Anda Kaya Ke Sebenarnya? Mari Baca Sini dan Tolong Jangan Panik

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum sahabat pena sekalian..

Alhamdulillah, Allah masih beri kita qudrat dan mata untuk melihat, jari jemari yang hidup untuk menaip.

maaf, nak bagi topik BERAT sedikit tentang DUIT pagi ni.

Sebab kita semua sibuk nak DUIT, sibuk CARI DUIT, macam saya la tuu 😒😒

.
.
Asal masuk kocek, keluar kocek
Asal dapat income RM 10k.. RM100k, uihhh teruslah renovate rumah sana sini, tukar kereta, beli itu ini.

Kaya ke sebenarnya tu?
Mula-mula saya rasa kaya la jugak, ialah semua beli, semua upgrade betul?

Rupanya kayap. Dah la sakit kayap, sukar nak disembuhkan pula tu. Masya Allah.
.
.
#aset vs #liabiliti

Dah 30 tahun, barulah saya berani guna ayat ni,
Barulah kita sedar apa bende sebenarnya #aset ni, #liabiti ni

Rumah, kereta, kebendaan bukanlah #aset
Ya, terjun bidang hartanah tu #aset tapi saya sedar emotional attach pd subjek rumah ni.
Cuma bila dah belajar tentang #liabiti, baru nampak jelas sejauh mana kita nak melabur dalam rumah kita.

Begitu juga kereta, harga beli mahal, asal jual balik rugi tak sudah-sudah.. but still kita tahu, orang yang punya duit boleh beli apa sahaja.. 😏

Persoalannya ialah
Pakai duit apa?

Duit sendiri atau duit #aset?

Terang mata belajar subjek ni malam tadi.
Expenses kalian sekarang, suatu #aset kah atau suatu #liabiti kah?

Orang kata.... tutup lubang, gali lubang
Ulang dan ulang.. 😂😂😂


••••••••••••
Ini sebenarnya perkongsian status saya di facebook sebentar tadi.

berasap kepala belajar subjek "financial conspiracy" dalam kelas #fav atau fun algorithm bersama guru Kawarakas Yahaya.

Perniagaan adalah aset.
Kerana perniagaan ini mendatangkan DUIT kepada kita. Tetapi, apabila dikaji lebih mendalam. Bukan semua perniagaan adalah aset sebenarnya.


Jika anda sedang buat bisnes offline, buka kedai
Adakah dikira aset? Mungkin ya...
Tetapi sampai bila dan bagaimana?
Mungkinkah aset ini bertukar menjadi liabiliti pula nanti?

Faham ya
Aset ialah sesuatu yang mendatangkan wang kepada anda
Aset ialah duit yang membentuk duit

Manakala liabiti ialah sesuatu yang anda beli
Dan mendatangkan kerugian dalam hidup anda

contoh paling mudah kereta, rumah idaman, handphone
Kemewahan dan sebagainya
Bersangkut dengan gaji kita, jika kita sedang bekerja
Bagaimana kita menguruskan cash flow dalam hidup kita?

Adakah gaji RM 5000 dibelanjakan sebaiknya?
Perbelanjaan bulanan berapa?
Berapa yang tinggal?
Apa aset kalian dalam gaji anda?
Selepas itu, bayar cukai kerajaan pula berapa banyak?

Uhh, pening sekejap bukan?
Majoriti rakyat malaysia hidupnya melebihi gaji yang sedia ada walaupun suami isteri turut bekerja
Walaupun keduanya ada buat side income

Ini kerana anda gagal mengawal cash flow anda
Ini kerana anda gagal mengenal pasti bisnes aset anda
Dan paling gagal, kita sebenarnya mengenal liabiti terbesar akan kocek kita

Sebab itulah..
Gali lubang, tutup lubang dan esoknya kita ulang semula perbuatan yang sama

Masya Allah
Kalau beginilah, Allah bagi gaji RM 100k sekalipun kita takkan kaya
Tetapi asyik menanggung liabiti yang tidak sudah.


Cuba kalian renung dan tulis di kertas
Apa aset kalian, apa liabiti kalian
Jika sudah nampak terang lagi bersuluh
Mula lah merancang apa yang patut untuk selamatkan kewangan kalian
Kasihan,anak-anak kita
Mak dan ayah tidak pandai buat duit dan buat aset
Dan kita masih teruskan hidup sebegini

Berubahlah,
Kerana perubahan anda mampu selamatkan keluarga dan keturunan kalian.


Mahu belajar lebih lanjut dan ketahui bisnes yang boleh dijadikan aset?

Hubungi saya
Puan Emme Marina
0189100852


#lessonlearn
#favfamily
#stevia
#akademibekerjadirumah
#buatblogituaset


Catat Ulasan

0 Ulasan