Wednesday, May 30, 2018

Cara Terima Item Dan Rate Di Shopee

May 30, 2018 0 Comments
Tentu anda pernah shopping di Shopee bukan? Sejujurnya masih ramai tidak tahu cara untuk beri rate kepada seller di Shopee. Ada yang merasakan perlu ke?


Bagi saya dan seluruh seller di Shopee malah akan datang mungkin anda juga. Rating sangat mempengaruhi kedai online Shopee anda. Rating yang bagus membantu meningkatkan prestasi anda di media pemasaran Shopee. Alangkah bagusnya jika kita dapat saling membantu para seller di Shopee kan?


CARA-CARA UNTUK BAGI RATING KEPADA SELLER (AWAK SEBAGAI BUYER)




1. Click Me > Buying > My Purchase > To Receive.
2. Click Order Received (button orange).
3. Click CONFIRM untuk Shopee release payment pada seller.
4. Click Collect Now (button gold).
5. Dalam bahagian My Purchase, click Completed, pilih order tadi dan Click Rate (button orange). Button ini akan available sehingga 1 tarikh yang ditetapkan (seperti dlm gambar contoh sebelum 14.6.2018).

6. Bahagian Rate Product. Boleh click berapa STARS untuk diberikan.


Pilih dan click comment sedia ada (A). Boleh slide ke kanan untuk pilih beberapa comment lain.


Atau boleh juga taip comment anda sendiri tentang product dan servis seller di bahagian B.


Boleh letak gambar product (jika ada) di bahagian C.


7. Setelah selesai urusan rate dan comment, click button ✅ di bahagian paling atas kanan.
8. Jika anda dapat pop-up "You have successfully rated the products!", anda sudah berjaya berikan rating kepada seller. Tahniah!










Sumber gambar dan entri ini dari kelas berbayar Shopee Seller Center. Semoga artikel ini bermanfaat :)


Nak dapatkan Ebook Percuma Panduan Bisnes di Shopee?


panduan bisnes shopee


http://nak.la/ebooksshopeefree










Tudung Sarung Rumaysa Bidang 55 dan Bidang 60 Soft Awning Denim

May 30, 2018 0 Comments

SARUNG RUMAYSA


  • Material: Soft Denim
  • Material tidak terlalu tebal, lembut & selesa dan paling penting tidak melekap
  • TIDAK JARANG (selamat digayakan walaupun tanpa inner atau anak tudung)
  • TAHAN KEDUTAN (Less ironing, dan tanpa iron pun masih boleh dipakai)
  • Labuh depan dan belakang (Solat Ready)
  • Tidak berdagu
  • Jahitan yang kemas, kualiti jahitan butik
  • Didatangkan dalam 2 saiz: L & XL
  • Ukuran hadapan (dari bawah dagu)- L: 19 inci, XL: 24 inci
  • Ukuran belakang (dari bahagian kepala) - L: 32 inci, XL: 35 inci
Nota tambahan: Warna sebenar mungkin sedikit berbeza daripada gambar kerana kesan pencahayaan kamera dan resolusi imej.

Harga : RM49.00 (L/XL)
Kos pos : RM 8 Sem/ RM 12 SS





Perbezaan belakang size L dan XL



Untuk tempahan

Whatsapp 0189100852
Whatsapp 0189100852
Whatsapp 0189100852

Saturday, May 26, 2018

Dibayar RM200 Bagi Satu Entri - Alhamdulillah Rezeki Menulis Blog

May 26, 2018 0 Comments
Bismillah

Assalamualaikum, dalam marketing mentor selalu mengatakan bahawa testimoni diri sendiri adalah yang terbaik. Tidak kira apa jua produk atau servis anda lakukan pada ketika ini, the best testimoni is your own. 

