Berkongsi kisah kehidupan sebagai suri dan pada masa sama, berniaga untuk bantu keluarga. Suka sharing berkaitan online marketing dan menjual produk islamik seperti jam azan untuk rumah, jam tangan azan, al quran digital dan macam-macam lagi.

Read More

Selamat Datang Ke Blog Emme Marina

Semoga Dilimpahi Rezeki dan Keberkatan Buat Semua Pembaca
Read More

Servis Facebook Page

Paling saya suka membantu sahabat semua, berjaya dalam bisnes insya Allah. Pasti berjaya
Read More

Al Quran Digital

Pembantu peribadi anda memperbetulkan bacaan, belajar tajwid dan lebih seronok mengaji. Insya Allah

9/02/2022

Cabaran dan Faktor Apabila Mahu Berniaga Sebagai Seorang Surirumah

Cabaran dan Faktor Apabila Mahu Berniaga Sebagai Seorang Surirumah. Berusaha dengan apa yang ada mengikut kemampuan diri sendiri. Kata-kata ini lebih saya tujukan kepada diri saya sendiri. Jikalau beberapa tahun dahulu, saya boleh melakukan pelbagai kerja, multi-tasking dengan mudah sekali. Fokus yang tinggi serta otak yang kurang penat. Tetapi saya akui sejak kebelakangan ini, khususnya selepas kelahiran anak keempat, fokus dan kecekapan dalam melakukan kerja sudah mula membebankan minta, emosi dan fizikal. 


cabaran berniaga dari rumah sebagai isteri dan ibu


Antara persoalan, cabaran dan faktor surirumah mahu mula berniaga yang boleh kita fikirkan bagi situasi ini ialah:

1 - Apa yang diperlukan bagi seseorang untuk fokus pada tugasan  harian?

2 - Bagaimana jika seseorang itu adalah surirumah dan pada masa sama beliau bekerja sendiri bagi membantu kewangan keluarga?

3 - Bagaimana pula jika beliau mempunyai lebih dari tiga orang anak kecil yang memerlukan perhatian?

4 - Tugasan harian sebagai surirumah

5 - Tugasan sebagai seorang ibu kepada anak-anak yang ramai dan dekat usianya

6 - Tugasan sebagai peniaga, berkhidmat kepada pelanggan

7 - Marketing harian (bak kata orang, tiada iklan, tiadalah jualan setuju?)

8 - Self care itu juga perlu. Adakah anda robot yang bekerja dan bertugas setiap hari dan saat tanpa memperdulikan kesihatan diri anda?

9 - Bila waktu bekerja dan bila waktu berehat?

10 - Cara mendisiplinkan diri agar setiap tugasan berjaya dilaksanakan tanpa memberatkan emosi serta fizikal


Saya secara rasminya menjadi seorang surirumah sepenuh masa dan berniaga sejak tahun 2017 setelah tamat pengajian di peringkat Sarjana. Saya menghabiskan hampir lima tahun dalam pengajian dengan banyak faktor insya Allah nanti kita ceritakan di entri yang lain ya. Setelah menimbang tara kerjaya selepas tamat pengajian dengan empat orang anak pada waktu itu,saya membuat keputusan bahawa mencuba berniaga secara online khususnya adalah satu peluang yang sesuai untuk diri saya dan keluarga. Offline juga saya, nanti saya ceritakan cabaran berniaga secara offline atau cod ini dalam entri yang lain.


Alhamdulillah. Ianya keputusan yang baik. 


"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

(A-li'Imraan 3:27) 


Apakah faktor-faktor yang harus anda fikirkan untuk menjadi surirumah serta mula berniaga atau bekerja dari rumah?

