Solat Sunat Gerhana Matahari

Setiap kali berlakunya fenomena gerhana matahari apakah amalan yang kita boleh lakukan selain melihat keagungan ciptaan Allah? Gerhana matahari boleh berlaku 2 hingga 5 kali dalam satu tahun takwim. Ada beberapa jenis gerhana matahari tetapi yang kita nak highlighkan sebagai seorang muslim ialah amalan dn solat sunat yang boleh kita amalkan pada waktu tersebut.


Gerhana cincin akan berlaku pada hari Khamis, 26 Disember 2019. 


FAKTA MENARIK ANDA BOLEH LIHAT DI SINI. 

VIDEO: https://youtu.be/yQKDvmE65xA


Mari kita baca apakah amalan sunat semasa gerhana matahari berlaku.


Amalan lain sewaktu gerhana ialah:

  • melakukan dua kali khutbah selepas melaksanakan solat sunat gerhana,
  • memperbanyakkan doa kepada Allah memohon keselamatan dan menolak bala bencana
  • beristighfar
  • bersedekah
  • Mengelakkan diri daripada mempercayai sebarang khurafat, tahyul dan iktikad yang salah mengenai kejadian gerhana. Rasulullah SAW membantah kepercayaan ini sewaktu berlakunya gerhana berbetulan dengan wafatnya putera Baginda SAW, Ibrahim: إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ، لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ، فَادْعُوا اللَّهَ، وَكَبِّرُوا وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا

Maksudnya: Sesungguhnya matahari dan bulan itu ialah dua tanda daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, tidaklah keduanya bergerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana hidupnya, jika kalian melihat gerhana, maka berdoalah kepada Allah, bertakbir, laksanakanlah solat dan bersedekahlah. Hadis riwayat Imam al-Bukhari (1044) dalam Sahih-nya


https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1747-amalan-sunat-sewaktu-gerhana


Di sini saya kongsikan cara buat solat sunat gerhana matahari. Lebih baik jika kita melihat praktikal supaya mudah difahami.


VIDEO: https://youtu.be/4DFyEoEbbLE


Hukum Solat Gerhana Matahari

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.

Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.


Cara Solat Sunat Gerhana


Secara ringkasnya seperti berikut : A Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah,yang terlebih afdhal surah ABaqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal (AllahuAkbar)serta membaca surah al-Fatihah dan membaca ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.

B. Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah Al-Maidah atau mana-mana surah. 5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10.Membaca tasyahud akhir.
11.Memberi salam.

  • Tiada iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
  • Mana-mana surah hendaklan mengikut susunan surah dari Al-Quran
  • Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
  • Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.


Mari kita jalankan sunnah baginda Rasullullah s.a.w, dengan solat sunat dan amalan sunnah apabila berlakunya gerhana matahari maka cinta kita terhadap keagungan Allah akan makin bercambah. Insha Allah

Doa Yang Termakbul The Pregnancy Umrah

Doa yang tidak disangka. Saya sebenarnya bakal mengerjakan umrah pada tahun 2020. Dan perkara yang merisaukan saya ialah jika saya haid pada waktu tersebut. Sebolehnya saya tidak mahu makan ubatan untuk mengaturkan haid. Jadi saya mula menjejak masa haid saya sendiri.


The good news is pada waktu tersebut memang tak period. Haa.. Sipi jugalah. Kiranya jika betul kiraan. Saya di Mekah seminggu selepas habis tempoh period tapi ialah was2 tetap ada. Cycle period saya tak regular sebenarnya. Ada kemungkinan juga boleh delay sehingga 15 hari period. 


Jadinya, anda imagine. Sudah tentulah saya akan sentiasa berdoa agar Allah bantu saya. 


Ya Allah, janganlah aku period semasa aku mengerjakan umrah.


Simple je doa saya. Ya, simple. Lalu Allah beri solusi paling simple dan berkesan. 


Period saya lewat bulan ni. Bukan lewat sangat. Tapi cukup merisaukan. Instinct wanita kuatkan? 


Saya terus ke 7eleven. Beli UPT. Terus cek. Positive! 


Yeahhhh😂😂


Tangan saya menggigil. This is not what i expected at all. We did want to try to have another baby but not right now. And yet, He gives us early. Soalan suami saya. Bila? You dont ask me. Kami memang rancang sendiri dan saya sendiri rasakan kali ni agak sukar Allah beri saya pregnant. 


