Kelebihan Belajar di Tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)

Jam sudah menunjukkan 12.37 pagi. Sebentar tadi sebaik sahaja menjemput Qisya, anak perempuan kedua saya dari PASTI, terus sahaja dia memaklumkan bahawa esok kena bawa buku PASTI.

Apabila saya mendengarnya dan teringat akan jadual waktu pembelajarannya di PASTI. Saya balas dengan pengertían bahawa anak saya akan membawa buku-bukunya mengikut jadúal. Rupanya salah.

Tujuan buku teks dan aktiviti anak-anak ini diberikan ialah untuk para ibu bapa menulis nama anak masing-masing dan jadual waktu diberikan sebagai panduan buat ibu bapa sebagai mengambil tahu apa yang anak kita pelajari setíap hari.

Memang buku tersebut telah kami dapat sebelum cuti sekolah sempena raya baru cina lagi. Tetapi saya tidak berkesempatan menulis namanya. Bila sudah diberitahu oleh guru-guru PASTI, barulah duduk mengadap menulis namanya satu per satu.

Huh.
Letih menulis nama si adik. Awal bulan Januari sibuk dengan nama kakak. Memang bertuahlah badan memberi nama anak panjang-panjang ni. Kan sudah letih jari jemari.

Pengajarannya, anak ke empat ini singkat sahajalah namanya. Teringat pula nasihat rakan menyuruh membuat cop nama sahaja. Hehe. Insha Allah. Boleh sahaja.


Kelebihan Belajar Di Pusat Asuhan PASTI

1. Sesi pembelajaran sangat interaktif
2. Mudah dan berkesan
3. Amat mementingkan peningkatan dan tahap pelajaran anak-anak
4. Tugasan demi tugasan supaya anak-anak dapat belajar dan mengingat lebih baik

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, apabila menghantar kakak ke PASTI pada umur 5 tahun dan kemudian ke Tadika Perpaduan pada umur 6 tahun perbezaan dari segi kecemerlangan minda dan pembelajaran kakak amatlah mengejutkan saya.

Mungkin kerana PASTI ialah sebuah organisasi swasta yang mementingkan kualiti pembelajaran, hampir setiap hari kakak akan membawa pulang pelbagai kerja rumah. Saya juga lihat dari segi hafalan doa, surah amat mudah terlafaz di bibirnya. Ini bermakna apa yang dilaksanakan di PASTI itu berkesan buat anak saya. Turut saya lihat perubahan yang sama bagi anak kedua saya, Qisya.

Walaupun ada perkara yang telah diajar di rumah, nyatanya pengaruh Guru lebih terpahat berbanding pengaruh ajaran mama. (aduhai)

Semasa kakak di Tadika Perpaduan, sangat jarang kakak bawa pulang kerja rumah, malah prestasinya agak menurun walaupun pada akhirnya kakak tercalon sebagai salah seorang pelajar cemerlang. Pembelajaran matematik khususnya kakak agak lemah, tetapi dapat dimajukan semasa di PASTI yang peliknya merundum apabila di Tadika. Sedih jugalah.

Sebab itulah, saya buat keputusan untuk menghantar Qisya ke PASTI dan insha Allah ada rezeki biarlah semua anak-anak ini dibesarkan dalam pembelajaran kondusif di Pusat Asuhan PASTI.

Paling penting, bukan sahaja dari segi bidang ilmiah berbentuk akademik sahaja tetapi agama dan juga akhlak. Aamin.

Sudah siap menulis nama Qisya. Mulanya ingin menyiapkan entri menjana pendapatan melalui blog tetapi mata sudah kuyu begini.  Esok pula ada pemeriksaan biasa perut ni. 38 minggu.

Alhamdulillah, hari ni berjaya membuat sales sebanyak RM 1000. Databased dari blog sahaja tahu. Nanti saya kongsikan sesegera mungkin ya bagaimana caranya.

Modal sekali sahaja.
Pendapatan terjana berkali-kali ganda.

Insha Allah.


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan