Friday, June 04, 2021

Cabaran Berniaga Sebagai Seorang Surirumah Sepenuh Masa

June 04, 2021 0 Comments

Sebagai peniaga, kita harus selalu update segala informasi berkenaan produk, pengeposan dan hal terkini. Berniaga di pelbagai platform marketplace, memiliki website jualan sendiri bermaksud andalah yang akan menguruskannya seorang diri. Kerja update info sebegini renyah tetapi perlu. Bagi surirumah anak ramai seperti saya, urusan ini sangat memerlukan saya fokus dan curi masa untuk melakukannya. Jika tidak, saya terpaksa stay up berhari-hari semata-mata menyiapkan setiap platform. Inilah cabaran yang harus saya hadapi setiap masa sebagai surirumah sambil menguruskan anak-anak, suami dan rumah. 





Bekerja seorang diri tanpa staff bila anda sudah boleh pergi jauh memenatkan. Namun entah kenapa saya masih belum bertemu pembantu yang serius bekerja bersama saya. Malah, dua kali saya dijodohkan bersama staff yang akhirnya terpaksa saya berhentikan. Sukar juga ya?


Bekerja bersama saya secara online mungkin satu cabaran. Tidak semua orang memiliki laptop di rumah. Tidak semua orang memiliki WIFI, majority menggunakan handphone sahaja. Tugasan bersama saya memerlukan staff mengakses dekstop di setiap platform, mobile view sangat tidak sesuai dan lebih menyusahkan staff itu sendiri. 


Berniaga anda akan sentiasa download gambar, video untuk diupdate. Ia akan memerlukan lagi data yang sangat banyak. Menjadikan line telco sebagai hotspot tidak sesuai, slow dan akhirnya staff-staff saya tidak dapat melakukan kerja mereka dengan baik, menjadi lewat dan menyebabkan hubungan online dua hala antara kami tidak menjadi. Alangkah baiknya jika saya dapat bertemu dengan staff atau freelancer yang dapat bantu saya sebaiknya. Semua updating ini memakan masa yang lama terutamanya untuk saya yang perlu melakukan sales, update order, uruskan marketing. 


Kata mentor-mentor saya, jika kita nak berjaya dan berkembang dalam perniagaan. Kita perlukan team. Dan nampaknya inilah cabaran terbesar untuk saya. Dari A to Z saya uruskan seorang diri sedangkan bisnes ni sedang ke arah expanding. Saya doa sangat-sangat Allah makbulkan doa saya, ditemukan dengan pembantu/ staff yang betul-betul menepati ciri yang saya idamkan. Dapat bekerjasama dengan baik walaupun secara jauh. 


Saya berniaga apa sahabat nak tahu?


Mari saya kongsikan manalah tahu sahabat berkenan nak order kan hehe


Fokus menjual produk islamik iaitu al quran tagging dari Sahabat Enuur, jam tangan solat dan kiblat dari Buruj Watches dan al quran digital dari Al Qolam dan My Qalam

Mempromosikan software untuk peniaga seperti software shopee Cybersona, Autopost Facebook KITFB, Telegram dan banyak lagi

Ebook untuk peniaga dan surirumah

Produk skincare dan slimming dari DMS360

Dealer Emas Orodesign


Saya berniaga sepenuh masa sebagai dropshipper. Saya memilih tidak memegang stok tetapi impian saya setinggi gunung. Walaupun dropship, saya tetap nak berjaya. Jangan terkejut dengan senarai produk, software yang saya jual. Semua itu dalam masa beberapa tahun juga, dan sekarang ni saya fokus kepada produk islamik, sharing marketing dan software shopee (sebab ni saya foundernya). Namun begitu produk knowledge untuk kesemua senarai tu saya wajib hadamkan. Bayangkan berapa banyak folder dalam otak kecil saya ni, dengan kerja rumah non stop. Saya sudah beberapa hari tidur lewat sekarang. Sahabat doakan saya bertemu dengan staff idaman tahu. 


Baiklah. Sudah jam 2 pagi. Selamat malam semua. Salam sayang dan salam kejayaan. Ingat, kejayaan itu tidak mudah tetapi ianya tidak mustahil. Tiada yang mustahil dengan adanya Allah. Buat baik, ikut apa peraturan berniaga sebagai seorang muslim, jangan tutup mata mengenai urusan perniagaan kerana Rasulullah s.a.w sendiri merupakan seorang peniaga. Kita wajib follow Baginda dan para sahabat berniaga. Barulah berkat dunia dan akhirat dengan hasil pendapatan yang kita terima melalui bisnes kita kay. 


Wednesday, June 02, 2021

Cara Tebus eBelia Paling Mudah Dan Cepat

June 02, 2021 0 Comments

Sudahkah kalian menebus ebelia anda? Saya difahamkan cara penebusan ebelia tersebut agak leceh namun usah bimbang. Jika kalian sudah ada aplikasi Shopee anda boleh menebus dengan mudah di situ sahaja. Ya benar, tebus secara tunai di Shopee.


klik sini untuk tebus di Shopee :- https://shp.ee/dg77chk



Tebus eBelia di Shopee anda boleh keluarkan duit tersebut ke dalam akaun anda atau terus gunakan untuk membeli barangan di Shopee. 


Bagaimana Jika Anda Tiada Akaun Shopee?


Oh, tidak perlu bimbang. Daftar sahaja di akaun Shopee. Anda hanya perlukan nombor telefon untuk buka akaun di Shopee dan terus daftar Shopeepay anda untuk menggunakan sistem tersebut. Rujuk sini untuk buka akaun di Shopee dan Sini untuk aktifkan Shopeepay kalian. Wajib aktifkan Shopeepay barulah dapat menggunakan sistem tersebut dan mengeluarkan duit dari Shopeepay ke akaun bank anda.




klik sini untuk tebus di Shopee :- https://shp.ee/dg77chk

Monday, May 31, 2021

Perkara Boleh dan Tidak Boleh Semasa Total Lockdown 1 June 2021

May 31, 2021 0 Comments

Total Lockdown pada 1 June 2021, bagi saya sama seperti PKP 1.0 yang telah kita semua lalui pada 18 Mac 2020. Cuma kali ini beberapa perubahan besar seperti perkhidmatan penjajaan / peniaga kecil di buka sepenuhnya. Semua peniaga jalanan dibenarkan beroperasi dengan kaedah walk in. Insha Allah, kita doakan tiada isu beramai-ramai keluar kerana setiap rumah hanya dibenarkan seorang sahaja keluar membeli keperluan atau makanan. Jadi, saya berharap tiada panik buying dan akhirnya menyebabkan berlaku kluster panik buying. Sungguh wabak Covid-19 ini amat menggelisahkan saya. Saya takut bukan kerana COVID-19, saya takut apakah saya sudah bersedia bertemu Allah dengan amalan saya yang masih kurang dan terlalu sedikit untuk dihitung. 





Kematian itu pasti. Kita boleh mati semasa tidur. Kita boleh kehilangan seseorang dengan begitu mudah. Tetapi apakah kita mampu ready untuk menghadapi mati dengan amal dan ibadah kita? Itu adalah perkara yang perlu diberi renungan dan muhasabah diri. Wabak ialah satu ujian terhadap umat islam, dan bagaimana kita mengatasinya dengan redha atau marah kepada Pencipta yang menurunkan wabak?

