Sekolah. Anak Anda Sudah Mula Bersekolah?


Bismillah. Hari ini hari ketiga persekolahan.. Kuantan masih hujan setiap pagi di sini. Ada beberapa kawasan telah dinaiki banjir. Beberapa sekolah juga turut ditutup atas sebab banjir. Semoga dipermudahkan segala urusan mangsa banjir.


Balqis (8 tahun) dan Qisya (6 tahun) sudah mulakan persekolahan mereka. Seronok kembali ke sekolah terutamanya Qisya. Rasanya dialah paling teruja berbanding si kakak. Dan tahun ini Qisya dapat masuk ke pra 6 tahun di sekolah KAFA. Bertambah teruja kerana satu sekolah dengan kakak. Sibuklah adik beradik ni nak saling berhubung kononnya. Hehe


Tinggallah mama dengan adik-adik, letih melayan dua budak kecil dan Qaireen yang tidak sudah-sudah lagi menganggap dia kakak besar dan adiknya ibarat anak patung. Mama asyik menjerit kerana di dukung dan di buli adiknya sesuka hati. Qhaira pula hanya tahu menangis bila tidak kena. Hingga satu ketika langsung tidak mahu kakaknya si Qaireen sentuh. Aduhai. Riuh!


Anak semakin membesar, sekejap sahaja masa berlalu. Cuti persekolahan sebulan berlalu dengan pantas sekali. Rindu pada senyum lesung pipit dan manja si Qisya namun elokla dia bersekolah. haha. Mama capek nak menamatkan pergaduhan dia dengan adiknya Qaireen pula. 


Selamat menimba ilmu dan pengalaman buat anak-anak mama :)





Catat Ulasan

0 Ulasan