Berkongsi kisah kehidupan sebagai suri dan pada masa sama, berniaga untuk bantu keluarga. Suka sharing berkaitan online marketing dan menjual produk islamik seperti jam azan untuk rumah, jam tangan azan, al quran digital dan macam-macam lagi.

Read More

Selamat Datang Ke Blog Emme Marina

Semoga Dilimpahi Rezeki dan Keberkatan Buat Semua Pembaca
Read More

Servis Facebook Page

Paling saya suka membantu sahabat semua, berjaya dalam bisnes insya Allah. Pasti berjaya
Read More

Al Quran Digital

Pembantu peribadi anda memperbetulkan bacaan, belajar tajwid dan lebih seronok mengaji. Insya Allah

8/30/2015

Turunkan Berat Badan dengan Gula Sihat Stevia

Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: Emme Marina Mohamad



 gula menggemukkan



gula penyebab gemuk
Sejak saya mengenalkan gula sihat stevia kepada orang ramai antara salah satu penarik produk stevia ini ia mampu menurukan berat badan. Ramai yang bertanya dan hairan bagaimana sejenis gula mampu memberikan anda penurunan berat badan dan memberikan kesan pelangsingan kepada yang mengamalkannya.


Pengalaman saya sendiri menggunakan gula sihat sihat, saya berjaya menurukan berat badan dari 50kg ke 46kg dan berjaya mengekalkan berat badan sehingga kini. Walaupun berat 46kg, saya tidak lari dari mengalami masalah perut buncit atau kadang-kadang perut kembung. Antara salah satu masalah yang saya selalu hadapi sebelum ini ialah masalah lawas membuang air besar. Kadang-kadang seminggu 2 kali, adakalanya 1 kali. Tetapi sejak saya mengamalkan gula sihat stevia, masalah pelawasan saya kembali normal dan masalah perut buncit atau kembung diatasi dengan mudah. Alhamdulillah.


Antara kelebihan mengamalkan gula sihat stevia dalam menurunkan berat badan ialah:-


  • Gula sihat stevia membantu menghilangkan lapar dan menurunkan nafsu makan
  • Gula sihat stevia membantu menyahkan toksin
  • Gula sihat stevia membantu pelawasan proses pembuangan
  • Gula sihat stevia membantu melancarkan proses usus
  • Gula sihat stevia membantu menghakis lemak & kolestrol degil



Mari saya huraikan dengan lebih terperinci bagaimana gula sihat stevia ini mampu memberikan kesan penurunan berat badan seperti yang telah saya nyatakan di atas.



Gula Sihat Stevia membantu menghilangkan lapar dan mengurangkan nafsu makan


Gula sihat stevia mempunyai kosong kalori, kosong lemak, dan kosong kolestrol berbeza dengan gula pasir, 1 gram gula pasir bersamaan 4 kalori tanpa sebarang zat kepada pengamal. Dalam satu penyelidikan awal menunjukkan penggunaan gula sihat Stevia mengganggu fungsi bahagian pangkal diencephalon yang mengawal sistem saraf autonomik (hypothalamus) dan kelebihan ini dapat membantu penurunan berat badan dengan menyekat sensasi lapar. Hipotalamus adalah bahagian otak yang mengawal laparan, dahaga dan keletihan bersama-sama dengan fungsi lain. Aktiviti anti-glycemic dalam stevia turut mengawal paras glukosa darah yang merupakan salah satu punca utama berat badan. Stevia berfungsi sebagai tonik untuk meningkatkan tahap tenaga bagi mereka yang berjuang untuk penurunan berat badan.  Kajian juga menunjukkan bahawa Stevia boleh menghalang keinginan untuk makanan manis dan berminyak atau berlemak.


Tahukah pembaca sekalian bahawa Gula adalah satu penyebab kegemukan kerana 1 gram gula memberi anda 4 kalori tanpa sebarang khasiat lain. Pengambilan kalori atau gula berlebihan yang tidak digunakan oleh tubuh akan ditukar menjadi lemak. Ini akan menyebabkan kegemukan selain dari timbulnya pelbagai masalah kesihatan yang lain.


 Gula Sihat Stevia membantu menyahkan toksin/ meneutralkan asid


Gula sihat stevia adalah bersifat alkali, manakala gula pasir, karbohidrat dan protein serta pelbagai makanan yang kita sering amalkan bersifat asid. Disebabkan berlawanan sifat pH antara gula sihat stevia dan pemakanan yang lain, stevia mampu meneutralkan asid dan pada masa sama menyahkan toksin di dalam badan kita. Jika kita lihat carta makanan di bawah, pilihan pengganti gula paling bagus ialah gula sihat stevia itu sendiri, manakala pemanis tiruan sebenarnya adalah lebih bahaya daripada gula pasir. Jadi, berhati-hatilah memilih pengganti gula, jangan disebabkan anda mahu bertukar ke gula sihat menjadikan kesihatan anda bertambah teruk dan kronik.



stevia alkali


Gula sihat stevia membantu pelawasan proses pembuangan, melancarkan usus dan menghakis lemak.