 

Mari saya kongsikan apakah perkara yang boleh anda lakukan, perkhidmatan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa TOTAL LOCKDOWN pada 1 June 2021 nanti.


TERKINI: PERKARA BOLEH & TIDAK BOLEH TOTAL LOCKDOWN


๐Ÿ“Œ Senarai Perkhidmatan Perlu


1. Makanan dan Minuman 

2. Perubatan dan kesihatan

3. Air

4. Tenaga 

5. Keselamatan

6. Pengurusan Sisa Pepejal

7. Pengangkutan 

8. Perkhidmatan Pelabuhan

9. Komunikasi 

10. Perbankan

11. Perkreditan

12. E-dagang 

13. Pengeluaran Bahan Api 

14. Hotel & Penginapan (Kuarantin) 

15. Pembinaan & Penyelenggaran 

16. Perhutanan 

17. Logistik 



๐Ÿ“Œ  Semua sektor perkilangan adalah TIDAK DIBENARKAN 


Kecuali sektor: 


1. Aeroangkasa

2. Makanan & Minuman

3. Pembungkusan Pencetakan 

4. Penjagaan diri & cuci 

5. Perubatan dan kesihatan 


Kesemuanya ada 12 sektor (60% kapasiti pekerja)


๐Ÿ“Œ Shopping mall DITUTUP kecuali Bahagian Makanan, Kedai Makanan & Restoran, Farmasi

๐Ÿ“Œ Klinik haiwan dan kedai makanan haiwan, Kedai dobi, dobi layan diri dan kedai cermin mata Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti DIBENARKAN

๐Ÿ“Œ Keluar rumah hanya dibenarkan untuk membeli barang keperluan, 2 orang sahaja kecuali perubatan dan sebagainya

Tertakluk kepada radius 10 kilometer sahaja

๐Ÿ“Œ TASKA, tabika, tadika swasta, tadika di sekolah swasta, antarabangsa dan ekspatriat serta pusat perkembangan minda bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun TIDAK DIBENARKAN beroperasi KECUALI bagi frontliners dan ibu bapa yang kedua-duanya bekerja

๐Ÿ“Œ Restoran, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk untuk take away dan penghantaran ke rumah dibenarkan

๐Ÿ“Œ Aktiviti penjualan makanan dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran dari jam 8 pagi hingga 8 malam

๐Ÿ“Œ Aktiviti sukan dan rekreasi secara individu di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal terhad dibenar kepada joging dan senaman sahaja

Perlu patuhi penjarakan fizikal 2 - 3 meter dan dilakukan di kawasan kejiranan sahaja bermula 7.00 pagi sehingga 8.00 malam

๐Ÿ“Œ Rentas negeri, daerah bagi pasangan jarak jauh tidak dibenarkan dalam tempoh ‘lockdown’ fasa pertama.


Duduk rumah jika tiada keperluan. Beli barangan secara online sekiranya ianya bukan barang basah. Kurangkan aktiviti keluar rumah dan bertemu orang ramai. Ianya yang terbaik bagi menjaga keluarga anda sendiri. Ingat, jangan sesekali jadi asbab diri kita menjadi pembawa dan membawanya pulang ke pangkuan tersayang.


Saya kongsikan gambar yang saya dapat dari DG Hisham. Beliau dan frontliners sudah kepenatan. Mereka berjuang sejak tahun 2020 sehingga hari ini. KITA?


Kita buat apa untuk bantu mereka? Tanya diri sendiri. Saya? Saya duduk rumah dengan anak-anak, amalkan COD dan order secara online walaupun setin susu pekat SAJI. Yes seriously tahu, tapi bukanlah setin semata-mata, belilah secara bijak! 














Kita semua boleh lakukan. Duduk di rumah semasa TOTAL LOCKDOWN. Tolong turunkan graf jangkitan Covid-19 di Malaysia. Sama-sama kita semua boleh.


Monday, April 26, 2021

Pasang Unifi 30 MBPS

April 26, 2021 2 Comments
Sayang seribu sayang. Semasa saya daftar untuk. 30 Mbps, encik di kaunter tu kata ramai ambil 100 Mbps. Kenapa nak ambil yang rendah sahaja?





Soalan tu kena tanya kewangan dan keperluan setinggi gunung everest atau gunung Kinabalu. Komitmen bulanan saya terlalu tinggi saya rasa 30 Mbps adalah cukup bagi keperluan ofis saya di rumah. Selama ini saya hidup bertahun-tahun dengan 10 Mbps ke bawah dan lebih rendah lagi. So its ok. I still survive.


Astro Beyond ok
Netflix ok


Paparan 4k HD jelas la walau kadangkala gambar blur bila umobile buat hal. Ah ya, kami pakai umobile line sahaja sebagai wifi di rumah. Oklah. Pakai bulanan 30 ok, 68 pun ok.


Anggaplah saya kedekut. Its ok.


Saya rela kurangkan bajet komitmen bulanan dari menambahkan. Jika yang rendah itu sudah cukup bagus buat saya dan keluarga. Staff pakai ok bila dirumah. Anak2 layan youtube dan Netflix ok di tv. Line download file dan image pun memuaskan. Alhamdulillah


Unifi RM89. 00 bagi 30 Mbps. Bolehlah kan? Handphone line dah RM68. Plus lagi wifi ni dah jadi RM157 sebulan. Ah, cukuplah tu.


Baru hari kedua guna unifi๐Ÿ˜† harap cemerlang lah unifi ni di rumah. Anda? Wifi di rumah pakai apa? Line telco ke line tetap? 

Friday, April 16, 2021

Rutin Wajib Mompreneur Susun Kemas Atur

April 16, 2021 0 Comments
Sentiasa mewujudkan satu kawasan yang sejuk mata memandang. Sudah lama saya tak mengemaskini rak buku dan buku-buku sedia ada. Bercampur sudah. Terselit sana sini pun ada. Haii. Apa nak jadi ya tak?


Kami cuma ada satu rak buku sahaja buat masa ni. Tiada tempat untuk saya wujudkan rak yang lebih besar. Alangkah teringinnya saya nak miliki rak buku dan koleksi buku yang lebih besar.


Rindu untuk memberi ruang membaca. Sekarang sibuk dengaj urusan rumah, anak dan bisnes. Membaca itu jambatan ilmu. Membaca ilmu bisnes, menambah ilmu dan memberi idea. Membaca ilmu motivasi dan positif memberi impak kepada pemikiran dan kelapangan hati. Membaca non fiction, memberi sense of we have the time to just have fun reading. Saya suka sangat2 moment kita dalam dunia sendiri ketika membaca.


Inilah rak buku yang ada dirumah. Dah banyak buku dikeluarkan. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ Sedihnya




Proses mengasingkan buku-buku yang wajib saya baca dan ulang berkali-kali. Biar lekat semat di kepala dan hati. Menjadi tindakan yang baik, dan habit. Bukan mudah membentuk habit, tetapi ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. 


