Projek Mega Wakaf Masjid Amal till Jannah

Teks: Emme Marina Mohamad

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi. Buat pembaca-pembaca sekalian, yang aktif dan yang senyap. Terima kasih atas kesudian kalian menyinggah di blog saya yang tidak seberapa ini. Sebenarnya banyak perkongsian mahu saya sampaikan.

Pengalaman jatuh bangun dalam bisnes, pancaroba perkahwinan, menangani anak-anak dan juga cabaran menghabiskan master. MasyaAllah, hanya Allah sahaja tahu sedih dan tangis saya setiap malam. Hanya Dia sahaja tempatku mengadu. Alhamdulillah,dalam saya mencari ketenangan dan kekuatan, Allah tunjukkan jalan ke arah keredhaan Nya. Bertemu saya dengan sebuah badan kebajikan ngo Amal till Jannah, mengajak kita bersedekah, mencuci jiwa yang kotor dan gelap. Mengetuk-ngetuk hati yang penuh dosa agar tetapkan iman dan sentiasa bertaubat kepada Nya. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha mengasihi.


Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”  (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)

Dengan sukacitanya, saya dengan lafaz bismillah, mengajak pembaca sekalian agar turut bersama saya dalam projek mega amal till jannah dalam membangunkan sebuah masjid di Alor Gajah Melaka. Semoga dengan berwakaf dan berinfak serta berkongsikan maklumat ini kita peroleh saham akhirat buat penyelamat kita di padang mahsyar kelak. In shaa Allah, amiinnnn

Bismillahirrahmanirrahim..dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang..Amal Till Jannah dengan rendah diri menjemput para jemaah semua untuk sama-sama meraih pahala yang berkekalan hingga ke syurga menerusi

👉PROJEK WAKAF PEMBANGUNAN MASJID
KG. BALIK BATU,LOT 2125 MUKIM SG.BARU TENGAH,MASJID TANAH,ALOR GAJAH,MELAKA

👉WAKAF 1 LOT RM50

👉JUMLAH DANA YANG DIPERLUKAN RM1.5 JUTA

insyaAllah saya percaya dalam contact list kita pasti ada lebih 100 friendlist..diharapkan dengan bantuan para jemaah semua untuk viralkan Projek Wakaf Masjid ini bagi pihak AMAL TILL JANNAH dapat merealisasikan impian besar penduduk yang amat memerlukan Rumah Allah sebagai satu tempat ibadah dan program komuniti serta pusat pembelajaran sepanjang hayat.

Pihak ATJ juga amat berbesar hati sekiranya ada jemaah yang bole sama-sama turut terlibat baik secara lansung atau tidak lansung dalam kerja-kerja pembangunan wakaf Masjid ini.

InsyaAllah dalam jangka masa panjang..ATJ ingin membangunkan pusat kelompok bestari dengan membina rumah perlindungan untuk Anak-anak Yatim dan Asnaf, warga emas, gelandangan dan fakir miskin.

Setiap penyertaan Wakaf para jemaah sekalian akan diberikan Sijil Wakaf dan pihak ATJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat jemaah semua yang turut serta dalam membantu kerja-kerja amal pembangunan Masjid ini.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan..bolehla hubungi wakil pengurusan ATJ iaitu Pn Rosyamila Yunus 0192314480.

👉Bagi sebarang urusan transaksi WAKAF, jemaah boleh terus lengkapkan butiran seperti di bawah;

↘Nama  penuh Pewakaf:
↘Jumlah Wakaf:
↘Alamat:
↘No.Tel:
↘Butiran transaksi:

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Bank Islam Rasmi Amal Till Jannah ✅1212 2010 020166

Maybank✅5121 8334 0641 (Rohsamila Yunus)

✏tagkan "WAKAF MASJID" dan sms/wasapkan butiran transaksi ke 0192314480 atau emailkan kepada amaltilljannah@gmail.com

***Sila lafazkan/baca niat wakaf seperti di bawah:

✋"Dengan nama Allah, saya mewakafkan duit sebanyak (RM) __________ untuk pembangunan Masjid melalui Amal Till Jannah kerana Allah Taala"

----------------------------------
Dengan itu, saya mewakili pihak Amal Till Jannah menerima wakaf/infaq/sedekah saudara/saudari untuk program pembangunan Wakaf Masjid ini. Hanya Allah berhak membalasnya dengan sebesar-besar kebaikan baik dunia dan akhirat.Semoga Masjid yang akan dibina ini akan menjadi pusat ibadah /dakwah dan pembangunan ummah Islam berkonsepkan 24 jam dengan pelbagai aktiviti yang dapat mengimarahkan masjid baik dari peringkat awal kanak-kanak hingga warga emas..insyaAllah

"Salam Dakwah Fisabilillah"

Pn Rosyamila Yunus (0192314480)
✅amaltilljannah.blogspot.my
✅Fb:amal till jannah


0 Comments