Berkongsi kisah kehidupan sebagai suri dan pada masa sama, berniaga untuk bantu keluarga. Suka sharing berkaitan online marketing dan menjual produk islamik seperti jam azan untuk rumah, jam tangan azan, al quran digital dan macam-macam lagi.

Read More

Selamat Datang Ke Blog Emme Marina

Semoga Dilimpahi Rezeki dan Keberkatan Buat Semua Pembaca
Read More

Servis Facebook Page

Paling saya suka membantu sahabat semua, berjaya dalam bisnes insya Allah. Pasti berjaya
Read More

Al Quran Digital

Pembantu peribadi anda memperbetulkan bacaan, belajar tajwid dan lebih seronok mengaji. Insya Allah

7/23/2022

Website Online Percuma WEBP Image Converter Terbaik Yang Anda Boleh Cuba

 Tahukah saiz gambar amat memainkan peranan penting kelajuan loading sesebuah website. Sekiranya saiz gambar terlalu besar dan jelasnya anda mementingkan kualiti sebuah gambar namun anda perlu ingat bahawanya gambar yang berat hanya akan membebankan website anda. Nak ke prospek tunggu lama dan akhirnya memutuskan untuk meninggalkan website anda gara-gara terlalu lama nak tunggu post anda muncul di paparan skrin mereka?

Sudah tentulah TIDAK MAHU!

Namun harus saya nyatakan, tak semestinya anda wajib bertukar ke WEBP file type, JPG juga sudah mencukupi. Nasihat rakan-rakan blogger saya pula, kalau boleh mereka nak gambar tersebut bawah 50kb! Bayangkan betapa kecilnya saiz image tersebut. 

Alhamdulillah setelah mencari beberapa website WEBP image converter percuma, saya berpuas hati dengan hasilnya. Walaupun renyah kerana saya perlu upload satu per satu, kemudian download satu per satu, namun sangat-sangat berpuas hati. Dan harus saya tekankan, kualiti gambar anda yang tentukan anda nak bagaimana. Dalam kes saya, saya hanya nak siapkan sebuah entri berkongsi tentang template Al-Quran deboss. 

Tiada kualiti gambar cantik yang diperlukan, saya hanya nak customer tahu apa kod template yang ada, mereka boleh nampak dengan jelas. Boleh pilih kod template mana satu untuk dipilih. DONE.

Oleh itu, ianya tidak penting, kualiti gambar kurang atau pecah sedikit. 


Perkenalkan EZGIF.COM

Klik pada WEBP. pilih mana satu anda nak convert atau edit. 

Saya pilih JPG to WEBP. Ya, kene upload satu per satu


Lihat di bawah gambar ada info mengenai gambar tersebut. File size, ukuran.

Setelah saya tekan convert to WEBP, saya lihat berapa % saiz file type itu turun. Adakah saya boleh buat sesuatu lagi atau sudah memadai?

Disebabkan gambar saya hanya tulisan sahaja, maka saya decide untuk resize gambar dan berharap file size akan berkurangan lagi. Lagi kurang lagi bagus untuk saya


Yup. Setelah resize, file size berkurangan hampir 50% dan saya berpuas hati dengan apa yang saya dapat. Jadi buat apa lagi? Tekan icon save dan uploadlah gambar itu di entri website anda. =)


Alhamdulillah. mudah sahaja kan? Renyah jika ada banyak gambar untuk diuruskan. Namun berbaloi untuk anda cuba website online WEBP image converter di EZGIF.COM

Read More

7/21/2022

Jam Azan Bilal Dengan Fungsi Automatik Bacaan Surah dan Zikir dari Buruj Watches

Memperkenalkan Bilal Jam Azan Digital Untuk Kediaman rumah anda, pejabat mahupun surau dari Buruj Watches! Akhirnya setelah lama menunggu, Buruj Watch mengeluarkan edisi jam azan digital pada bulan ini. Edisi terdahulu, model Buruj Quran mendapat sambutan yang sangat menggalakkan tetapi sudah discontinue, kini Buruj Bilal insya Allah lebih menarik dan mempunyai fungsi yang pasti anda semua tak sabar nak miliki!

Bukan sahaja penting bagi kita sebagai umat Islam dalam mendidik kepentingan solat di dalam institusi kekeluargaan namun ianya memberi maksud kita harus saling memperingati sesama kita tentang pentingnya mendirikan sembahyang lima kali sehari. 