Saya belajar dalam hidup ni, semuanya berlaku dengan izin Allah walaupun adakalanya saya terlupa. Benarlah manusia mudah lupa. Tetapi jangan dijadikan ia sebagai modal kemalasan dan peluang melepaskan diri. Jika lupa, lain kali jangan lupa. Lupa lagi, ingat lagi. Hidup ni suatu proses, proses ada yang laju, ada yang lambat. Yang penting kita teruskan usaha melakukannya dan bukan berhenti berusaha. 


Menaip entri kali ni dengan mendengar alunan bacaan alquran daripada portable quran speaker, best suara mengaji berbanding pen audio myqalam. Bukan tak suka, tetapi nampaknya pihak myqalam perlu lakukan sesuatu untuk membuatkan setiap bacaan dari qari lebih sedap didengar. 





Alamak bangun pula si kecil. Antara sebab saya mengemas rak buku kerana si kecil inilah. Nakal sudah. Sangat suka memanjat dan mengeluarkan buku-buku. Sebab itu jugalah rak buku di bawah sekali saya kosongkan. Tak mengapa jika hanya keluarkan, tetapi dimakan sekali. Hmm, semua pakej dia ada.


Ini ialah entri semasa. Selamat pagi semua ibu-ibu. Bagi mompreneur, enjoy this very moment. Anak-anak sangat cepat membesar. Saya mula lupa keletah anak pertama semasa kecil. Anak sulung dah berusia 11 tahun, saya mula risau akan sikap remaja yang akan kami tempuh. Semoga Allah beri saya kesabaran dalam mendidik anak-anak ini.


Oh ya saya kongsikan doa yang saya mula amalkan untuk anak-anak.


Doa Untuk Anak-Anak dari Ibu Bapa




Selamat pagi semua
Mompreneur 
Emme Marina 

16 April 2021 
8.50 pagi

Thursday, April 08, 2021

Cara Buat Jadual Post di Instagram dan Facebook

April 08, 2021 0 Comments

 Adakah anda seperti saya memerlukan software atau kaedah yang mudah untuk anda membuat posting secara berjadual di Instagram dan Facebook? Alhamdulillah, kini sudah ada cara termudah untuk anda membuat posting dan jadualkan post anda mengikut masa yang anda tetapkan. Buktinya ada di bawah.


Saya menguruskan beberapa instagram dan facebook page sekaligus. Agak sukar tetapi ianya tidak mustahil. Mark pastinya sudah lakukan perkara terbaik dengan menggabungkan kedua platform Facebook dan Instagram dalam 1 akaun dan diuruskan dengan baik sekali. Namun, ada beberapa perkara yang harus kalian take noted ya.


Bagaimana Membuat Posting Secara Jadual di Instagram Secara Percuma?


1. Anda perlu menukar status akaun IG anda kepada bussiness account.

2. Mempunyai facebook page dan dilinkkan kepada IG tersebut. 


Pastikan anda membuat kedua perkara ini sekarang ya. Ok Jom kita teruskan.


Mari lihat contoh akaun Facebook page dan Instagram saya di bawah. Ini merupakan posting pada hari ini yang saya jadualkan sehingga jam 8 malam nanti. Jika anda lihat, anda bukan sahaja boleh membuat post secara LIVE, Jadual (Scheduled) malah anda boleh create STORIES, view FEED & GRID (khususnya jika anda nak susun IG anda) dan melihat status posting anda di kalendar.


Semua ini ialah proses bagi memudahkan anda melihat kembali tugasan anda sebagai busines owner.


Cara Buat Posting Instagram dan Facebook Page Sekaligus atau Salah Satu.


1. Buka facebook page anda.

2. Pilih publishing tools. Anda tidak boleh pilih status post secara normal di ruang utama ya. Tak jadi. Kena pergi ke publishing tools barulah boleh

Publishing Tools ada di sebelah kiri ya. Click situ.

3. Ada beberapa cara sebenarnya. anda boleh click pada publishing tools, kemudian ke creator studio atau anda ke facebook business suite (https://business.facebook.com/). Saya selalu gunakan bussiness page. Ianya lebih mudah difahami seperti gambar yang saya share di bawah.


Paparan Creator Studio

Paparan Facebook Business Suite


Paparan Publishing Tool. Anda boleh masuk ke Creator Studio di sini. Lihat sebelah kiri


4. Bila anda sudah masuk antara 3 ruang yang saya sebut, anda akan jumpa paparan untuk anda postkan content anda ke page dan instagram.


Ada 2 posting, published ialah waktu semasa, manakala schedule ialah waktu akan datang. Gunakan schedule untuk tetapkan posting di waktu dan hari berlainan.


Tick pada kedua-dua FB page dan Instagram atau anda boleh gunakan salah satu. Kenapa yang ni saya tak tick pada instagram? nanti saya sharekan ya



Masukkan input atau content anda di instagram atau facebook page. Untuk instagram anda harus ikut syarat yang sama anda post di IG ya. Maksima gambar, saiz video dan sebagainya.



Sangat mudah ya? Tetapi ada trik dan masalah juga. 


Beberapa perkara yang perlu anda tahu


1. Jika anda menggunakan apps Business facebook page, anda tidak boleh lakukan posting ke instagram sekiranya terdapat link website, untuk masukkan link di post IG anda perlu gunakan PC (desktop view).

2. Facebook page tiada sekatan waktu video atau saiz video, tetapi IG posting tetap menggunakan peraturan yang sama seperti di apps. Jika video anda lebih dari 1 minit, anda hanya boleh lakukan posting di Facebook sahaja. 

3. Image di IG juga harus menggunakan saiz 1080 x 1080 seperti biasa dan tidak lebih dari 10 gambar sekali post. 



Anda boleh view GRID untuk lihat susunan posting anda atau anda susunkan via Facebook page. 



Cara Kira Sebenar Shopee Marketplace Commissions Fee Mulai June 2021

April 08, 2021 0 Comments
Hari ni ramai sahabat Shopee kongsikan info terkini mengenai cas komisyen seller di Shopee. Berkuatkuasa 1 June 2021, komisyen di Shopee bakal berubah buat peniaga dalam 3 kategori. Nama fees kali ini ialah MARKETPLACE COMMISSIONS RATE


3 kategori seller di Shopee adalah:-

1. New Seller
2. Non-Preferred Seller
3. Preferred Seller dan Preferred Seller +






Maksud di atas, bermula dari seller join berniaga di Shopee jika belum dapat sales sebanyak 100,anda masih selamat dari dikenakan komisyen marketplace tersebut. Dan bila bertambah order anda kepada 101 order, order yang ke 101 akan mula dicas sama ada 1.06% (non preferred) atau 2.12% bagi preferred Seller.


Kenapa Preferred Seller kene cas lebih mahal?

1. PS dapat banyak kelebihan as seller berbanding seller biasa. Ada coins etc kan?
2. Dapat claim benefits shopee voucher dan shopee ads credit sebanyak RM200 berbanding RM75 bagi seller biasa.



Maka bertambahlah bayaran seller kepada pihak Shopee. Apa nak buat. Kita sekadar menumpang di kedai orang. Begitulah kisahnya di mana sahaja. Lazada, Facebook, Instagram, website. Setiap platform adalah milik seseorang, melainkan anda buat semuanya termasuk memiliki hosting, server dan rangkaian internet sendiri.


Jadi berapa ya nak dibayar ke shopee mulai 1 June 2021?


