Wednesday, September 01, 2021

Pengalaman Berniaga di Marketplace Youbeli.Com

September 01, 2021 0 Comments

 Saya sudah join marketplace Youbeli agak lama, rasanya dari tahun lepas lagi. Saya belum pernah explore bagaimana sebenarnya berniaga di Youbeli. Adakalanya saya dapat order, kadang sebulan sekali, atau tiba-tiba ja muncul order selepas berbulan-bulan sepi. 







Alhamdulillah. bulan ni dapat satu order. Saya memang tak fokus kepada Youbeli kerana masih tidak tahu cara monopoly market di sini. Pihak dari Youbeli pula tidak pernah hubungi kita untuk bertanyakan sama ada kita boleh dapat sales ke apa seperti Lazada dan Shopee. Agak krik-krik la di bahagian seller ni.


Bila saya buka website youbeli.com nampak menarik. Saya tahu youbeli ada JV dengan Boost apps, Grab cuma itulah dari bahagian kita sendiri as seller. Blurr. Takpelah, insya Allah nanti saya godek2 lagi apa yang perlu dibuat untuk dapatkan sales dari sini.


Doakan ya!


Anda pernah shopping di Youbeli? Cubalah, macam-macam official store ada di sana, MYDIN, Kasut2u, Gintel, Haier. 


Ini store saya di youbeli.com, jemput singgah --> https://www.youbeli.com/emmesshoppe

Review Mouse Kesihatan Untuk Kurangkan Sakit Dan Kebas Pada Saraf Jari dan Lenguh Bahu

September 01, 2021 0 Comments


Pernah tak tengok mouse vertical ni? Pada mulanya memang rasa pelik pertama kali saya lihat iklan mouse vertical ni di Shopee. Fikirkan bagaimana nak guna. Kenapa design mouse macam tu. Pelik lah bagi saya.


Kemudian, beberapa minggu lepas saya mula rasa jari kebas dan sakit di bahu bila menggunakan mouse sedia ada terutamanya pada jari kelingking. Apesal la ni. 


Bermula dari kisah ini lah saya cari mouse untuk selesaikan masalah saraf. Saya terus cari di Shopee dulu kerana di sana lebih mudah mendapatkan produk. Google digunakan untuk mencari keperluan yang kita kehendaki namun akhirnya kita perlukan penjual yang menjual produk tersebut. Rupanya memang wujud mouse yang membantu meringankan sakit saraf asbab mouse ni. 


Ergonomic vertical mouse


Rupanya mouse ni sangat bagus kerana sangat sesuai bagi pengguna komputer yang duduk berjam menyiapkan kerja. Jari kelingking itu sudah ada alasnya dan cukup semua jari di mouse. Tak perlulah rasa tidak selesa lagi nak tinggikan jari bila menggunakan mouse.


Alhamdulillah 


Namun masih ambil masa nak biasakan diri guna mouse ni. Saya berharap sangat agar mouse ni boleh bantu saya atasi masalah kebas dan saraf pada anggota tangan.


Mari saya kongsi info mengenai vertical mouse ini:-



Delux M618Mini Bluetooth 4.0 + 2.4G Wireless Mute Vertical Mouse 4 Gear DPI RGB Ergonomic Rechargeable Mice for PC Laptop Smart Phone



Features:

  1. 5 colors avaliable, show your individuality perfectly, give you special feelings.
  2. Small and smart, always pay attention to human potential needs
  3. Ergonomic streamline design, help you get rid of fatigue caused by long-term use of traditional mouse,relax you ultimately
  4. 2.4Ghz wireless and Bluetooth wireless ,dual wireless connect model .


Wah. Faham tak?


Mai tengok apa mat salleh ni kata mengenai vertical mouse dan kelebihannya. Insya Allah jika anda ada masalah sama seperti saya, bolehlah cuba. Di Shopee range harga vertical mouse atau ergonomic mouse ni lebih kurang RM20 - RM100, depends pada brand, features tambahan yang anda pilih.




Ergonomic streamline design, help you get rid of fatigue caused by long-term use of traditional mouse,relax you ultimately


Ergonomic design untuk memberi keselesaan pengguna mouse.

Brand : Delux

Warna : Pink

Harga : RM 81

Link : https://shp.ee/yagqrgv


Apa yang menarik lagi

1. Silent mouse

2. Wireless

3. Bluetooth 

4. Rechargable


Features ini juga membawa kepada harga yang lebih mahal sedikit. Jika tidak banyak features harganya lebih kurang RM50. Bagi saya paling penting silent click tu. Hehe. 