1 - Tujuan memulakan perniagaan sendiri

2 - Disiplin (anda harus tetapkan jam berapa anda nak mula bekerja, bila waktu nak urus diri, urus keluarga - siapkan jadual harian anda)

3 - Gaji (perlu ada goal berapa anda nak income sehari, sebulan, setahun)

4 - Matlamat

5 - Sebanyak mana mencukupi? Kenali maksud bahagia, kewangan yang cukup dan konsep sederhana sebagai seorang isteri



Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

(Al-Maaidah 5:88) 



Sebagai isteri menurut Islam ada batasnya ke mana kita mahu pergi. Setinggi mana kejayaan yang kita ingin tempuh. Bak kata, tok guru saya dan ramai mengatakan, untuk income yang besar datang dengan tanggungjawab yang tinggi dan usaha yang sungguh besar. Apatah lagi jika kita ada tanggungjawab utama sebagai seorang isteri dan ibu. Harus diingat apakah yang utama? Mengejar kejayaan sendiri atau keluarga?


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
(At-Taubah 9:24)


Nak dapatkan RM 10,000 sebulan maka cara kerjanya haruslah setimpal. setuju?

Manakan mahu goyang kaki sudah dapat apa kita mahukan?


Susah sangat ke berniaga ni?


Saya rasa tidaklah susah sehingga langsung tiada, tetapi saya tegaskan di sini. Ia bermula dengan niat, niat yang baik sebagai isteri yang nak bantu suami, ringankan bebanan kewangan keluarga, nak settlekan hutang dan pelbagai lagi alasan yang kukuh untuk anda mula bekerja. Maka pasanglah niat yang baik-baik insya Allah. Mudah-mudahan kita semua diberikan keampunan dan rezeki yang halal serta cukup untuk seisi keluarga dan membantu yang memerlukan.. Aamin ya rabbal alamin


Saya menjual barangan islamik seperti jam tangan azan kiblat, jam azan rumah, Al Quran digital, Al Quran terjemahan bertagging dan banyak lagi produk islamik, cuma saya jarang share di sini. Insya Allah, saya akan mulakan perkongsian dan ilmu tentan produk-produk jualan saya di sini supaya anda semua dapat manfaat daripadanya.


Boleh terus lihat produk jualan saya di website yang saya dah sediakan:- Kedai Online Jual Barangan Islamik Emme Marina

Jangan lupa sign up sebagai ahli dan nikmati penjimatan.


Selain itu saya ada mengambil servis upah buat facebook page dan blog atau mini website. Apa jua berkaitan online marketing ni sedikit sebanyak ada ilmu yang dapat saya grasp sepanjang tempoh berniaga secara online dari tahun 2015.


Nak tahu apa servis facebook page yang saya uruskan dan harganya? klik sini Servis Buat Facebook Page dan Website


Jika anda memerlukan panduan, ada beberapa ebook dari Puan Masayu Ahmad ini khususnya membantu para isteri untuk memulakan perniagaan dari rumah. Sila klik pada gambar untuk baca sinopsis ebook-ebook ini.


panduan bina kedai online

panduan berniaga bekerja dari rumah sebagai seorang isteri surirumah

101 idea bekerja dari rumah

panduan bagi wanita yang mahu behenti kerja dan mula bekerja sendiri dari rumah


Read More

8/20/2022

Printable Poster 10 Surah Amalan Pilihan Setiap Hari

Assalamualaikum, alhamdulillah akhirnya siap juga printable poster amalan surah-surah pilihan sebagai rujukan untuk dibaca oleh seisi keluarga pada setiap hari. Saya sangat suka membuat poster atau melekatkan poster di dinding sebagai rujukan sendiri dan bila dah berkeluarga ni dengan anak yang ramai. Bayangkan sekali bercakap je tidak mencukupi. Setiap hari saya perlu ulang peringatan apa surah untuk hari ini, malam ini, sehingga saya sendiri kadang lupa apa perlu dibaca. 


