Thursday, August 13, 2015

WHAM Diari: Menulis dari Hati

Publish on : Thursday, August 13, 2015 There is : 0 Comments Labels : , ,
Teks: Emme Marina Mohamad


Sedang saya merasakan kesukaran menulis di blog pada setiap hari. Cikgu kelas online saya telah memberikan kami suntikan dan semangat supaya kami kekal cemerlang. Bagi saya untuk menulis catatan harian bukanlah sesuatu yang mudah. Mungkin kerana saya jenis manusia yang kurang meluahkan sesuatu. Begitu juga sewaktu saya pernah memiliki diari, ianya begitu kosong dan saya seringkali tidak tahu apakah kegunaan diari tersebut jika saya sendiri tidak tahu apa yang ingin ditulis.


Semalam saya tidur lewat, menjengah kerja tesis yang sudah lama saya tidak sentuh. Untuk melakukan suatu kerja, saya tidak suka diganggu kerana ia memerlukan tumpuan khas. Akhirnya semalam dapat juga menyiapkan sedikit kerja-kerja yang dah lama saya tinggalkan. Semangat Emme! Saya perlu siapkan tesis ini supaya saya dapat menghabiskan pengajian saya. Sudah hampir 4 tahun saya di sini, terlalu banyak penangguhan sehingga telah melahirkan 2 orang puteri saya. Inilah cabaran apabila melanjutkan pelajaran semasa perkahwinan. Ianya akan tersekat, tertangguh, namun kita harus teruskan kecekalan dan habiskan pengajian. Ilmu ini amat mahal walaupun kadang kala kita merasakan lemah di tengah jalan.


Saya berharap saya dapat konsisten melakukan apa yang saya harus lakukan. Kerana semuanya bermula daripada usaha kita sendiri, tiada orang yang boleh mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri. Dan Allah itu maha pengasih, maha penyayang, maha mengetahui hanya pada-Nya sahaja tempat kita memohon agar semua yang kita kehendaki mampu berjalan dengan lancar. Amiin

No comments:

Post a Comment