Comel kan? Nak pink juga tu memang parah. Order ni dari China jadi ambil masa ubtuk sampai. 2 minggu saya tunggu alhamdulillah tak mengecewakan. Sedap je tangan pegang vertical mouse ni. 


Dah ada mouse baru apalagi kan kenalah rajin menulis entri. Tingkatkan lagi usaha setiap hari insya Allah 

Monday, August 30, 2021

Seronok Baca Al-Quran Bila Ada Tagging Ni - Al Quran Terjemahan Bertagging

August 30, 2021 0 Comments




Seronok baca AlQuran bila ada tagging ni. Baru sedar rupanya macam-macam ada dalam AlQuran. Ralit sangat baca, sampai tak sedar masa berlalu. 


Selama ni tak faham, baca merangkak-rangkak, nak baca pun berat ja rasa.


Bila dah jumpa AlQuran terjemahan ada panduan kod tajwid berwarna dan tagging macam ni terus rasa makin seronok bila baca AlQuran. 


Alhamdulillah, Semoga terus Istiqomah


Apakah Makna Tadabbur dan Kepentingan Tadabbur Dalam Hidup Umat Islam?



Tadabbur merupakan tujuan penurunan al-Qur’an itu sendiri, iaitu untuk diambil iktibar daripadanya dan seterusnya diamalkan. Tadabbur merupakan usaha untuk mengetahui makna umum ayat dan wajib ke atas setiap Muslim. 


(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.

Surah Sod (29)


Kelebihan Memiliki Al Quran Tagging Enuur



•  168/353 Tagging Ayat Pilihan terbaru, ada tagging khadeeja khusus untuk wanita (550 tag)
•  30 Tagging Pembahagian Juzuk + 
•  120 Tagging Khatam Tracker

•  Setiap Warna Tag mempunyai pelbagai 6 Kategori Ayat 
o  Doa Pilihan
o  Kisah Para Rasul Ulul Azmi / Nabi / Sahabat
o  Ayat Suruhan/Amalam/Perintah
o  Ayat Pengajaran/Petunjuk/Motivasi (Positif)
o  Ayat Larangan/Peringatan (Negatif)
o  Ayat Kisah dan Cerita


Contoh alquran siap tagging



•  Setiap Tagging ditampal secara handmade
•  Setiap naskah mengambil masa 3-4 jam untuk disiapkan
•  Kualiti Printing Yang Baik dan Jelas 
•  Packing Dan Tagging Yang Kemas
•  Dilengkapi dengan Buku Panduan
•  Hadiah yang banyak
•  Semua Al-Quran yang ditagging adalah Stok tersedia (Ready Stock).




Katalog Al-Quran Tagging dari Sahabat Enuur


Saya kongsikan katalog produk al-quran tagging dari kami tau. Bagaimana nak pilih ya jika ada terlalu banyak al-quran yang enuur sediakan?


Begini:-

1. Pilih saiz al quran yang bagaimana sahabat nak baca. Ini sangat penting kerana ia melibatkan penglihatan mata kita kan? Jika terlalu kecil, sukar nak baca. Jika mata ok, adakah alquran tersebut sering dibawa berjalan/travel.

2. Pilihan jumlah tagging. Kami ada 2 pilihan tagging untuk sahabat, 318 tag dan 503 tag juga dikenali sebagai Nafeesa tag dan Safeeya tag dan terakhir 550 tag iaitu Khadeeja tag. Ok, penjelasan terhadap 3 pilihan ni mudah sahaja. 

Khadeeja tag = tagging khusus wanita dan ada pada satu alquran sahaja iaitu al quran Khadeeja. Sahabat nak tagging Khadeeja? Jawapannya harus miliki al quran Khadeeja. Tagging Khadeeja ini juga tidak dijual secara berasingan. Jadi ianya sangat istimewa bagi kami di Sahabat Enuur.

Nafeesa tag = 318 tag ialah tagging yang mampu dimiliki oleh ramai orang kerana jumlah tagging yang sedikit.

Safeeya tag = 503 tag ialah tagging lengkap kerana ini adalah maksima jumlah tagging yang kami ada. Di dalam Safeeya tag ada isi kandungan Nafeesa tag. Jika sahabat berkeinginan memiliki koleksi tagging yang banyak maka, Safeeya ialah pilihan terbaik anda. 


Adakah Tagging Nafeesa dan Safeeya dijual berasingan?

