Showing posts with label peluang berniaga surirumah. Show all posts
Showing posts with label peluang berniaga surirumah. Show all posts

Thursday, May 17, 2018

Surirumah Juga Boleh Bina Kerjaya di Rumah

May 17, 2018 0 Comments
Bismillah

Assalamualaikum,

Surirumah dahulu vs surirumah kini sudah jauh berbeda khususnya dari segi kelangsungan menjana ekonomi keluarga bersama suami tercinta. Surirumah pada tahun 70an 80an dulu malah saya juga yakin pada 90an masih lagi tiada keperluan seorang surirumah itu perlu menambah pendapatan keluarga. Faktor ekonomi juga antara sumbangan utama perkara ini terjadi. 

Kini kita melihat hampir 80% para suri mula mencari sumber pendapatan bagi membantu para suami. Walaupun para suami ini bekerja tetap namun dek kerana harga barangan semakin tinggi dan keperluan anak-anak perlu disegerakan maka para suri harus mula membantu para suami. Kedua-dua pasangan ini perlu bersama-sama berganding bahu bagi mencukupkan keperluan keluarga mereka. 

Namun, masih ada segelintir para ibu berpendapat bolehkah surirumah masa kini memiliki kerjaya sendiri? Bolehkah surirumah bina kerjaya mereka sambil menguruskan anak-anak dan suami?

Masakan tidak?

Persepsi negatif ini sangat tidak bagus dan membantutkan motivasi ramai surirumah yang baru berjinak mencari sumber pendapatan khususnya melalui perniagaan dari rumah. Mereka seharusnya diberikan sokongan atas usaha mereka merancakkan sumber ekonomi keluarga dan negara. 


Apa Yang Boleh Para Surirumah Lakukan Untuk Bina Pendapatan dari Rumah?

Ada pelbagai cara untuk kalian mula menjana pendapatan walaupun sebagai seorang surirumah:

1- Berniaga atas talian 
Mulakan perniagaan secara online atau offline. Jika anda ada modal anda boleh mula dengan menjual produk yang anda suka dengan modal yang rendah. Mulakan dengan risiko paling rendah supaya anda tidak rugi dan patah semangat kemudian hari.  Jadi dropshipper. Dropship ialah program berniaga paling selamat kerana anda tidak perlukan modal awal untuk memiliki produk jualan. Anda hanya daftar dengan supplier/stokis yang memiliki barangan tersebut dan mula mempromosikan produk itu kepada rakan dan prospek anda. 

2- Skill/kelebihan anda
Anda mungkin seorang yang mahir dengan hasil tangan anda. Anda mungkin boleh membuat servis/mengolah/memasak yang kemudian dijadikan sumber pendapatan. Mula merangka berapa bajet yang diperlukan untuk memulakan perniagaan anda ini. Anda lebih tahu menguruskannya kerana anda sendiri tukang membuatnya bukan? 

3- Cari kerja yang boleh dibuat dari rumah
Ada juga syarikat yang menawarkan kerja yang anda boleh lakukan dari rumah. Sebagai contoh, typist, data entry, copy paste dan banyak lagi. Anda akan diberikan upah berdasarkan hasil kerja anda, boleh google untuk survey.

4- Join survey dari syarikat
Menyertai pasukan survey juga bagus. Untuk setiap survey anda akan dibayar oleh syarikat tersebut. Saya pernah juga menyertai program ini tetapi oleh kerana kekangan masa dan fokus pada perniagaan yang lain, jadi saya kurang menyertai survey. Usah bimbang, ada survey dalam Bahasa Melayu dan dilaksanakan oleh syarikat-syarikat di Malaysia. 

5- Menjana Wang Melalui Penulisan Blog
Ramai yang di luar sana suka menulis blog malah ada diantara mereka yang sangat aktif menghantar entri sekurang-kurangnya seminggu sekali. Minat yang mendalam dalam penulisan dan perkongsian ilmu dilaman blog bukan lagi sesuatu yang baru. Tetapi ramai juga yang tidak tahu bahawa menulis blog boleh menjana wang.

Ramai usahawan-usahawan atau peniaga kecil-kecilan yang sedang mencari advertorial untuk menulis review perniagaan mereka. Yang pastinya mereka belum mampu membayar advertorial yang sudah terkenal dan dengan itu mereka akan mencari penulis blog untuk membantu mereka.




Semoga entri ini dapat membantu anda para suri di rumah :)

Mohon share jika entri ini bermanfaat. Mana tahu anda dapat membantu surirumah yang lain juga!

Wednesday, May 16, 2018

Akademi Bekerja Di Rumah, Bantu Suri Rumah Cari Duit Poket Lebih!

May 16, 2018 0 Comments
Assalamualaikum,

Tidak sangka sedang mencari artikel bagi tips berniaga di rumah bagi surirumah ini saya bertemu dengan artikel perkongsian di siraplimau.com tentang Akademi Bekerja di Rumah!!


Tahukah anda saya juga merupakan salah seorang alumni pelajar Akademi Bekerja di Rumah (ABDR)?


Saya kongsikan artikel yang ditulis di siraplimau.com ya.


Manalah tahu selepas membaca artikel ini anda berminat untuk menjana pendapatan secara serius melalui program kelas blog bisnes dan penulisan yang dianjurkan oleh Akademi Bekerja di Rumah pula. :)



AKADEMI BEKERJA DI RUMAH


Bayangkan situasi begini:

1. Seorang ibu korbankan segulung ijazah yang diterima di universiti semata-mata untuk menjaga anak yang baru lahir.

2. Seorang ibu berhenti kerja setelah dapat anak kedua kerana tidak cukup masa untuk berikan kasih sayang pada anak-anak

3. Seorang isteri buat keputusan untuk tidak bekerja selepas berkahwin kerana mahu buat persediaan menjaga makan pakai suami dan anak-anak sepenuhnya.


4. Seorang ibu tidak percaya seratus-peratus pada orang gaji atau bibik kerana mahu melihat anak membesar depan mata.


5. Seorang ibu sanggup hantar anak pergi sekolah, dan jemput anak balik sekolah setiap hari dengan rasa seronok. Tidak sedikitpun rasa penat kerana rasa dapat jalankan tanggungjawab sepenuhnya.

6. Seorang ibu ada masa untuk pergi ke kuliah pagi di masjid, 2 minggu sekali sambil bawa anak yang belum bersekolah tatkala suami pergi kerja.

Semua di atas hanyalah sekadar contoh. Ramai mengimpikan senario di atas, tetapi tidak boleh mengecapinya atas tuntutan kerja. Desakan wang dan kesempitan untuk menyara kehidupan dengan duit gaji memaksa ibu terus bekerja, dan meninggalkan anak-anak tinggal di rumah penjaga atau nursery yang berdekatan.

Familiar bukan? Adakah anda salah seorang daripada mangsa rat-race ini?
TUGAS SEBENAR IBU

Sebenarnya, seorang ibu itu tugasnya di rumah. Mencari rezeki itu tugas suami. Cukup atau tidak wang yang bakal suami berikan, itu mungkin boleh dibincangkan lagi dengan lebih lanjut. Pokoknya, ramai yang tidak sanggup berhenti kerja kerana katanya takut belanja rumah tidak cukup.
BEKERJA DARI RUMAH

Walaupun ada ura-ura di mana boss boleh beri kelonggaran untuk work from home, ia hanya sekadar mitos. Jarang-jarang berlaku di mana-mana organisasi. Beruntung jika ada boss yang memberikan kelonggaran seperti ini.

Alternatifnya, bagaimana kalau saya katakan, ada grup sokongan dan bimbingan di Malaysia yang boleh membantu anda merealisasikan impian untuk tinggal di rumah menjaga anak-anak sambil menjana wang?

Ingin tahu lebih lanjut?


INILAH DIA AKADEMI BEKERJA DI RUMAH



Akademi ini dipelopori oleh Puan Masayu Ahmad. Suatu masa dahulu, beliau bekerja di Kumpulan Karangkraf sebagai wartawan di Majalah Mingguan Wanita. Kemudian, beliau berkhidmat di Amanah Ikhtiar Malaysia sebagai Pegawai Penerbitan.

Tujuan beliau mewujudkan ABDR ialah untuk membantu suri rumah yang ingin menjana pendapatan dari rumah melalui medium blog dan Facebook, secara sepenuh masa atau sambilan.


APA ISTIMEWANYA ABDR INI?


Takut untuk mula bisnes? Tidak tahu apa yang perlu dilakukan? ABDR mempunyai kumpulan sokongan dan bimbingan yang saling membantu antara satu sama lain.

Usah risau. ABDR ada menyediakan kelas asas blog dan fanpage yang bakal merubah hidup para suri rumah yang lain. Selain itu, ada juga kelas penulisan kreatif secara online untuk menghasilkan ebook. Bagi yang berminat dengan marketplace, ada juga kelas untuk beriklan di mudah.my.

Peserta adalah dari kalangan suri rumah dan juga yang berkerjaya. Peserta juga akan diserap masuk ke dalam kumpulan tertutup untuk komunikasi yang lebih intim.

Dengan kata lain, anda tidak akan keseorangan. Tidak akan terkontang-kanting, tidak tahu mana nak tuju. Segalanya akan dibimbing sesama rakan.

AKHIR KATA


Rezeki Allah itu luas. Dengan menjadi surirumah, tidak bermakna tidak boleh menjana pendapatan. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk membantu suami dan keluarga, lebih-lebih dalam kesempitan ekonomi akhir-akhir ini.


Sertai Akademi Bekerja di Rumah di Facebook dan dapatkan panduan bekerja di rumah untuk ubah hidup anda hari ini. Kalau bukan sekarang, bila lagi?


Untuk baca lebih info mengenai program dan kelas bimbingan blog dan berbisnes dari rumah anda boleh baca di sini Kelas Blog dan Mula Bisnes ABDR

Home Ads