart untuk website jualan DMS360 daripada easystore.com. Sebenarnya masih dalam tempoh trial tetapi alhamdulillah sudah pun ada pelanggan yang menggunakan sistem tersebut.

Ha, jangan tidak percaya tahu. Banyak sangat kelebihan menggunakan shopping cart dalam perniagaan kita ni. Lebih-lebih lagi jika anda seorang peniaga online.

Masa hadapan kini semuanya di hujung jari. Jimat masa berjalan, minyak serta pelbagai lagi dengan perkhidmatan online. Bolehlah luangkan lebih masa lagi bersama anak-anak dari menguruskan tempahan pelanggan secara manual di handphone setiap hari. :)

Read More

Theme Blog Dalam Pembikinan

Bismillah.

Sebelum ini link blog ini agak panjang juga. Menggunakan domain blogspot. Namun apabila memasuki kelas online positioning barulah akhirnya saya menukar kepada domain website.

Dari emmemarinamohamad.blogspot.com kepada  www.emmemarina.com . Inilah website blog saya sekarang.

Disebabkan kelas online positioning itu juga saya turut menukar kedai blog DMS360 saya dari stokiscerminseri.blogspot.com kepada  www.dms360original.com .

Teruja dengan perubahan yang dilakukan demi memajukan bisnes online saya. Saya turut mengupah seorang blog designer iaitu Cik Sheda Ucu. Allah, kini sudah 4 blog saya diuruskan oleh sheda tau.

Saya amat suka dengan design yang beliau lakukan di blog DMS360. Oleh sebab itulah saya membuat keputusan untuk terus mengambil servis beliau.

Dan sekarang beliau menguruskan pertukaran design blog personal saya pula di sini.

Untuk blog ni, saya berhasrat untuk fokus kepada kisah peribadi, bagaimana saya menjadi surirumah, blogger dan berniaga dari rumah sambil membesarkan anak-anak.

Cabarannya amat besar. Dari kosong ilmu tentang berniaga online. Sebagai pelajar master lagi di UMP. Dan sepanjang masa tu, mengandung dan melahirkan 3 orang anak. Buat bisnes online lagi bagi membantu suami.

Banyak betul kisahnya.

Insha Allah, walaupun lewat waktu berkongsi. Saya berharap agar saya dapat kongsikan juga kisah saya bersama pembaca sekalian.

Jom berkenalan dengan saya. Janganlah segan-segan. Hehe. Saya tak makan orang tau.


Read More

2/06/2017

Alhamdulillah. Recruit Agen DMS Hanya Dari Blog!

Assalamualaikum

Setelah setahun saya beroperasi solo sebagai wakil jualan sah produk DMS360 akhirnya pada lebih kurang bulan Ogos 2016 saya buka peluang berniaga ini kepada orang ramai.

Sesiapa sahaja yang berminat untuk berniaga DMS sama ada menjadi stokis atau dropshipper amatlah digalakkan.

Alhamdulillah, dengan panduan produk yang telah saya sediakan di website memudahkan agen-agen untuk membuat rujukan.

Apa yang saya sediakan di website ialah panduan untuk mereka yang berminat untuk berniaga bersama produk dms.

1. Lengkapkan syarat dan panduan
2. Keterangan penuh mengenai komisyen dan modal
3. Kelebihan berniaga bersama team saya sendiri
4. Bagaimana cara mereka menghubungi saya

Kesemua ini dimuatkan di dalam satu entri khas "menjana pendapatan bersama produk dms"

Alhamdulillah, tugasan menjadi lebih mudah. Setiap kali ada yang whatsapp saya untuk menjadi agen, mereka sudah faham dan bersedia. Ini memudahkan tugas saya sendiri kerana mereka yang sudah baca bermakna saya tidak perlu menerangkan segalanya dari awal.

Saya tunjukkan antara ya bagaimana kelebihan mempunyai blog dan kegunaan entri ini.


Majority agen ataupun dropshipper yang menghubungi saya telah pun memahami akan syarat dan keperluan yang diperlukan sebagai agen jualan.

Alhamdulillah.

Mudah bukan?

Dengan blog yang mudah dicapai oleh setiap pengunjung, anda tidak perlu beriklan setiap hari.

