Berkongsi kisah kehidupan sebagai suri dan pada masa sama, berniaga untuk bantu keluarga. Suka sharing berkaitan online marketing dan menjual produk islamik seperti jam azan untuk rumah, jam tangan azan, al quran digital dan macam-macam lagi.

Read More

Selamat Datang Ke Blog Emme Marina

Semoga Dilimpahi Rezeki dan Keberkatan Buat Semua Pembaca
Read More

Servis Facebook Page

Paling saya suka membantu sahabat semua, berjaya dalam bisnes insya Allah. Pasti berjaya
Read More

Al Quran Digital

Pembantu peribadi anda memperbetulkan bacaan, belajar tajwid dan lebih seronok mengaji. Insya Allah

7/05/2022

Bacalah Al Quran Walaupun Bacaan Tersekat-Sekat








Merangkak-rangkak membaca Al Quran itu lebih baik daripada tak baca langsung. Jangan tinggal walaupun sehari. Satu muka surat pun sudah memadai.




Nak dapatkan Al Quran yang cantik?




SANGAT2 BERBALOI , TERIMA KASIH YA ALLAH KETEMUKAN DENGAN SI COMEL NI , BERSYUKUR SGT2………

..

Haritu terjumpa iklan Al-Quran Kecil Comel ni, tapi buat tak kisah je. Ye la ingat Al-quran biasa je sebab kak rumah pun ada Al-quran Cuma besar je. Sepanjang duk rumah, memang banyak habiskan masa scroll media sosial. Yang peliknya memang asyik lalu je post Al-Quran ni tau.

.

Lama-lama saya jadi curious nak tahu yang bestnya Al-Quran kecik ni, jadi klik je page ni. Bila scroll komen, amboih kemain lagi Al-Quran Kecil ni ada kelebihan tersendiri kecil-kecil cili api laaa. Saya tengok posting lain pun banyak sangat comment yang positif. Ramai yang komen dah banyak kali repeat order. Ada sorang tu komen sampai dah beli banyak kali untuk hadiah kat family dan kawan2.

.

Bila tengok harga pun tak lah mahal mana, sgt2 mampu milik siap boleh ukir nama dan kata-kata lagi. Jadi saya pun tekan link teringin nak order. Bagi saya, kalau produk biasa tak mungkin orang sanggup beli banyak kali kan?

.

Lepas je sampai haritu, saya terus unboxing. Excited sgt! serius puas hati! Baru saya faham kenapa ada yang sanggup repeat order dan beli Al-Quran ni. Setiap Tag Ayat sangatlah kemas dan mudah difahami. Siap ada Tag juzuk mudah nak target khatam lagi2 bulan puasa ni. Bukan tu saja ada petikan hadis, ibrah, asbabun nuzul dan tajwid berwarna memang alah membeli menang memakai sungguh.

.

Masya-Allah, saya pun tak sangka dia punya ukiran sangat lah kemas rasa disayangi bila tengok nama sendiri terpapar kat cover quran ni. Selain tu, Al-quran ni ringan nak bawa ke masjid sambil tunggu nak tarawikh ke apa ke boleh baca untuk target khatam.

.

Memang sgt berbaloi dan saya rasa bertuah tau jumpe Al-Quran comel ni. Saya syukur Allah gerakkan hati saya untuk beli.

.

.

Jom dapatkan Al Quran Terjemahan hari ini







WhatsApp terus ke 0189100852






#enuur #alquranenuur #enuurshare #sahabatenuur #enuurpreneur #KeberkatanBerpanjangan #eNuurTaggingMethod #enuurhijab #enuurcare #alqurantagging #alquran
Read More

Servis Buat Facebook Page dan Website - Portfolio Pelanggan

Bismillah. Customer upah buat facebook page dan website masih lagi saya terima. Anda boleh lihat pengiklanan servis buat facebook page saya di link


Klik sini ->> Servis Buat Facebook Page dan Percuma Bisnes Consultation


insya Allah berbaloi jika anda maksimakan perniagaan anda di dunia facebook. Tak rugi untuk anda siapkan kedai facebook untuk  berniaga secara serius dan nampak lebih professional di mata pelanggan. 


Ini adalah antara customer-customer saya yang telah mengupah saya membuat kedai facebook page untuk mereka. Tak semua gambar saya ada, ada yang saya sudah removekan diri as admin dan tak screenshot. Masya Allah, insya Allah, ada masa saya cari semula facebook page mereka ya. 


buat kedai facebook page wajib bagi peniaga online

buat kedai facebook page wajib bagi peniaga online

buat kedai facebook page wajib bagi peniaga online

buat kedai facebook page wajib bagi peniaga online

buat kedai facebook page wajib bagi peniaga online


Antara 5 gambar client facebook page yang saya tunjukkan ini hanya kedai facebook nurulstylish sahaja yang cover page bukan saya buat ya. Owner kedai sendiri. Upah buat facebook page anda adalah termasuk percuma logo dan cover page.


Nak tahu kenapa perlu buat facebook page? 