UPT check dalam masa 2 tahun ni hampir 10x, semuanya negatif. Dan Allah beri kami rezeki di saat tidak kami duga. This is my 6th pregnancy, insha Allah the 5th child. Doakan kami dapat anak lelaki ya.


So dengan good news ni, preparation for umrah 2020 akan jadi lebih kepada penjagaan badan dan baby dalam kandungan. Untuk pengetahuan semua, kami bakal melakukan umrah sendiri dengan visa pelancong. Entri umrah diy sudah ada tetapi belum siap sepenuhnya. Saya cuba siapkan secepat mungkin ya. 



Sweater dah siap beli baru. Yang lama kita dah letgo. Alhamdulillah sedap kainnya lagi solid. Lagi suam dan cantik dipakai. Tangan pun ada handsock siap. Saya tak tahan sejuk jugak. Lama kat dalam flight nantikan? Sweater Muslimah dah restok baru je. Kalau berminat boleh roger saya. 

Seller Own Fleet Portal Lazada (SOFD)

Ada beberapa jenis Shipping bila anda berniaga di Lazada. Sepertima mana Shopee, ada juga pilihan di mana kita boleh letakkan tracking number kita kan?


Option shipping di Shopee dikenali sebagai OTHERS.
Manakala di Lazada pula dikenali sebagai Seller Own Fleet Portal (SOFD)


Namun method untuk menggunakan seller own fleet ini perlu direquest terlebih dahulu. Jika anda baru bermula, anda akan terus diberikan 2 option iaitu Skynet dan LEX. Tahukah anda LEX shipping ini merupakan kurier khas bagi penghantaran produk Lazada?


Kerlas gitu kan.


Keduanya, bila anda menggunakan pilihan yang Lazada provide, bila anda terima tempahan, parcel anda akan dipickup oleh pihak Lazada sendiri.


Tetapi jika anda mahu option menggunakan tracking number sendiri, khususnya seperti saya, dropshipper kan. Anda boleh request di Lazada untuk option SOFD. Bagi saya, pilihan ini lebih mudah dan membolehkan saya membuat dropship dari mana-mana suplier.






Bila anda sudah berjaya mendapat seller own fleet ni, andalah yang harus uruskan posting anda sendiri. Termasuklah upload tracking and bukti penghantaran parcel sudah berjaya sampai di tangan pelanggan.


Dulu-dululah, proses untuk saya dapatkan SOFD ini mengambil masa yang agak lama. Sehingga saya tak perasan bila saya ada seller own fleet ni, masa tu saya terpaksa update kepada customer servis dan mereka yang updatekan progress perjalanan parcel. Cara ni sangatlah leceh, menyebabkan duit banyak sangkut.


Sama jugaklah sekarang ada je sangkut, tapi sekurang-kurangnya dari pihak kita sendiri kita sudah settlekan penghantaran dan status. Tiada kes pending atau delay.


Anda bagaiman?

Kisah Haji dan Umrah dengan Ilmu (Panduan Ibadah Terbaik Insha Allah)

Alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik untuk saya kongsi ilmu bersama sahabat semua. Tidak lama lagi saya dan suami bakal mengerjakan ibadah umrah. Sesungguhnya kami masih terlalu naif dan terlalu banyak kekurangan dalam mendalami ilmu ibadah umrah. Marilah kita sama-sama menuntut ilmu agama islam dalam ibadah umrah supaya ibadah kita itu diterima Allah sebaiknya. Aamiin


Ini ialah sebuah kisah besar. Semoga dengan kisah ini menjadi pedoman dan pegangan buat kita sentiasa perbaiki ibadah umrah pada masa akan datang dan bakal tiba ya. 


Insha Allah. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. 


Manis Haji dengan ilmu

Kisah wali Allah bernama Syibli dalam kitab _Itthaf Saadah Al-Muttaqin bi Syarh Ihya' Ulum adDin karangan Imam As-Sayyid Muhammad Ibnu Muhammad al-Zabidi._

Dialog  ini juga difahamkan telah diterjemahkan dari kitab Al-Mustadrak 10:166. 

Dialog ini terjadi antara Imam Ali Zainal Abidin dengan Asy-Syibli. Asy-Syibli adalah seorang ulama sufi besar dan terkenal hingga sekarang, khususnya di kalangan para sufi. 