Sabda baginda SAW bermaksud: "Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat." (Hadis riwayat al-Bukhari)


Pada suatu hari, saya mencari hadiah untuk diberikan kepada customer dan saya sangat suka menghadiahkan buku mini surah seperti surah Yasin, 3 surah dan seangkatan dengannya. Saya terjumpa dengan buku Amalan Surah-Surah Pilihan Fadhilat & Khasiatnya dari Tuan Haji Johari Haji Alias. Di dalamnya terkandung 10 surah yang dipilih beserta keterangan dengan hadis dan dalil. 


buku amalan surah-surah harian

Saya suka dengan cara beliau menulis dan sampaikan melalui buku tersebut. Oleh itu saya juga rasa bahawa kebaikan dan manfaat yang beliau buat diamalkan oleh seisi keluarga. Maka, poster ini bukan sekadar mengingatkan apakah amalan surah yang kita boleh amalkan setiap hari tetapi juga sebab yang mengharuskan diri kita membacanya jika kita inginkan ganjaran tersebut.


Aisyah menyatakan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang membaca al-Quran dan menjaganya (membacanya dengan betul dan mengamalkannya) akan bersama para malaikat yang mulia. Adapun orang yang membaca al-Quran dengan sungguh-sungguh dan mengalami kesulitan, dia akan mendapat dua pahala.” (Sahih Bukhari dan Muslim)


Sebagai contoh; ganjaran surah Al-Mulk di baca setiap malam kerana janji Allah yang dinyatakan pembacanya akan dilindungi dari azab api neraka. Nah! siapa yang tidak mahu pegang pada janji Allah? Bila kita nakkan sesuatu dari Allah maka Al Quran lah antara salah satu sumber untuk kita dekat dan bercakap dengan Allah. Janji Allah itu benar dan sebagai hambaNya wajib kita mempercayai dan mentaati. 


Sekadar menulis apakah amalan surah-surah harian tanpa dalil yang kukuh agak sukar bagi saya. Mungkin kerana saya jenis yang perlukan trust dan dalam Islam, kita tak boleh semberono sahaja bercakap surah ini boleh jadi ini, surah itu jadi itu tanpa ada hadis yang menyokongnya. Perlu untuk kita sampaikan kepada orang ramai dengan betul agar tiada kesalahan dan kesilapan di situ asbab diri kita. Oleh sebab itu, poster ini saya minta maaf ya, sedikit kecil tulisannya pada fadhilat kerana nak muatkan semua surah dan ayat-ayat surah dalam satu poster. 


Ada 10 Surah Pilihan Yang Telah Saya Senaraikan:-

1. Surah Yassin dan Fadhilatnya: 

Dari Anas R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang membaca surah Yasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai 10 kali membaca seluruh al-Quran.” (HR At-Tirmizi)

“Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi“. (HR Ad-Darimi)

Waktu Saranan Di Baca

Setiap pagi Subuh. Dibaca sebagai pemula hari memohon kepada Allah swt agar dilancarkan urusan kita semua setiap hari.


2. Surah Al-Mulk dan Fadhilatnya: 

Drpd Jabir R.A, sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur hingga baginda membaca Alif Laam Mim, Al-Sajadah dan Al-Mulk (HR At-Tirmizi)

Daripada Anas Ibnu Malik, Rasulullah SAW bersabda: Satu surah di dalam Al-Quran menghujahkan kepada pembacanya hingga memasukkannya ke dalam Syurga iaitu surah Al-Mulk (HR At-Tabarani)

Waktu Saranan Di Baca:

Setiap malam sebelum tidur. 


3. Surah Al-Waqiah dan Fadhilatnya: 

Daripada Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

Waktu Saranan Di Baca:

Setiap malam sebelum tidur.