Baca entri saya di bawah ini ya:-

Perlukan Khidmat Consultant atau Upah Servis Facebook Page? 

Keterangan seperti dalam gambar




Read More

7/04/2022

Promosi Jam Buruj Watch Julai 2022

 Harga promosi jam Buruj Watches bulan ini, Julai 2022. Assalamualaikum semua, alhamdulillah. Bulan ini ialah bulan kita meraikan Hari Raya Korban atau Aidiladha. Sukacitanya saya nak maklumkan, kami di Buruj Watches ada buat promosi beberapa model jam Buruj untuk anda semua. 


SALE RAYA HAJI!

2.7.2022 - 31.7.2022


Buruj Orion

Harga Asal: RM269.00

Harga offer bulan ini: RM175.00

Engraving tambah RM20.00


jam solat kiblat buruj watch

jam solat kiblat buruj watch

Buruj Menteri atau nama asalnya Buruj Couple Adam Hawa

Harga Asal / Harga Offer:


Single

Silver: RM330.00 /RM269.00

Rosegold: RM330.00 /RM269.00

Black: RM350.00 /RM279.00


Couple

Silver: RM660.00 /RM490.00

Rosegold: RM660.00 /RM490.00

Black: RM700.00 /RM500.00




jam buruj couple

jam buruj menteri rolex

Postage adalah percuma seluruh Malaysia. 


Apa Kelebihan Jam Buruj Ya? Mari kami kongsikan Fungsi Jam Azan Kiblat dari Buruj Watches Ini 

• Automatik kiblat kompas sepantas 1.50 saat
• Mempunyai 5 waktu solat
• Boleh set nama (7 huruf) di display jam tangan. Selain di display, nama juga boleh diukir di tali jam (Buruj Orion sahaja)
• Mempunyai penanda Al-Quran
• Kalender Hijrah dan Masihi
•  3 bahasa - Bahasa Arab, Bahasa Inggeris,  Bahasa Melayu
• Alarm
• Stopwatch
• Moon Age
• Daylight Saving Time (DST) untuk negara 4 musim sahaja
• Taqwim Malaysia
• Water Resistance (30 m) 


Berminat untuk mendapatkan promosi jam buruj bulan ini atau model-model lain jam azan dan kiblat?


Cara menempah:-

1. Terus order di website yang telah saya sediakan, insya Allah lebih memudahkan anda semua. Pilih dan check out di www.muslimstore.com.my

atau

2. Boleh whatsapp saya di talian 018-9100 852 (Emme)
Read More

6/14/2022

Perbezaan Software Whatsapp Autowasap VS Wasender Pro

Perbezaan Software Whatsapp antara Autowasap (Android / Desktop) dengan Wasender Pro | Mungkin ada yang masih keliru kenapa kami ada tiga produk software untuk whatsapp. Anda boleh pilih yang mana sesuai untuk kegunaan anda semua dan bagi pengguna iphone pula, pilihan software Whatsapp menggunakan laptop adalah yang terbaik. 


Jom kita baca apa kelebihan dan perbezaan software Whatsapp supaya kita lebih tahu yang mana sesuai mengikut kegunaan marketing Whatsapp bagi bisnes kita nanti kay.


software whatsapp blaster


Untuk autowasap desktop this mainly use dekat laptop ataupun PC jika tuan prefer guna pc rather than phone. 


Main features of this autowasap desktop :

1.Blasting/Autowasap to large number of users/Contact list tuan.

2.Boleh run several whatsapp account if tuan ada high spec laptop/pc.

3.Extract contact dari group

Nak tahu info lanjut? klik sini AUTOWASAP DEKSTOP


software whatsapp blaster


Untuk autowasap android features dia lebih kurang sahaja dengan autowasap desktop cuma ada tambahan 


Main features of this autowasap android :

1.Blast to large number of user.

2.Can autoreply to user

3.Can extract group

4.Can extract contact from group/chat.

5.Schedule message

6.Auto reply

Nak tahu info lanjut? klik sini AUTOWASAP ANDROID


software whatsapp blaster


Untuk wa sender pro , features dia lebih banyak :


Main features of this wasender pro :

1.Blast medium numbers of user to large.

2.Boleh extract number from group/chats

3.Boleh extract number from contact list.

4.Search whatsapp group

5.Boleh run several whatsapp account if tuan ada high spec laptop/pc

6.Boleh filter number mana yang tak ada whatsapp.

Nak tahu info lanjut? klik sini  WASENDER PRO


Amacam? Adakah anda serius sedang mencari software yang dapat bantu anda buat blast di whatsapp? Maka, inilah tiga produk yang kami anda, nak tahu lebih lanjut? Terus klik pada link yang saya berikan di atas kay


Atau jika anda sedang mencari software-software marketing untuk Facebook, Telegram dan ecommerce, kami ada! 


Klik sini untuk lihat kesemua produk digital kami :- NAK TENGOK SEMUA PRODUK DIGITAL UNTUK ONLINE MARKETING


Semoga membantu!