Stevia adalah sumbangan penting bagi pencernaan yang lebih baik, dan ia memperbaiki fungsi keseluruhan gastro-usus. China, teh Stevia, disediakan secara panas atau sejuk, digunakan sebagai merendah kalori, pemanis teh, sebagai perangsang selera, sebagai pembantu pencernaan, sebagai bantuan pengurusan berat badan, dan awet muda.


Penerangan dari seorang Doktor Homeoterapi mengenai bagaimana gula sihat stevia dalam menangani masalah pencernaan dan usus. Serta pengawalan nafsu makan dengan gula sihat stevia.

stevia cuci usus


Testimoni berjaya Kurus dengan gula sihat stevia


Alhamdulillah. Dengan bertukar kepada gula sihat stevia, ramai pengguna telah berjaya menurukan berat badan dan mencapai kesihatan yang lebih baik. In shaa Allah selain mampu menurunkan berat badan, gula sihat stevia juga dapat menyelesaikan masalah penyakit yang turut berkait rapat dengan masalah kegemukan.


Saya doakan agar pengguna dapat terus mengamalkan gula sihat stevia bukan sahaja untuk kurus, tetapi kekalkannya sebagai pilihan gula sihat terbaik anda semua. 



Harga 

Sebotol Stevia (Bukan Ahli): RM 50
2 botol (bukan Ahli) : RM 100
3 botol : RM 140 (Percuma keahlian)

Selepas Menjadi Ahli
Harganya Menjadi 2 botol (1 set) : RM 60
** Harga tidak termasuk postage

Untuk tempahan: hubungi saya di talian
018-9100852




testimoni stevia




testimoni stevia


testimoni kurus dengan stevia


testimoni kurus dengan stevia


testimoni kurus dengan stevia


testimoni kurus dengan stevia


testimoni kurus dengan stevia


testimoni kurus dengan stevia


testimoni kurus dengan stevia


testimoni kurus dengan stevia


testimoni kurus dengan stevia


testimoni kurus dengan stevia


testimoni kurus dengan stevia

saya sendiri telah hilang 6kg dengan hanya mengamalkan gula stevia. Anda bila lagi? Tak usah siksa diri dengan cuba pelbagai produk kemudian tidak serasi atau berkemungkinan tidak lulus kkm atau ada kesan sampingan seperti cirit birit dan sebagainya. risau tau.


Berminat untuk mencuba dan mendapatkan produk stevia ini?


Harga 

Sebotol Stevia (Bukan Ahli): RM 50
2 botol (bukan Ahli) : RM 100
3 botol : RM 140 (Percuma keahlian)

Selepas Menjadi Ahli
Harganya Menjadi 2 botol (1 set) : RM 60
** Harga tidak termasuk postage


Untuk tempahan: hubungi saya di talian
018-9100852

Read More

8/28/2015

Akademi Belajar dari Rumah

Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: Logo rasmi ABDR





Akademi Bekerja di rumah (ABDR) ialah

> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah
> kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan
> kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm
> platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.


Mengapa di akademi kami banyak menggunakan kata suri? Kerana rata-rata di Malaysia sudah semakin ramai para wanita yang tidak bekerja, membuat keputusan untuk berhenti kerja, tidak mampu bekerja namun di akademi ini sebenarnya ia tidak terhad kepada suri sahaja, walaupun anda bekerja sepenuh masa, atau seorang lelaki atau wanita bujang. Tidak menjadi kesalahan untuk menyertai kami di sini. Cuma pada awal penubuhan ABDR kami fokuskan kepada wanita-wanita suri rumah ini supaya dapat bersama-sama para suami menjana kewangan dari rumah mereka sendiri.


Di akademi kami bakal mendedahkan bagaimana dan cara untuk anda jadikan coretan harian, serta penulisan blog kepada lubuk duit anda. In shaa Allah, dunia internet ini jangan terlalu fokus pada 2 perkara, iaitu dunia facebook atau dunia instagram sahaja. Sedangkan dunia google itu jauh lebih luas. Jadikan blog anda sebagai carian nombor satu rakyat Malaysia apabila kata kunci yang mereka inginkan terus mendarat di blog anda.


Jika anda berminat untuk menyertai akademi ABDR kami, boleh terus hubungi saya, Emme Marina Mohamad di talian 018-9100852. Semoga maju jaya.
Read More

8/27/2015

Kebaikan Pokok Manis Stevia Berbanding Gula Biasa

Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: Carian google

tukar gula kepada stevia

Bagaimana gula boleh menjejaskan kesihatan?