4. Surah AS-Sajdah dan Fadhilatnya: 

Jabir R.A. mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud : “Nabi Muhammad S.A.W. tidak akan tidur sehingga dia membaca surah As-Sajdah dan surah al-Mulk.” (Dipetik dari HR at-Tirmizi)

Kata Ibn Taimiyyah yang bermaksud: “Kedua surah ini mengandungi (dan mengingatkan kita) tentang apa yang telah dan akan berlaku pada hari Jumaat iaitu, pada hari Jumaat Adam dijadikan, hari ini juga akan berlakunya hari kiamat, manusia akan dihimpunkan juga pada hari Jumaat. Maka bacaan surah ini pada hari Jumaat adalah peringatan buat umat ini tentang apa yang telah dan akan berlaku.” (Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah)

Waktu Saranan Di Baca:

Setiap malam sebelum tidur dan setiap hari jumaat pada waktu Subuh. 


5. Surah Dukhan dan Fadhilatnya: 

Dari Umamah pula menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Ad Dukhan pada malam atau hari Jumaat maka Allah akan membinakan sebuah rumah dalam syurga.” (HR: At Tabrani).

Disebutkan dalam tafsir al-Burhan, dari Nabi SAW bersabda; “Orang yang membacanya (surah ad-Dukhan) pada malam Jumaat, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” Baginda SAW juga bersabda, “Orang yang membaca surah ad-Dukhan pada malam Jumaat akan dimintakan ampun (atas dosa-dosanya) menjelang paginya oleh tujuh puluh ribu Malaikat.”

Waktu Saranan Di Baca:

Dibaca setiap malam atau pada malam Jumaat.


6. Surah Al-Kahfi dan Fadhilatnya: 

dari Abu Sa’id al-Khudri RA bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.

(Sunan Ad-Darimi: 3273)

Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah al-Kahfi, maka sesungguhnya ia akan dilindungi dari fitnah Dajjal.”

(Hadith Riwayat Nasaie)

Waktu Saranan Di Baca:

Setiap hari Jumaat.


7. Surah Ar-Rahman dan Fadhilatnya: 

Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, Allah akan menyayangi kelemahannya dan meridhai nikmat yang dikurniakan padanya.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 5/187).

Waktu Saranan Di Baca:

Setiap hari pada waktu Dhuha, Asar atau pada waktu malam. 


8. Surah Al-Hasyr (Ayat 22,23 dan 24) dan Fadhilatnya: 

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca ayat akhir surah al-Hasyr, baik malam mahupun siang, lalu dia meninggal dunia pada hari itu, maka ia berhak masuk syurga.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Waktu Saranan Di Baca:

Pada setiap pagi Subuh dan selepas Asar. Dibaca 2 kali sehari bermula dengan bacaan seperti dibawah




9. Surah Al-Baqarah (Ayat 1-5, 255, 256-257 dan 284-286) dan Fadhilatnya: 


Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata:

مَنْ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ، لَمْ يَدْخُلْ ذَلِكَ الْبَيْتَ شَيْطَانٌ تِلْكَ اللَّيْلَةَ حَتَّى يُصْبِحَ: أَرْبَعًا مِنْ أَوَّلِهَا، وَآيَةُ الْكُرْسِيِّ، وَآيَتَينِ بَعْدَهَا، وَثَلَاثٌ خَوَاتِيمُهَا

Maksudnya: “Barangsiapa membaca sepuluh ayat daripada surah al-Baqarah pada satu malam maka rumah tersebut tidak akan dimasuki syaitan pada malam tersebut sehingga pagi iaitu empat ayat awal surah al-Baqarah, ayat al-Kursi, dua ayat selepasnya dan tiga ayat terakhir di dalam surah al-Baqarah”.

[Riwayat Imam al-Darimi (3425)]


“Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir di dalam surah al-Baqarah pada malam hari, maka itu akan mencukupinya.”

(Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Ayat-ayat pada surah Al-Baqarah ini sememangnya telah dinukilkan di dalam buku Al-Mathurat untuk pembacaan kita semua pada setiap hari.

Waktu Saranan Di Baca:

Setiap hari, waktu mengikut waktu anda semua. Biasanya saya baca pada waktu Subuh, Dhuha atau selepas solat Maghrib.