Imam Ali Zainal Abidin adalah putera Al-Husein cucu Rasulullah saw. 

Tersebutlah Asy-Syibli, seorang murid Imam Ali Zainal ‘Abidin. Setelah selesai menunaikan ibadah haji, ia segera menemui Ali untuk menyampaikan pengalaman hajinya. 

Terjadilah percakapan di antara mereka. 

“Wahai Syibli, bukankah engkau telah selesai menunaikan ibadah haji?” tanya Ali. 

Ia menjawab, “Benar, wahai Guru.” 

“Apakah engkau berhenti di Miqat, lalu menanggalkan semua pakaian yang terjahit, dan kemudian mandi?” 

Asy-Syibli menjawab, “Benar.” 

“Ketika berhenti di miqat, apakah engkau bertekad untuk menanggalkan semua pakaian maksiat dan menggantinya dengan pakaian taat? 

Ketika menanggalkan semua pakaian terlarang itu, adakah engkau pun menanggalkan sifat riya, nifaq, serta segala syubhat? 

Ketika mandi sebelum ihram, adakah engkau berniat membersihkan dari segala pelanggaran dan dosa?” 

Asy-Syibli menjawab, “Tidak.” 

“Kalau begitu, engkau tidak berhenti di miqat, tidak menanggalkan pakaian yang terjahit, dan tidak pula membersihkan diri!” 

Ali bertanya kembali:

“Ketika mandi dan berihram serta mengucapkan niat, adakah engkau bertekad untuk membersihkan diri dengan cahaya taubat? 

Ketika niat berihram, adakah engkau mengharamkan atas dirimu semua yang diharamkan Allah? 

Ketika mulai mengikatkan diri dalam ibadah haji, apakah engkau rela melepaskan semua ikatan selain Allah?” 

“Tidak,” jawabnya. 

“Kalau begitu, engkau tidak membersihkan diri, tidak berihram, tidak pula mengikatkan diri dalam haji.

Bukankah engkau telah memasuki miqat, lalu solat dua rakaat, dan setelah itu engkau mulai bertalbiyah?” 

“Ya, benar.” 

“Apakah ketika memasuki miqat engkau meniatkannya sebagai ziarah menuju keredhaan Allah? 

Ketika solat dua rakaat, adakah engkau berniat mendekatkan diri kepada Allah?” 

“Tidak, wahai Guru.” 

“Kalau begitu engkau tidak memasuki miqat, tidak bertalbiyah dan tidak solat ihram dua rakaat!,” tegas Ali Zainal ‘Abidin. 

“Apakah engkau memasuki Masjidil Haram, memandang Ka’bah serta solat di sana?” 

“Benar.” 

“Ketika memasuki Masjidil Haram, apakah engkau berniat mengharamkan dirimu segala macam ghibah? 

Ketika sampai di Makkah, apakah engkau bertekad untuk menjadikan Allah satu-satunya tujuan?” 

“Tidak,” jawabnya. 

“Sesungguhnya, engkau belum memasuki Masjidil Haram, tidak memandang Ka’bah, serta tidak solat pula di sana!” 

Ali bertanya kembali, “Apakah engkau telah bertawaf dan berniat untuk berjalan serta berlari menuju keredhaan Allah? 

“Tidak.” 

“Kalau begitu, engkau tidak bertawaf dan tidak pula menyentuh rukun-rukunnya!” 

Tanpa bosan Ali kembali bertanya, “Apakah engkau berjabat tangan dengan Hajar Aswad dan solat di Maqam Ibrahim?” 

Dijawabnya, “Benar.” 

Mendengar jawaban itu, Ali Zainal ‘Abidin menangis, seraya berucap:

“Oooh, barangsiapa berjabat tangan dengan Hajar Aswad, seakan ia berjabat tangan dengan Allah. Maka ingatlah, janganlah sekali-kali engkau menghancurkan kemuliaan yang telah diraih, serta membatalkan kehormatanmu dengan aneka dosa!.” 

Cucu Rasulullah SAW ini terus bertanya muridnya:

“Saat berdiri di Maqam Ibrahim, apakah engkau bertekad untuk tetap berada di jalan taat serta menjauhkan diri dari maksiat? 

Ketika shalat dua rakat di sana, apakah engkau bertekad untuk mengikuti jejak Ibrahim serta menentang semua bisikan setan?” 

“Tidak.” 