Sekiranya anda tak join mana-mana program di Shopee. Anda cuma dicas 2.12% + 1.06% = 3.18%



Pengiraan di atas bukan total lagi ya. Transaksi fees belum dikira lagi tu. 


Saje bual dengan cs candrran. Ok. Konfirm ye. Jangan esok pelik asal kiraan tak sama pulak. 



Kiraan sebenar dan keuntungan yang anda dapat ialah seperti di bawah ni

Keuntungan sebenar shopee seller non preferred

Commission fees

+         70.00
-          1.06% | -0.74
---------------
+         69.26

Transactions fees

+         70.00 harga produk
+          4.20 shipping
-          2.12% | -1.57
---------------
+         72.63

Tambah kedua komisyen
+          0.74
+          1.57
---------------
+          2.31

Untung anda

+         70.00
-          2.31
---------------
+         67.69

Jika tiada shipping subsidies,
anda guna others RM0 maka transactions
Fees dikira pada harga product sahaja


Dan kiraan tertakluk lagi kepada tambahan lain yang anda sertai di Shopee.


Program tambahan fees di shopee

1. RM15 shipping 

2. RM40 shipping 

3. 10% cashback 

4. Atau RM15/ RM40 + 10% cashback 


Jadi bagaimana? 


On atau tak on berniaga di Shopee? Walau apa pun, berniaga ni kita tidak harus bergantung pada satu platform melainkan anda sudah berpuas hati dengan income bersih yang anda terima. 


Oh ya, ada benefits yang shopee sediakan. 



Bagi yang baru nak join berniaga di Shopee jangan down. Dunia berniaga beginilah. Ada modal produk, modal yuran, modal iklan dan pelbagai kos lain. Usah lemah semangat. Rezeki anda pasti ada selagi mana niat anda baik di sisi Allah. Teruskan usaha dan bismillah. 


Jadikanlah Sedekah Suatu Amalan Hidup di Dunia

April 08, 2021 0 Comments
Berinfaklah ketika sesak. Berinfaklah ketika senang. Berinfaklah ketika sakit. Berinfak ketika berurusniaga dengan Maha Pemberi. Sesungguhnya sedekah itu tidak mengurangi harta, tetapi menambah keberkatan rezeki hambaNya.Jadikanlah Sedekah Suatu Amalan Hidup di Dunia


Ditulis dalam al quran iaitu;


Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

ูˆَุงَ ู†ْูِู‚ُูˆْุง ู…ِู†ْ ู…َّุง ุฑَุฒَู‚ْู†ٰูƒُู…ْ ู…ِّู†ْ ู‚َุจْู„ِ ุงَู†ْ ูŠَّุฃْุชِูŠَ ุงَุญَุฏَูƒُู…ُ ุงู„ْู…َูˆْุชُ ูَูŠَู‚ُูˆْู„َ ุฑَุจِّ ู„َูˆْู„َุงۤ ุงَุฎَّุฑْุชَู†ِูŠْۤ ุงِู„ٰูۤ‰ ุงَุฌَู„ٍ ู‚َุฑِูŠْุจٍ  ۙ ูَุงَ ุตَّุฏَّู‚َ ูˆَุงَ ูƒُู†ْ ู…ِّู†َ ุงู„ุตّٰู„ِุญِูŠْู†َ
wa angfiquu mimmaa rozaqnaakum ming qobli ay ya-tiya ahadakumul-mautu fa yaquula robbi lau laaa akhkhortaniii ilaaa ajaling qoriibing fa ashshoddaqo wa akum minash-shoolihiin

"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh "."
(QS. Al-Munafiqun 63: Ayat 10)

* Via Al-Qur'an Melayu https://quranmelayu.com


Bersedekah tidak mudah. Saya pernah alami di mana saya bertanya perlu ke aku bersedekah sedangkan harta ku tidak banyak? Betul ke orang ni memerlukan bantuan kewangan? Scammer ke. Sendiket ke? Banyak negatif dan alasan untuk meneruskan sedekah. Allahu rabbi jahilnya saya ketika tu. Sehinggalah saya mula mencari Allah. Mencari erti kehidupan di dunia yang singkat ni. Saya bertemu dengan NGO Amal till Jannah. Saya mula bersedekah walaupun nilainya hanya RM10.


Setiap order yang saya terima, saya tolak 1% masuk ke tabung infak/ waqaf Amal till Jannah. Dan Allah Maha baik, ditambah rezeki perniagaan saya sedikit demi sedikit. Sehingga kini, rezeki Allah jaga. Baik sedekah dan wajib berzakat. Kalian tunaikanlah.



Bulan Ramadhan bulan keberkatan. Bulan tamak pahala. Kumpul saham akhirat tapi kalau boleh, jadikan lah setiap hari sebagai hari tamak pahala. Bila sudah tahu betapa besarnya manfaat menjadikan sedekah sebagai amalan dalam hidup kita insha Allah. Insha Allah, hidup kita akan jadi lebih berkat.


Kumpul RM1 sehari menjadikan sebulan RM30 sebagai saham sedekah anda. Tak susah Insha Allah. Jika boleh fikir nak menabung bulanan untuk dunia apa kata tambahkan RM1 tuk akhirat. Kalian pasti boleh.


Nak tahu lebih lanjut mengenai NGO amal till jannah? Kalian boleh layari, https://amaltilljannah.com

Amal Kebaikan

April 08, 2021 0 Comments
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amal Kebaikan 

ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠ ู…َุงู„ِูƒٍ ุงู„ْุญَุงุฑِุซِ ุจْู†ِ ุนَุงุตِู…ٍ ุงู„ْุฃَุดْุนَุฑِูŠِّ  ู‚َุงู„َ: ู‚َุงู„َ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ  ุงู„ุทُّู‡ُูˆุฑُ ุดَุทْุฑُ ุงู„ุฅِูŠْู…َุงู†ِ ูˆَุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ู„ู‡ِ ุชَู…ْู„ุฃُ ุงู„ْู…ِูŠุฒَุงู†َ ูˆَุณُุจْุญَุงู†َ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ู„ู‡ِ ุชَู…ْู„ุขู†ِ – ุฃَูˆْุชَู…ْู„ุฃُ – ู…َุง ุจَูŠْู†َ ุงู„ุณَّู…َุงุกِ ูˆَุงู„ุฃَุฑْุถِ ูˆَุงู„ุตَّู„ุงَุฉُ ู†ُูˆุฑٌ ูˆَุงู„ุตَّุฏَู‚َุฉُ ุจُุฑْู‡َุงู†ٌ ูˆَุงู„ุตَّุจْุฑُ ุถِูŠَุงุกٌ ูˆَุงู„ْู‚ُุฑْุขู†ُ ุญُุฌَّุฉٌ ู„َูƒَ ุฃَูˆْ ุนَู„َูŠْูƒَ ูƒُู„ُّ ุงู„ู†َّุงุณِ ูŠَุบْุฏُูˆ ูَุจَุงุฆِุนُ ู†َูْุณَู‡ُ ูَู…ُุนْุชِู‚ُู‡َุง ุฃَูˆْ ู…ُูˆุจِู‚ُู‡َุง 
 
Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya’arie RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi (bukti). Sabar itu adalah sinaran (memberi cahaya). Al-Quran itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi (berusaha), ada yang menjual dirinya (sama ada kepada Allah dengan melakukan ketaatan atau kepada syaitan dan hawa nafsu dengan melakukan maksiat dan kemurkaan Allah), ada yang memerdekakan dirinya (daripada kehinaan di dunia dan azab akhirat) dan ada pula yang mencelakakan dirinya (dengan melakukan maksiat). (HR Muslim No: 223) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  lslam amat menitikberatkan soal kebersihan, sehingga menganggapnya sebahagian daripada lman. Jagalah kebersihan terutama di zaman Wabak Covid-19 ini.

