Surirumah Berpendapatan Sendiri

Ikuti ulasan pelajar kelas asas blog penulisan dan bisnes serentak. bagaimana ABDR banyak membantu beliau dalam bisnes dan seterusnya menjana kewangan sebagai surirumah.


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Ulasan: Kelas Online ABDR (KelasAsas Blog Bisnes Penulisan)
Guru ABDR: Anys Idayu Zakaria
http://nasriahabdullah.blogspot.my/2015/11/suri-rumah-berpendapatan-sendiri.html


Belajar Blog Melalui'Uncle Google'


Setahun sudah berlalu, facebook mengingatkan aku ketika akumula belajar mencipta blog. Mencipta blog dengan hasil usaha sendiri. Tanpaguru. Tanpa Mentor. Tanpa Pemerhati.


Kenangan Terindah
Belajar BlogMelalui 'Uncle Google'
Namun itu semua bukan penghalang untuk aku belajar sesuatuyang baru. Akhirnya aku berjaya walauhanya dengan bantuan 'Uncle Google'. Namun, kegembiraan itu terhenti seketikakerana aku mula bingung. Bigung bila berhadapan dengan 'java script'. Nampaksangat ceteknya ilmu IT yang aku ada. Aku baru nak belajar meneroka dunia blogdikala ramai anak muda dan remaja masa kini sudah mahir dengan berblog. Akupeduli apa! Kenapa perlu aku malu? Aku lagi malu bila dah tahu tak tahu buattapi buat-buat tahu di depan orang ramai.

'Java Script?'. Wah! macam mana nak baca ni? Nak taip satupersatu ke? Mak ai, panjangnya. Takkan nak taip satu-satu? 1001 soalan ku tanyapada diri sendiri. Soalan demi soalan bermain difikiran ku. Aku buntu. Tak tahupada siapa harus ku bertanya. Aku berkenalan pada beberapa orang rakan facebookyang mahir berblog tetapi mereka tak sudi mengajar ku. Mereka hanya meminta akumembaca hasil tulisan mereka di blog masing-masing.

Membaca? Aku sudah pun selesai membaca semua hasil tulisandan perkongsian mereka di blog tapi aku masih buntu. Aku perlukan seseorangyang boleh aku ajukan pelbagai jenis soalan. Hanya setakat membaca? Siapa punboleh membaca tapi aku perlukan seorang guru yang boleh membimbing aku dalammencipta blog dan seterusnya menyebarkan blog yang ku cipta ke serata dunia.Bukan hanya mencipta blog semata.

Aku perlukan blog ilmu. Blog yang mampu memberi sumberinspirasi kepada blogger lain. Aku perlukan blog yang akan memberi aku sumberpendapatan untuk diri ku dan seluruh keluarga ku.

Aku sangat gembira apabila berjaya mencipta sebuah blog.Namun, kegembiraan itu cuma seketika. Aku mula bosan dan putus asa apabilaberhadapan dengan bahagian 'java script'. 'Jaca Script' membuatkan aku putusharapan untuk meneruskan sesi belajar membina blog. Akhirnya blog itu terkuburseketika.


Suri Rumah Sepenuh Masa


Bermula 1 Disember 2014, dengan rasminya aku bergelar surirumah. Suri rumah sepenuh masa yang tidak punya pendapatan hasil titik peluhsendiri. Pada mulanya aku selesa tapi dalam masa yang sama aku sering ternanti-nantihujung bulan. Ada apa pada hujung bulan? Ya setiap insan yang bekerja tidakkira bekerja di sektor kerajaan mahu pun swasta semua akan gembira bila tibahujung bulan. Duit gaji akan masuk akaun. Tetapi aku hanya menanti pemberiandari suami.

Aduuuh! Sungguh satu tindakan yang tidak aku gemari. Walau punnafkah dari suami itu wajib tapi aku tidak suka meminta-minta apatah lagiberharap pada duit suami semata.

Di saat aku tidak keruan memikirkan hasil pendapatan sendiri,aku mula beri suntikan semangat pada diri sendiri. Aku mula bangkit. Merenungtajam ke blog yang sudah beberapa bulan terkubur.

Di saat aku nekad ingin hidupkan semula blog yang telah kubina, aku dipertemukan dengan insan yang bernama Anys Idayu Zakaria. Cantiknama tu. Secantik empunya nama. Perkenalan di dunia blog dan facebook akhirnyakami menjadi sahabat. Walau hanya sahabat alam maya, namun hubungan kamiseperti telah lama berkenalan dan telah bersua muka.

Hari demi hari melihat status Anys di facebook dan coretanilmu di blognya membuatkan aku semakin ingin mengenali siapa Anys. Apapekerjaannya? Begitu indah susun atur setiap bait kata-katanya. Setiap hariberkongsi ilmu blog di status facebook-nya. Aku semakin ketagih maklumatterkini darinya.


Berani MenanggungRisiko



2 Mac 2015, 9.10pm.
Aku dan Anys sah bergelar sahabat alam maya.
2 Mac 2015, 9.10pm. Aku dan Anys sah bergelar sahabat alammaya. Disaat itu aku banyak bertanya tentang blog. Blog yang mampu memberipulangan wang ringgit walau hanya bergelar suri rumah.

Setelah beberapa soalan ku ajukan kepada Anys tentang blog,aku semakin berminat dan bersemangat kembali nak mulakan semula belajar berblogtapi kali ini berbeza sedikit. Belajar mencipta blog dengan sistem, ilmu danmentor.