Dengan belajar dan mengikuti setiap panduan yang telah diberikan di dalam kelas blog. Anda meletakkan perniagaan anda lebih cerah berbanding peniaga online yang lain.

Tidak kiralah anda seorang peniaga online atau offline. Asalkan kedai anda boleh dicari di carian google maka potensi anda menerima prospek agen mahupun pelangggan adalah amat tinggi.

Berniaga secara bijak.
Bina masa depan dengan bermula hari ini.

Insha Allah, mudah sahaja apabila kalian sudah pandai mengikut rentak kelas asas blog ini.

Kelas bulan Februari sudah dibuka.

Terdapat 2 kelas kami tawarkan;

1. Kelas blog bisnes RM250
2. Kelas blog bisnes dan penulisan RM300

Setiap kelas anda diberikan ebook percuma bagi membantu bisnes anda jadi lebih baik.

Kelas dijalankan secara online sahaja.

Belajar dari zero to hero.


Jika berminat untuk ubah status bisnes anda. Hubungi saya hari ini tanpa was-was.

Bersama kami 2000 pelajar kelas asas blog. Semakin berjaya dan menjadi inspirasi buat lebih ramai diluar sana.


Pengurus ABDR
Emme Marina
0189100852


Read More

1/26/2017

Hamil 37 Minggu

Masa semakin menghampiri. Terasa berdebar dan trauma akan kesakitan bersalin anak ketiga terasa masih segar di ingatan.

Semalam, gerak bayi agak perlahan. Terasa seperti tidak wujud untuk seketika. Merisaukan. Pada mulanya sudah maklumkan pada suami selepas maghrib akan ke hospital tiba-tiba jam 6 petang bayi terus aktif dan rancak hingga ke malam.

Sebenarnya bayi memang agak kurang aktif pada waktu siang, jika anak-anak sebelum ni pada jam 1 ke 2 petang sudah cukup pusingan 10 kali gerak, kali ini bayi biasanya cukup gerak pada jam 2 ke 4 petang. Malam pula seperti baru mendapat kekuatan dan aktif seaktifnya.

Secara logik, mama berfikir alahai anak ini adakah selepas lahir mama tak dapat tidur malam lagi?

Dari anak kedua, kami suami isteri memang berjaga malam dari sehari bayi kami lahir hinggalah selepas pantang malah lebih lama.

Doa saya kali ini, agar anak ini memberi kami sedikit nafas untuk berehat dan saya dapat berpantang sebaiknya.


Posing sedikit.

Saya kuat melaram mengandung kali ini. Tudung labuh jenis instant memang pilihan paling tepat. Mudah dan cepat digayakan.

Apabila keluar, saya hanya pakai krim siang DMSONE skinworks, 4d foundation DMS360 dan calit nipis lipstik jenis matte dari Mary Kay.

Saya tidak gemarkan penggunaan mekap. Kelihatan natural lebih digemari.

Jika nak cuba produk DMS360 bolehlah hubungi mama hamil ni. Hehe

Alhamdulillah, selesai urusan pagi ni di klinik. Sehingga berjumpa lagi ya.

Terlupa pula, sambil berurusan di klinik. Whatsapp dari pelanggan dms melalui blog tidak henti-henti. Ada seorang pemborong nak dapatkan produk DMS360 dengan harga murah. Terpaksa ditolak demi menjaga amanah dan nama kami sebagai pakar kecantikan sah yang berdaftar rasmi di bawah syarikat DMS360.

Maaf ya.

Kami tidak sokong perniagaan yang tidak sihat apatah lagi menjadi supplier kepada permainan harga produk DMS di luar sana.


Mahu sertai team konsultan kecantikan produk dms360? Hubungi saya jom


Read More

1/24/2017

Surirumah Jana Pendapatan dari Medium Blog



Pendapatan melalui blog semata-mata. Databased pelanggan juga adalah lebih tepat kerana mereka merupakan pelanggan yang sememangnya mahukan produk dan khidmat bagi menyelesaikan masalah mereka. Dari google pelanggan menjumpai blog anda dan seterusnya menjadi prospek pelanggan dengan kadar belian yang lebih tinggi berbanding prospek di medium facebook.

Assalamulaikum semua,

Kita sudah menghampiri penghujung bulan Januari bagi tahun baru 2017. Saya pasti kita semua mempunyai azam dan matlamat yang ingin dicapai pada tahun ini. Begitu juga saya walaupun cuma seorang surirumah.