2.  Bersuci merupakan syarat sahnya ibadah, oleh itu setiap Muslim perlu sentiasa mengambil perhatian.

3.  Menjaga ibadat solat akan mendatangkan cahaya petunjuk dan mampu memperbaiki diri seorang muslim terhadap manusia lain, menjadikan ia  berakhlak dan berperilaku terpuji, memiliki sifat kewarakan dan ketakwaan di sisi Allah.

4.  Semua amalan soleh merupakan kebaikan dan keindahan bagi seorang mukmin dan mempunyai nilai yang tinggi. Ada amalan yang menjadi hujah baginya, ada yang menjadi cahaya baginya, ada yang menjadi pemberat timbangannya dan sebagainya. Antaranya;

a.  Zikir al-Hamdulillah akan memenuhi neraca timbangan. 

b.  Zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. 

c.  Solat adalah cahaya. 

d.  Sedekah adalah saksi (Seruan untuk berinfaq pada jalan-jalan kebaikan dan bersegera melakukannya dimana hal tersebut merupakan pertanda dan bukti benarnya keimanan).

e.  Sabar adalah sinaran. (bersabar tatkala mengalami musibah, khususnya apa yang dialami seorang muslim kerana perbuatan amar ma’ruf nahi munkar)

f.  Al-Qur’an adalah hujah bagi mukmin (Membaca Al-Quran dengan pemahaman dan mentadabbur (merenungkan) maknanya, mengamalkan kandungannya kerana hal tersebut dapat memberi syafaat bagi seorang hamba pada hari kiamat).

5.  Setiap manusia dalam kegiatan hariannya mendedahkan dirinya sama ada kepada kebaikan atau kecelakaan. Ada yang menjual dirinya kepada Allah, lalu beroleh kebaikan dan kejayaan dan pula ada yang menjual dirinya kepada syaitan lalu beroleh kecelakaan.

6.  Pastikan segala aktiviti harian kita membawa kebaikan dan pahala bukan keburukan dan dosa.

06hb April 2021
23hb Syaaban 1442H


Jaga hati
Jaga pertuturan
Jaga perbuatan


Allahuakbar



Anda Pelabur Emas atau Penyimpan Emas?

April 08, 2021 0 Comments
“Aku beli 10 gram emas ini sebagai pelabur ke penyimpan emas?”




Jawapannya; anda masih lagi kategori penyimpan emas. 


Macamana nak tahu ? Begini ; 


Penyimpan emas adalah golongan yang sangat faham kepentingan simpan emas fizikal. 


Matlamat mereka hanya satu akan menukar dari bentuk wang kertas kepada emas fizikal untuk kegunaan masa hadapan. 


Jika berlaku kecemasan, emas sebagai ‘backup’ duit. Bawa emas ke Arrahnu digadaikan dan dapat pinjaman tunai segera sebanyak 70% dari nilai semasa.


Antara ciri penyimpan emas adalah:


▪️Mengelak kebocoran simpanan daripada terbelanja kepada benda tak perlu dan dapat kawal sifat boros berbelanja.

▪️Emas sebagai simpanan jangka masa panjang dan bukan masa terdekat. 

▪️Emas dapat lindungi kekayaan dari susut nilai yang terkesan akibat inflasi pada setiap tahun. RM10,000 pada 10 tahun lepas, hari ini dan 5 tahun akan datang takkan sama kuasa beli. 


Setiap tahun ‘purchasing power’ wang kertas makin merosot! 


▪️Emas digunakan apabila kecemasan sahaja. Dana kecemasan 3 bulan gaji dalam bentuk simpanan emas. Dalam jangka masa panjang, kenaikan harga emas sebabkan seolah-olah kita buat tambahan dana.


Strategi yang digunakan oleh penyimpan emas mudah, ada duit lebih alih terus kepada emas


Mereka tidak risau harga emas naik atau turun. Kategori ini beli emas secara konsisten dan mereka juga terkenal dengan pepatah emas “semakin banyak gram, semakin tinggi nilai emas”.


Faham. ?



Jom sertai kami Team Fighter Orodesign. 


Kenapa pilih Orodesign? 

1. Kilang emas muslim
2. Milik bumiputera
3. Harga direct kilang
4. Upah barang kemas rendah
5. Ada program dealer get dealer
6. Peluang dapat emas percuma

Wednesday, April 07, 2021

Program Waqaf Buku dari Pejuang Usahawan

April 07, 2021 0 Comments

Assalamualaikum w.b.t & Salam Pejuangan


Sukacitanya kami di PejuangUsahawan.com melancarkan program Wakaf Buku yang bertujuan untuk membekalkan buku-buku ke masjid/surau, institusi pendidikan, rumah kebajikan, atau kepada orang perseorangan bergantung kepada permintaan pewakaf.


Keutamaan sumbangan wakaf buku akan diberi kepada sekolah-sekolah yang berdaftar sebagai penerima wakaf Al-Quran bersama Pejuang Usahawan. Kami akan hantar wakaf buku bersama dengan wakaf Al-Quran. Kos penghantaran akan ditanggung oleh PejuangUsahawan.com.


Jumlah wang yang terkumpul akan diguna untuk membeli buku-buku, kitab-kitab pengajian & bahan bacaan yang bersesuaian dengan pihak sekolah. PejuangUsahawan akan berbincang dengan pihak institusi dan sekolah terlebih dahulu untuk menentukan tajuk & kategori buku yang bersesuaian.


Kami menyasarkan jumlah wang sebanyak RM5,000 - RM10,000 untuk sesebuah institusi. 
 

CARA MUDAH UNTUK SERTAI PROGRAM WAKAF BUKU:

Transferkan jumlah wang yang mahu diwakafkan ke akaun berikut:

=========
Maybank Islamic Berhad
=========

Pejuang Usahawan  Sdn Bhd
564810512401

Mohon tulis "WAKAF BUKU" sebagai reference / payment details.
 

Tuan-tuan & puan-puan boleh transfer sejumlah wang mengikut budi bicara masing-masing. Kami tidak meletakkan sebarang nilai minimum ataupun maksimum untuk sumbangan wakaf.


Semoga ALLAH.s.w.t memberkati pejuangan kita berjaya di dunia & akhirat.




Alhamdulillah. Saya selalu juga mengikuti pejuangusahawan ni. Follow channel mereka di telegram. Banyak input berguna kepada saya sebagai peniaga. Tak dapat hadir ke seminar atau bengkel, kita usaha cara lain untuk mendapatkan ilmu kan?


Sahabat nak berwaqaf?


Mari berwaqaf, usah tunggu kaya ya. Berwaqaf lah semasa anda boleh walaupun sedikit. 