Tanpa berfikir panjang, 31 Mac 2015, aku melaburkan sedikitmodal sebagai yuran pendaftaran dan sah bergelar pelajar disalah sebuah akademialam maya. Berani menanggung risiko belajar di Akademi Bekerja Di Rumah. Akademiyang dikendalikan secara online. Macam seronoknya bunyinya. Yer tak? Belajardari rumah sambil masak, sambil jaga anak, sambil kemas rumah, sambil tungguduit masuk akaun. Namun begitu aku tidak dapat teruskan kelas kerana beberapahalangan menimpa yang harus aku selesaikan terlebih dahulu.

10 Jun 2015, 2.40pm adalah kelas pertama ku bersama Cikgu AnysIdayu Zakaria. Berkobar-kobar semangat di dada. Tugasan pertama yang diberikancepat saja aku selesaikan. Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan kesabaran kuingin mencipta blog sendiri yang mudah dijejaki 'Uncle Google', denganbimbingan mantap seorang mentor yang punya sistem dan ilmu semakin berhasil.


Modal RM300 MembuahkanHasil


Walau hanya 3 minggu aku bersama protege-protege AkademiBekerja Di Rumah, modal pelaburan iaitu yuran pendaftaran 'Kelas Blog BisnesPenulisan' sebanyak RM300 dengan bonus 5 ebook telah membuahkan hasil. Adadiantara pembaca blog yang mengupah aku mencipta blog dan ada yang mengupahuntuk mencipta FB page bisnes untuk mereka.


Yuran Pendaftaran RM300
Kelas Asas Blog BisnesPenulisan
Alhamdulillah, RM300 hasil simpanan dari duit belanja yangsuami berikan tiap bulan tidak sia-sia. Di minggu ketiga aku bersama ABDR, CikguAnys Idayu Zakaria menawarkan untuk menajdi Pengurus Online ABDR.Alhamdulillah, rezeki datang lagi.

Semenjak dari itu. rezeki berblog tidak pernah putus. Haridemi hari ada saja yang ingin aku lakukan. Dan setiap tindakan itu seringmembuahkan hasil. Saat aku ditawarkan sebagai Pengurus Online ABDR, aku mulatawar hati memohon kerja di mana-mana agensi kerajaan mahu pun swasta keranabagi ku keseronokan bekerja di rumah jauh lebih baik berbanding makan gaji dimana-mana sektor pekerjaan.


Tawaran SebagaiPengurus Online ABDR



Pengurus Online ABDR:
Ebook Panduan RakanNiaga
Setelah bergelar Pengurus Online ABDR, di saat itulah akunekad menjadi suri rumah yang mampu menjana pendapatan sendiri tanpa bergantungpada suami seorang menanggung hidup keluarga. Aku bersyukur kerana mempunyai suamiyang sentiasa memberi semangat dan dorongan walau apa saja yang ingin kulakukan. Tidak lupa juga ibu bapa ku serta kedua mentua ku yang sering memberikata semangat dan sokongan.

Pada sahabat-sahabat ku di luar sana. Anda jangan putus asaandai status anda hanya suri rumah. Jadilah suri rumah yang mampu menjanapendapatan sendiri. Dari rumah kita juga berhak dan mampu menunggu duit masukakaun. Kita sebagai suri rumah lebih istimewa. Kenapa? Apa yang istimewa?Kerana kita adalah suri rumah. Suri rumah yang akan menunggu duit masuk akaunsetiap detik, setiap hari, setiap bulan. Hebat tak? Tentulah hebat bukan. Duitmasuk akaun tak perlu tunggu hingga hujang bulan.


Berani Bermimpi


Apa yang penting adalah usaha dan tindakan. Bukan angan-angankosong semata. Maka, anda sebagai suri rumah harus berani bermimpi. Bermimpi sehinggamimpi itu menjadi satu realiti. Jika anda percaya dan yakin, InsyaAllah denganizin-NYA mimpi itu pasti menjadi nyata.

Justeru, wahai sahabat-sahabat ku yang bergelar suri rumah.Andai kata anda mempunyai masalah mencipta blog dan ingin menjana pendapatanhanya dari rumah melalui blog, daftarlah segera di Akademi bekerja Di Rumah.


Kenapa di ABDR?


Kerana Akademi Bekerja di rumah (ABDR) adalah;-
Kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basicberbisnes online
Kumpulansokongan khas untuk suri belajar menjana pendpatan hanya di rumah
Kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan
Kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm
Platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.


Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

ABDR menyediakan peluang dan ruang bagi kalian suri yang mahubelajar asas penulisan dan bina kedai online.
Belajarasas memaksimakan pemasaran percuma melalui blog dan juga facebook.
Belajar asas berjualan melaluiprogram dropship.
Belajar menjual produk fizikal.
Belajar menjual produk digital.
Juga belajar bagaimana memulakanusaha menabung dan pendapatan aktif tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.



Ebook Belajar Asas Blog

Apayang saya belajar dalam kelas asas blog dan penulisan?

Menulis carasantai, tapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
Bina tapak awalmemperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
Belajar menulisdan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dandatang lagi.

Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih melebihi2000 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.

Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara,menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulisdan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untukmeneruskan usaha berblog.

Janapendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah. Kami buka pendaftaran setiaphari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia. Insya-Allah, dengan doa danharapan, semoga Allah permudahkan usaha kita bersama menjana ekonomi ummah.

Mudah ke tersangatmudah?
Suka ke tersangat suka?

Sengih!
Sila share untuk berkongsi maklumat.
Apatunggu lagi, mendaftarlah dengan saya selaku Pengurus Online Bertugas:

Catat Ulasan

0 Ulasan