10. Surah Al-Ikhlas dan Fadhilatnya: 


Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Seseorang yang membaca surah al-Ikhlas sepuluh kali, maka Allah akan mendirikan rumah di syurga baginya.“

“Sesungguhnya seseorang mendengar orang lain membaca ‘Qul hu wallah hu A’had’ dengan mengulang-ulangnya, maka tatkala pagi harinya, dia mendatangi Rasulullah dan menceritakan hal itu kepadanya dan seolah-olah orang itu menganggap remeh surah al-ikhlas, maka Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Demi Zat yang jiwaku berada di tanganNya, sesungguhnya surah itu sebanding dengan sepertiga al-Quran.” (HR al-Bukhari, Abu Daud, An-Nasaie)

Waktu Saranan Di Baca:

Dibaca 3x sebelum tidur atau 10x setiap hari.


Alhamdulillah. Apa yang saya kongsikan ini adalah mengikut saranan berdasarkan hadis-hadis yang telah dibaca adapun tidak semua surah ini mengikut waktunya secara wajib. Anda boleh amalkan mengikut masa anda sendiri kecuali surah Al-Kahfi yakni lazimnya pada setiap hari Jumaat. Mudah-mudahan Allah memberi rahmat di atas setiap usaha kita mengamalkan setiap surah-surah ini dengan istiqomah.


Baca juga:


Saya telah buatkan 3 version untuk anda pilih. Percuma sahaja. Insya Allah cantik ditampal buat rujukan diri sendiri dan keluarga. Nak lagi cantik, saya suka laminate poster dan barulah tampal di dinding. Saya tampal guna tack it tape sahaja. 


amalan surah-surah harian

amalan surah-surah harian

Berminat untuk dapatkan poster Amalan Surah-Surah Harian?


Usah bimbang, saya sudah setkan dalam bentuk PDF Print, jadi kualitinya bagus apabila sahabat print sendiri di rumah insya Allah


Klik sini untuk download ya -->> Printable Poster Amalan Surah-surah Harian


Saya mohon kepada pembaca semua, jika poster ini bermanfaat kepada kalian. Boleh dikongsikan buat rakan-rakan lain. Sama ada mendownload poster ini untuk tujuan print dan tampal, atau dijadikan rujukan pada handphone anda. Terpulanglah. Namun tujuan kita semua itu sama, menyampaikan perkara kebaikkan dan mudah-mudahan yang baik itu sampai kepada kita dan dapat diamalkan. Insya Allah



Firman-Nya dalam surah Hud, ayat 115 bermaksud: “Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu dalam mengerjakan suruhan Allah) kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.”


Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai, dan harta yang disedekahkannya “(Hadis Riwaya Ibnu Majah).
Read More

8/09/2022

Cara Kenal Emas Hollow, Padu dan Stamping

KENALI PATERN GELANG EMAS 916. Ini ialah panduan yang berguna tentang BARANG KEMAS iaitu emas padu, emas kosong/hollow dan emas stamping.


3 jenis emas yang digunakan dalam pembuatan barang kemas ialah:-
- padu
- kosong atau hollow
- stamping

3 design ni berat lebih kurang sama kan. Tapi saiz jauh beza. Betoi kan?

EMAS STAMPING

Emas jenis ini kelihatan besar dan lebar namun kosong dibahagian belakangnya. Sama seperti emas kosong, emas stamping juga lebih ringan walaupun kelihatan besar. Rantai jenis vitara merupakan contoh emas stamping.



Cara Kenal Emas Hollow, Padu dan Stamping



Cara Kenal Emas Hollow, Padu dan Stamping
Stamping Rantai Tangan (RT) Perut Ular





Cara Kenal Emas Hollow, Padu dan Stamping
Stamping Rantai Tangan (RT) Bun Triplet



Cara Kenal Emas Hollow, Padu dan Stamping


EMAS PADU

Emas jenis ini adalah mampat dan di dalamnya padat dengan emas. Walaupun kelihatan kecil, ianya mempunyai berat yang lebih dan merupakan emas yang sangat tahan lama dan tidak mudah kemek atau rosak.


