Berkongsi kisah kehidupan sebagai suri dan pada masa sama, berniaga untuk bantu keluarga. Suka sharing berkaitan online marketing dan menjual produk islamik seperti jam azan untuk rumah, jam tangan azan, al quran digital dan macam-macam lagi.

Read More

Selamat Datang Ke Blog Emme Marina

Semoga Dilimpahi Rezeki dan Keberkatan Buat Semua Pembaca
Read More

Servis Facebook Page

Paling saya suka membantu sahabat semua, berjaya dalam bisnes insya Allah. Pasti berjaya
Read More

Al Quran Digital

Pembantu peribadi anda memperbetulkan bacaan, belajar tajwid dan lebih seronok mengaji. Insya Allah
Memaparkan catatan dengan label Catatan Travel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatan Travel. Papar semua catatan

12/04/2019

Swiss Garden Hotel & Residences Genting Highlands

Assalamualaikum, syukur alhamdulillah dapat diberi rezeki menginap di Swiss Garden Hotel & Residences Genting Highlands. Kali ketiga, kami sekeluarga berkunjung di sini. Walaupun tinggal di Pahang, namun bila berfikir kemana ingin bercuti, Genting Highlands menjadi tumpuan utama kami sekeluarga. Selain kami suka menikmati pemandangan pantai dan bercamping di Kuantan. 


Mengapa Genting? Cuaca sangat panas di bandaraya Kuantan menyebabkan kami teringin sekali mengubah suasana. Nak travel jauh ke negara sejuk mungkin suatu masa nanti, tetapi sudah ada tempat sejuk di Malaysia kan? Apa lagi, marilah ke sini. Di Malaysia kita ada tiga peranginan yang mempunyai cuaca sejuk dan nyaman iaitu Genting Highlands, Cameron Highlands dan Bukit Tinggi. Jujurnya, di Bukit Tinggi kurang sedikit sejuknya tetapi panasnya masih nyaman.


Kali ini, kami sekeluarga hanya cuma mahu merehatkan diri dan menikmati keindahan alam disamping belanja anak-anak bermandi-manda di swimming pool sahaja. Hobi anak-anak ni dari dulu sama sahaja, bermandi dalam kolam! Syukurlah pool di sini tidak sesejuk udaranya, panas-panas suam sahaja. Alhamdulillah, Seronok sangat mereka ni bila jumpa swimming pool.


"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pertukaran malam dan siang dan kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuhan di bumi sesudah mati, serta ia biakkan padanya daripada pelbagai jenis binatang; demikian juga peredaran angin dan awan yang tunduk terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (semua itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah) bagi kaum yang menggunakan akal fikiran." surah al-Baqarah ayat 164
 

Bila berbicara mengenai keindahan alam, Cameron Highlands mungkin sesuai bagi mereka yang mencintai bunga-bungaan, kehijauan dan kesenian lama. Genting Highlands agak kurang citarasa begitu, tetapi ianya sesuai dengan kami sekeluarga, di sini perjalanannya tidak sukar, tiada muntahan atau pening kepala (anak saya pernah muntah dalam kereta semasa naik ke Cameron maka kami agak trauma lagi), kurang kesesakan lalu lintas dan paling seronok kami suka naik cable car dan enjoy the ride. 


Okaylah, tak mahu tulis banyak, maka hari ini kepada yang nak ke peranginan yang sejuk dan berkabus apa kata cuba menginap di Swiss Garden Hotel & Residences Genting Highlands.


SWISS GARDEN HOTEL & RESIDENCY




pemandangan gambar ini dari kaunter hotel. Saya sedang check in. Booking melalui Booking.com sahaja last minit pula tu. Dapat confirmation booking dan terus ke hotel. Bayar di kaunter =)

Mudah kan? Juga dapat balik cashback kerana saya menggunakan applikasi Shopback.



Mari tengok keadaan dalam bilik kami. Kami booking bilik paling murah di sini iaitu 2 twin bedroom super single. Di Booking.com RM179 tidak termasuk cas, tetapi akhirnya end payment kami RM189.00. Okaylah kan, tambahan RM 10 sahaja.