Shopee Mom Semua Nak Beli Sini

April 07, 2021 0 Comments
Dah lama tidak berbelanja di Shopee. Saya cuba kurangkan pembaziran daripada membeli yang tidak perlu. Tetapi hari ni, mama perlu membuat tempahan untuk keperluan puasa. 


Saya suka berbelanja barang dapur di shopee kerana banyak pilihan berbanding di kedai. Tak semua apa yang kita nak ada di kedai. Jimat juga dengan kupon, coins yang kita simpan kan? 


Disebabkan lama sangat tak belanja, renyah sedikitlah. Dah habis susunya baru nak order. Ketuk juga mama ni karang! Haha, tugas saya ni membeli barangan rumah dan dapur. Best keje ni, kadang selit skit beli jajan ye tak. 










Sekali check out sudah habis RM 500. Sekejap saje duit habis. Car seat perlu anak sudah sangat lasak. Saya nak drive pun tak senang. Pegang baby lagi, tak dengar kata sungguh. 


Geram. 



Ingat rumah. First time dapat baby lasak, 4 kakak dia tak pernah buat macam ni tahu. Owh, gini ke anak lelaki? 


Ya. 6 pek susu untuk Rayyan. Habis tak sampai 2 bulan. Fernleaf pula untuk kakak Qhaira (4 tahun) dan dikongsi seisi keluarga. Semua kena minum susu! Pesan papa pada mama. Mama pun kena minum susu sebab gastrik dan gerd. Hmm. Semoga gerd mama cepat sembuh. Aamiin3x 

Saturday, April 03, 2021

KEMPEN DEALER EMAS ARPIL 2021 ORODESIGN.BIZ

April 03, 2021 0 Comments

 KEMPEN DEALER GET DEALER ARPIL 2021 ORODESIGN.BIZ




LAGI KEBABOOM UOLLS


TAMBAHAN 250 KEPING 0.25 GRAM UNTUK DI MILIKI 

------------------------------


Perkenalkan 1 orang dealer baru : 

Dapat๐Ÿ‘‡๐Ÿป

๐Ÿ‘‰๐Ÿ’ฐ RM 250


Perkenalkan 2 orang dealer baru : 

Dapat๐Ÿ‘‡๐Ÿป

๐Ÿ‘‰๐Ÿ’ฐ RM 500 

๐Ÿ‘‰1 ๐Ÿท Tiket LUCKY DRAW EMAS 999.9 ๐Ÿ‘‡

๐ŸŽ‰ 1g Blackgold x 50 KEPING

๐ŸŽ‰ 0.25g Goldbar x 200 KEPING

________


Perkenalkan 4 orang dealer baru :

Dapat๐Ÿ‘‡๐Ÿป

๐Ÿ‘‰๐Ÿ’ฐRM 1000 

๐Ÿ‘‰๐Ÿ’Ž Percuma 0.5 gram coin 999.9 x 1

๐Ÿ‘‰ 2 ๐Ÿท Tiket LUCKY DRAW EMAS 999.9 ๐Ÿ‘‡

๐ŸŽ‰ 1g Blackgold x 50 KEPING

๐ŸŽ‰ 0.25g Goldbar x 200 KEPING

_________


Perkenalkan 8 orang dealer baru :

Dapat๐Ÿ‘‡๐Ÿป

๐Ÿ‘‰๐Ÿ’ฐRM 2000

๐Ÿ‘‰๐Ÿ’Ž Percuma 0.5 gram coin 999.9 x 2

๐Ÿ‘‰ 4 ๐Ÿท Tiket LUCKY DRAW EMAS 999.9๐Ÿ‘‡ 

๐ŸŽ‰ 1g Blackgold x 50 KEPING

๐ŸŽ‰ 0.25g Goldbar x 200 KEPING

_________


Perkenalkan 12 orang dealer baru :

Dapat๐Ÿ‘‡๐Ÿป

๐Ÿ‘‰๐Ÿ’ฐRM 3000 

๐Ÿ‘‰๐Ÿ’Ž Percuma 0.5 gram coin 999.9 x 3

๐Ÿ‘‰ 6 ๐Ÿท Tiket LUCKY DRAW EMAS 999.9 ๐Ÿ‘‡

๐ŸŽ‰ 1g Blackgold x 50 KEPING

๐ŸŽ‰ 0.25g Goldbar x 200 KEPING

_________


Perkenalkan 15 orang dealer baru :

Dapat๐Ÿ‘‡๐Ÿป

๐Ÿ‘‰๐Ÿ’ฐ RM 3750 

๐Ÿ‘‰๐Ÿ’Ž Percuma 0.5 gram coin 999.9 x 3

๐Ÿ‘‰๐Ÿ”ฅ Percuma Loket Rose 2.5 gram 999.9 x 1

๐Ÿ‘‰7 ๐Ÿท Tiket LUCKY DRAW EMAS 999.9 ๐Ÿ‘‡

๐ŸŽ‰ 1g Blackgold x 50 KEPING

๐ŸŽ‰ 0.25g Goldbar x 200 KEPING

________


Perkenalkan 16 orang dealer baru :

Dapat๐Ÿ‘‡๐Ÿป

๐Ÿ‘‰๐Ÿ’ฐRM 4000

๐Ÿ‘‰๐Ÿ’Ž Percuma 0.5 gram coin 999.9 x 4

๐Ÿ‘‰๐Ÿ”ฅ Percuma Loket Rose 2.5 gram 999.9 x 1

๐Ÿ‘‰ 8๐Ÿท Tiket LUCKY DRAW EMAS 999.9 ๐Ÿ‘‡

๐ŸŽ‰ 1g Blackgold x 50 KEPING

๐ŸŽ‰ 0.25g Goldbar x 200 KEPING

_________


Perkenalkan 20 orang dealer baru :

Dapat๐Ÿ‘‡๐Ÿป

๐Ÿ‘‰๐Ÿ’ฐRM 5000 

๐Ÿ‘‰๐Ÿ’Ž Percuma 0.5 gram coin 999.9 x 5

๐Ÿ‘‰๐Ÿ”ฅ Percuma Loket Rose 2.5 gram 999.9 x 1

๐Ÿ‘‰ 10 ๐Ÿท Tiket LUCKY DRAW EMAS 999.9 ๐Ÿ‘‡

๐ŸŽ‰ 1g Blackgold x 50 KEPING

๐ŸŽ‰ 0.25g Goldbar x 200 KEPING

_________


Perkenalkan 24 orang dealer baru :

Dapat๐Ÿ‘‡๐Ÿป

๐Ÿ‘‰๐Ÿ’ฐRM 6000 

๐Ÿ‘‰๐Ÿ’Ž Percuma 0.5 gram coin 999.9 x 6

๐Ÿ‘‰๐Ÿ”ฅ Percuma Loket Rose 2.5 gram 999.9 x 1

๐Ÿ‘‰ 12 ๐Ÿท Tiket LUCKY DRAW EMAS 999.9 ๐Ÿ‘‡

๐ŸŽ‰ 1g Blackgold x 50 KEPING

๐ŸŽ‰ 0.25g Goldbar x 200 KEPING

_________


Perkenalkan 28 orang dealer baru :