Selalunya kalau ikut design emas padu antaranya ialah MESIN, PUTRA, PUTRI, MELUR & Sebagainya.

Cara Kenal Emas Hollow, Padu dan Stamping


EMAS KOSONG/HOLLOW 

Emas jenis ini merupakan emas yang kosong didalamnya yang juga dikenali sebagai emas hollow. Biasanya ia kelihatan besar namun beratnya lebih ringan dan berbunyi-bunyi apabila digoncangkan. Emas kosong merupakan emas yang mudah kemek apabila diketuk. Biasanya rantai jenis gajah dan lipan dibuat menggunakan reka bentuk ini.

Cara Kenal Emas Hollow, Padu dan Stamping
RT Gajah jenis emas hollow. Besar tapi kosong/ringan


Emas dua alam.. juga bermaksud barang kemas yang terdapat dalam bentuk padu dan tak padu; antaranya ialah LIPAN, GAJAH & PASIR.


Anda jangan terkejut jika masa anda nak pajak barang kemas anda di Pajak Gadai & Ar-Rahnu pihak mereka “downgrade” emas anda jadi emas 875, 835 dan 750!..


Ini satu perkara yang biasa berlaku kerana:

• Pihak Pajak Gadai & Ar Rahnu risau kalau ada masalah dengan barang kemas seperti lekuk, berlubang.
• Bila ada lekuk dan berlubang, kemungkinan ada kotoran yang akan memberi kesan kepada berat.
• Ini berlaku pada jenis Emas Kosong/Hollow dan Stamping.


Ringkasan Tentang Barang Kemas

1. Mesin - Halus dan tahan lasak

2. Pasir - Terdapat jenis padu, Kosong dan stamping.

3. Snakeskin - Jenis kosong.

4. Lipan - Lebar. Kebiasaannya jenis kosong.

5. Pintal - Mudah putus terutamanya jika 5g ke bawah. Sila pakai dengan lemah lembut.

6. Gajah - Terdapat jenis padu dan kosong.

7. Tulang belut - Halus dan tahan lasak.


Cara Kira Harga Gelas Emas 916



Cara Kenal Emas Hollow, Padu dan Stamping


Semoga bermanfaat semua


Alhamdulillah, HQ emas Orodesign sudah buka keahlian/dealer emas bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2022. Jom saya ajak semua rakan untuk join jadi ahli ni, dan dapat shopping emas dengan harga kilang! Rugi sangat-sangat tak jadi dealer emas Orodesign kerana tawaran bulan ini sangat lumayan!



Nak tahu apa kelebihan jadi Ahli/Dealer/Reseller Emas Orodesign?


Baca sini >> Nak Emas Harga Kilang? Jom Jadi Dealer Emas Orodesign Dibuka Sehingga 31 Ogos 2020 Sahaja






Read More

8/05/2022

Mahu Berniaga di Shopee atau Tidak? Berbaloi Ke?

Berniaga dalam Shopee, adakah berbaloi atau tidak pada tahun 2022? Tahukah anda sudah banyak perubahan berlaku sejak awal saya sertai platform berniaga di Shopee pada tahun 2017? YES, terlalu banyak perubahan!


Apakah perbezaan berniaga di Shopee pada awal kewujudan mereka vs tahun 2022?

1. Pelbagai fees telah diperkenalkan (transaction fees, commission fees, program fees, marketplace fees) , malah fees ini jika digabungkan boleh mencecah hingga 10% kos fees sahaja bagi setiap jualan

2. Tiada lagi free shipping, yang masih ada ialah subsidies

3. Persaingan terlalu tinggi


Namun, masih berbaloi atau tidak jika mahu mencuba meniaga dalam Shopee?


Jawapan saya masih YA. 