“Kalau begitu, engkau tidak berjabat tangan dengan Hajar Aswad, tidak berdiri di Maqam Ibrahim, tidak pula solat dua rakaat!” 

Lanjutnya, “Apakah ketika melakukan Sa’ie, antara Safa dan Marwah, engkau menempatkan diri di antara harapan akan rahmat Allah dan rasa takut menghadapi murkaNya?” 

“Tidak,” jawab Asy-Syibli. 

“Kalau begitu, engkau tidak melakukan perjalanan antara dua bukit itu! Ketika pergi ke Mina, apakah engkau bertekad agar orang-orang merasa aman dari gangguan lidah, hati, serta tanganmu?” 

“Tidak.” 

Ali menggelengkan kepala, “Kalau begitu, engkau belum ke Mina! Apakah engkau telah Wukuf di Arafah, mendaki Jabal Rahmah, mengunjungi Wadi Namirah, serta memanjatkan do’a-do’a di bukit Shakharaat?” 

“Benar, seperti itu.” 

“Ketika Wukuf di Arafah, apakah engkau menghayati kebesaran Allah, serta berniat mendalami ilmu yang dapat mengantarkanmu kepadaNya? 

Apakah ketika itu engkau merasakan kedekatan yang demikian dekat denganmu? 

Ketika mendaki Jabal Rahmah, apakah engkau mendambakan Rahmat Allah bagi setiap Mukmin? 

Ketika berada di Wadi Namirah, apakah engkau berketetapan hati untuk tidak mengamarkan yang ma’ruf, sebelum engkau mengamarkannya pada dirimu sendiri? Serta tidak melarang seseorang melakukan sesuatu sebelum engkau melarang diri sendiri? 

Ketika berada di antara bukit-bukit sana, apakah engkau sedar bahwa tempat itu akan menjadi saksi segala perbuatanmu?” 

“Tidak.” 

“Kalau begitu, engkau tidak wukuf di Arafah, tidak mendaki Jabal Rahmah, tidak mengenal Wadi Namirah, tidak pula berdo’a di sana! 

Apakah engkau telah melewati kedua bukit Al-’Alamain, melakukan solat dua rakaat sebelumnya, lalu meneruskan perjalanan ke Muzdalifah untuk memungut batu-batu di sana, lalu melewati Masy’aral Haram?” 

“Ya, benar.” 

“Ketika solat dua rakaat, apakah engkau meniatkannya sebagai solat syukur, pada malam menjelang sepuluh Dzulhijjah, dengan mengharap tersingkirnya segala kesulitan serta datangnya segala kemudahan? 

Ketika lewat di antara bukit itu dengan sikap lurus tanpa menoleh kanan kiri, apakah saat itu engkau bertekad untuk tidak bergeser dari Islam; tidak dengan hatimu, lidahmu, dan semua gerak gerikmu? 

Ketika berangkat ke Muzdalifah, apakah engkau berniat membuang jauh segala maksiat serta bertekad untuk beramal yang diredhai-Nya? 

Ketika melewati Masy’aral Haram, apakah engkau mengisyaratkan untuk bersyiar seperti orang-orang takwa kepada Allah?” 

“Tidak.” 

“Wahai Syibli, sesungguhnya engkau tidak melakukan itu semua!” 

Ali Zainal ‘Abidin melanjutkan:

“Ketika engkau sampai di Mina, apakah engkau yakin telah sampai di tujuan dan Tuhanmu telah memenuhi semua hajatmu? 

Ketika melempar Jumrah, apakah engkau meniatkan untuk melempar dan memerangi iblis, musuh besarmu? 

Ketika mencukur rambut (tahallul), apakah engkau bertekad untuk mencukur segala kenistaan? 

Ketika solat di Masjid Khaif, apakah engkau bertekad untuk tidak takut, kecuali kepada Allah dan tidak mengharap rahmat kecuali dari-Nya semata? 

Ketika memotong haiwan korban, apakah engkau bertekad untuk memotong urat ketamakan; serta mengikuti teladan Ibrahim yang rela mengorbankan apapun demi Allah? 

Ketika kembali ke Makkah dan melakukan Tawaf Ifadhah, apakah engkau meniatkannya untuk berifadhah dari pusat rahmat Allah, kembali dan berserah kepadaNya?” 

Dengan gementar, Asy-Syibli menjawab, “Tidak, wahai Guru.” 

