Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Life As Mom

 Hidup sebagai seorang ibu tidak akan sama bagi setiap insan walaupun dalam situasi yang sama. Kita memiliki seorang suami dan berapa anak, lelaki atau perempuan. Sopan atau nakal. Semua lelaki atau semua perempuan. Surirumah atau bekerja. Setiap ibu mempunyai kisah yang berlainan dalam setiap situasi sama, ini kerana kisah kita semua adalah unik. 


Alhamdulillah. Tahniah saya ucapkan kepada ibu-ibu yang berjaya mengharungi setiap detik dengan tabah dan ceria. Penting ya untuk kita utamakan keceriaan diri, tanpa memulakan hari dengan senyuman, hidup kita hari ini mungkin sukar. Apatah lagi, jika anak-anak masih kecil. Ragam menguruskan anak-anak kecil vs anak-anak besar adalah tidak sama. Cara menguruskan keluarga yang sudah dewasa tidak mungkin sama dengan menguruskan keluarga kecil. Pemikiran yang berbeza, tindakan berbeza, cara mendengar arahan turut berbeza memainkan peranan kepada emosi kita setiap hari. 


Adakah ibu-ibu rajin bertanya pada diri, apakah aku bahagia pada hari ini? Jika ya, alhamdulillah. Jika tidak, mari kita duduk sebentar, bertafakur dan mula berfikir dan cari apakah satu titik yang dapat beri kebahagian pada diri kita pada hari ini. Dalam hidup, untuk kekal kuat, kita perlukan minda yang positif. Jika sedang berduka, murung, gelisah, tidak gembira ini semua akan menarik pelbagai situasi negatif yang lebih memburukkan keadaan. Maka, energi negatif itu perlu kita tukar kepada positif supaya setiap hari kita dapat menarik aura-aura bahagia, positif, yang baik-baik dan tentunya yang baik inilah dijadikan kekuatan untuk kita menempuh cabaran setiap hari.


Sudah lama saya tidak bersiaran di sini. Saya juga sedang menempuh satu fasa di mana diri sendiri bukanlah priority. Saya harus dahulukan kerja-kerja anak, saya harus dahulukan rengekan dan permintaan si kecil. Rayyan baru menginjak usia ke satu tahun, ini adalah fasa di mana mindanya sangat aktif untuk mencuba segala perkara baru, mula menjadi pelbagai karakter, mula tahu menjadi cemburu dan memerlukan saya untuk bersama dia setiap masa. Daripada saya menjadi marah, kecewa kerana terpaksa melayani perangai anak, lebih baik saya bina situasi dan pemikiran yang positif supaya saya tak tenggelam dan menjadi ibu yang pemarah. 


Semalam, akhirnya saya tutup meja ofis di rumah. Mujurlah meja lipat sahaja, satu meja lagi diletakkan di bilik anak. Kerusi-kerusinya kami ketepikan, satu di ruang belakang, satu lagi diletakkan barang dan menjadi display di ruang tamu. Sudah lebih seminggu, kali ini perangai Rayyan tidak mahu saya duduk membuat kerja di meja. Setiap kali saya duduk untuk membuat kerja, dia datang dan  memanjat. Duduk di depan mama, dan mula menekan keyboard. Setiap hari dari pagi dia jaga hinggalah dia tidur. Mujur kakak-kakak dapat jaga sejam dua untuk saya siapkan kerja yang penting. Jika tidak, naik geram juga saya. Bila saya duduk saja di bawah bersama Rayyan, barulah dia lepaskan saya dan pandai pula dia bermain sendiri, namun tetap juga dikerling mama di mana. Bermain sambil memerhatikan mama. Kejap-kejap dia akan datang dan duduk di riba, atau membalingkan diri atas badan jika saya berbaring pula. Aduh Rayyan. 


Setiap anak, lain cabaran. Saya anggap ini sebagai satu fasa indah bersama anak kelima. Satu-satunya anak lelaki yang saya ada pada masa ini. Enjoy the moment. 


Saya rindu untuk berkongsi pelbagai nota bersama sahabat di blog, namun fokus saya agak terganggu. Masa saya untuk luangkan di sini juga sangat limited. Saya berdoa agar fasa ini berlalu dengan baik dan saya boleh mula berkongsi bersama anda semua. Insya Allah. 


Jumpa sahabat semua di lain hari. Let's enjoy our motherhood. 

Didik Anak Bertanggungjawab dari Kecil Lagi

Didik anak menjadi "Hamba"

Acap kali kita terlihat. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengemop lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan pelbagai lagi

+ Sedangkan si anak dara bersenang lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain smartphone

+  Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai2 sebab terpaksa.

+  Tak kurang juga anak lelakinya, mana mahu nak buat kerja2 perempuan?

Budaya anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang.

Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi "hamba" sedari kecil

+ Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka

+ Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila ditempat ibu bapa mereka

Alasannya?

+ "Kesian anak tu kecik lagi.."
+ "Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?"
+ "Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je.."

Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi "hamba" anak sampai ke tua.

+ Dah kahwin beranak pinak pun bila balik kampung masih nak menyusahkan mak pak. Ini terjadi dalam dunia masa kni

+ Baju laki bini anak beranak mak basuh
+ Makan laki bini anak beranak mak masak

Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedar kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila menginjak dewasa

+ Mereka akan buat secara terpaksa

+ Mereka akan buat hanya bila disuruh kerana tiada kesedaran dalam diri mereka

Dan yang akan menjadi hambanya ialah mak pak mereka.

+ Sementara sianak sedap menggoyang kaki

Jadinya. Sedari umur anak 2 tahun, pupuklah mereka perlahan-lahan sesuai dengan usianya.

Bila besar mereka akan mampu berdikari

+ Usah terlalu kasihankan anak
+ Jangan terlalu memanjakan anak

+ Ajar mereka erti susah payah sejak kecil
+ Ajar mereka tentang kerja rumah
+ Ajar mereka erti kehidupan
+ Pupuk kesedaran dalam diri mereka

+ Yang perempuan didik mereka kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. Didik mereka tentang pentingnya kebersihan

+ Yang lelaki, ajar mereka buat kerja seperti mencuci kereta, mengangkat barang. Ajar mereka kerja-kerja perempuan, tak salah itu. Malah lebih baik

Biarkan orang nak kata kita buat anak macam orang gaji atau hamba

Abaikan mulut-mulut puaka mereka-mereka yang hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak berada di tempat kita

Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi HAMBA. Agar besar nanti dia tidak menjadi RAJA.

---------------------------------------------------------------------

Jika anda merasakan info/perkongsian kami ini berguna, LIKE dan SHARE page ini agar kami dapat kongsikan banyak lagi ilmu2 Parenting daripada admin2 yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Bahasa paling mudah dan sempoi kami guna agar anda tidak bosan baca panjang2

"Ramai Sebar, Ramai Dapat Manfaat"

Like kami: Ibu Bapa Prihatin