Jawapan: Ya ada. Jika anda berhasrat untuk memiliki manual tagging dari kami, ini saranan kami. Untuk yang mahukan jumlah sedikit, anda tempah Tag 2.0 (Tag Matin) - 215 tag (185 tag ayat, 30 tag juzuk) dan jika anda nakkan set lengkap terus (Safeeya Tag) anda boleh tempah Tag Matin + Tag Mika menjadikan tagging yang anda bakal miliki ialah 383 tag (353 tag ayat dan 30 tag juzuk)

Nota: Bagi set manual kami belum ada sediakan tagging khatam tracker sepertimana jika anda menempah alquran siap tagging. Bagi alquran siap tagging, anda mendapat tiga jenis tag iaitu tagging ayat, tagging juzuk dan tagging khatam tracker.

Adakah Khadeeja tag sama pengisian dengan Nafeesa atau Safeeya?


Jawapan: Tidak. Khadeeja tag ini standalone. Tidak sama sekali kerana kami khususnya untuk kaum wanita. Tag Safeeya dan Tag Nafeesa ialah tagging umum, sesuai tak kira lelaki, wanita, dewasa atau kanak-kanak. Ia meliputi ilmu dan kategori umum sesuai dibaca dan tadabbur untuk semua peringkat umur.


3. Adakah anda inginkan alquran sahaja atau mahukan tambahan deboss/ukiran di atas alquran. Kami ada sediakan servis ini sebagai servis tambahan. 









Al Quran yang boleh deboss ialah jenis kulit leather dan tiada ukiran yang mengganggu. Ada 2 alquran kami yang tidak boleh deboss iaitu A6 humaira zip dan A5 humaira batik, manakala kulit jenis hard cover/soft cover memang tak dapat jugalah ye. 


Baiklah. Jom saya kongsikan katalog enuur. Jom pilih! Yang mana satu ya akan jadi pilihan sahabat?





Al Quran Saiz A6

Jika sahabat lihat, ada 4 jenis alquran bersaiz A6. A6 ni saiznya sebesar tapak tangan tau. Kecil sahaja. Oleh itu, jangan tersalah pilih, kerana ramai ingat besar rupanya kecil. Saiz A6 ialah 1 per 4 daripada saiz A4. A6 soft cover tiada tagging ya. 





Al Quran Saiz B6

Kami ada satu sahaja model alquran saiz B6. Saiz B6 lebih besar dari saiz A6, namun kecil dari saiz A5. B6 Rabbani dan A6 Raihan adalah sama model bezanya saiz sahaja. 







Al Quran Saiz A5


Ada empat poster di atas jika sahabat lihat. A5 jenis penutup magnet, penutup berzip, special pula ada al quran Khadeeja dan al quran Special Edition. 

Al Quran Khadeeja = al quran versi wanita dan tagging wanita.

Al Quran Al Amin dan Fayyadh = al quran versi edisi lelaki, tetapi pengisian umum. Tagging menggunakan tagging Nafeesa dan Safeeya. 

Al Quran Humaira Magnet, Batik dan Special Edition = al quran umum yang sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja.




Al Quran Saiz A4


Al quran paling besar yang kami ada. Material hard cover. Kami sediakan dua jenis alquran iaitu jenis terjemahan biasa dan terjemahan per kata. Kami faham ramai nak saiz A4 kerana saiz A4 tulisannya lebih besar dan jelas! Ramai yang order ini golongan ibu bapa (atok nenek) dan kanak-kanak yang baru belajar mengaji. 


Hah. Banyakkan pilihan al quran tagging Sahabat enuur ni?


Nak tempah❔ Jom order cepat-cepat



Whatsapp ke no hotline kami, +6018 9100 852 (https://wa.me/message/F544YFYFFYFJD1)




#SahabateNuur
#BringMoreHappiness 
#TEAMSahabateNuur
#eNuur
#AlQuranTajwidTerjemahan
#AlquranHumaira
#AlQuranEksklusifWanita
#AlquranPelangi
#AlQuran
#AlQuranRaihan
#AlQuranRabbani
#AlQuranTajwidBerwarna
#AlQuranTaggingByeNuur
#AlQuranTagging
#AlQuranTag
#tagsafeeya #tag383
#tagenuur
#debossalquranbyenuur
#debossbyenuur
#debossalquran
#debosseksklusif
Dah ada alquran tagging macamni? Jom dapatkan sekarang!



Saturday, August 28, 2021

Review Telekung Yousra Ernie Zakri dari Kimyra Style

August 28, 2021 0 Comments

Alhamdulillah. Telekung yang diidamkan telah pun sampai. Masya Allah tak sangka dapat juga. Saya pilih warna pink walaupun ada teringin juga nak warna telekung sama macam Ernie Zakri. Akhirnya pink menang! 




Telekung cantik ni khas dari Kimyra Style tahu. Ada 2 jenis iaitu Telekung Yousra dan Telekung Kaifiya. Dua-dua sama cantik dan eksklusif.


