Thursday, March 10, 2016

Review: Akar Kopi Cafe (Coffee Lover)

Publish on : Thursday, March 10, 2016 There is : 0 Comments Labels : , , , ,
Sumber: google
Pemandangan waktu malam kami di Akar Kopi Cafe

Teks: Emme Marina Mohamad

Minggu lepas, saya dan suami teringin sangat untuk menjelajahi kafe untuk menikmati secawan kopi yang enak. Kebiasaannya, kami akan ke Oldtown White Coffee sahaja. Tetapi kali ini, kami ingin sekali rasakan kedai kopi yang tersenarai sebagai kafe yang menghidangkan kopi mereka tersendiri.

Nota awal. Suami sudah pun cuba kopi di Akar Kopi ni dan nampaknya bukan pilihan citarasa suami. namun, suami bawa juga saya untuk saya pula rasa bagaimana ya kopi di Akar Kopi ni. Haaa, sedap ke tidak?

Kami nikmati pemandangan di kafe pada waktu malam. Jadi tidak nampak sangat keseluruhan rupa kafe ni. Di sini servisnya layan diri, anda ambil tempat duduk dulu jika berkumpulan kemudian pergi ke kaunter untuk tempahan makanan dan minuman. Agak lama juga kami anak-beranak menunggu suami membuat tempahan. Dan akhirnya setelah beberapa ketika suami datang dengan kopi dan roti bakar dengan telur. Nampak sangat menarik tau.


Inilah rotinya. suami kata popular di Akar Kopi ni, tapi gambar ni bukan gambar dari kamera saya ya. Sumber: google

Sebagai seorang yang amat menggemari kopi, harus saya nyatakan rasa kopi di Akar Kopi juga tidak begitu kuat untuk saya nikmati. Rasanya ringan dan agak berlainan dari rasa kopi segera. Kopi yang biasa kita beli di pasaraya tu. Tetapi pada harga RM 3 secawan kopi ini berbaloi untuk anda cuba. Mungkin bagi penggemar kopi boleh kunjung Akar Kopi Kafe untuk rasa kelainan kopi.

Tidak salah untuk merasa bukan?

Rotinya agak sedap. Ada dua jenis roti telur yang suami belikan, jenis bakar dan jenis stim. Rekomen saya, pilihlah yang bakar kerana lebih garing dan rotinya tidak liat berbanding roti yang distim.

Tidak dapat merasa nasi lemak Akar Kopi. Manalah tahu lebih sedap kan? Seronok juga lepak kedai kopi dan makan nasi lemak ni.

Adakah kami akan datang lagi?


Mungkin. Mungkin juga tidak, namun pengalaman di Akar Kopi Kafe sangat mengujakan. Semoga perniagaan Akar Kopi sukses dan digemari ramai.

Jomlah. Belum cuba belum tahu.


No comments:

Post a Comment