Ukuran / dimension Buruj Bilal Jam Azan Digital Rumah:-




Saiz:
Lebar 49.5cm
Lebar 38cm

Material - Matte Surface Finishing 

Panjang cable - 193cm ~ 2m


Keistimewaan Jam Azan Digital Bilal:-

Alhamdulillah! Ramai yang excited dengan Bilal Jam Azan Digital Rumah ni. Ada 7 Sebab kenapa RAMAIII yang excited dengan Bilal Jam Azan ni. Sebab yang ke 5 & 7 paling rare! BONUSSSS tau! : 


✅ Ada Waktu Solat

✅ Waktu Solat Bukan Sahaja Di Malaysia, tapi Semua Negara Ada Dalam Bilal Jam Azan ni. Oversea? Jangan risau! Boleh guna. 😊

✅ Pastinya Ada Suara Azan ( Dari 8 Negara / 8 Suara ) 

✅ Boleh Set Nama Dalam Jam! Pertama di Malaysiaaaa. 🔥

✅ Zikir & Surah Pilihan Sebelum dan Selepas Azan. 

✅ Koleksi Zikir dari Inteam Records. 

✅ Audio 30 Juzuk Al Quran 🥰


Bacaan zikir dan surah secara automatik. Nak offkan pun boleh, namun alangkah baiknya rumah kita sentiasa ada alunan zikir dan surah kan? Masya Allah, bestnya jam azan Bilal dari Buruj Watches ni






Apa Yang Akan Anda Dapat Dalam Pakej Jam Azan Digital dari Buruj Watch?


What’s in the box? 

1. Manual Book 

2. Warranty Card 369 Days

3. Charger (Plug & USB) 

4. LED Wall Clock 

5. Remote Control


SOALAN: BILAL JAM AZAN NI PAKAI PLUG KE? KE PAKAI BATTERY?  

Jawapan: Pakai plug!, tapi jangan risau plug kami USB cable ya. Mudah nak diuruskan kan? Kami akan beri cable dan chargernya sekali.


Waahh... Menarik sangatkan Bilal Jam Azan dari Buruj Watches ni?


Berapa harganya? Sempena launch Jam Azan Bilal ni, harga istimewa buat semua pelanggan kami


Harga Asal - RM550 ❌

Harga Pengenalan - RM450 sahaja (ALHAMDULILLAH)

(Jangan lupa pakai kod JA05 bila anda order di website)


Lagi best, PERCUMA POSTAGE BUAT SELURUH RAKYAT MALAYSIA!!


Bagaimana nak terus tempah Buruj Bilal ni?

Jom dapatkan #jamazanbilal hari ini. Limited edition tau... Sementara stok masih ada . . 


Cara order: 
1. Terus order di sini 
Mecca Edition >> https://bit.ly/3oleLim 
Medina Edition >> https://bit.ly/3zpSs1B 
(Jangan lupa pakai kod JA05 bila anda order di website)

atau 

2. Whatsapp ke 018 9100 852 (https://wasap.my/60189100852/nakorderjambilal) .


Mai bagi yang masih tak puas hati dan nak tengok video jam azan Bilal dengan lebih dekat. Jom lihat video2 yang saya kongsikan di sini. Panduan juga saya terus kongsikan untuk anda lihat terus haa senang atau tidak nak setting jam. Insya Allah, nak setting jam Bilal pun senang aje tau. Pasti boleh!


Percaya tak jam azan Bilal ni alhamdulillah, tepat waktunya mengikut waktu solat jakim =)



Ramai tanya kan, kalau jam tangan Buruj memang takde bunyi azan. Ialah jam tangan ni berjalan merata termasuk pergi ke tandas cthnya, takkan tibe2 bunyi azan berkumandang kat situ? Tetapi!! jam azan Bilal ni, wajiblah berkumandang suara azan abang akak semua


Jam azan Bilal ada 8 pilihan suara azan. Anda nak alunkan suara yang mana satu? Kami share skit kat sini

Ada berapa design ya jam azan Bilal ni? Meh tengok live

Jam azan Bilal memainkan surah-surah selepas azan, besar manfaat mendengar bacaan Al-Quran buat yang mendengarnya dan rumah.


Mendengar bacaan Alquran mendatangkan rahmat Allah SWT. Allah SWT berfirman: وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ 
"Dan apabila dibacakan Alquran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat." (QS Al Araf 204)



Panduan/Tutorial Jam Azan Bilal

Mudah sahaja nak setting jam azan Bilal ni ya sahabat
Gunakan remote sahaja

Cara Set Masa

Cara Set Paparan Kalendar

Cara Set Waktu Azan (dalam dan Luar Negara)

Cara Set Bahasa


Teruja kan? Jom dapatkan Jam Azan Bilal dari Buruj Watches hari ini. Hadiahkan satu tuk rumah sendiri, pejabat, rumah mak, rumah mertua.. Masya Allah

Nak lagi penjimatan???