Dahulu, saya agak khuatir dengan masa depan saya sebagai seorang peniaga online. Kekangan masa untuk beriklan, masa yang amat penuh dengan menguruskan rumah tangga, anak-anak yang masih kecil serta pada masa sama bertungkus lumus menghabiskan pengajian di peringkat sarjana amatlah mengambil banyak dari masa saya untuk beriklan dan mempromosikan produk-produk jualan yang saya ceburi.

Namun, saya amat bersyukur akan peluang bertemu rakan-rakan serta guru di Akademi Bekerja di Rumah (ABDR). Saya mula belajar di kelas asas blog ini pada bulan Julai 2015. Medium blog ini amat sesuai bagi saya kerana saya dapat menggunakan masa sebaiknya untuk beriklan dengan tips dan pembelajaran dari guru bertauliah menyebabkan saya terpaksa mendapat pelanggan dari blog. Pelanggan dari blog datang dari hasil carian google, interaktif sesama blogger dan beberapa cara yang boleh dilakukan. Tetapi blog yang fokus adalah lebih efektif bagi mendapatkan pelanggan yang khusus. Semua ini diajar di dalam kelas asas blog kelolaan ABDR.

Sejujurnya, saya membayar yuran kelas ini sebanyak 3 kali secara ansuran. Saya nampak kelas dan pembelajaran belajar blog sebagai peluang bisnes bagi surirumah seperti saya yang sukar untuk keluar dari rumah. Hanya perlu fokus semasa pembelajaran dan memahami bagaimana blog dan google beroperasi untuk mendapatkan pelanggan. Ianya amat berbaloi kerana pembelajaran kelas blog ini dijalankan secara online sahaja malah yurannya amat murah berbanding yuran-yuran kelas blogger yang lain. Malah satu-satunya kelas blog secara online buat masa ini yang ada di Malaysia.

Bagus bukan?

Tahun 2016 saya mula beroperasi sepenuhnya dari blog. Blog emmemarina.com ini saya jadikan sebagai blog bisnes personal di mana saya kongsikan pelbagai kisah catatan harian, bisnes serta beberapa produk jualan lain. Manakala produk jualan utama saya iaitu produk DMS360 saya asingkan sepenuhnya, anda boleh klik link ni untuk lihat blog yang telah bertukar ke website iaitu www.dms360original.com. Blog DMS ini diasingkan dan digunakan hanya sebagai kedai blog bisnes sahaja iaitu saya fokus kepada pengenalan produk dan masalah berkaitan produk tersebut.

Kini, dengan medium blog sahaja. Saya sudah memiliki 12 stokis dibawah pengurusan saya sendiri yang hanya beroperasi secara online. Juga saya terpaksa memulakan lejar dengan lebih teliti supaya dapat fokus dan mempunyai matlamat lebih besar bagi perniagaan secara online ini. Walaupun cuma seorang surirumah. Saya amat bersyukur dengan kewujudan platform kelas blog ini. Ianya amat membantu bagi surirumah seperti saya. Belajar berniaga, belajar mengenal produk malah bagaimana mengenali pelanggan juga turut diajar.

Bukan sahaja kami pelajar-pelajar ini belajar kelas blog semata-mata tetapi diberikan ebooks-ebooks berguna buat peniaga online dan surirumah yang boleh kami adaptasi mengikut kemahiran masing-masing. Malahan, jika anda tidak ada idea juga boleh mendapatkan pelbagai jenis bisnes idea dari ebooks keluaran Akademi Bekerja dari Rumah (ABDR) ini.

Terlalu berbaloi. Terlalu rugi untuk tidak belajar dan mengambil peluang belajar mempromosikan produk jualan anda dan berniaga melalui medium internet yang lebih luar iaitu google dan blog.

Jika kalian ingin tahu lebih lanjut, dan berminat untuk belajar di kelas blog ini boleh terus hubungi saya juga sebagai pengurus kelas ini,

0189100852
Read More

1/10/2017

Susah Hari Ini Untuk Kesenangan Masa Hadapan, berbaloi atau tidak?

As a sidepreneur myself, I know the struggle. It’s a battle for your time everyday. However, persevering despite the struggle is one of the most satisfying things in the world. I was always told being an entrepreneur was the most difficult job in the world. If a sidepreneur has less freedom and time than an entrepreneur, then naturally it beats out the entrepreneur for this title.