Kedudukan hotel penginapan kami ini bukan di atas puncak genting tau, ianya di bawah. Atas sedikit dari Gohtong Jaya. Namun pemandangannya tetap menawan. Kami memilih Swiss Garden Hotel & Residency kerana di sini ada rooftop yang sangat functional dan pelbagai lagi prasarana yang disediakan. Tidak perlu keluar hotel. Stay di sini. Relax dan nikmati kesemua facilities yang disediakan. Kami tiba di hotel jam 6 petang, check in dan check out esoknya jam 12 tengah hari.




Ini ialah ruang almari, simpan beg, kasut dan anda boleh lihat ada almari, safebox dan dibawahnya ada mini freezer.

Sebelah tu toilet lah seperti susunan biasa hotel rasanya (kot)


Luas kan? Luas... Kami pernah stay di Your Hotel pada kadar RM150 dan biliknya sangat kecil. Jadi untuk sedikit harga tambahan RM189 anda dapat nikmati bilik yang luas serta aktiviti yang seronok untuk anak-anak anda. (swimming pool!!)




Puas cari arah kiblat akhirnya jumpa. Saje je cari walaupun sudah ada jam kiblat sendiri. Bukan apa sejak join bisnes offer hotel di Gambang Resort. Saya jadi seorang yang suka perhatikan apa kelengkapan yang pihak hotel sediakan vs harga.

Sebenarnya mahal lagi Hotel Gambang Resort mungkinlah pendapat saya kerana Gambang Resort memiliki 3 aset themepark, safari dan academy menjadikan hotel mereka aset yang lebih berharga




Gambaran dekat




Toilet hotel jenis shower dan of coz ada hot and cold


Kelengkapan Toiletries





Ruang bilik. Ada patio situ kan.. kami stay tingkat 29! Gayat jap tetapi pemandangan cantik
Subhanallah




Anak ramai tidolah bawah. huhu
Lantai jenis kayu ni tak sejuk sangat. Jadi lepak kat bawah tu ok je. 




Time for some fun activities and rooftop sceneries =)



Rooftop Swiss Garden Hotel Genting Highlands




swimming pool for kids & adult
jacuzi
sauna
gym
lounge room



Swimming pool di sini tidak sejuk mana pun, suam sebenarnya. Jadi jangan hairan tengok apesal lah ramai-ramai mandi padahal cuaca sekarang sedang sejuk dan hujan








Nampak tak kabus mula  menyelubungi? Saya sangat suka suasana begini


Ya Allah. Indahnya ciptaan Tuhan


Sibuk gak si kecil ni nak bergambar.. Kasilah kan.. Acilah tu




Snap gambar bawah dari rooftop. Gayat habis, dok fikir kalau hp ni jatuh camne lah. Mujur lah tak jadi apa perkara buruk





Bestkan? Bolehlah anda cuba pula stay di sini. Harganya sangatlah berpatutan! Jika suami ajak lagi, saya mungkin akan stay sini. Tetapi jika dapat stay di puncak kita stay lah sana hehe.. 


Booking pakai apps booking.com harga lebih murah berbanding website booking.com tahu. Adakalanya Agoda lebih murah tetapi kami lihat booking.com unit mereka lebih banyak dari agoda. Dan di Booking.com anda tidak perlu bayar dahulu. Dan anda boleh terus hubungi hotel atau penginapan yang anda stay kerana info diberikan sepenuhnya berbanding apps hotel yang lain. Dan lagi, cashback melalui SHOPBACK apps Booking adalah 9% berbanding Agoda 6%. 
Read More

4/29/2018

Pengalaman Bercuti di Pantai Port Dickson Negeri Sembilan

Sejak kecil, ramai bertanya "awak orang mana?, "asal dari mana?"