Diri anda adalah bukti terbaik yang orang lain lihat dan terkesan. Jadilah idola buat diri sendiri dan orang lain. Guru saya juga selalu berkata, "selamat memakmurkan insan lain". Maksud memakmurkan insan lain ialah kita memberi manfaat atau membantu insan lain sama ada melalui produk atau motivasi diri apa sahaja yang kita lakukan itu mampu memberi input positif kepada orang disekeliling kita. 

sebab  HOW WE DO ANYTHING . . IS HOW WE DO EVERYTHING

Sudah 3 tahun saya bersama Akademi bekerja di Rumah, 2 tahun bersama FAV Academy. Tidak jemu menuntut ilmu sama ada mengenali diri atau sentiasa upgrade diri untuk jadi insan lebih baik, tidak kira sebagai seorang muslim mahupun ilmu bisnes. Akademi bekerja di rumah, ialah sebuah tempat di mana saya belajar menulis. Kita sering dengar ayat COPYWRITING ya, saya dengar ayat ni dari tahun 2012 dari pelbagai guru marketing. Belajar buat ayat copywriting. Belajar menulis. Apa kronologinya. Apa kaedahnya.

Apakah saya sudah hebat? TIDAK! Rasanya tidak hebat. huhu. Kembali kepada Akademi bekerja di rumah, kami dibimbing untuk terus konsisten menulis di blog. Kenapa blog? Kerana akademi ini wujud untuk membimbing kita menggunakan marketing di blog tetapi anda tetap boleh menggunakan medium Facebook sebagai tempat mengasah skill penulisan anda semua. Bagi saya, saya memilih menulis di blog sepenuhnya mungkin kerana masih segan di arena Facebook.

Saya bersyukur selepas belajar menulis dan mula bisnes melalui Akademi bekerja di Rumah, gaya penulisan saya menjadi semakin baik dari sebelumnya. Kita bukan sahaja belajar menulis tetapi bagaimana membuat iklan tanpa tak sengaja. Haa, itulah copywriting. Sedar tak sedar. Melalui penulisan anda, anda memukau pembaca dan menarik pelanggan yakni prospek anda ke laman blog anda dan akhirnya membuat jualan di blog anda. 

Blog bukan ecommerce di mana anda campakkan segala barang kemudian biarkan ianya di situ. Di mana sahaja anda menjual anda perlu meraih kepercayaan pengguna untuk membeli produk anda. Walaupun anda menjual di ecommerce dan ada ecommerce anda tetap memerlukan emosi untuk menangkap pembeli anda. Anda tetap memerlukan trafik ke kedai anda dan pelanggan membeli produk anda. Tiada yang akan datang secara percuma dan sale berlaku secara mendadak tanpa sebarang usaha. 

Fantasi ini perlu diberhentikan!

Jika anda tidak percaya, anda boleh buat sendiri. Jual produk anda, campakkan di situ tanpa sebarang usaha pengiklanan sama ada percuma atau berbayar. Kita lihat adakah anda berjaya meraih RM1000 sebulan. 

Tahun 2017, adalah tahun di mana saya kurang aktif menulis. Sama ada berlaku mental block isues, atau tiada idea atau malas atau apa jua alasan diberikan. Itulah yang berlaku pada tahun 2017 di blog ini. Namun, pelanggan tetap hadir setiap bulan dan blog ini memberi banyak jasa kepada diri saya walaupun tidak kaya raya tetapi ianya mencukupi buat saya. Alhamdulillah. Tidak melalukan bisnes aktif di Facebook dan Instagram bayangkanla dari mana pula datangnya sale bukan?

Jadi saya mula kembali menulis, cuba gapai seminggu 5 entri cukuplah. Nak lagi bagus sehari tu 5 entri itu sudah terlalu aktif. Disebabkan niche blog ini ialah kisah surirumah berpendapatan sendiri maka adalah rojak di sana sini, namun inilah kisah hidup saya. Saya berniaga melalui medium blog dan saya bersyukur saya bertemu dengan Akademi bekerja di rumah. Terima kasih kerana membuka ruang ini buat kami semua belajar upgrade diri dan akhirnya mampu berniaga dengan baik. 

Kisahnya tajuk entri ini saya telahpun dibayar sebanyak RM200 oleh pihak traveloka untuk menulis hanya satu entri pada bulan lepas, April 2018. Saya dihubungi melalui email dan dinyatakan untuk menulis bagi pihak traveloka menggunakan keyword yang disediakan. Dilamar oleh traveloka amat-amat mengejutkan saya. Dalam risau dan tidak yakin saya terima juga lamaran tersebut. Simple sahaja penulisan saya ini, syukur pihak traveloka menerimanya tanpa sebarang edit. Entri ini diterima bulat-bulat dan akhirnya dipublish di blog ini dan dibayar sebanyak RM200. 