Work hard, hustle, stay motivated, realize your passion and remind yourself on a daily basis why you are doing what you are doing. If it’s that important to you, you will find the time to work on your side business and hopefully make it become your full-time business if that’s what you eventually want. 

Pump up!!

Pagi-pagi dah baca motivated and very encouraging article.

Prepare today for future.  Sediakan hari ini untuk kesenangan masa hadapan.

Biar hari ni buat kerja tuk bisnes berjam-jam,  untuk 15 minit di masa hadapan.

Berkorban hari ini untuk hari di masa hadapan.

Simple jer,  tetapi berapa orang yang fikir macam ni dan sanggup buat macam ni?

Kita lebih suka mengomel dan memberi alasan kemudian jeles dengan kehidupan orang lain,  sedangkan hakikatnya diri kita sendiri yang tidak mahu berjaya.

Nak berjaya.  Berkorban.

Seperti mana anda bersekang mata belajar hari-hari,  pergi tuisyen mak ayah bayar,  tido jam 3-4 pagi stay up.  Untuk apa?

Untuk dapat straight A dalam peperiksaan.

Tetapi bila dah dewasa,  anda tidak mampu lakukan yang sama sedangkan apa yang anda lakukan hari ni adalah untuk kesenangan masa hadapan semata-mata.  Tiada yang lain, untuk diri anda sendiri dan keluarga anda.

Noktah.


Read More

12/07/2016

Demam

Meningkat 30 minggu usia kandungan minggu ni. Kesihatan dirasakan semakin merundum. Kedudukan rahim yang agak jatuh dan berat di bahagian bawah perut menyukar apa jua aktiviti tidak kira mengemas rumah, berdiri lama apatah lagi menundukkan badan.

Adakalanya terasa sukar untuk duduk mahupun baring.

Dalam kepayahan, tetapi saya tetap bersyukur Allah memberi nikmat sabar supaya saya dapat terus berusaha menjadi ibu dan isteri buat anak-anak dan suami tersayang.

Mungkin disebabkan lelah melakukan apa jua aktiviti termasuklah berjalan kaki. Maka separuh hari sahaja, saya sudah mengah dan merasa amat penat seolah-olah telah melakukan segunung pekerjaan berat. Allahu, saya berharap agar Allah tetap memberi saya kekuatan bagi menghadapi hari-hari mendatang.

Isnin lepas, akhirnya anak saya dihantar pulang dari kampung. Demam. Mungkin rindu, mungkin juga kerana hujan berpanjangan di kampung. Anak kedua juga tidak sihat terkena jangkitan kuman,badannya habis dipenuhi bintik-bintik merah yang gatal. Selesai kakak demam, anak yang kedua pula menyusul.

Lagi kasihan,mak dan abah yang menghantar anak-anak turut tidak sihat dan demam. Syukur juga walau saya tidak sihat sepenuhnya, saya tidak dijangkiti demam. Jika tidak siapa pula mahu menjaga mereka semua. Menyîapkan makanan yang sihat.

Bila anak-anak kurang sihat, sup menjadi lauk terbaik. Lebihkan halia. Dimakan atau dihirup panas-panas. Mengembalikan kesegaran badan. Alhamdulillah, kakak makan dengan bersungguh dan mula pulih. Asbab sahaja supnya. Allah sudah rencanakan kesihatan kakak mula pulih petang selasa semalam.

Dalam pelbagai ujian, Allah tetap memberi rezeki melalui blog atau website dms saya. Apabila kedai berada di alam maya, tidak kira apa jua berlaku di belakang tabir. Kedai tetap terbuka selama 24 jam tanpa tutup. Walaupun ada kelewatan dari pihak saya menjawab dan mengambil tempahan. Janji Allah itu benar, jika rezeki itu milik kita,cepat atau lambat pastinya tetap milik kita.

Jangan pula kerana lewat terus kita abaikan pelanggan. Itu tidak baik. Santuni mereka dengan baik, dan layani pertanyaan mereka. Insha Allah. Allah Maha Baik.


Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Popular Posts

Blog Archive

Pageviews

BTemplates.com

Blogroll

About

About

Copyright © Diari Seorang Suri & Bisnesmom | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com