Read More

5/19/2022

Berehat

 Seorang ibu mempunyai kerjaya seumur hidup tanpa income. Adakah dengan menguruskan suami dan anak-anak, beliau dibayar? Berapa gaji seorang ibu? Ibu kita, ibu kawan kita, diri kita sendiri sebagai ibu. Ibu, letih bagaimana pun mereka, nak terjatuh dari berdiri, lenguhnya kaki dan lutut mereka. Berkerut hingga wajah dimamah usia sedangkan masih muda. 


Saya mula memahami bila melihat emak tanpa henti memikirkan hal anak-anak. Anak sudah besar panjang tetapi masih perlu dirisaukan. Yang mana masih belum menunjukkan prestasi diri, itulah dia anak yang ditatang penuh. Yang mana sudah tidak perlukan emak lagi, emak biarkan sahaja. Bukan kerana tidak sayang, tidak risau, atau tidak memikirkan. Logiknya, setelah kita jaga, berikan apa yang kita mampu usahakan, anak-anak ini membesar dan memilih tidak kembali kepada kita sebagai ibu yang membesarkan mereka.


Sudah besar panjang. Sudah pandai. Sudah serba serbi tahu akan segala-galanya.


Namun silap si anak. Anak masih belum kenal erti perjuangan dan hati seorang ibu. Semoga belum terlambat si anak untuk menghargai si ibu. 

=========================================

Kisah setiap ibu adalah tidak sama. Kisah saya berbeza, emak berbeza, mertua saya berbeza, tiada yang sama walau situasi yang sama. Anak-anak kita berbeza walau jantinanya sama. Nakalnya mungkin sama, tetapi karenahnya tidak sama. Pujukan berbeza, masa berbeza maka sukar untuk menjadi sama bagi semua keadaan. Term sama, tak menjadikan ianya sama. 


Kisah saya menjaga dan menguruskan 5 orang anak, sambil bekerja sendiri sudah capai ke tahap saya mula hilang fokus dalam kerjaya. Bekerja sendiri memerlukan fokus yang tinggi, disiplin, emosi dan support dari insan tersayang. Kita tahu bahawa walau jatuhpun diri kita, lost, gagal, kita ada support dari mereka yang memahami sukarnya kehidupan kita seorang diri dalam menguruskan pelbagai pihak, apatah lagi harus menguruskan diri sendiri yang emosinya, fizikalnya turun dan naik. Belum lagi tercalar balar di sana sini. 


Tersenyum bukan bermakna kita bahagia. Ada yang senyum dalam tangisan. Hanya diri sendiri yang tahu apa makna senyum. Sedangkan mereka yang melihat akan merasakan semua ok. 


Apakah seorang manusia akan okay setiap hari? Maka kita harus sentiasa bertanya, bagaimana hari awak hari ini? Apa perasaan awak hari ini? Are you happy with your life? Are you happy with your work? Do you want to take a break? Is there anything i can do to help you? Is there anything you want to share with me?


Sudah beberapa bulan saya cuba mendapatkan kembali semangat untuk berjuang. Jika saya bekerja dengan majikan, sudah tentu majikan tersebut perasan semangat juang saya semakin hilang. Jika tak bersabar agaknya sudah lama dia berhentikan saya bekerja. Kan? 


Jadi saya betul-betul memerlukan rehat. A moment to get up. Mencari semangat yang hilang. Walau diletakkan matlamat di depan mata, saya sudah hilang BIG WHY untuk meneruskan. Begini sekali rasanya. Lost. 


Saya berjumpa pakar terapi tetapi bagi saya ia tidak membawa perubahan. Diri saya ialah blockage kepada apa yang berlaku. Tidak membuka diri kepada orang lain ialah punca semua kemerosotan diri sendiri. Sudah lama saya tidak bermonolog dengan Pencipta, sedangkan Dialah satu-satunya Penolong, dan Maha Mengetahui. Dialah yang Maha Memberi, Memahami, Memakbulkan. Tetapi saya masih belum jumpa apakah hajat dan doa yang mahu saya minta. Maka saya berdiam dan berdoa secara umum. 


Kritikal atau tidak situasi saya, saya rasa mungkin tidak kritikal. Kritikalnya diri ialah apabila kita mula terperosok jauh dari insan sekeliling kita, mula jauh dari Tuhan, mula cenderung untuk marah dan menangisi diri. Setuju?


Jadi walau bagaimana pun kita rasa kita lost, jangan sampai hilang terus. Pegang pada secebis kemanusiaan yang Allah beri pada diri kita. Berehat untuk bahagian yang hilang, dan kembalilah dengan tujuan yang baru. Jika ada sahabat seperti saya ketika ini, saya doakan agar sahabat dapat kembali semula dengan kuat, berjaya dan cemerlang di dunia dan akhirat. Insya Allah

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Popular Posts

Blog Archive

Pageviews

BTemplates.com

Blogroll

About

About

Copyright © Diari Seorang Suri & Bisnesmom | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com