“Sungguh, engkau tidak mencapai Mina, tidak melempar Jumrah, tidak bertahallul, tidak menyembelih korban, tidak manasik, tidak solat di Masjid Khaif, tidak Tawaf Ifadhah, tidak pula mendekat kepada Allah! 

Kembalilah, kembalilah! 

Sesungguhnya engkau belum menunaikan hajimu!” 

Asy-Syibli menangis tersedu, menyesali ibadah haji yang telah dilakukannya. 

Sejak itu, ia giat memperdalam ilmunya, sehingga tahun berikutnya ia kembali berhaji dengan ma’rifat serta keyakinan penuh.

Donut Bomboloni Sedap dan Gebu

Bomboloni. Donut bomboloni atau donut jepun. Sebelum namanya viral sebagai bomboloni saya kenal donut ni dengan nama donut jepun. Pernah merasa tetapi agak kurang mengikut citarasa.


Mungkinkah bomboloni viral ni diadaptasi dari donut jepun? Huhu. Pandaila kita ek. Baru je start makan buat hypotesis sendiri😂


Bukan apa. Nak makan jarang sekali. 


Bila berkenan cubalah makan selalu tetapi tidak bolehlah selalu jugak. Gemuk karang. Saya sudahlah berat nak mencecah 50 kg ni. Kenalah jaga makan untuk jaga berat juga. 


Jom tengok gambar donut bomboloni ni. Saya suka tau fillingnya sedap sangat. Gebu dan ringan pula tu. 


Beli di gerai tepi jalan sahaja. 3 biji RM 5 di sini. 



Yeah. Saya suka inti coklat atau white coklat. 



Ada dijual corndog sekali. Saya beli juga. Aha, tak pernah makan corndog viral ni😓😂 RM 4 1 batang. 


Nampak sedap sangatkan donut bomboloni ni? Saya sharekan resepi juga ya. Manalah tahu nak buat. Jika resepi ni tak best kalian search sahaja di Google. Ramai share resepi dam video

Resepi Donut Bombolini Sedap dan Gebu
Dari :  https://www.google.com/amp/s/www.mingguanwanita.my/wanita-ini-kongsi-resipi-bomboloni-gebu-sedap-hasil-jualan-yang-dibuat-niaga-1/amp/

Berikut perkongsian oleh Farah Syazwanie;

“‘Bomboloni’ saya panggil si “kepuk kepuk” apa pun namanya ia tetap DONUT.Hasil jualan saya. Saya kongsikan pada anda resepi yang saya gunakan. Semoga memberi manfaat buat para isteri pada adik-adik lepasan SPM yang baru nak memulakan perniagaan sampingan. Doakan juga semoga dimurahkan rezeki buat kita semua. Amiin.”

Adunan untuk 23-25biji (nak lebih sila gandakan adunan).

Bahan-Bahan:

500gm Tepung gandum/ high protein (saya guna HP)
11gm yis mauripan (1 paket)
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu makan marjerin
1 biji telur gred B
3 Sudu besar gula
2 Sudu besar susu tepung
Sedikit garam
1 cawan fresh milk
1/2 cawan air biasa

*Biarkan semua bahan pada suhu bilik, kecuali susu segar guna yang sejuk.

Cara Membuat:

1. Campur semua bahan sekali termasuk yis.

2. *Guna tangan uli 15-20 minit.
* Guna mixer uli 10min. Uli hingga elastik.

3. Rehatkan adunan 30 minit.

4. Buang angin kemudian bentukkan doh secara rounding(membulat).

5. Biarkan adunan naik kembang 2x ganda lepastu dah boleh goreng.

6. Gaulkan donut yang dah digoreng tadi dengan snow sugar (boleh cari dekat kedai bakery) kemudian susun macam dalam gambar.

7. Gunting-gunting bahagian tengah atas ke dalam jangan la sampai tembus pula ya.

8. Akhir sekali boleh la bubuh filling nutella. Anggaran Sebiji bombolini ini 50gram.

Selamat mencuba!

Semoga bermanfaat.
#Bombolonikepukkepuk

MW: Buat mak-mak yang nak cuba buat sendiri untuk anak-anak, mahupun golongan suri rumah yang nak cari pendapatan sampingan, boleh lah cuba resipi bombolini yang dikongsikan ni. Memang sedap dan kalau rajin tu boleh jadikan pendapatan sampingan nanti.

Sumber: Farah Syazwanie