Sudah beberapa tahun saya menulis mengenai peluang perniagaan di Shopee ni. Walaupun saya sendiri tidak hebat dan sales tidak kencang seperti kebanyakkan otai seller di Shopee tetapi saya bersyukur dengan berniaga di Shopee, sale tetap ada.


Apa yang penting anda grab peluang yang sedia ada.


Bukan meremehkan kerana dengan negatif thinking, anda tidak ke mana.


Kita bersifat negatif, tetapi lihatlah berapa ramai seller muslim mengaut keuntungan buat perniagaan mereka. Alhamdulillah.


Remeh bagi anda, rezeki bagi yang lain.


Lalu anda bila lagi?


Rebut peluang yang ada sebelum Shopee mula mengenakan pelbagai syarat ketat untuk berniaga di rumah mereka.


Tidak seperti Lazada dan Prestomall (11st Street), Shopee masih belum mengenakan syarat ketat iaitu setiap seller perlukan SSM. Tahukan SSM?


bisnes di shopee



Anda usaha dengan izin Allah. Berniaga dengan pegangan siddiq, amanah, fatonah. Insha Allah, rezeki itu milik anda semua

Saya tahu, ramai kata ehhh, berniaga di Shopee ni persaingan harga tinggi. Orang suka beli barangan murah.


Jika anda menjual produk bukan murah, tidak boleh turunkan harga. Anda tetapkanlah pendirian anda. Tidak perlu masuk Shopee dan menjadi pak turut. Berdosakan jika bermain persaingan tidak sihat?


Menurunkan harga tanpa izin owner juga bersifat tidak amanah.


Merosakkan harga market dengan niat merosakkan juga adalah perbuatan yang tidak dituntuti dalam Islam.
Ditinjau dari asal muasal permasalahan ini dan apa yang digambarkan, manusia dibolehkan untuk berbeza dalam penetapan harga. Namun bila saya atau si Zaid dari salah seorang peniaga yang telah memurahkan harga jualan dengan maksud untuk membahayakan pesaingnya yang lain, maka di sini kita berkata bahawa hal tersebut adalah haram.
Kerana dia telah menyelisihi dengan dalil yang telah tsabit lagi sahih dari Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bahawa beliau bersabda :
لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ
“Tidak boleh membahayakan diri sendiri, dan tidak boleh membahayakan orang lain.”
Sekiranya (yang merosakkan harga pasaran) dia mengerjakannya dengan maksud ini (memudharatkan orang lain) maka itu adalah haram.
https://viraljek.blogspot.com/2019/02/hukum-merosak-harga-pasaran.html
Jadi anda menggunakan medium Shopee bukan untuk turut serta dalam permainan merosakkan harga atau sebaliknya. Anda menggunakan medium Shopee untuk berniaga kerana sebab yang kukuh iaitu:

Dapat mengurangkan kos shipping dengan menggunakan subsidi Shopee.

Contohnya:

Kurier Poslaju : 500g = RM 8.00

Shopee Poslaju : 500g = RM5.04

Jadi dekat sini anda dah berjaya jimat = RM 2.96

Percayalah, dengan penjimatan kos shipping, anda telah membahagiakan pelanggan anda.

Peluang Jimat Cashback Bila Shopping Secara Online

Majority daripada kita bisnes secara online kan?

Daripada shopping sahaja tanpa penjimatan, kenapa tidak perkenalkan kepada semua pelanggan kita wujudnya sistem begini?

Bila anda berniaga di Shopee, anda dapat cashback dengan membeli menggunakan Aplikasi Shopback.

Tak banyak pun tetapi ada daripada tiada langsung!

Dapat jimat RM1 lebih baik daripada RM 0! Setuju?


Peluang Memarketkan Produk Anda Secara Percuma Melalui Shopee Kempen Setiap Bulan



Setiap masa Shopee ada buat macam kempen la.. Macam bulan ni, kempen 9.9. Secara besar-besaran kan? Masuk tv, radio, duta bukan main hang!