Terima kasih kepada pihak traveloka kerana sudi memilih saya dan rakan-rakan lain. Saya akan terus menulis dan kongsikan kepada kalian apa jua bentuk penulisan yang dapat memberi manfaat dan motivasi kepada kalian. Usah takut untuk mencuba. Masa depan kita ialah urusan Allah. Jika baik yang kita pilih, insha Allah usaha itu akan bercambah menjadi benih yang baik juga. 

Malah servis yang baru saya usahakan iaitu servis fb page, blog dan advertorial juga sudah ada pelanggan melalui blog ini. Alhamdulillah. Terima kasih atas kepercayaan anda semua. 

Melalui kelas blog akademi bekerja di rumah, kesemua penjualan utama saya di blog menggunakan blog-blog tersendiri. Anda lihat lah.. 

Anda belajar satu kelas, anda boleh wujudkan seberapa banyak kedai blog yang bantu anda jana pendapatan. Bukankah ianya berbaloi?


Nak tahu lebih lanjut mengenai Kelas Blog ABDR




Semoga entri ini dapat memberi semangat kepada kalian untuk terus berusaha dan tidak jemu melakukan apa yang anda sedang lakukan untuk kejayaan diri anda sendiri. 

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini. 

Semoga kita bertemu lagi di entri akan datang.

Hebatnya Bersolat

May 26, 2018 0 Comments
1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
    *USTAZ AZHAR IDRUS*

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
     *Ustaz Kazim Elias*

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
      *Ustaz Don Daniyal*

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
     *Datuk Ismail Kamus*

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
    *Ustaz Haslin Baharin*

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
     *Al-Habib Ali Zainal*

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
     *TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki*

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
    *Sheikh Abdullah Jahaf*

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
     *Ustaz Dasuki Rani*

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
        *TG Harun Din*

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
      *Ustaz Pahrol*

 Rasulullah bersabda,
 Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

 *SELAMAT* *BERAMAL*

Kisah Imam Muhammad bin Hassan Jamalullail dan pembacaan al-qurannya.

May 26, 2018 0 Comments

Imam Muhammad bin Hassan Jamalullail adalah seorang alim yang kuat beribadah dan sangat suka membaca alquran. Beliau diberi gelaran "jamalullail" (unta malam) kerana beliau sangat kuat beribadah pada malam hari seperti unta yang kuat menempuh padang pasir tanpa penat lelah.

Tetapi bila sampai pada bulan Ramadhan beliau memilih untuk membaca alquran pada malam hari sahaja dan siang memperbanyakkan zikir. Hal ini menimbulkan persoalan kepada orang ramai di sekelilingnya. Apabila sering ditanya, akhirnya beliau terpaksa menjawab dan bercerita perihalnya itu. 

Beliau berkata "Aku setiap kali membaca alquran, hilang lapar dan dahaga. Walhal maksud puasa itu ialah untuk merasa lapar dan dahaga. Aku tak mahu hilang nikmat puasa ini dan sebab itulah aku hanya membacanya pada malam hari."

Hal ini bukanlah hanya berhenti pada penjelasan beliau sahaja tetapi juga dari pengakuan oleh mereka yang terdekat dengan beliau seperti ahli keluarga dan lain-lain yang mana setiap kali beliau membaca alquran akan tercium bau susu & madu daripada mulutnya.

Pada bulan Ramadhan, Imam Muhammad Hassan Jamalullail akan mengurungkan dirinya di dalam bilik sehingga hujung Ramadhan. Ahli keluarganya menghulurkan sekeping roti setiap hari untuk beliau berbuka, tetapi apabila tamat bulan Ramadhan, rupa-rupanya roti-roti yang dihantar dari awal Ramadhan tak disentuh pun.

Semoga bulan Ramadhan ini Allah masukkan kita dalam golongan yang cintakan alquran.

(kisah ini disampaikan oleh Habib Umar bin Hafidz dalam satu jalasah beliau) 

@nota_tasawwuf
Alfaqir Uthman Daud

Home Ads