Gunakan KUPON JA05 ketika Checkout di website nanti!


Cara order JIMAT BERGANDA: 
Terus order di sini 
Mecca Edition >> https://bit.ly/3oleLim 
Medina Edition >> https://bit.ly/3zpSs1B 



#jamazansurau #jamazanofis #bilaljamazan #jamburuj #burujwatch #jamazanrumah #jamazandigital #jamazanpejabat #AzanClock

Read More

Apa Itu Google Business Profile dan Bagaimana Nak Muncul di Carian Google Secara Percuma?

Apa Itu Google Profile atau Google Business? Rupanya masih ramai kurang tahu mengenai kelebihan menggunakan Google Profile atau Google Business dalam melonjakkan sales produk / kedai / bisnes masing-masing. Bukan tidak tahu, sebenarnya saya yakin ramai tahu, cuma term yang saya gunakan ini tidak begitu familiar oleh rakan-rakan kan? Bagaimana kalau saya sebut, Google Map? 


Semua orang tahu tentang Google Maps, malah kita gunakan sistem ni setiap kali kita nak tahu direction ke sesebuah tempat/lokasi. Pasti ada perasan, setiap bangunan, kedai akan muncul di sekitar lokasi. Jika tiada, bagaimana nak search lokasi sesebuah bangunan?


cara setup google business profile dan muncul pada carian google
Apa yang anda perasan selain bangunan? Ya, ada kedai yang mendaftarkan tapaknya di Google Maps. Inilah namanya Google Profile/Google Bisnes


Kali ini, bukan rumah atau ofis sahaja. Sesiapa yang menjalankan perniagaan boleh gunakan kelebihan ini untuk mempromosikan produk / bisnes anda secara percuma! Anda boleh dapatkan pelanggan lokal di sekitar kediaman anda, taman anda, daerah, zon malah seluruh negeri yang anda diami atau seluruh Malaysia pun boleh jadi pelanggan anda! Best ke tidak?


Kini, bila seseorang mencari carian di google, bukan sahaja akan muncul di sebuah website, facebook page tetapi mereka yang daftar di Google Profile akan muncul dalam carian google iaitu melalui Google Maps! baiklah saya berikan satu contoh mudah. 


Anak saya dah berusia 12 tahun sekarang, so saya nak cari pusat tuisyen berhampiran rumah. Apa saya nak buat? Of koz, selain duk skrol kat fb lebih baik saya search sahaja manalah tahu pusat tuisyen ini menggunakan kata kunci "pusat tuisyen kuantan" atau mereka dah daftar di Google Profile. Cara carian di google memudahkan saya melihat jarak dari rumah saya ke pusat tuisyen. Kedua, memudahkan saya untuk terus contact admin atau pemilik pusat tuisyen tersebut. Call ke whatsapp ke. Terpulang. Pentingnya ada nombor yang saya boleh capai dan hubungi. 


So jom saya tunjukkan cara search dibuat satu per satu. 

  1. Macam biasa kita ke google.com
  2. Search "pusat tuisyen" atau "pusat tuisyen kuantan"
  3. Lihat apa yang muncul, semestinya majoriti akan lihat page pertama sahaja, maksima yang serius akan search ke page ketiga-kelima (jarang)

cara setup google business profile dan muncul pada carian google
Mula-mula saya search sahaja "pusat tuisyen", paparan yang anda lihat ini ialah cadangan google mengenai top search orang di google mengenai kata kunci "pusat tuisyen", anda boleh lihat majoriti pencari pusat tuisyen adalah di Selangor. Dan lihat semula, google mencadangkan carian "pusat tuisyen near me". Betulkan? takkan orang kuantan nak pergi ke tuisyen jauh ke selangor pula?


cara setup google business profile dan muncul pada carian google
Ini adalah page pertama google ya. Apa yang muncul adalah Google Maps terlebih dahulu kemudian barulah website atau facebook page. Bergantung kepada carian kata kunci, tak semua keyword akan memaparkan Google maps sebenarnya. Nanti saya tunjukkan



cara setup google business profile dan muncul pada carian google
Masih lagi page pertama, di bawah Google Maps di atas tadi. Facebook page dengan kata kunci "pusat tuisyen" dan lokasi "kuantan" menjadi pilihan carian google kerana google dah save lokasi saya. Jadi sudah tentu jika saya search akan muncul dahulu lokasi area kediaman saya barulah lain-lain tempat yang menggunakan keyword "pusat tuisyen"

cara setup google business profile dan muncul pada carian google
Ini pula ialah carian "pusat tuisyen kuantan", terus direct lokasi kediaman. mudah untuk saya lihat di mana pusat tuisyen tersebut dan jarak untuk saya hantar anak saya nanti.



cara setup google business profile dan muncul pada carian google
Baiklah. Untuk carian "pusat tuisyen kuantan" jika anda lihat, selepas maps barulah muncul website dan facebook page tuisyen-tuisyen yang lain menggunakan keyword "pusat tuisyen kuantan"



cara setup google business profile dan muncul pada carian google
Anda boleh lihat bertaburan pin-pin pusat tuisyen di kuantan. ha pilih dan nilaikan sendiri mengikut kehendak anda. Pemilik Google Business atau Google Profile yang bagus akan melengkapkan segala butiran mereka dan sentiasa up to date perkembangan bisnes mereka. Jangan buat sahaja tapi sepi. Memang larila pelanggan kan?


Alhamdulillah. Jelas tak bagaimana mendaftarkan bisnes anda di Google Profile ni banyak kelebihannya? 


Kelebihan utama daftar Google Profle atau Google Business :- 

ini adalah marketing percuma. Anda daftar secara percuma, dan munculkan diri anda di carian maps dan google search berdasarkan kata kunci dan lokasi anda secara percuma juga. 



Soalan: Boleh tak saya iklankan bisnes saya setelah daftar di Google Profile?
Jawapan: BOLEH!. Sign up for Google Ads dan anda boleh iklankan bisnes anda. Oh ya, ini adalah iklan berbayar. 


Contoh? Ada. tengok gambar di bawah.

cara setup google business profile dan muncul pada carian google
Nampak tak kotak putih dalam maps ni? Ini bermaksud pemilik Google Profile tersebut menggunakan Google Ads untuk mempromosikan bisnes mereka


cara setup google business profile dan muncul pada carian google
Anda lihat atas sekali, pada carian "sewa kereta shah alam" ada 2 syarikat yang menggunakan iklan berbayar google. Lihat ada icon Ad menunjukkan bukti pengiklanan mereka! anda pun boleh buat perkara yang sama


Jadi bagaimana?

Nak buat atau tidak Google Profile ni untuk kedai / bisnes anda?

Nak tak dapatkan marketing percuma ini dan tarik pelanggan berdekatan kediaman anda atau ofis anda?

Nak tak muncul di carian google bila customer cari kata kunci yang mereka perlukan? 


Sudah tentulah NAK! Maka jangan berlengah lagi, terus lah daftarkan kedai / bisnes anda di Google Business hari ini. 


Bagaimana cara nak daftar Google Business Profile dan Muncul Pada Carian Google?

1. Wajib ada email google (gmail.com)

2. Klik sini https://www.google.com/business

3. Sign in atau manage now

4. Daftarkan kedai anda, dan follow sahaja step by step yang google tunjukkan

5. Verify

6. Setelah google verify bisnes anda barulah kedai anda akan muncul pada tapak google maps! alhamdulilah selesai =)


cara setup google business profile dan muncul pada carian google
Sign in atau manage google business profile anda


cara setup google business profile dan muncul pada carian google
Bagi yang baru nak daftar pilih Add your business to Google




Semoga entri ini membantu anda semua memaksimakan sebanyak mungkin marketing percuma secara online. Gunakan semua medium yang anda insya Allah dan penting rajin update tentang bisnes anda supaya pelanggan tahu anda masih aktif =)


Masih blurr cara setup google business profile dan muncul pada carian google?

Boleh hubungi saya pada bila-bila masa insya Allah


bisnes online consultant facebook google website


Read More

7/14/2022

Percuma Ebooks Panduan Bisnes di Shopee

Sudahkah anda mendapatkan Ebook Panduan Berniaga di Shopee yang telah saya sediakan buat kalian semua? Di sini saya terangkan cara anda berniaga dalam Shopee sama ada anda pegang produk atau tanpa produk.


Alhamdulillah, latest version ebook Panduan Niaga di Shopee kini sudah 5.0


Saya listkan content buat kalian semua. Jika tidak berminat nak download, boleh share buat rakan-rakan ya. Mana tahu mereka ada nak belajar dan mahu jana pendapatan berniaga melalui platform Shopee. Kalian dapat pahala jika mereka berjaya kan?


ebook percuma bisnes di shopee



Sebelum saya kongsikan link untuk kalian download, saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua pembaca. Kerana kalianlah saya berjaya menyiapkan ebooks Panduan Bisnes di Shopee. Bermula di blog ini hanya sekadar mahu berkongsi bagaimana kalian boleh berniaga dalam Shopee saya mula mendapat ilham bahawasanya nak tunggu saya share satu per satu entri memang akan ambil masa yang lama kan?