Dapat๐Ÿ‘‡๐Ÿป

๐Ÿ‘‰๐Ÿ’ฐRM 7000 

๐Ÿ‘‰๐Ÿ’Ž Percuma 0.5 gram coin 999.9 x 7

๐Ÿ‘‰๐Ÿ”ฅ Percuma Loket Rose 2.5 gram 999.9 x 1

๐Ÿ‘‰ 14 ๐Ÿท Tiket LUCKY DRAW EMAS 999.9 ๐Ÿ‘‡

๐ŸŽ‰ 1g Blackgold x 50 KEPING

๐ŸŽ‰ 0.25g Goldbar x 200 KEPING

_________


Perkenalkan 30 orang dealer baru :

Dapat๐Ÿ‘‡๐Ÿป

๐Ÿ‘‰๐Ÿ’ฐRM 7500 

๐Ÿ‘‰๐Ÿ’Ž Percuma 0.5 gram coin 999.9 x 7

๐Ÿ‘‰๐Ÿ”ฅ Percuma Loket Rose 2.5 gram 999.9 x 2

๐Ÿ‘‰ 15 ๐Ÿท Tiket LUCKY DRAW EMAS 999.9 ๐Ÿ‘‡

๐ŸŽ‰ 1g Blackgold x 50 KEPING

๐ŸŽ‰ 0.25g Goldbar x 200 KEPING


_________


Perkenalkan 32 orang dealer baru :

Dapat๐Ÿ‘‡๐Ÿป

๐Ÿ‘‰๐Ÿ’ฐRM 8000 

๐Ÿ‘‰๐Ÿ’Ž Percuma 0.5 gram coin 999.9 x 8

๐Ÿ‘‰๐Ÿ”ฅ Percuma Loket Rose 2.5 gram 999.9 x 2

๐Ÿ‘‰ 16 ๐Ÿท Tiket LUCKY DRAW EMAS 999.9 ๐Ÿ‘‡

๐ŸŽ‰ 1g Blackgold x 50 KEPING

๐ŸŽ‰ 0.25g Goldbar x 200 KEPING


_________


TERBARU‼️๐Ÿคฉ❤️๐Ÿคฉ


LUCKY DRAW untuk Penjualan Emas Lama kepada Kilang


Satu No Order BUY BACK, anda layak dapat 1 ๐Ÿท tiket LUCKY DRAW EMAS 999.9

๐Ÿ‘‰ Goldbar 0.25g × 50 KEPING๐Ÿ’ฅ

_________


Wish we all best of luck๐Ÿ˜˜๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ˜Š๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ช


Sharing peluang nikmati emas harga kilang. Tambah ASET & JANA INCOME dengan jadi USAHAWAN EMAS๐Ÿ’ช๐Ÿ’ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜


BONUS Dari Team KAMI 


Selain Kempen April 2021 yang syarikat tawarkan, MD Zaman & MD Nieha @MD Orodesign Nea juga berbesar hati untuk berikan๐Ÿ‘‡๐Ÿป


๐Ÿ’ฅ Free 0.5gram x 1 bawa 5 orang dealer baru. 

๐Ÿ’ฅ Free 0.5gram x 2 bawa 10 orang dealer baru

๐Ÿ’ฅFree 0.5g x 3 jika bawa 15 orang dealer baru

๐Ÿ’ฅFree 0.5g x 4 jika bawa 20 orang dealer baru

๐Ÿ’ฅFree 0.5g x 5 jika bawa 25 orang dealer baru

๐Ÿ’ฅFree 0.5g x 6 jika bawa 30 orang dealer baru

Friday, April 02, 2021

Komitmen Orodesign Sebagai Syarikat Emas Tulen

April 02, 2021 0 Comments

MAA PRECIOUS METALS SDN BHD kini adalah ahli BIRO PIAWAI FEDMAS MALAYSIA.


Siapakah FEDMAS ??


Kebanyakkan semua pengeksport , pengeluar utama dan borong di Malaysia adalah ahli-ahli kepada assay FEDMAS dimana mereka boleh mengemukakan sejumlah pengeluaran barang kemas mereka pada FEDMAS untuk daftar ketulenan.


Ia membantu untuk membina keyakinan dikalangan pembeli utama dan barang kemas dibuat di Malaysia untuk dieksport ke Timur Tengah , Amerika Utara , Eropah dan juga di Asia Tenggara.


Semua barang kemas yang dijual di Malaysia perlu DIUJI untuk ketulenan dan MESTI diterangkan berdasarkan Standard Malaysia (MS 1365 : Part 1 :1994) yang dibangunkan oleh SIRIM ( Standard Industrial & Research Institute of Malaysia ) dibawah Perihal Dagangan Peraturan-Peraturan (Artikel diperbuat daripada logam berharga) 1994


FEDMAS berbangga menjadi salah satu ahli kumpulan (Logam Berharga) wakil SIRIM untuk membantu dan memberi nasihat standard ketulenan barang-barang kemas yang diperbuat daripada logam berharga seperti emas dan perak.


Tiga makmal FEDMAS ( Penang , KL , dan JB ) SAHAJA. Pejabat assay di Malaysia yang diiktiraf di bawah MS ISO/IEC 17025 : 2005 yang diiktiraf oleh Standard Malaysia dan Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa.


Ini adalah BUKTI KOMITMEN syarikat dan kami semua sebagai pembekal dan peniaga emas tulen di Malaysia.


Alhamdulillah boleh bermuamalat dengan tenang ya ๐Ÿ˜Š

Wednesday, March 31, 2021

Hari Ni Last Day Tempahan Al Quran Baru Sahabat Enuur

March 31, 2021 0 Comments
Sahabat Enuur telah mengeluarkan dua alquran dibawah syarikat mereka baru-baru ni. Al Quran Khadeeja dan Fayyadh nama diberi. Enuur buka tempahan pertama secara pre order dan pelanggan dapat menikmati harga promosi istimewa.





Mari saya kongsikan keistimewaan dua al quran terbaru dari Sahabat Enuur


Al Quran Khadeeja 





Al Quran yang dibuat khas untuk wanita dengan tagging terbaru juga buat wanita. Haaa, bestkan? Lain dari yang lain. 


400 tagging termasuk 30 juzuk dan dilengkapi dengan khatam tracker bagi memudahkan urusan khatam sahabat semua. Nak khatam al quran sehari 1 juzuk sangatlah digalakkan. 


AL QURAN KHADEEJA SPECIAL FOR YOU LADIES❕❕

AL QURAN TERBARU SAHABAT ENUUR
Preorder BATCH 1  bermula 23 Mac 2021 hingga 31 Mac 2021 
.
Al Quran Khadeeja mempunyai 5 pilihan warna
.
HARGA ASAL          : RM229
HARGA PROMOSI : RM199
.
Boleh buat DEBOSS UKIRAN NAMA ๐Ÿ˜ƒ❕ADD ON RM99 SAHAJA๐Ÿคฉ
.
Sahabat akan dapat FREE GIFTS SPECIAL ENUUR :
๐ŸŒŸZiplock
๐ŸŒŸPenunjuk Quran Kayu Jati
๐ŸŒŸIndeks Tagging Khadeja
๐ŸŒŸKhatam Tracker
.
Yang paling besttt! Tagging Khadeeja kami adalah TAGGING TERBARU ENUUR๐ŸŒŸ๐Ÿ˜ƒ
Ada 400 tagging dalam AL QURAN KHADEEJA ๐ŸŒน
.