Soalan ini adakalanya terlalu mengelirukan kerana kami hidup berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat, adakalanya dari negeri lain ke negeri lain. Walaupun tidak menjajah satu Malaysia lagi, namun memanglah soalan ini memeningkan kepala saya. Hehe


Abah dibesarkan di Negeri Sembilan, manakala emak di Johor dan perkahwinan antara seorang askar dan guru membawa kepada perpindahan dan adik-beradik dari pelbagai negeri contohnya saya sendiri dilahirkan di Alor Setar, Kedah. COP! Walaupun demikian macam la busy sangat berpindah randah, tidaklah terlalu kerap, akhirnya kami menetap di satu lokasi iaitu di Mindef, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, tiada pertambahan adik di sini. Huhu.


Kami mula menetap di Kuala Lumpur pada usia saya 8 tahun sehinggalah 16 tahun, akhirnya apabila abah bersara sebagai tentera, abah mengambil keputusan untuk kembali ke Negeri Sembilan dekat dengan arwah Tok Wan. Masa itu, satu-satunya nenek saya yang masih hidup ialah Tok Wan. Jika disebut mengenai apa ingatan saya paling dekat dengan Negeri Sembilan selain kampung kelahiran abah ialah setiap kali abah bawa kami bercuti mesti akan ke Port Dickson. 

"Abah, jomlah kita pergi jalan-jalan bercuti"

Jawapannya nanti.. kita semua akan dibawa ke pantai Port Dickson. 

Kami semua suka bermandi-manda, malangnya saya masih tidak tahu berenang. Abahlah yang selalu membawa kami jauh ke tengah pantai. Teringat adik saya terjatuh dari abah lalu lemas seketika. Banyak pantai di Port Dickson yang anda boleh lawati. Rasanya dah pelbagai tempat abah bawa kami terutamanya di kawasan utama Port Dickson di mana ianya menjadi tempat kunjungan utama seluruh pelancong di Malaysia. 


Kali terakhir ke Port Dickson, ialah semasa tahun 2013. Kami bercuti bersama rakan-rakan suami menetap di Apartmen persendirian di sana. Meriah dengan suasana. Seronok apabila memperkenalkan anak-anak dengan pantai. Waktu itu, Balqis dalam usia dua tahun, dan Qisya setahun. Kembali ke Port Dickson mengimbau pelbagai kenangan semasa kecil. Rindukan kesemua kami dapat bermain dan berkumpul bersama, kini nak jumpa kelima-lima adik saya sudah sukar. Menulis entri ini membuatkan saya rasa amat rindu zaman kami ketika kecil, rindu akan adik-adik dan rindukan kenangan percutian kami walaupun setiap kalinya di Port Dickson, Negeri Sembilan.


Best ke PD? Best.. Dan kali terakhir saya ke sana, suasana di Port Dickson sangat meriah. Banyak perubahan yang berlaku dan sebenarnya kan saya sangat teringin nak menginap di Glory Beach Resort. Kami sekeluarga tidak pernah menetap di sana semasa bercuti, hanya ke PD untuk bermandi-manda kemudian pulang ke Kuala Lumpur semula. 


Apa yang bestnya tentang Glory Beach Resort ni?


Pemandangan yang sangat menarik bukan? Hotel dengan pantai persendirian pastinya lebih bersih berbanding pantai awam. Ada kolan renang dan bilik yang tinggi sangat menyeronokkkan. 


Dari luar sahaja sudah nampak sangat gah hotel ni. Juga review dari rakan-rakan yang sangat menarik dan resort ini sememangnya destinasi terbaik untuk keluarga ramai, membuatkan saya sendiri teringin untuk bercuti di sini. 

Macam book homestay kan?


Insha Allah, jika ada rezeki doakan saya dapat bercuti dan menginap di Glory Beach Resort kay? Jika nak booking, kita boleh booking secara online sahaja. Mentang-mentanglah saya ialah surirumah bekerja sepenuh masa secara online, haaa nak booking hotel juga online. Bukan apa tauu, Tahukah anda menempah hotel secara online adakalanya jauh lebih murah berbanding booking secara talian atau di kaunter? Saya dapat tahu book Glory Beach Resort on Traveloka adalah lebih jimat. Jom ke sana :)
Read More

1/22/2018

Santai Weekend. Berpiknik di Sungai Lembing dan Pantai Cempaka Kuantan

Bismillah. Aktiviti berpiknik semestinya sangat mengujakan lagi-lagi bersama teman. Jika bujang mungkin menarik tapi kurang cerialah tanpa kanak-kanak ye tak? Walaupun golongan yang makan-makan ni biasanya mak-mak, haha.. Ialah mak-mak duduk bersembang, oleh itu makin berseleralah makan makanan yang disediakan ye tak? 