Ha gitu, dan bila mereka melancarkan program seperti ni. Anda boleh join. Join aje, free tahu.
 
Masukkan produk anda dan mana tahu pelanggan dapat lihat produk anda dan dengan izin Allah, anda dapat sale meniaga dalam Shopee
melalui kempen tersebut.


Khas untuk kalian semua, jika perlukan bantuan boleh refer ebook saya dulu. Ebook Panduan Berniaga di Shopee ini percuma sahaja. Oh ya, ramai bertanya juga bagaimana kalau dropship nak berniaga di Shopee? Baik saya kongsikan juga entri untuk anda baca ya.


Terbaru saya ada sediakan entri tutorial bagaimana buat keyword search shopee ads. Anda boleh rujuk juga, jangan bid terlalu mahal, kita hanya mahukan kedai kita masuk trafik, nak bersaing keyword? ada caranya, boleh baca di entri tutorial tersebut ya


Jom baca
Read More

Sedekah Jumaat Melalui Projek Infaq Al Quran Enuurcare

INFAQ JUMAAT PAHALA BERGANDA PROJEK INFAQ AL-QURAN ENUURCARE


Dah bersedekah hari ni? Ada pasang niat untuk sentiasa bersedekah lebih-lebih di hari Jumaat?


Jom rebut pahala berganda, dan semoga menjadi saham akhirat yang berguna untuk semua. Aamiin Ya Mujib.


Jom rebut peluang melaksanakan 𝗜𝗡𝗙𝗔𝗤 𝗔𝗟 𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗚𝗚𝗜𝗡𝗚 bersama dengan hanya serendah RM10/slot 🥰





Resit disediakan ya. Anda boleh gunakan resit ini untuk syarikat, dan claim income tag insya Allah

Mohon sertakan emel bagi tujuan pemberian resit infaq #enuurshare
 

Klik sini untuk berinfaq >> https://toyyibpay.com/Infaq-Al-Quran-Enuurcare

---------

1)Di mana infaq ini akan disalurkan?
Untuk pengetahuan semua,infaq ini akan disalurkan pada penerima yang memerlukan mengikut syarat yang ditetapkan.


2)Bagaimana cara untuk berinfaq?
Hubungi ejen sah enuurpreneur atau sukarelawan infaq eNuur kami ya.


3)Berapa harga infaq?
1 slot = RM10 sahaja
5 slot = RM50 sahaja


4)Apa kebaikan berinfaq?
Umum ramai tahu what you give,you will get back. Salah satu amalan yang tidak terputus pahalanya mengalir walaupun sudah meninggal dunia adalah sedekah jariah. Beri satu,berkali ganda Allah balas. 


Klik sini untuk berinfaq >> https://toyyibpay.com/Infaq-Al-Quran-Enuurcare


Jangan lupa share dan sebarkan Projek Infaq Al Quran Enuurcare kepada keluarga, sahabat handai yaaa❣️


Kami juga buka permohonan penerima Infaq Al Quran (refer poster)




Alhamdulillah
Terima Kasih Semua atas infaq kalian. Semoga Allah gandakan setiap sen yang kalian infaqkan... AAMIIN 🤲🏻🤲🏻


Mari saya kongsikan gambar-gambar penerima Infaq Al Quran dari Enuurcare








Untuk dapatkan lebih info dan ikuti perkembangan semasa Projek Infaq Al-Quran Enuurcare, anda boleh follow channel telegram rasmi kami 




#enuur #enuurcare #enuurhq #KeberkatanBerpanjangan #InfaqAlquran #Infaq #eNuurTaggingMethod #enuurshare #sedekah #sedekahjumaat #sedekahmembawaberkah #sedekahjariah #InfaqAlQuranTagging #jumaatbarakah #JomBersedekah
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Popular Posts

Blog Archive

Pageviews

BTemplates.com

Blogroll

About

About

Copyright © Diari Seorang Suri & Bisnesmom | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com