Telekung Kaifiya (PINK)


Telekung Yousra (PINK)


Telekung pink sama ada Yousra atau Kaifiya kedua-duanya saya suka. Namun saya pilih Yousra kerana saya teringin ada corak pada telekung. Saya memang teringin sangat telekung yang kita pilih sebab kita suka sangat-sangat. Saya jarang beli telekung atas faktor suka. Kita biasa beli telekung kerana ianya adalah pakaian kelengkapan solat. Nak premium ke, suka ke, minat ke.. Ini biasanya bukan faktor utama.


Namun sejak jumpa telekung dari Kimyra. Saya ubah persepsi sendiri dan mahukan telekung yang saya suka untuk dijadikan telekung peribadi harian


Ampunkanlah gambar saya yang kurang menarik. Diharap apa intipati dari perkongsian entri ini memberi kepuasan dan penjelasan tentang Telekung Ekslusif dari Kimyra Style


Detailing: Corak di telekung, stopper telekung, dan material awning (bentuk awning)


Apa Keistimewaan Telekung Kimyra Hingga Saya Tertarik Untuk Memilikinya?

1. Awning

Pertama kali saya lihat ialah Telekung Kaifiya, awning tersebut tak boleh dipadam dari ingatan saya. Dan memiliki wajah yang kecil serta dahi pun seluas 3 jari aje. Faham lah, bukan semua telekung yang saya ada hingga ke hari ini dapat jaga aurat rambut saya. Kita nak solat, nak jaga anak rambut, jaga rambut dari terkeluar. Nakkan telekung yang beri kelesesaan pada dahi kita ni bukan mudah. Dengan anaknya lagi tarik telekung semasa solat, atau kita sendiri tertarik telekung semasa solat pun ada. Pernahkan?

Bila saya tengok je jenis awning Telekung Kaifiya memang saya terus nak. Tapi ya, nak sahaja tak cukup, harga Telekung Kimyra boleh tahan juga harganya.


2. Tak Perlu Lagi Ikat Telekung

Ngilu!! Siapa sama seperti saya? Saya tak tahu penyakit apakah ini, tetapi saya ada masalah ngilu berkaitan dengan kain. Anak-anak saya cukup suka menarik atau buka ikatan telekung, apa yang saya rasa ketika itu, ngilu dan menjadi marah. Elok-elok selepas solat, anak terus je tarik tali telekung membuatkan saya rasa sangat tak selesa. Bila bercakap tentang ngilu ni, tak usahlah sembang banyak. Anda pasti tahu betapa tak sukanya kita bila rasa ngilu tu hadir. Kini, dengan Telekung Kaifiya atau Yousra anda tidak perlu lagi mengikat telekung anda, anda hanya perlu ketatkan sahaja! Mudah. 


3. Kualiti Material - Sejuk dan Boleh Pakai Lama

Telekung ialah pakaian ibadah kita sebagai seorang wanita. Kita solat di mana sahaja di dalam rumah misalnya di dalam bilik atau di ruang solat atau di ruang tamu. Dalam kes saya, sama ada di bilik atau di ruang tamu. Ada masanya cuaca sangat panas, baru pakai sekejap sudah menitik peluh. Panas. Apa akibatnya? Selepas solat, kita cepat-cepat bangun kerana tidak tahan panas. Alhamdulillah, sejak pakai Telekung Yousra, saya rasa sangat selesa, kurang berpeluh dan sejuk je kain telekung ni tau. 

Alhamdulillah. Part ini memang sangat bagus untuk kita yang tak mahu buka telekung selepas Maghrib dan sambung solat Isyak.


4. Material Tak Gatal

Majority telekung yang cantik ialah telekung bersulam. Ya, kita semua sukakan kecantikan. Saya pun sama tahu. Saya nak cantik, nak rasa suka bila solat dengan perasaan yang selesa. Bila senseng telekung untuk berdoa atau mengaji, sulaman pada telekung tersebut akan menyebabkan lengan saya gatal. Cukup untuk membuatkan kegatalan tu naik ruam. Mungkin kes sensitif yang sama bila saya ngilu tali telekung ditarik oleh anak. Sulaman tak kira pada telekung atau kain yang sentuh kulit saya akan buat saya jadi gatal, menggaru-garu dan akhirnya mulalah bintik ruam kelihatan. Bukan telekung sahaja tau, pakaian ke, pakaian dalam ke yang ada lace ini akan buatkan kulit saya gatal-gatal. 

Telekung Yousra dan Kaifiya ialah material berkualiti, agak tebal, sejuk dan tiada sulaman. Ianya simple sahaja dengan corak yang minimal cukup membuatkan saya rasa sungguh selesa dan gembira memiliki Telekung Yousra. 