Al Quran Fayyadh 



AL QURAN FAYYADH SESUAI SESANGATT UNTUK LELAKI❕❕

AL QURAN TERBARU SAHABAT ENUUR๐ŸŒŸ
Preorder BATCH 1  bermula 23 Mac 2021 hingga 31 Mac 2021 
.
Al Quran Fayyadh mempunyai 5 pilihan warna
.
HARGA ASAL          : RM205
HARGA PROMOSI : RM190
.
Boleh buat DEBOSS UKIRAN NAMA ๐Ÿ˜ƒ❕ADD ON RM99 SAHAJA๐Ÿคฉ
.
Sahabat akan dapat FREE GIFTS SPECIAL ENUUR :
๐ŸŒŸZiplock
๐ŸŒŸPenunjuk Quran Kayu Jati
๐ŸŒŸIndeks Mika dan Matin
๐ŸŒŸKhatam Tracker





 .
Jom dapatkan Al-Quran Tagging Enuur yang terbaru hari ini. Sahabat boleh whatsapp saya di 010-305 5679 atau terus tempah di website https://muslimstore.com.my

Betul ke Bakar Emas Boleh Tahu Palsu atau Asli?

March 31, 2021 0 Comments

Betul ke emas palsu bila bakar jadi hitam? 




Sifat emas sebenarnya lembut dan dapat mengalirkan haba. Tapi kena tengok gred emas jugak, di Malaysia kita ada pelbagai gred emas, dari 999.9 hinggalah ke gred 375. Lagi tinggi gred emas bermakna purity dan isi emas tulennya tinggi, dan bila rendah, bermaksud emas tulen tersebut dicampurkan dengan logam lain. Dan harus anda tahu, setiap logam mempunyai sifat ketahanan berbeza dan reaksi terhadap api. Ini bukan magik ya, ini ilmu sains. Emas ialah salah satu dari unsur logam yang anda harus ambil tahu bagaimanakah sifatnya.


Kalau emas 999, apabila dibakar, akan bertukar jadi kemerah-merahan. Sebab kandungan emas tulen 999 adalah tinggi.


Kalau emas 916, walaupun tulen tetap ada campuran tembaga atau besi. Kalau tak, bagaimana nak dapat design coco la, lipan la, bola la, belut la mesin la. Emas tulen 999 adalah bersifat lembut dan sukar untuk dibentuk menjadi acuan seperti mana yang kalian semua inginkan sekarang ini. Oleh itu, campuran dengan logam lain adalah wajib.


So bila bakar, memang akan naik hitam. Wajib 


Habis bagaimana nak bezakan emas 916 dengan emas bangkok la, korea la, jepun la, china yang 100% pelesu tu? 


Caranya, bakar dulu emas, pastu celup dalam asid nitrik. Kalau barang kemas tu tukar balik warna emas, maka tulen la emas tu. Dan ada nilai. 


Kalau warna tak tukar tapi terus berderai dalam asid, sila nangis belakang langsir.


Maksudnya pelesu la oiii. So jangan gelabah kalau lepas bakar dapat kaler hitam ye. Caranya, celup dulu dalam asid.


Sebab asid ni sebenarnya akan menghancurkan semua benda yang bukan emas.


Namun, cara membakar emas untuk menentukan ketulenannya sangatlah tidak digalakkan kerana ia boleh menjatuhkan nilai emas tersebut dan merosakkan. 


Mari saya kongsikan gred-gred emas yang ada pada masa kini.


ILMU GRED EMAS, KARAT DAN PURITY


Karat adalah ukuran ketulenan Emas. 24 karat bermaksud Emas itu 99.9% tulen

 

Emas 999 = 24 Karat = 99.9% emas (Bar, Dinar, Syiling & Barang Kemas)

-------------------------------------------

Emas 916 = 22 Karat = 91.6% emas (Bar, Dinar & Barang Kemas)

-------------------------------------------

Emas 875 = 21 Karat = 87.5% emas (Barang Kemas)

-------------------------------------------

Emas 833 = 20 Karat = 83.3% emas 

-------------------------------------------

Emas 750 = 18 Karat = 75.0% emas (Barang Kemas yg ada Batu @ Berlian)

-------------------------------------------

Emas 666 = 16 Karat = 66.6% emas

-------------------------------------------

Emas 585 = 14 Karat = 58.5% emas (cincin dll)

Emas 500 = 12 Karat = 50.0% emas

-------------------------------------------

Emas 417 = 10 Karat = 41.7% emas

-------------------------------------------

Emas 375 =  9 Karat = 37.5% emas (Cincin SUASA)


Contoh Emas 916


(22karat ÷ 24 karat) × 100 = 91.6%

Didalam emas 916 ada 91.6% emas tulen manakala 8.4% lagi adalah campuran logam lain sama ada tembaga atau perak.


Contoh Emas 375 


(9karat ÷ 24 karat) × 100 = 37.5%

Didalam emas 375 ada 37.5% emas tulen manakala 62.5% lagi adalah campuran logam lain sama ada tembaga atau perak. (Suasa 37.5% emas tulen, Sebab tu lelaki tak boleh pakai)


Mohon fahamkan ya. 

Murahnya Harga Upah Emas di Orodesign

March 31, 2021 0 Comments
Sejak ada ilmu emas sedikit sebanyak menjadi dealer emas orodesign ni kan. Kita mulalah ada celik emas. Celik minda sekalilah perihal emas ni. Banyak sharing dari leader dan HQ untuk dealer-dealer orodesign. Alhamdulillah. Bersyukur sangat-sangat, jika tidak mahu ditipu hidup-hidup bayar mahal daripada nilai sebenar.


Saya ada juga kadangkalanya singgah ke kedai emas atau bertanya secara online kedai-kedai emas fizikal kan. Kedai ada NAMA atau kedai-kedai emas orang kita.


Bila lihat harga rendah ni memang best tau. Memukau. Bila tengok pula, promosi harga emas tanpa upah. Aduhai terpesona lagi. Tapi walau apa pun promosi yang dijalankan. Wajiblah kita mengambil tahu kos upah dan kos emas semasa dan bandingkan harganya. Biarlah tak dapat emas tu segera tapi jangan nanti menyesal bila digadai harganya tak seberapa.


Alkisahnya, di orodesign belum lagi saya lihat harga upah melebihi RM500 walaupun beratnya, atau designnya up to date. Contohlah kan, gelang ketum yang bukan main viral lagi awal tahun 2021. Upahnya di Orodesign baru RM 490 bagi berat 45.58 gram.




Jadi bagaimana cara nak kira sama ada pembelian barang kemas anda berbaloi atau tidak?



Cuci mata lihat barang kemas di orodesign, design cantik, harga upah pun murah :) Jadi dealer orodesign, lagilah murah tahu.





gelang rantai tangan RT coco


rantai tangan emas jenis bangle 916








gelang tangan RT Ketum dan cincin ketum






rantai tangan emas 916 orodesign


Cantikkan?
Harga upah emas 916 serendah RM50 pun ada.


Home Ads