Di dalam ebook panduan bisnes di shopee ni, ini adalah ebook asas anda mula berniaga di shopee, dari pengenalan mengenai shopee sendiri hinggalah ke latest version shopee iaitu Shop Decoration, Targetting Ads, Latest View Cara Upload Produk dan banyak lagi insha Allah. 



Pendek kata, insha Allah, ebook Panduan meniaga di Shopee ni harapnya takla memeningkan kepala kalian untuk faham. Saya cuba buat seringkas dan mengikut step by step semudah mungkin.



Nak dapatkan ebook percuma Panduan Bisnes di Shopee?


Content Ebook Panduan Bisnes di Shopee Version 5.0

Penulis : Emme Marina


1. Apa Itu Shopee?
2. Shopee Apps Vs Shopee Desktop
3. Berkenalan dengan Fungsi Apps Shopee
4. Setting Shopee Apps
5. Cara Menjual dan Upload Produk
6. Cara Uruskan Shipping Produk
7. Kenali Kempen Shipping di Shopee
8. Kenali Jenis Seller dan Cas Dikenakan
9. Cara Uruskan Tempahan Anda
10. Cara Withdraw Duit
11. Cara Uruskan Refund dan Cancel
12. Apa itu Shopee Celler Center
13. Kategorikan Produk Anda (My Shop Categories) - video
14. Marketing Centre
◦My Ads & Targetting Ads
◦My Discount Promotions
◦My Campaign
◦Flash Sale
◦My Voucher
◦My Top Picks
◦Shopee Feed / Story
◦Shopee Live

15. My Shop Settings
◦Shop Decoration

16. My Sale

17. My Income

18. My Data

19. Preferred Seller

20. Best Ke Shopping di Shopee?

21. Realiti Sebenar Berniaga di Shopee

22. Q & A

23. BONUS!!

24. Link Video Tutorial 




Mari klik link ini untuk daftar dan terus download rujukan buku panduan versi pdf ini ya.




Cara download ebook Panduan Niaga dalam Shopee percuma - author Emme Marina


1. Isi form di atas
2. Selesai tekan submit akan keluar automatic response dari saya ayatnya seperti gambar di bawah. Sila tekan link biru untuk anda download pdf di link google drive tersebut.

Nampak link biru drive.google.com tersebut? tekan situ ya


3. Anda akan masuk ke paparan download ebook di google drive yang saya sediakan. 

Sila tekan pada Ebook Panduan Berniaga di Shopee Version 5.0.pdf

4. Tekan icon download. SIAP!



Anda boleh sharekan link ini untuk tujuan sharing. Dilarang sama sekali mendownload dan mengedarkan sendiri Ebook Panduan Bisnes di Shopee ya. 


Saya open group WhatsApp support, anda boleh join di sini. Group ini bukan group kelas training online ya, tetapi support kepada ebook tersebut. Sudah anda baca, dan masih perlukan guide. Boleh bertanya di dalam group support.







Nak tak dapatkan Ebook berbayar Buat Duit Di Shopee dalam 7 Hari ini dengan harga istimewa?



Jika sahabat dah mahir basic berniaga di Shopee dan nak terus belajar buat Shopee Ads, boleh klik sini --> Belajar Buat Keyword Search Shopee Ads


Read More

7/08/2022

Teks Doa Arafah dari Tabung Haji

Teks Doa Arafah (Tabung Haji)



Waktu Afdhal Berdoa Pada Hari Arafah


Waktu Wukuf di Padang Arafah bagi tahun ini 08/07/2022 adalah seperti berikut:


✅ 12.27 pm – 7.04 pm (Mekah)

✅ 5.27pm – 12.04 am (Malaysia)


Muat turun sepenuhnya: https://ecentral.my/waktu-wukuf-doa-arafah/


Alhamdulillah, marilah kita semua bersiap untuk esok Hari Arafah. Bagi yang berkemampuan dan masih belum berkorban, boleh hubungi ezy qorban kerana mereka masih menerima pendaftaran peserta korban sehingga hari raya haji kedua.


Semoga kita semua diberikan rezeki untuk menunaikan korban setiap tahun sehingga akhir hayat kita sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah swt. AAmin

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Popular Posts

Blog Archive

Pageviews

BTemplates.com

Blogroll

About

About

Copyright © Diari Seorang Suri & Bisnesmom | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com