Piknik sunyi. Semua dah turun mandi. Luas dan lapang. Tapi inilah port piknik di Pantai Cempaka, Kuantan


Kisahnya pada hari sabtu lepas, setelah selesai bersarapan pagi suami tiba-tiba mengajak untuk berpiknik. Haa, apa lagi kami teruslah setuju. Lagipun surirumah ni jarang keluar makan angin. Kalau keluarnya dalam taman sahajalah, itulah pemandangannya itulah suasananya. Bosan juga kan? Bila encik suami ajak sahaja dan katanya nanti makan bersama-sama, oklah. Kita sediakan lauk mesra piknik. haha. Yakni lauk bukan berkuah, simple sahaja. 

Semangat la maklumkan pada anak-anak, diaorang ni kalau bab piknik konpem akan fikir mandi-manda. Ke mana kita? Kita akan ke tempat mandian Sg. Lembing. Cantik jika dilihat dalam website. Air sungainya jernih dan cetek. Seronok dapat ke sungai ni sambil piknik. Terbayang-bayang dah sebelum pergi tu.

Jauhlah juga jarak nak ke Sungai Lembing dari rumah. Ada nak 40 minit perjalanan. 4 buah kereta kita berpiknik. Seronok. Memang jarang jumpa isteri-isteri ni, kalau jumpa ada lah setahun 2-3 kali kot. huhu. Sampai je sana.. jeng jeng. Hujan!!! Selebat-lebatnya hujan. Memang takde rezeki berpiknik kat sini. Geng bapak-bapaknya keluar berbincang dalam hujan lebat sambil bermain air. sempat ye korang..... 

Hujan lebat di Sungai Lembing. Nampak tak lapang je kawasan area sungai ni. Hujung dekat hutan tu air sungainya. Jauh juga

Jadi suami kata, okaylah kita cari tempat makan, masing-masing belum makan tengah hari. Jadi kita berpatah balik dan cari destinasi seterusnya. Kembali masuk bandar-keluar bandar. Kemudian tu barulah suami kata, jom kita ke Pantai Sepat. Jarak ke Pantai Sepat dari Sg Lembing ambil masa 40-50 minit lebih, alhamdulillah cuaca cerah di area pantai. Namun, kami tidak berhenti di Pantai Sepat. Kita ke Pantai Cempaka pula. Pantai Sepat ni best tapi agak kotor lah sedikit. Nak cari pantai yang agak bersih dan air tidak terlalu keruh.

Alhamdulilah, selamat tiba. Kita siapkan piknik, makan kemudian layan lah anak-anak mandi. Keruh juga sebenarnya air di Pantai Cempaka tetapi sebab jam dah pukul 4 petang tahu. Ha, berpusing sana sini. Masing-masing dah kelaparan. Jadilah. Saya juga pertama kali di Pantai Cempaka ni. Ada juga beberapa keluarga di sini dan yang sedang bermandi manda. Dapat jumpa kawan-kawan, menyembang juga seronok sekali-sekala. Yang penting, anak-anak pun gembira sangat. 


Lepas je makan semua orang lari ke pantai untuk bermandi-manda. 

Sungai lembing. Insha Allah ada rezeki lagi kita berpiknik di sini. Memang best tempat ni. 

Insha Allah, lain hari ada rezeki kita kembali ke Sungai Lembing. Jika kalian ke Kuantan, jalan-jalanla ke sini. Memang best Kuantan ni keliling pantai. Bukan pantai sahaja, ada air terjun dan sungai yang sesuai dibawa seisi keluarga. 
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Popular Posts

Blog Archive

Pageviews

BTemplates.com

Blogroll

About

About

Copyright © Diari Seorang Suri & Bisnesmom | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com