• Gula tidak menjejaskan mana-mana bahagian tubuh tetapi ia merubah kimia darah.
• Gula tidak menyebabkan sakit jantung secara lansung tetapi ia menjadikan platelet darah melekit dan ini meningkatkan risiko pembekuan darah dalaman yang boleh membawa kepada serangan jantung dan strok melalui lemak darah.
• Gula adalah satu penyebab kegemukan kerana 1 gram gula memberi anda 4 kalori tanpa sebarang khasiat lain. Pengambilan kalori atau gula berlebihan yang tidak digunakan oleh tubuh akan ditukar menjadi lemak.
• 24 sudu teh gula boleh menyebabkan keberkesanan sel darah putih menurun sebanyak 92 dan ini memakan masa sehingga 5 jam.
Proses penuaan menjadi lebih cepat menerusi pemecahan oksigen akibat pengambilan gula.
Read More

Erti Sebuah REZEKI

Teks: Emme Marina Mohamad

Semoga perkongsian ini dapat menjadikan manfaat kepada pembaca-pembaca semua. Jika ilmu ini bermanfaat, kongsikanlah kepada pembaca-pembaca yang lain. Saya doakan agar pembaca semua memperoleh rezeki yang berkat daripada amalan soleh ini. Mari kita hayati erti sebenar rezeki.

✅ Maksud REZEKI adalah:
- kasih sayang
- kewangan
- kesihatan
- ibadah

✅ Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dlm RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000

✅ Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dgn mak.. Mintak mak redha dgn apa yg kita buat..

✅ Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak tabung-tabung berikut:
1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak
**pergi pejabat zakat berdekatan.. Tanya terus dengan mereka bagaimana nak buka tabung-tabung ini**

✅ Ramai yg sebuk jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)

AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT:
1. Solat awal waktu
Lelaki - 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ada kat masjid!

2. Solat Dhuha
- eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
- Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
- Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat kena bagi salam..

✅ Jadilah JUTAWAN yg memberi manafaat pada orang lain!

3. Tahajjud
- buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten
- Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia..kalau orang taknak kita akan kecewa! Tapi present plan pada Allah..kita takkan rasa kecewa.. merintih pada Allah apa yang kita nak.. Apa yang kita impikan.. Apa yg kita nak capai dlm hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan..doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..
- Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar mak ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yg besar2 terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!

✅ Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah & ujian yg Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun-tahun tak bayar.. Redha kan semua tu.. Belajar redha.. Sebab ada orang pinjam 90ribu dah bertahun-tahun tak bayar..pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yg 10 tahun lepas punya kes..

4. Sedekah
- beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya,
Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat macamm ni dengan penuh perasaan)

✅ Buat TABUNG SUBUH

- Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dengan penuh perasaan & doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll..
Formula YAKIN
1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
12. Tawakkal
9 kali kena yakin!!

5. Baca Al-Quran
- paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan!
- Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..

6. Istighfar setiap hari
- baca zikir 'Ya Wahhab' je 100 kali setiap hari.. Lagi bagus setiap solat 100x.. Pastu naikkan 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir..

7. Jaga Wuduk setiap hari
- latih badan sentiasa ada wuduk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe! Contoh dlm wuduk pastu pergi jumpa client.. Pasti terkentut.. Jangan la pi ambik wuduk plk.. Lepas dh jumpa client baru la ambik wuduk sebab masih dalam proses latihan.. Beri kelonggaran pada diri anda sendiri.. Jangan berubah secara drastik..

✅ Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA!

Bila kita berbicara tentang sedekah, ada yang mengeluh kerana tiadanya wang, ada yang tiada langsung untuk diberikan. Saya faham. Jika kita tidak mempunyai sebarang wang untuk diberikan, maka lakukanlah perkara kebaikkan, kerana kebaikkan itu juga merupakan sedekah. Yang penting, hiasi niat kita dengan kebajikan dan mengharapkan sesuatu hanya dari Allah s.w.t
Read More

8/25/2015

Lirik Zikir Taubat Nasuha


Astaghfirullah Rabbal Barroya

(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)
...4X
Rabbi zidni 'ilman naa fi'a
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)
Wa wa fiqni 'amalam maqbula
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)
Wa Wa habli rizqan waasi'a
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas)
Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha)
Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)
...2X
Rabbi zidni 'ilman naa fi'a
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)
Wa wa fiqni 'amalam maqbula
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)
Wa Wa habli rizqan waasi'a
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas)
Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha)
Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)
...2X
Semoga selain berzikir dapat kita selami maksudnya.
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Popular Posts

Blog Archive

Pageviews

BTemplates.com

Blogroll

About

About

Copyright © Diari Seorang Suri & Bisnesmom | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com