Kelebihan Material Milano Fabrico

1. Berkilat seperti kain satin
2. Anti kedut - tidak mudah renyuk oleh sebab itu telekung ini juga sesuai travel
3. Material sejuk dan tidak panas
4. Material tidak jarang / nipis
5. Tidak pekak di telinga

Nota: Kimyra Sejabag hanya dapat bagi yang menempah set premium sahaja tau. Jika anda order telekung sahaja (ala carte) maka tiada Sejabag

Jom sambung review.....


Alhamdulillah, tak sangka Bos Al-Qolam ambil set premium untuk saya claim hadiah sales bulan Julai. Jadi untuk Premium Set Telekung Yousra atau Kaifiya anda akan dapat Kotak Ekslusif Kimyra berwarna unggu, coins bag dan sejabag (sejadah mini travel dan juga boleh dijadikan beg menyimpan telekung)

Kotak ekslusif pembelian Premium Set Telekung Kimyra


Kain telekungnya saya suka sangat. Kemas, berpoket dan part getah kain tu memang terbaik. Tebal tapi tak menyakitkan.


Nak tengok macam mana kejadiannya bila saya pakai telekung Kimyra ni?


Tara. Haha. Ku tutup wajahku. Sudah lama tak share wajah kan. Segan juga. Anda boleh tengok detailing material awning dan cantik terbentuk serta kemas kan di bahagian muka? Leher juga ditutup elok sahaja.


Suka sangat. Alhamdulillah





Berapa harganya Telekung Yousra/Kaifiya ni?


Telekung sahaja = RM 249 (NP: RM 299 )
Premium Set (Telekung + Coins bag + Sejabag + Kotak Ekslusif) = RM 289 (NP: RM350)



Berminat untuk mendapatkan Telekung Premium dari Kimyra?


Clik sahaja di link bawah ni ya.




Jawatan Kosong Staff Tagging Al-Quran di Syarikat Sahabat Enuur Kelantan

August 28, 2021 0 Comments

 


JAWATAN KOSONG SEBAGAI TAGGING STAFF DI SYARIKAT SAHABAT ENUUR

Peneraju ALQURAN TAG NO 1 Malaysia

.

Jawatan : 

TEAM TAGGING/ TAGGING STAFF

- Perincian tugasan ialah tagging al quran-al quran yang ada di Enuur. 

.

Antara ciri- ciri yang kami cari :

.

✔️ Bekerja dari rumah [Part time]

✔️ Warga Kota Bharu sahaja

✔️ Bersetuju dengan arahan dan SOP dari HQ

✔️ Teliti dan Penyabar

✔️ Jujur & disiplin

✔️ Memberi komitmen setiap minggu

✔️ Ada kenderaan sendiri

✔️ Latihan dan bahan disediakan

.

WhatsApp team enuur⤵️

http://www.wasap.my/60135344302

dan

Hantarkan CV anda di enuur.recruitment@gmail.com


ENUUR SDN BHD


Sedikit pengenalan buat sahabat yang sedang membaca dan berminat jawatan ini sebagai al quran tagging staff:-


Apa itu tagging al - quran?

Pekerjaan atau aktiviti menampal stiker tagging al quran mengikut panduan yang telah disediakan. Di enuur kami ada 3 jenis tagging iaitu taggina Nafeesa, Safeeya dan Khadeeja. 


Saya berikan contoh al quran siap tagging ya. Jangan konfius tahu, saya bukan staff Sahabat Enuur, tetapi saya merupakan agen enuur. Saya menjual dan mempromosikan produk alquran siap tagging ini kepada semua orang yang berhajat menambah ilmu pengetahuan bersama isi al quran, tadabbur dan menghayati bahasa al quran.


Pengenalan mengenai al quran tagging di Sahabat Enuur


Al Quran Humaira yang telah team tagging siapkan sebelum dijual kepada orang ramai



Alhamdulillah. Pekerjaan yang sangat mulia. Setiap hari dapat membaca al quran, lama-kelamaan semakin memahami al quran kan? Mana tidaknya kalianlah barisan utama yang membaca setiap patah perkataan ayat di stiker tagging tersebut. 


Saya doakan segala kebaikkan buat staff tagging al quran. Terima kasih banyak-banyak, tanpa kalian yang merealisasikan pekerjaan ini, tiadalah al quran bertagging untuk kami semua baca. 


Sahabat berminat nak jadi team Tagging Sahabat Enuur?


Jangan lupa click link whatsapp di atas ya mencuba ya!


Home Ads